Thursday 16 February 2017

Gaji Dah Beribu Perlu Ke Tambah Pendapatan Lagi?

Jom Jana Income Dengan Shaklee

Mami ni gaji dah 4 angka kenapa nak bisness lagi? Gaji 4 angka fixed pulak tu memang tiap² bulan ada gaji kan,duduk dalam ekon pulak tu kenapa nak susah² berbisnes bagai lagi? Duk promote kat merata²,g cod bagai semua penatkan diri nak buat apa?

Huih..kalau bayang memang sedap daah orang kata. Tapi realitinya mami sahaja yang tahu.

Sekarang ni semua benda kena guna duit,masuk tandas pun kena bayar 50sen. Dengan anak nak sekolah lagi.

Mami ni Allah takdirkan anak rapat,so tahun ni double la belanja sekolah. Nak masuk tadika pun paling kurang seribu dalam tangan. Mami amik sekolah swasta memang la mahal. No no no kalau hajat hati memang nak sangat sekolah gomen, tapi atas faktor tertentu terpaksa juga swasta.

Dengan ekonomi sekarang ni,mami rasa mami tak boleh nak fokus pada makan gaji sahaja. Nak takat hidup mungkin boleh,tapi nak hidup macam orang jalan² memang jauh sekali. Bukan kata nak jalan² jauh pun,nak balik kg jenguh mak ayah sebulan sekali pun kena catu mana². Sampai bila nak kena macam tu kan? Over pulak mami ni 😛😛.

Biarlah orang nak kata apa pun giler besi ke gila duit ke. Yang penting mami tak mintak duit orang untuk uruskan family mami. Kita lapar kebuluran tak ada orang amik tau pun,jadi pedulikan apa orang kata mami stand untuk jalan terus sahaja.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Wednesday 15 February 2017

Telefon Pintar Pilihan Dan Paling Berkenan Dihati

Sumber Google

Kalau korang nak tau,sebelum ni mami niaga shaklee dengan hp Samsung Y yang kecik tu je tau. Segala apps semua limited,sampai 1 hari upline mami tegur kenapa gambar mami semua pecah² terutama masa mami iklankan poster produk

Sejak dari tu la mami mula survey hp baru untuk bisness. Masa tu mami tak pikir apa dah,janji hp tu skrinnya besar, memorynya besar dah cukup

So startlah mencari sampai lah mami jumpa hp ni. Mami beli hp ni Feb 2015. Pernah retak skrin sekali sampai tak semua apps mami boleh pakai sebab kena rotate gara² skrin belah kanan tak boleh nak tekan

Nak beli baru sayang lagi sebab baru lagi pakainya,lagi 1 memikir harta karun dalam ni. 1 hal pulak nak masukkan semua dalam hp baru. So, mami decide tukar skrin je.

Alhamdulillah, sekarang dah ok, jadi apa² urusan bisnes mami semuanya dalam ni,nak berblog, nak join kelas live, nak update status,nak cek trackking, nak buat payment boleh kata semua la.

Selagi hp ni tak buat hal, mami akan setia pada Lenovo mami ni. Buat masa ni tak tergoda lagi dengan iklan hp di TV tu..hahahaha


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Tuesday 14 February 2017

Apa Nak Buat Dengan Bonus Shaklee Bagi?

Apa mami buat dengan bonus Shaklee?

Hehehe malu kat orang,bonus bukan banyak mane pun. Ha..bukan banyak pun tapi tiap² bulan tak pernah miss tau. Mesti ada walaupun sikit

Biasa bonus mami tu mami guna untuk belanja anak² & ofkos dengan dedi sekali. Biasa belanja makan la. Makan sedap² sikit.

Kami ni kalau bukan gaji memang payah nak merasa makan sedap. Jadi bila dah gaji 3kali ni boleh la merasa makan sedap 3kali setiap bulan..alhamdulillah syukur.

