Saturday 6 December 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Rawat Diri Secara Tradisional


Selamat pagi semua..Selamat berhujung minggu..kemana kita hari ni..Nurul ada kelas meroti petang ni..Nak mencuba benda baru katanya..hahhaaa nanti Nurul update ye tentang kelas meroti tu..Hari ni kita belajar cara-cara rawat diri secara tradisional..Almaklum la ada juga antara kita ni memang tak berminat terus dengan ubat-ubatan ni..tapi bagi Nurul ubat-ubatan ni la senang, just telan je xperlu dah nak bersusah payah..Tapi lain orang lain pendapatnya kan..

Rawat diri secara tradisional
Jom baca lagi..nurul sertakan masalah yang kita alami dengan rawatan yang sesuai ye..

Melegakan selsema
Didihkan air kemudian tuang ke dalam besen.Masukkan sejemput serbuk teh atau kopi.Letak setitis minyak geliga.Selimutkan seluruh badan bersama dengan besen yang ada ramuan tadi.Tunggu 10 minit dan bernafas seperti biasa.Badan kita akan berpeluh-peluh seterusnya melegakan selsema.

Hilangkan nafas berbau
Amalkan mengunyah hampas kelapa yang disagat sehingga kuning. Jika tak suka pada rasanya bolehlah diluahkan. Banyakkan minum air suam dan berkumur-kumur untuk membersihkan celah-celah gigi dari sisa makanan.

Elak cekam kuku
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sikit dibahagian atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehingga menjadi kekuningan. Biarkan limau tersebut suam-suam kuku.Selepas itu bolehlah cucuk limau tersebut pada kuku yang mencengkam atau bernanah tu.Kuku yang bernanah tadi akan mengecut dalam masa beberapa hari.

Atasi kulit kepala gatal
Bersihkan segenggam daun pudina lalu dikisar sehingga lumat. Lumurkan ke seluruh kulit kepala. Bungkus kepala selama 1 jam dengan tuala. Bilas rambut sehingga bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

Kembung perut
Tumbuk sebuku halia bersaiz sederhana dan jangan terlalu lumat.Masukkan ke dalam gelas dan tuang air mendidih didalamnya sehingga setengah gelas. Tutup dengan piring selama 10 minit dan diminum atau tumbuk daun bakawali dan bawang putih sehingga lumat. Sapukan dibahagian perut atau pusat yang kembung.

Cirit-birit
Bancuh air suam dengan serbuk teh tanpa gula.Biarkan rasanya pahit atau kelat.Baca selawat dan minum.In Shaa allah mengurangkan cirit birit.

Angin dalam badan
Campuran air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuh sedikit madu asli dalam bancuhan tersebut.Kacau dan minum setiap hari.

Badan gatal-gatal
Ambil beberapa helai daun sirih dan rebus sehingga mendidih. Celupkan kain kedalam air rebuan yang sudah suam-suam kuku dan tekapkan ke bahagian kulit yang gatal kira-kira setengah minit.In Shaa Allah kegatalan akan hilang.

Selamat mencuba... 

Sumber : Majalah Mingguan Wanita


Berminat untuk mencuba produk Shaklee??
Hubungi Nurul di :-FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain. 

Thursday 4 December 2014

Cuti 2 Minggu Bergaji??


Hai semua..selamat hari khamis..eh khamis dah hari ni rasa baru lagi hari isnin..sekejap je kan masa berlalu..Ada apa dengan cuti 2 minggu bergaji tu ye?meh kita baca kisah selanjutnya..kihkihkih

Alhamdulillah rezeki anak-anak la tu kan Nurul dapat cuti 2 minggu bergaji dengan encik bos.Bukan Nurul mintak ni tau tapi bos sendiri nak staf dia bercuti sebelum masuk tahun baru.Maklumlah sebagai auditor ni awal-awal tahun memang sibuk sikit sebab semua nak submit akaun kat income tax la, SKM la, SSM la.Jadi masa tu tak de maknanya lah nak cuti sesuka hati.Kalau emergency sangat baru la boleh cuti..

Tahun lepas kami dapat jugak cuti bergaji ni tapi seminggu je la sebab dah tercuti disebabkan banjir besar kat kuantan ni.ni pun belum planning lagi nak bawak anak-anak ke mana.Lagipun hubby Nurul bekerja alamatnya duduk rumah je la sepanjang cuti tu..hahhaha..seronok sangat la budak berdua tu mummy dia cuti.

Bukan cakap anak-anak yang seronok tapi ramai rupanya..Nak-nak mama saya, dapat la berehat sikit anak-anak tak ada kat rumah dia..Tapi tu sementara je la sebab biasanya kalau saya cuti lama sikit ada dah mama sampai depan rumah nak ambil anak-anak..bosan katanya..

Tu cerita mama saya, hubby saya pula apa lagi.."Oklah tu mummy cuti nanti boleh daddy balik makan tengah hari".Amboi-amboi baik punya request..hahaha..Demi daddy, mummy redha je la..gitu..

Belum cuti lagi dah bayang macam-macam agak-agak kalau berhenti kerja terus lagi best kn..In Shaa Allah satu hari nanti..Nekad..Sebelum umur 30 nak pecat bos..hahaha

Ok itu sahaja entri hari ni..Tq sudi baca nukilan yang tak seberapa ni..Peace!!!◕‿◕



Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain. 

