Showing posts with label Vita - E Complex. Show all posts
Showing posts with label Vita - E Complex. Show all posts

Monday, 11 December 2017

BENARKAH PRODUK SHAKLEE DARI SUMBER BABI DAN HARAM

Betul ke produk Shaklee dari sumber babi dan haram. Haip, tak baik tau tuduh tanpa bukti. Nurul pernah ditanya tentang soalan ni dengan seorang customer. Selama 4 tahun bershaklee memang tak ada yang tanya, so bila ada yang tanya ni biar Nurul jelaskan.

Isunya, ada produk shaklee yang menggunakan gelatin. Bukan sahaja bakers je kena hentam dengan isu gelatin ni. Shaklee pun kena sebab ada certain produk shaklee yang ada gelatin :

1. Lecithin
2. Omega Guard
3. Vitamin E
4. COQ-Trol (akan keluar Jan 2018)

4 produk ni dalam bentuk soft gel dan memang menggunakan gelatin sebagai "karung" untuk vitamin tersebut.

Setiap produk shaklee ada sijil halal dari Islamic Society of America (ISA), ISA ni merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

Yes masih ada juga yang ragu-ragu terutama bila ada perkataan "bovine" pada botol Shaklee. Ramai juga beranggapan yang bovine itu adalah porcine (khinzir). Porcine dan bovine adalah dua item yang berbeza tau.

Kalau kita search digoogle sendiri, apa maksud bovine dan klik pada image "bovine" tersebut. Agak agak apa yang anda nampak? Adakah sejenis khinzir? Tentunya tidak kan?
                                       
                                                         Carian image bovine di Google





















Jom nurul terangkan sikit makna Bovine tu. Sebelum tu kita kenali dulu sumber- sumber gelatin

Kebiasaan lapisan luar produk soft gel diperbuat dari gelatin. Gelatin ni dihasilkan dari otot dan tisu haiwan samada porcine (khinzir), bovine (kerbau/lembu), poultry (ayam) atau marine (ikan). Gelatin yang paling kerap digunakan dalam kapsul soft gel ialah dari sumber bovine atau porcine. Gelatin dari sumber porcine sudah tentunya haram.  Yes memang tidak semua gelatin dari sumber bovine dan poultry itu halal, jika sumber itu tidak disembelih dengan sempurna. Tapi yang nyata, bovine dan porcine bukanlah benda yang sama, jangan keliru ye.

Maksud bovine di carian Google

Untuk produk Shaklee pula, sudah terang lagi bersuluh hehehe ditulis bahawa gelatin yang digunakan ialah dari sumber bovine iaitu kerbau atau lembu.

Tambahan pula, Shaklee sudah memperolehi sijil halal ISA, jadi tidak perlulah dipertikaikan samada gelatin itu diperoleh dari produk lembu yang sudah disembelih atau belum. Seperti juga JAKIM, ISA sendiri mempunyai garis panduan dan standard yang tinggi untuk dipatuhi sebelum sijil halal dikeluarkan. Audit bukanlah ke atas end product semata-mata tetapi juga dari sumber asal produk bermula dari ladang, proses sembelihan, pemprosesan dan pengilangan.

JAKIM sendiri telah melakukan audit ke atas ISA sebelum akreditasi diberikan dan audit juga sentiasa dijalankan secara berkala di kalangan badan badan yang mengeluarkan sijil halal seluruh dunia untuk memastikan kesemuanya mematuhi standard. 

Shaklee sudah bertahan di pasaran selama 50 tahun dan ternyata Shaklee bukanlah produk "ala kadar" . Kita sebagai muslim, sudah pasti mahu mengelak sumber haram dari menjadi darah daging, bukan? Jadi, sebagai pengguna bijak, kita boleh nilaikan sendiri dan tidak sekadar membuat keputusan melulu berdasarkan cakap cakap yang disampaikan orang sahaja.

Shaklee semestinya selamat, semulajadi, berkualiti dan berkesan.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Thursday, 2 November 2017

Cara Atasi Kulit Kering Bersisik dan Menggelupas Dengan Cepat

Bagaimana cara nak atasi kulit kering bersisik dan menggelupas dengan cepat?

Kulit kering ni memang nampak macam bersisik, maksudnya kulit kita dah tunjuk tanda-tanda kekurangan kelembapan, kadang-kadang bila bersisik tu boleh jadi pedih, gatal-gatal dan ada juga akan timbul kemerah-merahan. Ada setengah orang pulak kulit kering bersisik dan mengelupas ni nampak kasar dalam masa yang sama boleh menganggu penampilan kita juga.

Jangan tak tahu, kulit bersisik dan mengelupas ni jadi ada kemungkinan juga sebab keturunan, penggunaam produk skincare dan mandian yang salah, dan ada juga sebab perubahan cuaca (biasa jadi pada mereka yang baru lepas travel).