Kalau tak makan sedap² pun,mami just belikan mainan untuk anak² mami dua orang tu. Reward untuk mereka dah doakan mami untuk dapat sales. Dulu masing² malu nak doakan mami sekarang dah pandai doakan mami. Mungkin nak reward besar lagi kot 😝😝

InshaAllah mulai bulan lepas mami dah berjaya upkan tangga bonus mami,doakan bulan ni makin up lagi ya kawan² semua.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Monday 13 February 2017

Ruang SOHO untuk bisnes dirumah

Ni la keadaan soho time mood rajin. Kalau mood rajin memang berSoHo kat meja la. Kalau mari mood malas,kat atas katil,kat dalam kereta semua tempat boleh jadi SoHo

Boleh dikatakan semua tempat ada perkakas nak berbisnes ni..hahaha

Semua resit² beli barang,kalau mami order online memang mami tak print,kata sayangkan bumikan, so jimat sikit kertas..haha alasan sangat. Lagi 1 resit² ni boleh tengok kt shaklee2u. Jadi tak perlu print pun takpe nanti boleh cek melalui situ je

So yang penting sekali kena ada buku lejer yang panjang tu dengan buku resit untuk bagi kat customer. Buku resit tu mami beli kat kedai 2ya je. Jadi kalau orang beli,mami ada backup kat sini.

Buku lejer tu la simpannya segala kazanah belanja & sales. Sape jumpa buku tu dapat lah tengok income & belanja mami. 😛😛 Senarai stok yang ada pun mami letak dalam tu. So kalau ada vitamin mami yang miss mami boleh cek kat buku

Nak bisness ni,rekod keluar masuk semua kena catat. Tengok mana yang kurang mana yang lebih,patut tak tambah stok semua bagai,kalau stok berlambak tapi tak ada income masuk buat apa kan? Ha..kan dah kena ceramah dengan akaunteng.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Sunday 12 February 2017

Aktiviti Musim Hujan

Kalau musim hujan, apa aktiviti uolls?

Mami dulu kecik² kalau tak balik kampung memang tak merasa la main hujan di musim hujan ni. Almaklum la duduk rumah flat tingkat atas sekali pulak tu,takat main air hujan rintik dari atap tu ada la..hahaha

Ha..kalau dah dapat balik kampung tu macam² la jadinya. Masa tu tinggal dengan arwah nenek & atok je. Nak mandi hujan? Hah main lah cu oiii

Seronoknya dapar permission tu bukan main. Selok sangat dah. Dah dapat mandi tu memang manfaat betul². Main lumba kapal sape sampai dulu la kt lecak tu. Sape paling lama bertahan duduk bawah air yang terjun laju dari atap tu. Dapat air yang laju turun tu memang bergegar otak rase..hahaha

Zaman kecik² kan,main la puas² sakit demam belakang kira. Tapikan bila dipikir balik,lagi kita kawal lagi selalu sakit. Anak² mami sekarang pun kalau dieorang nak mandi hujan mami bagi je tapi bukan masa ribut² tu la.. Tu mengundang bahaya namanya..hihihi

Korang pulak apa momen best musim hujan ni? Meh citer kat mami sikit


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Saturday 11 February 2017

Kelas Pertama Ireach Family di Pahang

Ni kelas anjuran #ireach mami join, kelas yang pertama di pahang. Ireach family ni kelolaan master lyna dan suaminya, master lyna ni superupline mami. Kira mami ni level dah ke berapa mami pun tak tahu. Hehehe..Sebelum ni tak pernah lagi master lyna adakan kelas di pahang.  Tapi sebab ada request so dapatlah kami berkelas

Jadi,kalau upline dah sanggup datang jauh untuk adakan kelas takkan mami tak nak join pulak kan. Ni namanya tolak rezeki

Ni kelas berblog & seni close sale. Mami di ajar cara berblog dengan SEO yang betul,dan juga di ajar cara close sale dengan betul. Nak tau customer tu betul² nak beli ke atau saje nak survey harga

Dengan berbekalkan ilmu yang diceduk dari kelas tu la buatkan blog mumygojes.blogspot.my masih utuh sampai sekarang 💪💪


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Wednesday 8 February 2017

Tips Mencari Sid Yang Berkualiti Supaya Tak Dapat Yang Hanya Menjual

Semua orang boleh je jual Shaklee, tapi tak semua orang ada ilmu tentang apa yang mereka jual. Bukan nak memburukkan, tapi ini realiti.

