Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Sunday, 10 February 2019

Tanda - tanda Kencing Manis dan Cara Mencegahnya Sebelum Kaki Dipotong

Penyakit kencing manis adalah merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung. Kencing manis atau di dalam istilah mediknya iaitu diabetes mellitus merupakan satu penyakit dimana metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum.

Ia terjadi apabila pankreas gagal berfungsi secara normal yang mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak cukup untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan. Tanpa insulin yang cukup inilah yang menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Sebab itu, penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekalkan ke dalam sel.

APA PUNCA KENCING MANIS?

Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:

~ Berlebihan berat badan / obesiti
~ Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif
~ Pemakanan - pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat
~ Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga
~ Peningkatan umur
~ Bangsa – Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

TANDA KENCING MANIS

Berikut disenaraikan 5 gejala atau tanda awal penyakit kencing manis yang utama yang boleh anda perhatikan pada diri dan juga kepada ahli keluarga agar langkah awal dapat diambil samada dengan mendapatkan nasihat doktor pakar atau dengan mengawal pemakanan.

1. KERAP DAHAGA DAN KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM

Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula, selalu ke tanda untuk kencing.

Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam. Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

2. BERAT BADAN MENYUSUT DENGAN DRASTIK

Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

3. JARAK PENGLIHATAN MENURUN

Jangan ingat tidak nampak itu disebabkan rabun. Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

4. SERING KEBAS PADA TANGAN DAN KAKI

Antara tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

5. LUKA YANG LAMBAT SEMBUH.

Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”.

Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka yang di alami.

Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.

CARA KAWAL GULA DALAM DARAH DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Antara vitamin yang terkandung dalam set kawalan gula dalam darah ini adalah :-



◎Vivix                                                            
Kaya dengan  polifenol tumbuhan( Muscadine, Elderberry,Purple Carrot Extract Blend) yang membantutkan pertumbuhan AGE.
AGE terhasil secara semulajadi dalam badan, apabila protein atau lemak bertindakbalas dengan gula (glycation). AGE dianggap sebagai punca utama komplikasi berbeza untuk pesakit kencing manis.

◎ ESP                                                                   
Makanan rendah glisemik untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Contohnya kacang soya. Di mana ia merupakan salah satu kacang yang mempunyai rendah glisemik indeks, 20-25 yang membantu memberi tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah.

◎Omega Guard                                        
Minyak ikan omega 3 membantu mengekalkan tahap trigleserida dan mengekalkan kesihatan.

◎Vitalea                                                       Pengambilan makanan yang tinggi chromium. Chromium adalah mineral yang membantu untuk insulin bekerja dengan penuh berkesan,untuk mengekalkan  tahap gula yang sihat.

◎Zinc Complex                                                 Membantu dalam penghasilan insulin dan pemulihan luka.

◎B Complex                                            
Vitamin B6 dan B12 menyokong kesihatan saraf,keadaan yang kritikal untuk pesakit neurophaty kencing manis.

◎Vitamin C                                                            Vitamin C mengurangkan level sorbitol gula yang terkumpul dalam sel,dan rosak dalam sel mata,buah pinggang dan saraf

Kesimpulannya, seseorang itu hendaklah memerhatikan perubahan pada tubuh badan mereka. Sekiranya, ada tanda-tanda penyakit kencing manis ini pada diri maka segeralah mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

Lebih daripada itu, kawallah pemakanan anda. Jaga pengambilan gula dalam makanan dari hari ini untuk mengelakkan diri menjadi mangsa penyakit kencing manis ini. Jika boleh, amalkan diet kencing manis atau dapatkan nasihat doktor.



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Set Kawalan Gula dalam darah Shaklee ini atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829

✍ FB: Sharifah Alhabsyiee

⌨ FB Page: Mummy's Beauty

IG : Shakleekuantan_bymami

✉ Email: snurulkamariah@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725

➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Sunday, 3 February 2019

Tips Penjagaan Ibu Berpantang Dengan Baik Supaya Tak Bentan

Tempoh berpantang sememangnya perkara yang sangat mencabar buat ibu terutama sekali bagi yang pertama kali melahirkan anak. Penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk mengembalikan kesihatan ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan juga naik turun tahap kesihatan. 

Jika kita mengabaikan tempoh berpantang, banyak masalah kesihatan fizikal dan mental yang akan berlaku. Orang-orang tua tak mengalakkan kita membuat terlalu banyak pergerakan secara kasar/ berat takutnya nanti luka bersalin akan tertetas kembali atau mungkin kedudukan rahim akan jatuh.


Sebagai persediaan untuk berpantang, anda perlu ketahui dan ikuti tip penjagaan seperti berikut  :-

- BERTUNGKU

Amalan bertungku sememangnya satu amalan yang sangat baik. Bertungku bukan sahaja membantu untuk mengecutkan 'batu merian' supaya lemak yang terkumpul dibahagian perut dapat dipecahkan. Bertungku membantu memecahkan darah beku dalam perut. Bertungku juga membantu mengurangkan stress ibu.

- BERURUT

Berurut amalan yang sering dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana faedahnya sangat baik untuk badan. Bayi pun ada urutan tersendiri.

Berurut dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan. Yelah, semasa tempoh melahirkan, ibu mengunakan banyak tenaga, jadi selepas bersalin, badan ibu akan menjadi sangat lemah.

Urutan biasanya boleh dilakukan selepas beberapa hari kelahiran. Semasa berurut badan kita akan kembali panas dan segar.

- BERBENGKUNG

Pemakaian bengkung atau berbarut bukanlah sekadar nak merampingkan pinggang. Tujuan sebenar adalah untuk membantu membentuk kembali otot-otot badan, perut, pinggul dan untuk mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Semasa mengandung, badan kita telah mengembang dan banyak juga lemak-lemak terkumpul kan.. selepas bersalin semuanya mengeleber, jadi masa berpantang adalah masa yang paling baik untuk mengecilkan dan menegangkan semua itu ke bentuk badan asal malah mungkin boleh jadi lebih baik dari sebelum itu.