Jadi untuk entry kali ni, nurul nak share tips menarik, berkesan dan mudah untuk atasi masalah kulit kering bersisik dan menggelupas dengan cepat di bahagian badan yang lain contohnya lengan dan betis.

Set Kulit Kering Shaklee
Untuk bahagian badan, nurul cadangkan guna krim serbaguna bebas paraben iaitu Herbal Blend. Krim ni selamat digunakan oleh bayi hinggalah warga emas dan boleh disapu bila-bila masa. Nurul suka jadikannya sebagai lotion. Kalau untuk baby pula boleh jadikan sebagai krim urutan badan.
Herbal Krim Lotion
Untuk yang memang ada masalah kulit sepanjang masa, boleh jadi sebab salah pilih produk, penggunaan Vitamin E adalah yang terbaik. Vitamin E ni memperbaiki kerosakan sel kulit dan membantu melembabkan kulit dari dalam.

Vitamin E ni sangat best sebab ia mengandungi selenium. Selenium ni la yang membantu penyerapan vitamin E dengan lebih berkesan.

Dalam masa yang sama, boleh cuba vitamin C.
Vitamin C akan mempercepatkan proses pemulihan sel kulit dan juga sumber antioksidan.

Nak lagi best, tambahkan dengan ESP. ESP ni protein,ia membantu menganti sel kulit lama dengan sel kulit baru yang lebih segar dan sihat. Kata nak kulit licin gebu dan cerah sekata kan, jadi lebih baik amalkan satu set terus. Bukan sahaja baik untuk kulit, tapi untuk keseluruhan badan.

Kebiasaannya kita nak kesan yang optimum dan cepat untuk sesuatu produk yang kita ambil. Makan salah satu vitamin ni sahaja mungkin beri kesan yang lambat pada badan kita. Sebab itulah nurul suggestkan untuk gabungkan 3 vitamin serentak untuk hasil yang lebih baik dan rasai kesannya dengan lebih cepat. Bab kata orang berdua lebih baik. Begitulah perumpamaannya.



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah masalah kulit kering bersisik dan mengelupas atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).


Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Monday, 1 December 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Promosi Disember 2014


Jeng jeng jeng..Semua duk tunggu kan apa promosi bulan ni..Biasanyajam 10 pagi dah ada official announcement tapi hari ni lambat pula..Tup tup tadi Ummi Maisarah wasap mesej Shaklee dalam group..Mau tak melompat dapat tahu ada 4 promosi bulan ni..Memang rugi la kalau tak grab..


Sustained Release Vita C Plus
♦ Beli 6 
-Percuma 1 Sustained Release Vita C Plus RM 92.50

♦ Beli 2 Diskaun 5%

Harga normal RM 92.50
Harga promosi RM ++ (semestinya harga ahli lagi murah dari harga ni kan so jom join ahli)


Vitamin E Complex
♦ Beli 6 
- Percuma 1 Vitamin E Complex RM 149
- Percuma membership 
- Cash rebate pada 15 Jan 2014

♦ Beli 2 Diskaun 5%

Harga normal RM 149
Harga promosi RM +++ (semestinya harga ahli lagi murah dari harga ni kan so jom join ahli)


So apa tunggu lagi..Jom dapatkannya..

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

Friday, 19 September 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Hubungan Suami Isteri Kembali Hangat dengan Vitamin Cinta

Salam blogger semua..
Ari ni Nurul nak cerita sikit tentang Vitamin Cinta Shaklee yang menjadi igauan pasangan suami isteri..hihihi..Sesuai sangat untuk mereka yang baru mendirikan rumah tangga dan juga pasangan suami isteri yang dah lama mendirikan rumah tangga untuk kekalkan stamina macam mula - mula kawin dulu2 kan..hahaha...Ok la Nurul xnak melalut panjang2.. meh kte tengok sikit khasiat Vitamin Cinta ni..


✔ Vitamin E


  • Terkenal sebagai "vitamin CINTA". 
  • Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, 
  • Ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.
  • Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. 
  • Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.


✔ GLA COMPLEX SHAKLEE

  • Vitamin cinta untuk para isteri menaikkan kenginan ingin bersama dengan suami 
  • membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.



Jom bercinta...

Jom dapatkan Set Vitamin Cinta dengan harga yang menarik..
Hubungi Nurul :-

FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD Area : Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh,

Wednesday, 18 June 2014

Set Kesuburan

Saya percaya, mana-mana pasangan pasti akan melompat kegembiraan, apabila mendengar perkhabaran seperti ini. Apatah lagi, jika anda sudah lama mendirikan rumah tangga, namun masih hidup berdua.

Setiap kali pulang bercuti, parents, saudara-mara serta jiran tetangga, pasti akan bertanya, "dah ada isi ke?"..Soalan yang senang tapi sangat sukar untuk di jawab. Betul tak?