Jual untuk untung atau jual untuk bantu orang ramai lebih sihat?

Dapat sid yang jual saje tapi tak guide kan dah susah, disalahkan produk yang tak berkesan

Dan untuk customer,ni mami nak pesan, Shaklee ni adalah bahan makanan, tak boleh sembarangan makan tau. Nak makan shaklee cari yang betul2 tahu ape yang mereka jual, boleh bantu uolls guide pemakanan yang betul supaya apa yang uolls makan tu betul-betul berbaloi

Nak shaklee cari mami dan mereka yang dalam gambar tu. Mami ada ilmu, ada sijil..Nak shaklee cari mereka yang ada sijil. Mereka ni sanggup korbankan masa & duit untuk jadi yang terbaik. Ok? 😍😍😍😍😍

Dengan berbekalkan ilmu yang mami ada,inshaAllah mami akan turunkan pada customer mami sepenuhnya. Customer yang dah beli dengan mami tau,bukan customer yang beli dengan orang lain nak guide dengan mami. Memang tak layan la. Sorry sangat². Serius tak adil cara gitu 😎😎

Ingat tau,nak cari sid cari yang ada sijil macam mami 😝😝


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Tuesday 7 February 2017

Vitamin Pilihan Terbaik Untuk Pesakit Gerd & Anxiety

Set Anxiety Disorder Shaklee

Jom baca kisah menarik dari salah satu pesakit GERD & ANXIETY.


KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE? GERD & ANXIETY.

As salam dan selamat pagi semua. Semalam dah intro pasal mengapa kesan vitamin antara lelaki dan wanita berbeza. Nak tunai kan janji semalam kenapa saya pilih Shaklee? Cerita agak panjang dan kalau ada cekodok ke cucur ke boleh standby. Sambil baca sambil makan 😂😂😂

Saya dah lama amalkan makan supplement ni sejak umur 20 an. Lebih kurang 18 tahun mcm tu. Dulu saya ambil spirulina, minyak ikan dan vitamin C setiap hari. Sebulan sekali saya detox badan untuk 3 hari. Kalau first time buat detox buat 7 hari ye...Masa tu tak kenal Shaklee so saya detox guna brand Y. Maybe tu muka dan badan awet muda kot. Kalau travelling gi mana2 memang org akan ingat budak baru nak masuk U walapun dah jadi bapak budak.

Maaflah bukan nak riak atau apa tapi nak bagitau kalau kita istiqamah buat sesuatu...end result die memang akan nampak. Istiqamah ye bukan makan hari ni esok dah nampak result. Saya kena amalkan makan supplement ni 18 tahun nak dapat result sekarang ni.

Ok..yg ni mukadimah je...tak masuk lagi isi cerita 😀😀😀

Di awal 20 an saya dah dapat kerja yg baik (swasta) coz takde rezeki ngan gomen. Setiap tahun saya dapat kenaikan pangkat sehingga tahun 2008 saya mula dapat portfolio utk jaga 37 ofis di 12 negara. Saya handle Sales & Marketing Communications. Semua press release, launching new products and set new office saya kena handle tak kira kat mana pun benua nya. Bebanan kerja semakin berat. Yes...saya masih amalkan supplemen tapi dalam masa yang sama saya dah create new bad habits dalam kamus hidup saya. Saya menjadi perokok tegar dan selalu skip makan. Coz masa saya banyak terluang dalam kapal terbang traveling dan jumpa clients...saya always skip my meals. Hidup saya hanya bergantung kepada air putih. Nescafe jadi makanan harian saya. Dlm 1 hari saya boleh minum 12 gelas nescafe to keep me awake sebab masa kerja saya tak sama dgn org kat ofis. Org kat ofis cuma kerja jam 8 hingga 5. Saya kerja 24 jam dan tidur 2 jam sehari sebab saya terpaksa respond to colleagues and clients mengikut time zone mereka. I love and enjoy my works to the limits tapi dalam masa yg sama saya rosakkan sistem kekebalan tubuh badan saya secara perlahan2.