- MANDI AIR REBUSAN

Nurul gunakan air rebusan daun herba semasa berpantang ketiga - tiga anak, kerana saya berpantang di rumah mak. Semua daun tersebut ditanam di belakang rumah sahaja.

Kehebatan pokok-pokok herba memang diakui sangat baik untuk manusia. Buat ibu yang memerlukan rawatan untuk mengembalikan kesegaran tubuh, air rebusan daun herba sangat-sangat membantu.

Air rebusan daun sangat baik untuk mengembalikan kesegaran urat saraf. dengan aromanya yang sangat sedap dihidu ianya juga membantu menenangkan badan dan fikiran.

- REHAT SECUKUPNYA

Selepas bersalin, kita akan terpaksa sesuaikan diri dengan keadaan baru dan karenah bayi. Sekiranya semua tip di atas telah dibuat, tetapi badan tidak mempunyai rehat yang secukupnya, tidak berkesan juga berpantang kita.

Untuk mengelakkan rasa pening dan letih melampau menjaga bayi, (ada bayi yang pada waktu malam suka meragam) anda perlu utamakan tidur. Apabila bayi tidur, masa itulah ibu turut sama tidur dan berehat. Jangan pada waktu bayi tidur, ibu pula sibuk nak buat kerja.

Waktu berpantang adalah waktu kritikal bagi ibu untuk memulihkan semula kesihatan badan dan luka-luka dalaman. Untuk minggu pertama bersalin sebaiknya, anda berehat sahaja. Lupakan sementara kerja-kerja mencuci dan lain-lain kerja yang boleh ditangguhkan.

- PENGAMBILAN SUPPLEMEN TAMBAHAN

Nurul suggestkan Set Berpantang Shaklee yang mengandungi :-

Set Berpantang Shaklee


1. B Complex
Untuk elakkan stress dan risiko meroyan selepas bersalin. Normal ibu² akan mengalami emosi yg tak stabil lepas bersalin. Selain tu, b complex akan bantu jaga urat saraf kita. Lepas bersalin mmg banyak urat saraf yg putus kan.

2. Vitalea With Iron Formula

Multivitamin yg turut mengandungi iron. Bantu tambah darah selepas kehilangan banyak darah lepas bersalin.

3. Sustained Release Vita-C

Bantu luka bersalin cepat sembuh. Biasa misi akan suruh kita makan oren banyak². So konsep dia sama.

Kita nak vitamin C supaya luka jahitan/bedah cepat sembuh dan luka tak melarat. Juga sebagai penguat sistem pertahanan tubuh kita. Lepas bersalin, tak mau la jadi batuk atau selesma.

4. ESP

Sumber protien untuk bantu badan hasilkan sel² badan yang baru. Luka mudah sembuh dan diganti dengan kulit yang lebih cantik sebab ESP ni adalah sumber protien berkualiti tinggi.

Bila asas dia baik, maka hasil dia sendiri akan baik.

ESP jugak akan bantu susu badan kita jadi lebih pekat dan bantu naikkan berat baby dengan cepat.
Bantu baby membesar dengan baik.

5. Omega Guard

Sejenis lemak ikan yang membantu perkembangan otak dan fungsi mata. Melalui penyusuan, kita dpt salurkan kepada baby. Perkembangan otak baby akan jadu lebih baik dan bijak.

Omega ni akan tolong jaga tekanan darah ibu. Lebih² lagi jika c ibu ada mengalami masalah darah tinggi semasa hamil.

6. Ostematrix

Pil kalsium yg diperkaya dgn magnesium dan vitamin K. Masa pregnant baby akan ambik kalsium dari tulang kita untuk bantu pertumbuhan tulang dia.

So biasanya ibu akan mengalami masalah sakit gigi, sakit belakang dan lenguh badan. Ni kesan akibat kalsium semakin berkurang dan tak cukup untuk badan kita sendiri.

Ostematrix akan bantu bekalkan kalsium untuk kegunaan harian tubuh. Baby jugak akan dapat kalsium dari Ostematrix yg ibu makan dan bantu baby hasilkan tulang yang lebih kuat dan padat.

Special nya lagi, Ostematrix bantu ibu mudah lawas. Normal untuk ibu alami sembelit semasa berpantang.

Tapi..kalau makan ostematrix 4 biji sebelum tido, inshaaAllah memang tak akan rasa masalah sembelit tu.

7. Alfalfa Complex

Adalah sejenis tumbuhan herba. Ia agak panas jadi perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Ia mengandungi seribu satu Multivitamin dan multimineral tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Ia sangat penting untuk bantu perbaiki sistem peranakan dan dalaman wanita. Ketatkan balik rahim dan sebagainya yang berkaitan dengan wanita.

Cara Tingkatkan Hb Ibu Hamil dengan Mudah Tanpa Perlu Suntikan

Bagi orang yang tidak faham, mesti terpinga-pinga bila kawan-kawan yang hamil asyik cerita pasal Hb. Asyik-asyik Hb. Apa itu Hb? Hb itu sebenarnya, singkatan untuk hemoglobin.


APA ITU HEMOGLOBIN (HB)?

Menurut Wikipedia,  Hemoglobin (kependekan: Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu.

Untuk ibu yang mengalami masalah Hb rendah antara yang boleh anda lakukan adalah dengan membuat perubahan kepada diet seharian anda. Makanlah makanan yang kaya dengan Zat Besi, Vitamin C, Vitamin B-Kompleks dan Asid folik, serta hindarilah makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi dan juga mempunyai glutein yang tinggi.