Wednesday 3 December 2014

Pengalaman Dhuha di Office


Selamat tengah hari semua..Lunch di mana hari ni..ke tak lunch hari ni?Diet ye..Hari ni Nurul nak share pengalaman Nurul berdhuha di opis..Disaat orang lain takut-takut nak dhuha kat opis tapi Nurul buangkan rasa takut tu kerana Allah dan Nurul pegang bahawa rezeki Nurul bukan terletak ditangan majikan tapi di tangan Allah..

Sebenarnya dah lama Nurul dhuha di opis tapi bos tak tahu..Cuma ada satu hari tu Nurul solat dhuha lewat sikit sebab ada uruskan account client.. Dia masuk opis terus cari Nurul tanya dengan staff sorang lagi, staff tu pun cakap la yang Nurul tengah solat. Bos pun jawab solat apa tengah waktu macam ni zohor belum masuk lagi masa tu jam dah kul 11.00pagi. Sambil duk menanya tu, dia siap pergi tengok lagi kat ruangan solat kami tu betul ke Nurul tengah solat..MashaAllah, sampai macam tu sekali..

Dalam hati ni punyanya la cuak bila dengar dia tanya soalan td tu..(nampakkan tak khusyuknya..hahaha)..yela mana la tahu dia nak buang Nurul pula kan.Siap solat tu, doa banyak-banyak sambil dalam hati duk nekad..Kalau dia nak marah Nurul solat dhuha memang Nurul berhenti time tu jugak..Tapi Alhamdulillah, Nurul masih lagi bekerja disini sehingga hari ni dan solat dhuha pun dah jadi rutin harian.Bos pun tak tanya apa-apa dah bila Nurul tak ada kat tempat. 

Lepas kejadian tu baru la Nurul rasa selesa sikit nak solat sebab bos dah tahu.kalau tak, solat dalam keadaan takut-takut.hihihi. Agak-agak anda semua ada tak pengalaman macam Nurul ni??Meh share kat komen nak?..


Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

Monday 1 December 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Promosi Disember 2014


Jeng jeng jeng..Semua duk tunggu kan apa promosi bulan ni..Biasanyajam 10 pagi dah ada official announcement tapi hari ni lambat pula..Tup tup tadi Ummi Maisarah wasap mesej Shaklee dalam group..Mau tak melompat dapat tahu ada 4 promosi bulan ni..Memang rugi la kalau tak grab..


Sustained Release Vita C Plus
♦ Beli 6 
-Percuma 1 Sustained Release Vita C Plus RM 92.50

♦ Beli 2 Diskaun 5%

Harga normal RM 92.50
Harga promosi RM ++ (semestinya harga ahli lagi murah dari harga ni kan so jom join ahli)


Vitamin E Complex
♦ Beli 6 
- Percuma 1 Vitamin E Complex RM 149
- Percuma membership 
- Cash rebate pada 15 Jan 2014

♦ Beli 2 Diskaun 5%

Harga normal RM 149
Harga promosi RM +++ (semestinya harga ahli lagi murah dari harga ni kan so jom join ahli)


So apa tunggu lagi..Jom dapatkannya..

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

Anniversary bersama Shaklee yang pertama


Sedar tak sedar dah cukup setahun Nurul bersama Shaklee pada 28 November yang lepas.Sekejap je kan masa berlalu rasa baru je sign up Shaklee..hihihi.Apa yang Nurul dapat selepas setahun bersama Shaklee..Meh nak cerita sikit..nak baca ke tak?tak nak baca pun boleh..kihkihkih

Alhamdulillah, walaupun tak capai apa-apa rank dari Shaklee tapi Nurul dapat belajar banyak benda antaranya ilmu tentang makanan tambahan, penyakit,macam mana nak handle supplemen dengan penyakit kita, amalan rohani dan silaturahim antara ahli lain,macam mana nak handle bisnes sendiri, nak lebih dekat dengan customer dan lain-lain.


Semua ni tak memang tak pernag terpikir nak buat pun selama ni sebab dah terlalu selesa dengan apa yang kita terimakan.Lebih-lebih lagi bila dah ada gaji besar nak buat apa la part time ni semua kan.Buat penatkan badan pula kan.Tapi bila pikirkan balik apa yang kita akan dapat kalau kita duk ditakat ni je.Even kadang-kadang nak bawak anak-anak berjalan jauh sikit kita dah memikir banyak kali.Dengan income yang tak seberapa ni dan nak hidup dengan keadaan ekonomi sekarang yang semuanya nak naik,tak terjangkau dengan income yang kita ada kan.

Setahun yang berlalu ni buat Nurul bermuhasabah diri.Rasanya dah masanya Nurul bertindak lebih jauh lagi demi masa depan anak-anak dan keluarga.Jadi bila tahun dah berubah ni semangat pun berubah la kan..In Shaa Allah tahun baru yang bermula 2 hari lepas mengikut kalendar Daisypath kt bawah tu akan ada perubahan yang terbaik..



Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

Thursday 27 November 2014

Cubaan Pertama Assyifa


Selamat petang semua..Minggu ni asyik lambat bersiaran kan..hahahha..buat yang tertunggu-tunggu tu Nurul mintak maaf la ye..Terpaksa..