Further...saya takde masa langsung utk spend masa with my family kat umah sampai 1 masa my eldest daughter tanya kat ofis tu Abi sorang je ke yg kerja? Takde staff lain ke? It knocks my head straight to my brain. Lepas berpikir panjang, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan balik ke kampung halaman. Niat saya 1 je..nak cari kerja yg boleh bagi saya masa spend time utk family dan jaga mak bapak saya. FYI, saya kluar rumah mula umur 12 tahun sampai lah saya buat keputusan balik ke rumah. Jgn pikiaq bukan2 ye...bukan lari dari rumah tapi parents hantar pergi boarding school. Habis belajar kerja pun tempat lain.

Alhamdulillah saya dapat kerja di tempat sendiri. Masih travelling to oversea tapi tak sekerap dulu. Sebulan sekali mcm tu. Kesihatan saya masa ni tengah merosot...supplemen saya makan on and off makan tak konsisten mcm dulu. Sehingga lah saya jatuh sakit pada Dec 2014.

1st time kena attack tu jantung saya sakit bebenar...nafas tersekat...berpeluh...tangan kaki sejuk...muka pucat...masa tu ingat masa dah tiba...rasa menyesal tak spend banyak masa bersama 2 puteri saya dan org tua...menangis dlm hati minta Allah panjangkan umur agar dapat menebus kekurangan yg saya buat utk diri saya dan keluarga.Terus masuk emergency ward. Lepas masuk drip...baru badan kembali normal. Masa tu doktor syak kena gastrik coz ujian darah dan ecg normal.

Sejak kejadian tu hidup saya berubah 360 darjah. Hampir setiap hari saya di serang benda yg sama. ER gomen dan swasta dah jadi rumah kedua saya. Nak bawa kreta pun saya tak mampu. Pergi tempat crowded atau solat jumaat memang saya kena serang. Doktor dah habis idea apa penyebab sakit ni. 1 hospital swasta ni terang2 tolak saya refer my case pergi gomen hospital. Mereka cuma cakap kena GERD. Tapi nape sampai nak pengsan atau rasa nak mati setiap kali kena serang? Org lain pun ada GERD tapi tak lah sampai pengsan2 gitu.

Saya ketandusan petunjuk. Dalam masa yg sama ada juga yg cakap saya kena santau atau gangguan jin.

Then...saya pun pergi rawatan alternatif...bab mandi dan minum air tu jgn sebut...naik kembung perut minum air....jgn pikir saya tak percaya benda ghaib atau sihir sebab Allah dah bagitau kita ni tak bersendirian...(bunyi OST X-files 😂😂😂). Tapi takde perubahan.

Saya tahu memang ada penyakit GERD coz cara hidup saya di masa lampau memang berkaitan. PENGSAN DAN TAKUT 24 JAM...ini yg saya ingin cari jawabannya...kenapa???

Saya masih kerja tapi ambil cuti tapi since saya punya masa kerja fleksible dan boleh kerja kat rumah...saya mula menjadi pengikut Mr. GOOGLE secara berjemaah...saya spend berjam2 setiap hari utk cari petunjuk tentang penyakit saya.

Kerana terlalu letih dgn pencarian yg sia2...saya sedar tiba2 bila puteri sulong cakap kenapa tak minta petunjuk dari Allah....tersentak sekali lagi...kenapa asyik dia yg sedarkan saya...tapi saya bersyukur Allah beri saya petunjuk melalui puteri sulong saya. Saya mula lebihkan masa utk berzikir utk ketenangan dan memperbaiki solat saya utk diberi petunjuk. Hehehe...mesti ada yg cakap selama ni tak solat ke??? Solat memang buat tapi kita sebagai manusia memang khilaf...kadang2 solat tu hanya utk cukupkan fardu kita sebagai Islam...tapi rukunnya...tertibnya...bacaannya...semua kena perbaiki...itulah yg saya tengah usahakan.