Tapi, tahukah anda, bahawa mengikut fakta kesuburan,

♥ 47% wanita yang menerima rawatan kesuburan akan mendapat anak
♥ 19% masalah kesuburan berpunca daripada lelaki
♥ Purata usia mereka yang ingin berkeluarga adalah 30 tahun
♥ 84% wanita yang berusia 31-35 tahun yang belum ada anak, rasa takut bahawa mereka sudah terlewat untuk menjadi seorang ibu
♥ 81% beranggapan bahawa tidak sesuai untuk menjadi ibu pada usia lebih 50 tahun
♥ 55% wanita sukar untuk mengandung adalah kerana tekanan di tempat kerja
♥ 33% wanita lebih suka mempunyai anak sendiri
♥ 11% wanita memilih untuk tidak mempunyai anak

Anda berminat untuk mengetahui supplemen kesuburan yang boleh saya cadangkan untuk anda? Antaranya,

GLA Complex
---------------
♥ Di amalkan oleh isteri, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah period yang tidak teratur
♥ GLA membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga di kenali sebagai "Mukus serviks putih telur".
♥ Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, sangat-sangat membantu sperma untuk berenang terus ke uterus, ke tiup fallopio, dan terus ke ovum.
♥ Tambahan pula, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiup fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (ovulasi)

Alfalfa Complex
------------------
♥ Di amalkan oleh isteri, terutamanya bagi mereka yang rasa 'sakit ketika bersama'
♥ Membantu masalah keputihan
♥ Membantu masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang melampau semasa datang bulan (digalakkan untuk mengambil Alfalfa Complex bersama Ostematrix)
♥ Turut membantu dalam hubungan suami isteri (ia bertindak seperti PERAPAT)
♥ Terdapat sesetengah sumber mengaitkan Alfalfa membantu di dalam masalah PCOS

Vitamin E & Selenium
-------------------------
♥ Terkenal sebagai 'vitamin seks'
♥ Membantu menghaluskan kulit
♥ Anti-penuaan
♥ Melancarkan peredaran pembuluh darah
♥ Mencegah pembentukkan darah beku
♥ Membantu pembentukkan sel-sel baru (RNA & DNA)
♥ Sangat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita
♥ Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal
♥ Lelaki mudah kehilangan selenium melalui air mani
♥ Jadi, supplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki

Zinc Complex
---------------
♥ Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosteron, membantu kekalkan jumlah air mani
♥ Membantu kekalkan paras testosteron yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum
♥ Zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu DNA
♥ Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat
♥ Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat
♥ Zink penting untuk kesuburan kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina
Set Kesuburan Shaklee

Hubungi Nurul utk keterangan lanjut
0173704725 pm/wasap
Teman Shaklee anda

Wednesday, 5 February 2014

Vitamin Cinta Shaklee...

Salam semua..wah mengancam tajuk entri ari ni...vitamin cinta ni utk suami isteri je tau..yg blum kawin tu jgn cuba2 dgn bf dh la ye..

Vitamin Cinta ni terdiri daripada Vita E Complex & GLA Complex sesuai utk yg baru kawin & yg dh lama kawin..

Vita E Complex (For Him)
Mempertingkatkan kemampuan reproduktif
- vita E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. para lelaki yg mengambil 600 IU - 800 IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Kelestarian tenaga
- meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dgn membekalkan oksigen yg lebih

Meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat & perlindungan, terutama pada motilitas sperma.

GLA Complex (For Her)
Mengawal selia estrogen & testosteron
- mengawal selia hormon lelaki & wanita, memperbaiki simptom PMS.

Melambatkan menopous
- pengambilan dlm jangka masa yg panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus utk kulit lebih muda.


Nk bercinta??
Jom pm/wapps Nurul
0173704725..

Monday, 23 December 2013

Set Kesihatan Lelaki Shaklee

Hai..bertemu lg kte ye.. alhamdulillah..ari ni kte cter pasal set kesihatan untuk lelaki plak..bkn perempuan je perlukan vitamin lelaki pn perlu jgk tau..lelaki kn selalu sibuk dgn urusan mereka yg kdg2 xpernah hbis..mereka2 si ayah ni terdedah dgn risiko sakit jantung, strok, obesiti n etc.dgn risiko2 ini mereka ada potensi mengalami masalah mati pucuk, mengalami masalah prostat n sering kelesuan / kurang stamina.

Dalam set ini terdiri daripada Omega Guard (omega lg..hihihi), Zinc Complex & Vita -E Complex..


Omega Guard Shaklee - mencegah penyakit saluran darah & strok. Selain itu, menentang kanser prostat dan memelihara sendi tulang.

Zinc Complex - mempertingkatkan sistem imunisasi bdn dan membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

Vita-E Complex - baik untuk kesuburan lelaki dan melindungi risiko penyakit jantung..
Jom beli untuk ayah, suami, adik or abang..
pm/wapps Nurul
0173704725
id 1083829
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...