A. Makan Makanan Yang Mempunyai Kandungan Zat Besi Yang Tinggi

Zat Besi adalah merupakan elemen penting dalam pembentukan fungsi Hemoglobin. Jika anda mengalami masalah Hb yang rendah, anda boleh bantu tingkatkan Hb anda dengan menambah makanan tinggi zat besi dalam diet anda. Antara makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi termasuklah;

Kumpulan Daging - hati ayam, daging lembu, daging itik, hati lembu

Kumpulan Sayuran - Bayam, Kentang dengan kulit, Puri Tomato, Brokoli, Asparagus, Baked Bean, Kale

Kumpulan Kekacang - badam, hazelnut, gajus dsb (pastikan anda tidak ada alahan kacang), Biji labu (pumpkin seed) yang dipanggang

Kumpulan Buah-buahan - Anggur kering berbiji & tidak berbiji, Aprikot Kering, Jus Prune, Buah tin (fig) kering, Tembikai, Betik

Kumpulan Bijirin - Oatmeal segera, Bijirin Cereal,Bar granola yang mengandungi oat, buahan dan kekacang kering

B. Makan Makanan Mempunyai Kandungan Vitamin C Yang Tinggi

Vitamin C adalah penting untuk membantu penyerapan zat besi ke dalam badan anda. Sebab itu, untuk ibu yang mengalami masalah Hb adalah dinasihatkan selain daripada mengambil tambahan zat besi daripada sumber makanan, ibu juga harus tingkatkan pengambilan vitamin C.
Antara contoh makanan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi termasuklah Jambu Batu, Brokoli, Oren, Mangga, Strawberi, Kobis, Bayam, Cili Benggala Merah, Kiwi, Betik

C. Makan Makanan Mempunyai Kandungan Asid Folik Yang Tinggi

Sayuran Berdaun hijau seperti bayam, Asparagus, Brokoli, Buahan sitrus seperti oren, Betik, Anggur, Pisang, Limau gendang dan strawberi, Kekacang seperti kacang pinto, kacang lima, kacang hijau, black-eyed peas and kidney beans, Avocado, Bijian kekacang seperti Biji Bunga Matahari, Kacang tanah, flaxseed, badam, Bunga Kobis, Jagung, Celery, Lobak Merah

D. Makan Makanan Bijirin Penuh

Roti, bijirin atau pasta yang diperbuat daripada bijirin penuh adalah kaya dengan zat besi yang membantu meningkatkan fungsi haemoglobin anda.

E. Elakkan Makanan Penghalang Penyerapan Zat Besi.

Tahukah anda terdapat makanan yang menghalang proses penyerapan zat besi oleh tubuh badan anda yang juga dikenali sebaga ‘iron blockers’. Antara contoh makanan tersebut adalah daun Parsley, Kopi Susu, Teh,Tauhu,Minuman Berkarbonat, Ubat Antacids, Makanan yang tinggi kalsium dan fiber

Jadi, kurangkan mengambil makanan ini jika anda sememang menghadapi masalah Hb rendah.

F. Kurangkan makan makanan yang mempunyai nilai gluten yang tinggi

Bagi individu yang mempunyai sensititiviti yang tinggi terhadap gluten, ia boleh merosakkan lapisan usus kecil dan seterusnya menyebabkan ketidak seimbangan penyerapan kalsium, lemat, folat dan juga zat besi. Gluten adalah merupakan protein yang boleh dijumpai dalam bijian seperti gandum, barli dan sebagainya. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk mengambil makanan bebas gluten.

G. Amalkan supplemen tambahan

Untuk meningkatkan HB dalam darah, Nurul sarankan supaya anda mengambil Set Healthy Prenatal Shaklee, iaitu:

Set Healthy Prenatal Shaklee


1. Vitalea


Vitalea merupakan sejenis multivitamin dilengkapi dengan zat besi. Vitalea mudah diserap ke dalam badan berbanding vitamin jenis lain kerana Vitalea mempunyai coating jenis aqueos dan mudah larut dalam air. Sebab tu, bila ambik vitalea, hb mudah naik.

2. Vita C

Vita C penting untuk penyerapan zat besi yang ada dalam vitalea dan yang ada dalam makanan. Dengan pengambilan vitamin C, penyerapan zat besi akan menjadi lebih optimum.

3. B Complex

B Complex Shaklee dilengkapi dengan asid folik. Asid folik penting untuk pembentukan sel darah merah.

Makan 3 jenis vitamin ni, insyaAllah akan naik hb, dengan syarat kita makan dengan konsisten dan dapatkan konsultansi cara makan terbaik dari Nurul ye.

Nurul kongsikan sekali testimoni Nurul sendiri menggunakan Set Healthy Prenatal Shaklee sepanjang tempoh kehamilan anak ke 3, tahun lepas.

Testimoni Set Healthy Prenatal Shaklee



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Set Healthy Prenatal Shaklee ni atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725 (Call/SMS/Wapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829

✍ FB: Sharifah Alhabsyiee

⌨ FB Page: Mummy's Beauty

IG : Shakleekuantan_bymami

✉ Email: snurulkamariah@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725

➲ COD Area: Kuantan dan Pekan




Saturday, 20 January 2018

Vitamin Untuk Legakan Alahan Masa Hamil

Dah cuba petua atasi alahan masa hamil tu tapi masih belum reda, ok meh nurul nak kongsikan vitamin untuk legakan alahan masa hamil.


Vitamin - vitamin ni sesuai diambil oleh ibu hamil, kerana ia tak menganggu perkembangan bayi dalam kandungan.


Set Morning Sickness Shaklee



Ni antara vitamin untuk legakan alahan masa hamil adalah :-

B Complex

B complex ni bagus untuk atasi rasa loya ibu hamil lerana ianya mengandungi Vitamin B6 yang telah terbukti boleh mengurangkan morning sickness.

Untuk hasil yang lebih berkesan, vitamin B6 ni perlu diambil dengan asid folic (B9) dan juga niasine (B3). Yang bestnya B Complex Shaklee ni dah lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuklah vitamin B6.

Selain tu, Vitamin B ni penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme.

Ia juga lengkap kesemua 8 jenis vitamin B dengan formula asid folik dan biotin yang membantu membina darah. Vitamin B complex ini juga melawan kemurungan dan memberi mood yang baik.