Alhamdulillah Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani...sekali lagi saya diberi petunjuk tentang sakit saya...masa google2 info awal januari 2016 (masa ni saya dah setahun sakit dan berat badan turun dibawah paras underweight sebanyak 16 kg)...saya ditemukan 1 blog member shaklee pasal Anxiety disorder...punyalah syok saya baca mengalah kan ambik exam kat U dulu...semua tanda2 anxiety tu ada pada saya. Setelah baca blog tu saya buat review semua blog kat website pasal anxiety termasuk dari doktor professional spt Dr. Zubaidi. Majority mengesyorkan ambik vit B compleks, minyak ikan omega 3, magnesium...

Selepas saya buat percaturan sendiri...saya ambil keputusan ambil supplemen ni utk dicuba tapi which brand?

Dalam masa setahun saya sakit memang saya dah cuba apa aja produk yg disyorkan termasuk cap ayam...kilang belakang rumah atau yg branded...you name it...memang saya dah cuba...setahun sakit tu saya dah spent almost 50K utk bil hospital dan beli produk2 alternatif.

Lepas saya buat keputusan nak cuba produk Shaklee...saya google blog cari distributor Shaklee yg ada di kawasan saya dan dengan izin Nya saya jumpalah distributor ni (Nak mention nama juge ye 😂😂😂).

Saya amik set gastrik dan set anxiety. Lepas 3 bulan pertama amalkan kedua2 set ni, saya dah tak makan ubat hospital lagi dan Alhamdulillah tahap kesihatan saya bertambah baik. Saya teruskan pengambilan produk Shaklee sampai la ni...

Anxiety disorder saya tetap ada coz penyakit ni ambik masa juga nak kasi sembuh tapi sekurang2nya saya bersyukur saya dah boleh nikmati balik kehidupan saya yang lalu dan sujud syukur Allah beri saya peluang untuk jaga kedua puteri saya dan ibubapa saya.

Tanggungjawab menjadi ibu, bapa dan pencari rezeki untuk membesarkan kedua puteri saya memang 1 tanggungjawab yg berat especially bab2 wanita ni.Kadang2 kena tanya org lain mcm mane nak explain bab2 sensitif wanita 😂😂😂

Kan saya dah cakap entry ni panjang lebar...tu lah suruh standby cucur tadi... 😆😆😆

Moral of the story ni

1. Nak dapatkan sesuatu tu kita kena buat istiqmah...nak sel2 dalam badan kita sihat dan awet muda...amalkan makan supplemen hari2.  Ada yg cakap ala...org dulu2 takde makan supplemen pun jarang je sakit...boleh juga awet muda.

Jgnlah nak samakan dulu dan sekarang. Dulu makanan takde banyak pengawet malah udaranya airnya tanahnya tak tercemar macam sekarang. Kalau masak sayur rebus buat ulam...awak boleh konfirm ke sayur tu takde racun serangga?

2. Jangan abaikan kesihatan dan keluarga bila kita sibuk mengejar cita2 atau kerjaya. Dalam kesibukan kita mengejar duniawi kadang2 kita khilaf menzalimi diri sendiri dan org lain tanpa kita sedar. Kena saya cakap zalim? Ye lah dah dok sibuk memanjang buat kerja sampai perut lapar pun tak di isi. Bila badan kurang nutrien kan dah merosakan badan. Badan kita ni cuma pinjaman utk roh kita menambah amalan sebelum di panggil kembali.

3. Kalau ada kawan2 yg ada simptom mcm saya...buatlah rawatan hospital...kalau hospital cakap takde ape2...boleh cuba set Shaklee...jgn takut mencuba sebab produk Shaklee ni organik, selamat, dan diuji secara klinikal. Bukan diuji in vitro je tau.