Hari ni Nurul nak share sikit pengalaman Nurul bersama-sama anak-anak..Nak tau tak?Kalau tak nak tau pun Nurul nak cerita jugak..
Assyifa 


Alkisahnya, semalam Nurul dan hubby nak test Assyifa tak pakaikan pampers untuk dia. Niatnya nak biarkan dia belajar tak pakai pampers jadi bolehla mummynya berjimat sikit.Lepas mandikan dia semalam pakaikan la seluar untuk dia tanpa pampers..Anak tu tak ada apa-apa..Relaks je duk main-main dengan adik dia, melompat-lompat bagai, tapi yang si mummy dan daddynya tak sampai 30 minit duk pesan kat anak tu nak kencing bagitau mummy.Bermula dengan mummy,pastu nampak anak tu aktif sikit daddynya pula bertanya..hahaha

Akhir sekali si anak tu pun bunyi macam ni.."Mummy,ipa nak pakai pampers la".Kami suami isteri ni tergelak la, mungkin sebab dia bosan mummy n daddynya asyik duk tanya aje kan.So pakaikan jela pampers kat dia semula.Kira dalam 2jam sahaja la cubaannya..Hahaha

Begitulah kisahnya..Kadang-kadang dari anak tu sendiri kita sebagai ibu bapa ni akan belajar untuk yakin bila buat sesuatu benda.Patutnya kami tak perlu nak kena tanya Assyifa banyak kali sebab benda yang macam tu la akan buat kita menidakkan kebolehan anak kita.

Ok itu sahaja pembelajaran semalam.Nantikan percubaan seterusnya dari Assyifa ye..

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain





Wednesday 26 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Testimoni Omega Guard


Selamat pagi semua..sedar tak sedar dah nak habis bulan November kan.Bermakna promosi Omega Guard pun dah nak habis jugak la kan. So, hari ni Nurul nak share testimoni Omega Guard yang awesome ni..

Seperti biasa, nak promote kat orang mesti diri sendiri kena test dulu kan. Nurul pernah Omega Guard ni masa promosi tahun lepas untuk pecahkan lemak-lemak terkumpul dalam badan dan dalam masa yang sama bagi kat anak kecik dua orang tu untuk perkembangan minda mereka sekaligus untuk membantu tingkatkan imunisasi mereka..Alhamdulillah, hasilnya sangat memberansangkan.

Ok meh kita tengok testimoni pengguna yang lain pula..

Testimoni Omega Guard

Testimoni Omega Guard

Testimoni Omega Guard

Testimoni Omega Guard

Hebatkan..Alhamdulillah dengan izin Allah juga..Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha selebihnya Allah yang tentukan..selamat mencuba..

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain


Tuesday 25 November 2014

Pisang Goreng Cheese


Selamat petang semua..Lambat lagi bersiaran hari ni sibuk dengan kerja hakiki, maklumlah nak akhir tahun ni pastu dengan GST lagi.Tapi tu bukan ceritanya hari ni..hahahah.Memandangkan sekarang dah fenomena pisang goreng bercheese ni maka terbitlah kisah jadi entri hari ni..

Alkisahnya, semalam Nurul kena ambil hubby balik kerja sebab pagi tu hujan.Masuk je dalam kereta dia duk bercerita pasal pisang goreng cheese yang dia makan waktu lunch semalam.Nurul pun tak pernah cuba sebenarnya cuma selalu tengok orang post kat fb pasal pisang goreng cheese tu..

Apalagi balik kerja tu mencari lagi pisang goreng cheese,tapi tempat yang dia makan waktu lunch tu jauh so kami pun decide la cari sekitar tempat dia kerja tu je la kan..hari pun dah petang nanti lewat pula ambil anak-anak.Kalau nak buat tu memang tak sempat la kan kena tunggu time cuti baru boleh nak bersongeh sikit..kihkihkih

First round tu usha-usha dulu tempat yang jual tu..OK ada 2 tempat jadi nak kena pilih dulu mana yang best.Pergi la kat tempat yang first ni, memang ramai orang tapi kualiti pisangnya tak menarik sebab dia guna pisang yang dah lembik.Membayangkan pisang yang lembik tu bila dah terkena cheese dan coklat mesti muak sangat walaupun tengah panas.

Jadi, kami pun pergi la ke tempat yang ke 2.Seriusly kat situ tak ada orang langsung.Mula-mula memang berkira-kira jugak nak beli sebab tak ada orang belikan dalam otak ni duk mikir mesti tak best ni..Tapi ternyata anggapan kami salah,pisang yang dia goreng tadi lebih baik dari kedai yang sebelumnya, siap ada extra cheese lagi..Kami pun apa lagi borong terus untuk rumah mama sekali.


Ha..macam tu la bentuknya pisang goreng cheese tu..ni sumber dari Encik Google la..Oleh kerana hubby Nurul marah ambil gambar time makan so ni je la Nurul hidangkan untuk anda semua..hahaha.
Ok jumpa lagi di entri akan datang..


Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

Monday 24 November 2014

Kenapa hati tak tenang???


Selamat hari isnin semua..tadi duk scroll fb jumpa la status yang kawan Nurul share kan. Meh kita hayati bait-bait apa yang nak disampaikan oleh penulis..

Kenapa hati tak tenang? Rasa gelisah dan tak gembira ... selalu bad dreams ... mimpi buruk ... fikiran kusut ... rasa tak happy...

Happiness atau kegembiraan ini hanya akan jadi milik kita bila kita buat Tuhan happy. Make Allah happy than you will be happy. Bagaimana nak buat Allah happy? Selain ibadat khusus ada banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk buat Allah happy.