Peppermint Ginger Plus

Ada sesetengah ibu hamil, tidak boleh makan, tidak boleh minum, malah ada juga yang hanya terbaring sahaja sepanjang hari kerana tidak mampu untuk membuat apa-apa.

Ibu hamil dah tidak perlu risau lagi kerana, Peppermint-Ginger Plus Shaklee ni mampu membantu ibu - ibu mengharungi tempoh alahan tersebut.

Peppermint Ginger Plus Shaklee berbeza dengan pil-pil alahan lain di pasaran kerana ia mengandungi kombinasi 4 jenis herba yang sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman. Diperbuat daripada gabungan 4 bahan utama iaitu daun pudina, halia, adas dan cekur manis.

Manfaat Utama Bahan-bahan Peppermint-Ginger Plus

Pudina : melegakan otot perut, ia mempunyai elemen penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan yang timbul akibat kemeoterapi. Pudina merangsang peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

Halia : Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak.

Pokok Adas (Fennal) : orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan perut dan juga melegakan gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Cekur Manis (Anise) : digunakan oleh orang-orang Mesir purba untuk melegakan pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi alahan semasa hamil ni atau ingin mencubanya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Wednesday, 18 October 2017

Cara Hilangkan Kebas Kaki Dan Tangan Untuk Rasa Lebih Selesa

Set Masalah Kebas Shaklee


Pernah tak kita rasa kebas masa duduk terlalu lama? Rasa kebas ni sebenarnya bukanlah keadaan yang normal. Ya jika ia berlaku sekali sekala ia dah jadi biasa bagi kita tapi jika keadaan ini kerap berlaku ini adalah petanda tidak sihat di salah satu bahagian tubuh kita.

Rasa kebas ni buatkan kita rasa seperti menyucuk yang boleh berlaku dimana-mana bahagian tubuh kita, selalunya di tangan, kaki, bahu dan lengan.

FAKTOR PENYEBAB

Kebas ni boleh jadi banyak punca, dan salah satunya termasuklah pengambilan ubat-ubatan. Punca-punca biasa yang lain adalah seperti:

kurang pergerakan, contohnya duduk atau berdiri dengan posisi yang sama untuk tempoh yang lama, duduk dengan kaki bersilang, tertidur di atas lengan

gigitan serangga atau haiwan

kekurangan mineral juga boleh menjadi penyebab kepada masalah saraf ni.

BILA PERLU MENDAPATKAN RAWATAN?

Dalam sesetengah kes, kekebasan adalah tanda kepada kecederaan atau masalah kesihatan yang serius. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan sekiranya:

▶mengalami kecederaan pada bahagian belakang, leher atau kepala
▶tidak boleh berjalan atau bergerak
▶tidak sedar, walaupun untuk tempoh yang sekejap
▶merasa keliru dan tidak boleh berfikir secara jelas
▶gangguan pertuturan
▶gangguan penglihatan
▶merasa lemah / tidak bertenaga

DIAGNOS

Setiap individu kadang-kadang mengalami kekebasan, sakit yang menyucuk atau rasa seperti terbakar. Biasanya keadaan ini akan hilang begitu sahaja.

Semasa melakukan pemeriksaan doktor, kebiasaanya doktor akan meminta sejarah perubatan lengkap, jadi pastikan anda beritahu tentang:

➡Semua simptom yang anda alami walaupun yang tiada kaitan apa-apa penyakit yang pernah dirawat sebelum ini
➡ Jika ada apa-apa kecederaan sebelum ini yang melibatkan saraf terutamanya
➡ Sekiranya mengalami apa-apa jangkitan
➡Apa-apa vaksinasi (terutama untuk flu) dan apa saja ubatan / suplemen yang anda sedang / pernah ambil

Jadi, macam mana cara untuk hilangkan kebas kaki dan tangan ni? Ada sesetengah orang akan guna ubat-ubatan tapi kebarangkalian untuk sembuh sepenuhnya tu terlalu rendah.

Selain dari itu, nurul syorkan satu lagi cara lain iaitu dengan mengamalkan pengambilan suplemen sebagai ganti kepada ubat-ubatan biasa untuk hilangkan masalah kebas

Tapi sebelum tu nurul nak jelaskan yang sebenarnya suplemen ni bukanlah untuk merawat tapi ia lebih kepada membantu memberi nutrisi secukupnya kepada badan kita supaya badan kita dapat berada pada tahap optima. Bila badan kita cukup nutrisi, maka automatik kita akan sihat, dan bila kita sihat, of course la kita akan bebas daripada sebarang jenis masalah / penyakit.

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK MASALAH KEBAS & SARAF

Omega Guard – Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan.

Ostematrix - Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi. Ia juga menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas, juga melancarkan pembuangan bahan buangan dalam badan

B complex - kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. B Complex Shaklee mengandungi kumpulan vitamin B yang paling lengkap.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah kebas ni atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Untuk belian di website shaklee, klik image di bawah ini,

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6dfde8aa3dd913dd25bd717faee1bf79



Pengedar Sah Shaklee anda :
☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Thursday, 30 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Set Berpantang Shaklee


Salam semua...
Seronok kan bila doktor dah sahkan kita bakal jadi seorang ibu..Masa tu dah macam - macam pikir boleh ke jadi ibu terbaik untuk anak - anak dan ada juga yang dah mula memikir nak beli baju yang macam mana untuk anak yang dalam kandungan kita..hihihi sabar ye ibu - ibu..Bagi Nurul yang paling penting sekali Nurul akan pikirkan bagaimana dan apa yang nak Nurul pakai atau makan selepas bersalin supaya nanti Nurul dapat balik kembalikan badan sebelum bersalin dan dapatkan kekalkan kesihatan yang berpanjangan untuk menjaga anak - anak.