3. Paling penting sentiasa minta petunjuk dari Allah. Saya buat keputusan untuk berhenti kerja walaupun ekonomi sekarang ni agak teruk sebab saya percaya rezeki tu milik Allah. Bukan milik manusia. Saya dah decide nak buat Shaklee fulltime. Dalam masa yg sama saya boleh menunaikan tanggungjawab saya sebagai ibu, ayah dan pencari rezeki untuk menggantikan masa lalu saya yg banyak terluang untuk kerjaya dari keluarga.

Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Wassalam


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Monday 6 February 2017

Jatuh bangun Mami bersama Shaklee

Jatuh bangun dalam Shaklee? Alhamdulillah mami masih lagi boleh bangun dan teruskan bershaklee

Bab kata orang sedangkan lidah lagi tergigih nikan pulak berniaga..eh ape kena dengan lidah pulak ni 😂😂

Bila kita bergelumang dengan bisness ni tak macam makan gaji tau setiap bulan wajib masuk gaji. Bisness ni kalau kita rajin, banyak la hasilnya kalau malas, paham-paham sendiri la ye..😠😠

Tipu la kalau kata smooth je berbisness ni, mami pun ada kala down juga bila sales tak ada terus, bila customer cancel order lebih-lebih lagi bila kita dah kacau duit keperluan harian untuk dahulukan stok,ada yang mintak harga ahli bagai. Siap ugut kita ni kalau tak bagi harga ahli taknak beli dengan kita. Eh taknak beli sudah mami tak sanggup nak kejam dengan diri sendiri

Banyak lagi nak share semua tu mungkin tak kot.😊😊 Tapi percayalah semua ni lah yang buat mami bangkit & tak menyerah kalah. Down lama-lama tak kemana ada perut lain nak diisi, jadi bisness harus diteruskan


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Sunday 5 February 2017

Perancangan Cuti Sekolah

Kenangan bercuti ke Cameron

Cuti sekolah ni nak kemana?

Hahaha tak tau la tak ada perancangan, sebab mami kerja 7 days per week. Anak² dua orang ni pun dah selamat berada kat kampung, nak teman mama katanya

Awal² cuti ni tak kemana lagi kot,mungkin bulan depan lepas bos mami bagi cuti 2 minggu macam biasa tiap² tahun,baru la boleh plan nak kemana²

Korang ke mana cuti sekolah ni? Ce share sikit 😘😘


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Saturday 4 February 2017

Sikap Positif yang akan anda dapat selepas bershaklee

Apa 1 sikap positif yang mami dapat lepas bershaklee?

1 je dulu ya,yang lebihnya mami share kemudian,nanti korang malas pulak nak baca panjang²..hehehe .
Yakin pada Allah

Sebab apa mami cakap macam tu?

Sebelum ni bukanlah tak yakin terus,tapi memang ada bezanya, sampai dedi pun nampak confiden mami tu. Tak caya tanya dedi

Dulu,kalau gaji terkandas di tengah memerlukan,memang hati & otak ni berdegup kencang macam lagu ayda jebat tu. Tangan semua dah macam sotong mintak bantuan sana sini. Muka ni tak payah kata la tebal dah lebih dari opera cina gamaknya

Selepas dah join,group shaklee sana sini,korek ilmu sana sini,insaf.. Mami mula muhasabah diri. Cukupkan apa yang lompong,tambah apa yang kurang bagi cukup rasa. Dengan semangat yang ada, sikit² peratus yakin tu naik dengan sendiri. Mami pun tak sangka boleh sepositif tu 😝😝. Bila duduk saje² tu terkenang balik masa dulu² banyaknya ilmu yang kurang sampai nak buat apa² mesti fikir macam². Padahal belum buat lagi tu 😅😅

Tapi yakin tu berpada² la bukannya yakin dapat rm2.6billion tapi duduk lepak kedai kopi memang tak la jawabnya 😎😎


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...