Yang paling utama dan paling penting mulakan dengan hati kita dulu. Sebab dari seketul daging inilah Allah kata dalam Quran yang akan jadikan seseorang itu baik atau jahat.

So ... bersihkan hati masing-masing. Antaranya elakkan berburuk sangka, busuk hati, berfikiran negatif, sakit hati, busuk hati dan segala penyakit hati ini. Dari sinilah punca segala kekusutan dan resah gelisah.

Cara untuk bersihkan hati ni mula-mula sekali belajar untuk bersyukur dan redha. Orang yg ada masalah hati ini adalah orang yg payah untuk bersyukur dan redha ... justeru itu hatinya akan sentiasa nampak ketidak sempurnaan dalam diri orang lain ... maka dia jadi tidak happy ... dia jadi gelisah ...

Redha dan bersyukulah ... serah bulat2 urusanmu pada Allah sebab apa saja yg berlaku bukankah Allah maha mengetahui dan maha melihat ... Allah maha berkuasa dan maha bijaksana. Berusahalah dan selebihnya serahkan urusanmu pada Allah ... that's it ... apa saja resullt after that belajarlah untuk bersyukur dan redha ...

InsyaAllah nikmat Allah melimpah ruah ... sebagaimana firman Allah " Bersyukurlah kamu ... nescaya akanku tambah nikmat ..."

Kenapa sesetengah kita jadi sentiasa tak happy ... ianya kerana susah nak besyukur dan redha ... selalu nampak yg buruk2 dalam sesuatu ... negatif forces terlalu banyak dlm badan ... tu yang jadi tak tenang rasa tak happy ...

So ... wake up ! Stay strong and stay positive. Kita akan diuji dengan benda yg kita lemah ... kita lemah jika suami ada gf lain maka seluruh hidup kita, kita akan sentiasa nampak suami seperti ada gf lain ... ia akan menghantui hidup kita .. kita akan sentiasa nampak keburukan suami kesalahan suami dan kita akan sentiasa cari kesalahan suami .. yang akhirnya kita tidak happy ... kita jadi stress melampau ...

Kita lemah dengan mak mertua yg fussy ... maka kita akan sentiasa jadi fobia dan kelam kabut bila mak mertua nak datang rumah ... mak mertua cakap dlm telefon dgn suami/ isteri ... kita jadi tak sihat ... badan jadi rasa macam nak demam dsbg...

Kita lemah dengan masalah duit ... maka bertimpa timpalah kita diuji dengan masalah duit ... kereta rosak, pagar rumah kena langgar, duit hilang dsbg.

Kita lemah dengan pencapaian akademik anak .. maka anak2 kita sentiasa tak perform ... trial ok je tapi bila keluar result anak jiran sebelah lagi bagus ...

Kita diuji dengan benda yg kita lemah ...

Belajarlah bersyukur dan redha sebab dunia ini hanya sementara kita cari bekal sebelum mati. Berusaha jadi yang terbaik maka segala kebaikan akan menghampiri kita ... this is law of atraction !

Jangan berusaha sangat nak orang lain jadi baik sampai yang kita nampak hanya keburukan dalam diri oran lain.

Berusahalah untuk jadi baik dan lebih baik. Baiki diri kita dulu maka segala kebaikan akan mendekati kita.

Bila anak2 bermasalah, parents muhasabah diri ... kenapa anak aku jadi macacm ni ... anak orang lain tak pun ... muhasabah diri ... Adakah kerana terlalu bimbangkan kegagalan anak maka anak aku gagal ...

Jawapannya YA ! Prasangka adalah doa ... jauhilah prasangka kerana firman Allah Surah Al-Hujurat ayat 12,

“Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.

Wallahu'alam ...

Sumber : Raja Shamri

Semoga ia bermanfaat untuk Nurul dan semua yang membacanya.Sama-samalah kita amalkan ye..

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

Saturday 22 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Testimoni Herb-Lax


Hari ni Nurul nak share testimoni untuk Herb-Lax. Nurul dah cuba Herb-Lax ni untuk detox kotoran dalam badan, lagi satu Nurul ni memang susah sangat nak buang air besar. Kadang-kadang dalam masa sebulan tu dua kali je Nurul membuang..Betapa teruknya pencernaan kan sebab tu la badan Nurul susah nak lekat kalau makan apa-apa supplemen.Jadi Upline Nurul pun suggest untuk try herb-lax ni untuk bersihkan usus supaya tak ada dah masalah pencernaan.3 malam berturut-turut Nurul makan dan setiap pagi mesti membuang dengan jayanya..Yang paling best Herb-Lax ni bukan macam ubat kurus jenama lain yang Nurul pernah makan. Sebelum makan Herb-Lax ni memang Nurul ada ambil teh untuk kurus la kononnya, pagi tu memang membuang tapi sebelum nak membuang tu perut memulas-mulas,bila kita ke tandas kena tunggu lagi.Tapi berbezanya dengan Herb-Lax ni, Nurul tak rasa memulas pun,bila agak-agak nak membuang masuk je tandas terus membuang, yang penting sekali tanpa sembelit..best gtu..hahaha

Tu dari pengalaman Nurul jom kita tengok pengalaman pengguna yang lain pula :-

Testimoni Herb-Lax

Testimoni Herb-Lax
Testimoni Herb-lax

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

Friday 21 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Kudis Buta


Lambat bersiaran hari ni sebab kekangan idea..hahaha..Hari ni Nurul nak share sikit info tentang Kudis Buta atau dalam bahasa kampungnya kita panggil Scabies..hhihhihi

Apa itu Scabies/Kudis Buta
Scabies di tangan
Scabies atau kudis buta adalah keadaan kulit berjangkit yang disebabkan hama kecil yang dipanggil Sarcoptes Scabiei.Lubang hama ini biasanya tertanam di dalam kulit kemudian membiak dengan cara bertelur yang akan menyebabkan ruam dan sengit di waktu malam atau selepas kita mandi.