Jadi, Nurul syorkan untuk ibu - ibu yang pertama kali bersalin dan yang dah banyak kali bersalin pun boleh cuba Set Berpantang Shaklee. Set Berpantang Shaklee ni semuanya berasaskan bahan semulajadi tanpa menganggu kesihatan anak - anak semasa dalam pantang. Tapi ni tak bermakna yang tradisional tu tak di amalkan ye seperti param, pilis,berurut, mandi serung semua tu still kena buat..
Set Berpantang Shaklee terdiri daripada B Complex, Zinc Complex, ESP, Vita-lea,SR Vita-C dan juga Ostematrix. Ia juga sesuai untuk ibu yang bersalin samaada normal ataupun melalui pembedahan.

Set berpantang Shaklee

Berminat untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya.

atau

Buat pembelian secara online di website Shaklee dengan klik icon di bawah :-




Konsultansi percuma akan diberikan dengan setiap pembelian.

Monday, 13 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Kenali Jenis - Jenis Urin


Selamat pagi..ada yang morning blues ke ari ni..jangan macam tu ye sayang - sayang semua..agak - agak stress tu telan B complex sebiji nak bagi tenang sikit fikiran tu.. Bercerita pasal B complex mesti ada yang notice yang urin anda akan berwarna kuning terang kan dan kalau kuning gelap pun jangan risau.apa yang perlu anda lakukan hanya pastikan pengambilan air masak mencukupi sehingga 2-3 liter sehari.

Ada yang bertanya pada Nurul kenapa bila makan B Complex ni urin jadi kuning.Ini kerana B Complex adalah vitamin yang larut air dan salah satu unsur dalam vitamin B Complex adalah riboflavin..Lebihan yang tidak dapat diserap akan disingkirkan melalui air kencing.

Jom kenali warna - warna urin anda..

Jernih - menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat

Kuning/Kuning cair mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah.

Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.

Memakan ubi mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Air kencing gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.

Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.

Air kencing kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.

Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurang air dalam badan (dehidration)

Semoga bermanfaat...
Untuk keterangan lanjut, hubungi Nurul di :-
☏ Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
✉ Email : snurulkamariah@gmail.com

Friday, 10 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Set Menyusu Shaklee


Apa khabar ibu - ibu semua, kebelakangan ni banyak pula entri Nurul tentang menyusu. Tiba - tiba jadi passion pada menyusu..Jadi hari ni Nurul nak share lagi tentang Set Menyusu Shaklee ni..Jom kita teropong sket apa yang ada dalam Set Menyusu Shaklee ni dan apa kebaikan setiap vitamin tersebut.Sebelum tu Nurul nak ingatkan yang vitamin - vitamin ni semua hanya membantu tapi kalau ibu - ibu tak rajin nak mengepam masalah kurang susu tu tetap akan ada.

❀  Sustained Release Vita C Plus - menghaluskan kulit ibu dan bayi
❀  B Complex - menukarkan makanan kepada tenaga dan membantu mengawal stress ibu - ibu
❀  Vita - Lea Iron Complex - mengandungi nutrien yang lengkap yang diperlukan oleh badan
❀ Energizing Soy Protein (ESP) - membekalkan tenaga yang berpanjangan dan membantu memekatkan susu ibu
❀  Ostematrix -  membekalkan kalsium yang seimbang untuk membentukkan tulang anak - anak 
❀  Alfalfa Complex - membantu penghasilan susu ibu
Cadangan Set Menyusu Mengikut Bajet


Yang tersenarai di atas tu set lengkap untuk ibu menyusu. Sekiranya ibu - ibu tiada bajet yang berlebihan boleh hubungi Nurul untuk mendapatkan khidmat nasihat vitamin yang sesuai dengan bajet ibu - ibu..

Untuk pembelian terus di website Shaklee klik Icon di bawah :-






Hubungi Nurul di :
☎ Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD Area : Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya

Sunday, 5 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Jadual tambah berat badan dengan Shaklee


Untuk mereka yang terlalu kurus tu Nurul nak bagi tips sikit untuk 'up'kan lagi berat badan tu..Caranya mestilah kena amalkan Mealshake,B Complex dan Vitalea Shaklee..eh macam paksa la pulak kan..bukan paksa tau..cara dengan Shaklee je Nurul tau kalau ada cara lain Nurul share kan ye..jangan marah tau..hihihi

Set Tambah Berat Badan Shaklee

JADUAL TAMBAH BERAT

Pagi (Sarapan) :
Makan pagi (terserah, nasi goreng or nasi lemak or ape2.janji mesti ada daging/ayam/telur/ikan)
Minum susu 1 gelas (bancuh 1 sudu Mealshake)
Mkn B Complex (1bji).Vitalea 1bji (dgn plain water bukan dgn susu)

Brunch :
Makan roti, Minum susu 1 gelas

lunch:
Makan siang-nasi plus lauk ayam/ikan/daging..

Tea time :
Makan roti, Minum susu 1 gelas (bancuh 1 sudu mealshake)

Makan Malam:
(sebaiknya 3-4 jam sebelum tidur..nasi +lauk..sikit2 pun takpe..takyah byk2.janji mkn).
Mkn vitalea 1 biji lagi

10 minit sebelum tidur :
Makan roti sekeping.. Minum susu 1 gelas

RULES
exercise sehari 10 minit paling kurang..air kosong WAJIB..

Jom kita tengok apa ada dengan Mealshake, B Complex dan vitalea.

Meal shake
 - membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. rasanya sedap mcm milk shake kat McD.

Vitalea
 - membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

B complex
 - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan


Untuk keterangan lanjut hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD Area : Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya.

Monday, 15 September 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Set Berpantang Keguguran

Salam semua..
Hari ni Nurul nak kongsi sikit tentang set berpantang keguguran. Bukan orang yang bersalin sahaja kena berpantang tau yang keguguran pun kena berpantang..Walaupun Allah belum bagi kita rezeki untuk ada cahaya mata tapi xbermakna kita boleh abaikan kesihatan kita. Oklah sebelum Nurul membebel lebih panjang meh kita teropong dulu vitamin shaklee apa yang sesuai untuk ibu - ibu yang berpantang keguguran ni..


Sustained Release Vit-C Plus - Meningkatkan sistem imunisasi badan serta penyembuhan luka dalaman.