Antara tanda-tanda jangkitan Scabies :-
♦  Timbul ruam dan gatal-gatal selapas mandi atau waktu malam
♦ Naik biji-biji air macam kena gigit semut dibahagian tapak tangan, celahan jari kaki atau tangan,berhampiran kemaluan untuk lelaki dan wanita pula disekitar puting kita.

Scabies di tapak kaki
Anak Nurul, Aleesha pernah kena kudis buta ni dan Nurul pun tak tahu pun yang sebenarnya tu kudis buta selepas bawa dia pergi ke klinik.Macam-macam juga la kami buat nak bagi hilangkan kudis buta dia tu sampai frust nak mencuba dah..Masa tu Nurul cuba semua apa yang orang sarankan pada Nurul.Pergi ke klinik tu tak perlu cakap lah banyak mana kan.Nurul dah cuba rebus baju dan seluar yang aleesha pakai,mandikan dengan air daun untuk hilangkan gatal-gatal dia,sapu lotion scabies tu tiap-tiap malam, sapu lotion econozyme tu tak cukup yang kecil beli yang besar pula, pergi klinik doktor bagi 1 lotion tu tapi Nurul tak ingat apa namanya berkesan jugak tapi bila lotion tu habis naik balik gatal-gatal dia..

Memandang Nurul seorang SID jadi Nurul ambil masa untuk kaji produk Shaklee yang boleh rawat penyakit anak Nurul ni..Lepas dah habis kaji tu tanya pula pendapat leader yang lain supaya Nurul tak memudaratkan lagi keadaan.Nurul cuba berikan Aleesha Omega Guard, memandangkan masa tu Aleesha baru umur 1 tahun 3 bulan jadi Nurul bagi dia kunyah Omega Guard tu 3 kali seminggu, berikan Chewable Vita C, sapukan badan dia dengan Herbal Blend lotion setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur dan akhir sekali Nurul mandikan dia dengan Basic H.Alhamdulillah sekarang Aleesha dah tak ada masalah berkait dengan kudis buta ni dan kulit dia pun makin cantik.

Tu dari pengalaman Nurul sebagai ibu yang ada anak yang mengalami Scabies atau kudis buta ni.Semua yang Nurul lakukan ni atas risiko yang Nurul tanggung sendiri sebab bagi Nurul, Shaklee adalah bahan semulajadi dan tiada bahan kimia yang membahaya.Dapatkan nasihat doktor jika perlu.


Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain


Thursday 20 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Kencing tak Lawas


Baru-baru ni ada la seorang adik ni wasap Nurul tanya shaklee ada tak set kencing tak lawas. Mula-mula cuak juga sebab tak pernah consult kes macam ni..baca al fatihah lebih sikit bagi Allah permudahkan Nurul untuk consult adik tu..Dia beli ke tak?ha..tu cerita lain la kan..Jadi mungkin ada jugak yang tak tahu pasal kencing tak lawas ni..So hari ni meh kita kaji apa serba sikit pasal kencing tak lawas ni..

Simptom kencing tak lawas :-

♦ Kencing tak puas
♦ Kencing dalam kuantiti yang sikit-sikit
♦ Kerap sangat ke tandas untuk buang air kencing
♦ Kencing tak habis
♦ Sakit di bahagian ari-ari semasa nak kencing
♦ Kencing berdarah
♦ Rasa pedih bila nak kencing dan air kencing berasa panas
♦ Tak boleh tahan kencing (tak menyempat orang kata..hahaha)

Faktor terjadinya kencing tak lawas
❀ Kurang minum air (air masak tau bukan air manis)
❀ Suka tahan kencing
❀ Kurang menjaga kebersihan alat kelamin
❀ Usia yang meningkat
❀ Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tekanan darah,penenang dan ubat jantung
❀ Saluran kencing sempit
❀ Bagi kaum lelaki, kemungkinan pundi prostatnya mengalami radang atau bengkak
❀ Kegagalan mengawal otot pundi kencing


Nurul kongsikan juga petua atau tips untuk mengatasi kencing tak lawas
✔ Banyakkan meminum air masak
✔ Minum air basuhan beras yang dah bersih segelas selepas makan tengahari dan amalkan setiap hari
✔ Minum air nenas yang telah di kisar dengan segelas air
✔ Rebus daun sirih dan minum air rebusan tersebut 2 kali sehari
✔ Untuk kaum lelaki, boleh amalkan teknik urutan
✔ Berjumpalah dengan doktok sekiranya keadaan semakin teruk
✔ Jika ingin mencuba produk Shaklee, Nurul cadangkan ambil Alfalfa, Garlic dan GLA Shaklee


So macam mana??agak-agak Nurul ada membantu tak anda yang ada masalah kencing tak lawas ni.
Sebenarnya bab kencing tak lawas ni kita sebagai Muslim kena menitik beratkan soal kencing tak lawas ni teutamanya ketika kita nak solat, pastikan kita bersih dengan air kencing tadi dan semasa solat juga penting.Khusyuk ke solat kita tu kalau duk tahan kencing tu?Renung-renungkan..



Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.


Wednesday 19 November 2014

Selamat Hari Lelaki Sedunia..


Eh hari lelaki sedunia ke hari ni..Actually, Nurul pun tak tahu tapi dengar penyampai dalam radio tu wish..hahaha nampak kan outdatednya..Biarlah nak kata apa pun, Nurul nak wish jugak Selamat Hari Lelaki Sedunia untuk mereka yang bergelar lelaki..kalau pondan tu lelaki la jugak kan..hihihi

Meh berkenalan dengan lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidup Nurul selama Nurul hidup..Firstly of course la my papa kan..Tiada galang gantinya..Mungkin papa Nurul tak sama macam papa anda semua tapi Alhamdulillah Nurul sangat bersyukur bila dikurniakan seorang papa yang sangat penyabar.Buatlah apa kat dia, dia senyap je dan tak pernah sekali Nurul tengok dia balas apa yang orang cerita pasal dia.Nurul dan adik2 pun tak merasa kena rotan ke hanger ke tali pinggang ke kalau buat salah.Cukup jelingan sekali je terus terkedu masing-masing..Hahaha boleh bayangkan garangnya tak..Pesepsi mula berubah pada papa masa umur papa masuk 4 series.Papa makin dekat dengan kami sekeluarga, kalau dulu nak bergurau payah sekali sekarang ada saja gelagat dia untuk buat kami tak kering gusi lebih-lebih lagi bila bergurau dengan cucu dia yang 2 orang tu..Maklum la setakat ni tu je la cucu yang ada jadi layankan ade la kerenah mereka berdua tu..

So who next??Of course la my lovely hubby kan. Perkenalan yang tak disangka melalui kawan-kawan dan berakhir dengan perkahwinan selepas 3 tahun bercinta sakan..hahaha.Hubby Nurul ni seorang yang suka melawak ada juga kadang-kadang lawak dia tu langsung tak boleh diterima akal dan ada masa datang angin kus-kus dia tu jangan la melawan mau terangkat rumah tu..hahaha..Hidup bersama ni biasalah ada pasang surutnya kan tapi Alhamdulillah kami masih lagi bertahan..Doakan bahtera perkahwinan kami ni berkekalan hingga ke syurga..


Ok tu saja lah kot untuk lelaki yang terpenting dalam hidup Nurul sebab Nurul pun belum ada anak lelaki jadi tak ada la cerita pasal anak lelaki..hahaha. So lastly selamat hari lelaki sedunia untuk kawan-kawan Nurul di SK Teruntum, SMK Indera Mahkota 2, DAIS Kampus Dungun Batch 2006, Bacc Kampus Shah Alam 2009, Geng suka suki masa remaja tu dan untuk semua pembaca blog Nurul yang bergelar lelaki tu..Peace!!!◕‿◕



Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.

Tuesday 18 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Bengkak Kaki ketika Hamil


Selamat pagi semua..dah masuk musim tengkujuh dah kat kuantan ni dari ari ahad lepas hujan tak berhenti-henti lagi..eh apa kena pula cuaca dengan bengkak kaki ni..hahaha..Ok kita kembali ke tajuk asal ye..Bengkak kaki masa hamil ni biasa bagi ibu-ibu hamil ni..Nurul pun pernah alaminya, takut nak tengok kaki besar macam tu.hihihi tapi semua tu sementara je nanti dah bersalin back to normal dah.Jom tengok lebih lagi pasal bengkak kaki semasa bersalin ni.

Bengkak kaki ketika hamil

Bengkak kaki terjadi apabila bayi kita semakin membesar dan rahim memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Wanita hamil akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang-kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa dan ini menambahkan lagi kebengkakan atau sembap tersebut. Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, sebelum lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dengan serta-merta dan kembali kepada keadaan asalnya. Sementara itu, menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat. Edema atau sembap semasa hamil adalah perkara biasa terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. Bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu simptom praeklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi. - sumber artikel utusan online

Ha..panjang lebarkan keterangannya..habis tu macam mana pula nak kurangkan bengkak kaki tu..Meh Nurul tunjukkan cara-caranya :-

❀ Elakkan ambil ubat-ubatan jenis diuretik kerana semasa hamil ubat ubatan tu akan buat buah pinggang kita mengeluarkan air dan garam sodium supaya kita kerap buang air dan menghapuskan cecair berlebihan

❀ Cuba naikkan atau tinggikan kaki semasa duduk terutama ibu yang bekerja. Contohnya letakkan kaki kita diatas kotak instead of letakkan di atas lantai.

❀ Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat.

❀ Jangan silang kaki semasa duduk

❀ Pakai support tights sebelum kita bangun dari kati di waktu pagi supaya sarah tak berkumpul kat sekeliling buku lali

❀ Pakai compression stokin sekiranya perlu. Consult doktor dulu ye.

❀ Minum air secukupnya

❀ Bersenam dengan kerap terutama berjalan, bersenam atau gunakan basikal senaman

❀ Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan tinggi kandungan sodium dan garam seperti jeruk sayuran, telur masin dan ikan masin

❀ Pakai kasut yang selesa untuk menyokong kaki

❀ Kalau kena travel jauh-jaul, berhenti dengan kerap ntuk regangkan kaki

❀ Mintak tolong hubby urutkan kaki kita tu barulah bertambah kasih sayang..hihihi

❀ Urut buku lali dan tapak kaki hingga ke lutut jika terasa terlalu tegang. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar dari tapak kaki.

❀ Tidur mengiring ke kiri dapat mengurangkan tekanan saraf kerana saraf terbesar terletak di sebelah kanan.

❀ Cuba Performance Drink dan Ostematrix Shaklee untuk kurangkan bengkak kaki dengan cara semulajadi..

So macam mana sekarang mummy to be sekarang?Agak-agak Nurul ada membantu anda semua tak?hihihihi..Selamat mencuba..◕‿◕



Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.




Monday 17 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Makanan yang Mengandungi Omega 3


Apa kahabar semua..seronok tak bercuti di hujung minggu baru-baru ni..Macam lemau je tengok muka tu hari ni kena masuk kerja balik ye..Jangan lemau-lemau meh Nurul sajikan entri yang berkait dengan makanan yang mengandungi Omega 3.Antaranya :-


Bayam
Bayam adalah sumber makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 dan salah satu sayuran hijau yang mengandungi kalori yang rendah dan tinggi dengan zat besi.

Minyak Canola
Minyak canola mampu mengekalkan kesihatan jantung kerana terdapat asid lemak Omega 3 didalamnya. Dengan mengantikan minyak masak biasa dengan minyak canola dalam salah satu car untuk mendapatkan nutrisi didalamnya. Selain itu, minyak canola juga boleh digunakan bersama sayuran salad sebagai penganti mayonis yang biasanya mengandungi lemak.

Kobis Bunga
Antara nutrisi dalam kobis bunga adalah kalium,magnesium dan niasin yang menyokong kesihatan jantung. Kubis bunga biasanya dimasak dengan ditumis atau dijadikan sup. cari resepi yang lazat untuk menikmati kobis bungs dan mendapatkan nutrisi yg sihat melaluinya.

Kacang Soya
Kacang soya boleh didapati dalam produk tenusu atau produk lain. Ia lazat dan kaya dengan asid lemak Omega 3. Soya juga penuh dengan nutrisi sepertt serat, zat besi, protein,kalsium,vitamin K dan folat. Juga sesuai untuk mereka yang alahan kepada susu lembu.

Minyak Ikan
Satu kajian mengatakan bahawa asid lemak Omega 3 juga terdapat dalam minyak ikan dan didapati dalam bentuk tablet supplemen atau sirap.Pengambilan pil-pil minyak ikan sehari cukup untuk memenuhi keperluan Omega 3 dalam tubuh badan anda.

Telur
Kuning telur mempunyai lemak yang sihat. 1 biji telur mengandungi kira-kira 40-250mg EPA & DHA.

Kacang Walnut
Makanan yang mengandungi kandungan lemak yang berkhasiat dan 2600mg dari kacang walnut cukup untuk menyuburkan.

Salmon
Terkenal dengan makan yang mengandungi EPA & DHA yang tinggi dan mampu menyediakan kira-kira 1600mg asid lemak yang baik untuk otak.

Tuna
Dikatakan mengandungi kandungan merkuri tetapi jika anda bijak memilih tuna yang segar dan tidak dimakan secara berlebihan kira-kira 1000mg asid lemak dapat diserap.

Biji Rami
Makanan yang pertama mengandungi asid lemak Omega 3. Amalkan 2-3 sudu makan biji rami setiap hari untuk keperluan Omega 3.

Benih Chia
Boleh dikunyah dan ditabur diatas salad, baik untuk pencernaan kerana kaya dengan serat yang membantu pergerakan makanan semasa proses pencernaan dan juga mampu memberi daya tahan badan.

Selamat mencuba..

Berminat untuk mencuba Produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain-lain

Sunday 16 November 2014

Hari minggu tanpa aktiviti

                                                      

Hari ni Nurul tak nak bercerita just nak share gambar kami sekeluarga untuk tatapan umum.hahaha dan macam artis pula kan.
Ni mama n papa Nurul
Di semasa majlis kahwin adik Nurul

Si kecik berdua bercuti

Ni keluarga besar In Law

Bercuti ke Terengganu

Akhir sekali, ni la si jantung hati Nurul




Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.





Saturday 15 November 2014

Impian Setinggi Gunung


Selamat berhujung minggu semua dan untuk yang bekerja macam suami Nurul tu selamat bekerja ye. Nurul ni kira beruntung juga la bila company swasta dan pemiliknya orang pensendirian bekerja hanya 5 hari seminggu..Tapi kalau tak bekerja pun lagi best kan..hahaha

Seriusly, kerja kat sini tiada tekanan sangat mungkin suasananya didalam opis tu sunyi kalau ada bunyi pun hanya bunyi radio dan titisan air dari bola-bola air..hahaha macam duduk dalam muzium pun ada..maklum la 2 orang je pekerjanya.

Walaupun kerja kat situ best tapi entah kenapa hati ni membuak-buak nak resign, nak jadi work at home mummy(WAHM). Bukan duduk saja-saja kat rumah tau, tapi berbisness hanya dirumah dengan suasana bertemankan anak-anak walaupun kadang-kadangnya stress jugak dengan perangai kedua-duanya tapi bila tak ada tu sunyi pula kan..hahaha nampakkan tidak bersyukurnya saya.