Vita-Lea Iron Complex - Mengembalikan tenaga dan kecergasan dan membantu meningkatkan HB darah akibat keguguran. Nurul sarankan Vita-Lea diaambil bersama - sama Vitamin c untuk membantu penyerapan zat besi dalam Vita-Lea.

Zinc Complex - Bertindak sperti ikan haruan iaitu mempercepatkan penyembuhan luka - luka dalaman dan luaran.

B Complex - B Complex Shaklee mengandungi Asid Folic sangat membantu dalam pembinaan DNA dan sel baru untuk persediaan kehamilan yang akan datang.

ESP Soy Protein - Memberi tenaga berpanjangan dan membantu menguatkan rahim untuk persediaan kehamilan yang seterusnya.


Dapatkan Set Berpantang Keguguran dari Nurul..
Konsultansi Percuma diberikan

Hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah AlHabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 - 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

Saturday, 11 January 2014

Resdung Menyebabkan Buta??

Hai semua..lama rse xupdate blog..hihihi maklum la audit dh nk bermula kn so kne la prepare apa yg ptt dlu kn..ari ni Nurul nk cter pasal penyakit resdung la..sebelum tu jom kte knal2 dgn resdung ni dlu...
Beza bhgian jangkitan resdung dgn normal

Apa resdung tu??
Resdung tu sejenis penyakit dimana terjadinya radangan pada rongga sinus yg disebabkan jangkitan kuman.

Gejala resdung 
-hidung selalu tersumbat
-lendir pada hidung dan kahak
-sakit @ berasa berat di bahagian diantara mata
-sakit tekak berpanjangan & berulang
-gejala alahan spt bersin,gatal hidung, & dll.

selsema berpanjangan 


Risiko bg menghidap resdung
* boleh menyebabakn jangkitan kuman pada otak
* sakit tekak yg kronik
* jangkitan tulang muka
* berdengkur secara kronik
* menyebabkan jangkitan telinga & tonsil
* selsema yg melarat

Jenis resdung

Akut
- ia berlaku dlm tempoh 2 minggu bermula dgn jagkitan rhintis/serangan alahan yg berulang-ulang yg serius pd hidung.
- ciri2 penghidap resdung jenis akut :-

  • hidung berair, tersumbat & terjadinya rasa sakit berdenyut di muka & bhgn depan kepala terutama pipi & dahi
  • serangan waktu pg & berkurangan pd waktu petang
  • rasa sakit apablia tunduk & sujud
Kronik
- serangan resdung akut yg kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini mejadi kronik.
- ciri2 penghidap resdung kronik :-
  • kegatalan pada muka yg teruk
  • jerawat yg byk & ada juga individu xberjerawat
  • kerap bersin di waktu pg
  • tidak demam ttp hingus bertambah
  • cecair hingus berwarna hijau & berbau busuk
Individu berisiko menghidap resdung 
> mereka yg alah pd habuk & makanan
> mereka yg mempunyai ketumbuhan dlm hidung
> mereka yg mempunyai kelainan (abnormality) dlm hidung spt dinding pemisah hidung yg bengkok

Antara komplikasi akibat penyakit resdung
~ berisiko menjadi buta
~ jangkitan nanah pd mata
~ jika pintu2 rongga sinus tersumbat ia akan merebak ke otak & pesakit perlu menjalani pembedahan bagi membuang nanah tersebut.

Ha..takut x??hihihi..
Jom cuba sebelum ia makin parah..
Berminat nak cuba Set Resdung Shaklee..
Utk keterangan lanjut ttg set tersebut..
Jom pm/wapps Nurul..
0173704725


Wednesday, 8 January 2014

Migrain Oh Migrain

Salam semua..ada baik ke ari ni??xsabar nk tunggu cter Nurul seterusnya ye..hihihi..jom ari ni Nurul nk cter pasal penyakit migrain..migrain ni sakit di bhgian kepala.rasa mcm kne cucuk gtu..klu dan dtg migrain nk mengamuk sakan pn ade kn..

Meh kte kongsi segalanya tentang migrain ni..

Tanda2 migrain
> rasa sakit yg sgt2 dibhgian kepala merebak ke hidung & mata
> kepala rse berdenyut2 kencang
> pandangan silau, kabur, & kdg2 menjadi gelap
> tekak rasa loya,muntah & kdg2 tgn n kaki menjadi sejuk
> menjadi sensitif pd bunyi & suara

Sebab migrain :-
# xcukup tidur & terlebih tidur
# cara pemakanan yg xseimbang
# perubahan cuaca
# hormon tidak seimbang ketika datang haid
# menonton / mengadap skrin terlalu lama
# tekanan emosi & stress
# merokok

Cara mengelakkan migrain : HINDARKAN !!
1. makanan yg mengandungi tyramine spt keju
2. makanan yg mengandungi MSG
3. minuman berkafein yg berlebihan
4. stress & tekanan
5. jadual tidur yg xtetap
6. menunda waktu makan & biarkan perut kosong terlalu lama

Cara mengatasi serangan migrain : -
* rempah - bahan pedas yg ada dlm cili merah membantu melegakan sakit kepala semasa migrain kerana ia menjadi ubat penahan sakit
* merendam tangan di dalam air dingin - semasa merendam di galakkan membuka dan menutup tgn anda semasa di dalam air
* berada di bilik gelap - cahaya tambahan dan berlebihan blh mendatangkan sakit kepala
* menggunakan teknik Acupressure - dilakukan dgn melakukan sesuatu di titik tekanan anda. Tekan sebelah kanan dan kiri dahi, bahu & bhgian dlm pergerakan tgn 3x utk mengawal tenaga

* amalkan membaca Ayat Kursi

Shaklee pn ade vitamin utk migrain..ni set migrain shaklee..



Berminat?
Meh pakat pm/wapps Nurul
0173704725

Risiko Kencing Manis Pada Ibu Hamil

Salam semua..ari dulu Nurul dh share pasal kencing manis utk org biasa kn..so ari ni Nurul nk share risiko kencing manis utk org luar biasa a.k.a ibu hamil.. Diabetes masa hamil ni namenya Gestational Diabetes..sama juga berlaku sbb tahap glukosa darah darah tinggi daripada paras normal. hormon yg dihasilkan oleh plasenta akan menyebabkan ibu2 ini kalis pd insulin. Ia menyebabkan insulin xmencukupi & paras glukosa akan naik.. biasanya ibu hamil ni mengidap diabetes ni mse hamil je lpas tu xde dh..kebiasaan 5% akan alaminya & 70% antara mereka pulih lpas bersalin..tapi klu xdirawat boleh mendatangkan mudarat pada ibu & bayi..


Kesan Diabetes masa hamil
* cepat penat & sesak nafas
* bley menyebabkan anak lemas dlm perut
* risiko bayi terlebih besar
* bayi cenderung terhadap penyakit kuning (jaundis)
* luka lambat sembuh
* hadapi masalah sukar nk bersalin
* risiko anak mati dalam kandungan
* ibu mudah terkena jangkitan pundi kencing

Tanda2 Diabetes masa hamil
~ berat badan melebihi 80kg
~ terdapat glukosa dlm air kencing
~ berat naik secara mendadak

So utk ibu2, Nurul suggestkan set ini..

untuk konsultansi lebih lanjut..
pm/wapps Nurul
0173704725

Kencing Manis / Diabetes

Morning semua.. ari ni Nurul nk cter ttg penyakit kencing manis atau bahasa saintifiknya Diabetes..

Diabetes tu apa??
Diabetes tu dimana satu keadaan bila tahap gula dlm darah kte tinggi dari bacaan normal..

Diabetes ni ade dua jenis..
Jenis 1 : Insulin Dependent Diabetes Mellitus (bergantung dgn insulin)
             ~ biasanya berlaku pada kanak2 dan remaja
             ~ terjadi apabila bdn kte xdpt nk hasilkan insulin

Jenis 2 : Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (tidak bergantung dgn insulin)
             ~ jenis biasa ditemui & lebih daripada 90% penghidap diabetes tergolong dlm jenis ini
             ~ selalu terjadi pd org berumur & mereka yg mempunyai berat badan berlebihan

Tanda - tanda awal mengidap diabetes 
  • kerap buang air kecil
  • berat badan menurun
  • sentiasa lapar & dahaga
  • letih xmenentu
  • mudah dapat penyakit kulit
  • gatal2 pd pelipat dan celah peha
  • luka lambat sembuh
Siapa yg berisiko dpt Diabetes ni
- mereka yg berumur 35 thn ke atas
- berat badan berlebihan & obesiti
- latar belakang keluarga yg ada Diabetes
- tekanan darah tinggi
- faktor pemakanan - makanan yg b'lemak & b'minyak
- tahap kolestrol yg tinggi

Panduan pemakanan utk pesakit Diabetes
* perbanyakkan ambil sayuran & kurangkan makanan dari haiwan
* pilih makanan berlemak & berkarbohidrat dgn bijak
* ambil sekurang2nya 3 cawan susu rendah lemak sehari
* makan makanan bijirin terutama bijirin gandum

Utk pesakit Diabetes ni Nurul suggestkan Vivix Shaklee..

Kalau xnk Vivix bley amik full set yg ni..


Utk set bajet anda bley ambil set ini...


Harga??Jgn risau Nurul bg harga kenyit2 mata jer..
Jom pm/wapps Nurul ye
0173704725
Shaklee Independent Distributor
ID 1083829


Thursday, 2 January 2014

B Complex

Hepi new year..lame xupdate blog..maaf la bt kalian semua tertunggu2 entri Nurul..(wah cm diva plak ek..) Hari ni Nurul nk cter sket pasal B Complex..sblum tu jom kte knal2 dulu dgn B Complex Shaklee ni..

B Complex Shaklee ni terdiri daripada kesemua 8 jenis vitamin B (B1,B2,B3,B6, Asid Folid(B9),B12,Biotin & Asid Pantothenic (B5)). Semua vitamin B ni diperlukan oleh tubuh kte bagi mengantikan nutrisi vitamin B yg hilang untuk menguatkan jantung, peparu dan organ2 penting yg lain.

Antara khasiat vitamin B Complex :-

  • menukarkan makanan kpd tenaga
  • mengalakkan tumbesaran yg sihat utk bayi & kanak2
  • mengekalkan kesihatan rambut
  • mengurangkan keletihan mata
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • meredakan sengugut & alahan
  • mencegah stress
Tanda2 anda terkurang Vitamin B
  1. Depressi
  2. Murung
  3. Anemia
  4. Insomnia
  5. Kurang selera makan
  6. Kurang deria rasa 
  7. Lemah sistem saraf
Siapa yg perlukan Vitamin B ni??
~ ibu mengandung & menyusukan anak
~ sesiapa yg terdedah pd cahaya matahari & bebanan kerja yg terlampau
~ pesakit kencing manis, diabetes, migrain
~ wanita yg mengamalkan pil perancang
~ sesiapa sahaja yg ingin cantik

Bg yg pertama kali mengunakan Vitamin B Complex Shaklee ni mesti terkejut dgn kesan sampingan yg mereka alami..rileks sje..ni perkara biasa..antara kesan sampingannya kte akan mudah merasa haus & letih, badan merasa panas & air kencing berwarna kekuningan. ambil langkah bertenang & pastikan anda tidak kurang minum air masak. Semua kesan sampingan ni normal sbb vitamin B Complex Shaklee ni lengkap dgn semua vitamin B. vitamin b ni antara salah satu vitamin yg larut air..so ia akan larut melalui air kencing kte sbb tu ia kekuningan.

Ciri2 Vitamin B yg baik..
* mempunyai sistem penyerapan bioaktif berpaten
* peningkatan penghantran zat
* tablet yg mudah ditelan

Bg mengurangkan bau vitamin B ni.. anda disarankan menyimpannya di dlm peti sejuk.. Setiap botol B Complex ada 120biji so tahan la sampai 4 bulan..jimat kan?( ^_^ )v

Berminat dgn Vitamin B Complex Shaklee ni??
Jom pm/wapps Nurul
0173704725
ID 1083829
Shaklee Independent Distributor




Thursday, 26 December 2013

Set Resdung Shaklee

Entri kali ni Nurul nk cter pasal penyakit resdung..ada yg tye Nurul penyakit resdung tu apa? Resdung tu penyakit alahan yg kdg2 bley menyebabkan keradangan pada bahagian yg dijangkiti. 

Antara tanda2 anda dijangkiti resdung :
  • hidung tersumbat
  • ada lendir keluar dri hidung & tekak
  • gejala alahan spt bersin berpanjangan, gatal hidung n etc..
Puncanya...kdg2 ada yg alahan pd pemakanan mcm kacang, makanan laut dll. ada jugak yg alah pd debu2..pantang ada habuk sket pasti bersin..so kne pastikan rmh anda sentiasa bersih..

So cara mengatasinya mari kita cuba set rawatan resdung shaklee ni..mane tau mudah mudahan sembuh penyakit kita tu kn..



Alfalfa - mengurangkan keradangan sakit resdung tu dan tidak digalakkn pd sesiapa yg menghidap penyakit SLE.

B Complex - membantu pertumbuhan protein dlm tubuh dan membantu hati menghasilkan glikogen yg diperlukan untuk menyingkirkan sel kulit mati.

Sustained Release Vita - C Plus - membantu menstabilkan pengeluaran histamin dlm tubuh badan dan meningkatkan penumbuhan tisu badan.

utk harga kwn2 jom pm Nurul sekarang
0173704725
id 1083829

Set Keguguran Rambut Shaklee

Rambut gugur??huih.. rambut gugur ni jgn dibiarkan bhaya tu nnt xpasal2 botak plak..biasanya rambut gugur ni disebabkan faktor pemakanan kita, persekitaran yg selalu dibebani stress, pengunaan gel rambut yg keterlaluan dan ibu selepas bersalin pn ada risiko keguguran rambut. Rambut gugur sbb kekurangan vitamin pn ada tau..


Meh ari ni nurul cter sket vitamin shaklee yg bley mengembalikan semula rambut anda..nnt xde la botak sebelum usia..hihihi..Dalam set keguguran rambut shaklee ni mengandungi B Complex, Zinc, Revitalizing Shampoo & Lightweight Conditioner. Ha..jgn xtau Shaklee ni bkn saja ada vitamin tp produk perjagaan rambut pn ada..bak kate org mcm2 ada...:-)



Antara kebaikan set ini :

B Complex - inositol salah satu vitamin B yg membantu pertumbuhan rambut. B12 pula vitamin B yg menghalang keguguran rambut sebb B12 tu terdiri dripada komponen rambut itu sendiri.

Zinc - mengawal hormon dlm badan dan membantu membaiki kelenjar minyak yg diremberskan pada kulit kepala.

Revitalizing Shampoo - memyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala serta rambut tanpa perlu terlalu melembabkan dan mengeringkannya.

Lightweight Conditioner - melicinkan dan melembabkan rambut tanpa meninggalkan kesan melekit dan mengembalikan struktur rmbut tersebut..

Jgn biarkan hidup anda dignggu dg  keguguran rambut..(hehehe mcm seram plak)

Jgn segan2 nk pm/wapps Nurul
0173704725
shaklee independent distributor
id 1083829

Saturday, 21 December 2013

Set Hamil Shaklee


Hari ni entri nk cter pasal vitamin untuk ibu mengandung plak..yg pasti entri bln ni mst ade pasal omega guard kn.hehe.. promosi omega guard ada 10 hari lg so bley la promosi lg..set vitamin untuk ibu mengandung ni ada ESP, Omega Guard, Ostematrix, B Complex, Vitamin C & Vitalea. 

Pada trimester pertama ibu2 digalakkan ambil ESP, Ostematrix, Vitamin C, B Complex & Vitalea. Omega Guard pula di sarankan diambil setelah mencapai trimester ke-2 & ke-3 bersama2 vitamin yg lain.

Antara kelebihan set ini adalah : 
ESP - membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu, dan membantu pengaliran darah.

Ostematrix - memoptimumkan pengambilan kalsium dgn formulasi vitamin D, magnesium memastikan tubuh ibu menyerap kalsium yg bgus utk tulang.

Vitalea - multivitamin yg dpt membantu penyerapan asid folik iaitu nutrien yg perlu untuk keseluruhan penumbuhan sel dlm badan.

B complex - membantu mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.

Omega Guard - mengandungi DHA dan EPA yg membantu perkembangan otak bayi.

Vitamin C - membina dan menguatkan sel tisu dlm badan dan membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan ibu2.

Berminat?
Jom pm/wapps/wechat Nurul
0173704725
ID 1083829
Shaklee Independent Distributor

Thursday, 19 December 2013

Set Tambah Berat Badan

Slalu kte dgr vitamin nk kurus tp entri kali ni nurul nk cter ttg vitamin utk anda yg nk tmbahkan berat badan...seme org nk kurus tapi klu BMI kte xsesuai dgn tubuh badan kte yg kurus tu xbley jgk kn..Selain memberi selera makan, ia juga dpt memberikn tenaga pd tubuh kte so xde la nmpk xbermaya sgt sepanjang hari..

Set Tambah Berat Badan(dlm erti kate lain set gemuk..hehehe) terdiri dripada Mealshakes (yg bg tenaga tu), VitaLea (meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi), & B-Complex (yg membantu menguatkan jantung,peparu dan organ penting yg lain). Dgn formula lengkap ni In Shaa Allah kte akan dlm keadaan sihat walaupun berat badan kte bertambah..

Teringin nk cuba??
Jom pm/wapps/wechat Nurul
0173704725
id1083829
Shaklee's Independent Distributor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...