Perasaan mula membuak-buak bila tiap kali anak Nurul, Assyifa tu tanya "Mummy kerja tak esok". Oh no!!kalau dalam seminggu tu dia ada kat rumah tiap-tiap hari la dia tanya soalan yang sama. Anak nurul yang ni jarang balik rumah sebab dah selalu duduk dengan mama Nurul. Jadi jarang ada masa dengan dia tu juga salah satu faktor Nurul nak jadi WAHM, nak sentiasa dekat dengan anak-anak.

Bila tengok betapa seronoknya wajah dia bila dia tanya soalan macam tu dan Nurul cakap "mummy tak kerja esok". Pastu dia pun mula la berpot pet pot pet, esok nak pergi sana la, nak pergi sini la, nak makan itu la, nak makan ini la.Kadang-kadang tu sampai tak terlayan dengan soalan dia yang bertimpa-timpa.

Nak berhenti ni mudah keputusan yang mudah bagi kami sekeluarga yang baru nak hidup ni.Kena ready bukan sahaja mental tapi kewangan kena lah kukuh supaya tak mendatangkan masalah di hari kemudian. Untuk realisasikan impian WAHM Nurul ni, Nurul nekad nak teruskan juga bisness Shaklee ni sebab Nurul nampak apa yang Nurul akan dapat bila bersama dengan Shaklee.In Shaa Allah dengan usaha yang tanpa kenal erti kecewa Nurul akan dapat jadi WAHM tu..

Eh, panjang sangat la pula membebelkan...hahahah bila ada mood nak bercerita macam ni la jadinya susah nak berhenti.Ok!! kita jumpa di entri yang lain pula ya dan sebelum tu jangan lupa doakan Nurul berjaya jadi WAHM dengan jayanya dalam masa terdekat ni..Thanks semua...◕‿◕



Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.


Friday 14 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Segala tentang Autisme


Selamat hari jumaat pembaca semua..Nurul doakan anda semua sihat sejahtera dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T..

Hari-hari duk cerita tentang Omega tak best jugakkan so hari ni Nurul nak share 1 penyakit yang mungkin kita tak pernah tahu dan ada setengahnya tak ambil tahu.Jangan macam tu, walaupun ia tak berlaku pada kita dan keluarga kita sekurang-kurangnya anggaplah sebagai pelajari ilmu tentang autisme ni..Nurul pun malas nak bercakap panjang-panjang jom kita scroll ke bawah untuk tahu lebih lagi pasal autisme ni.
Autisme


Apakah Autisme
Secara ringkasnya, autisme ni adalah gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam berinteraksi sosial dan berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan, tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu yang berputar contohnya kipas.

Petanda awal autisme :-

❀ Kesukaran beinteraksi
- tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.

❀ Mengeluarkan bahasa yang kurang difahami oleh orang lain.

❀ Gagal menafsir maklumat yang diterima dan tak tahu bagaimana nak balas dengan lisan.

❀ Tidak suka bermain dalam kumpulan 
- lebih gemar berada dalam dunia sndiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri tanpa sebab.
- tidak bermain dengan rakan sebaya

❀ Bertindak agresif apabila ditergur kerana tidak suka pada perubahan yang drastik.

❀ Kurang sensitif pada rasa sakit tapi sensitif pada bunyi, sentuhan, serta sensori (deria rasa).

❀ Tidak mencapai tahap perkembangan tepat pada waktu.

❀ Tiada hubungan mata semasa berinteraksi

❀ Suka menarik tangan orang jika inginkan sesuatu.

❀ Tidak rasa simpati dan memahami perasaan orang lain

❀ Apabila menghendakkan sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa kemana sahaja.

Faktor terjadinya autisme :-
♦ Genetik - dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan

♦ Masalah sebelum dan selepas kelahiran-jangkitan rubella semasa dalam kandungan
                                                                  -kurang oksigen semasa lahir

♦ Fungsi otak tidak berfungsi dengan baik

♦ Kecelaruan autoimmune dan persekitaran -perlalian tidak berfungsi (immune dysfunction) dan berkait dengan persekitaran terutama alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicerna dengan baik.


Sumber Rujukan : DISINI

Semoga apa yang Nurul kongsikan ni bermanfaat untuk semua..◕‿◕



Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.

Thursday 13 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Tanda Kekurangan Omega 3 dan Kesannya


Selamat petang semua..lambat sikit bersiaran ari ni sibuk sikit hari ni. Entri yang lepas kita dah tahu apa kelebihan Omega 3 kan so hari ni kita tengok pula apa tanda-tanda kekurangan Omega 3 dan apa kena jika kekurangan Omega 3.
Omega 3


Tanda-tanda kekurangan Omega 3 :-
✔ mudah lupa
✔ kadar kolestrol tinggi
✔ perjalanan darah tidak lancar
✔ kemurungan
✔ hyperactive
✔ mood swing
✔ kulit kering
✔ kuku mudah rapuh
✔ kurang fokus
✔ masalah kesuburan
✔ infeksi pada vagina

Agak-agak ada tak salah satu tanda-tanda tu pada kita atau kita ada semua tanda tu?ha..berjaga-jaga la jika ada tanda-tanda mesti ada kesannya betul tak?So meh kita tengok pula apa kesan bila kita kekurangan Omega 3.

Antara kesan kekurangan Omega 3 :-
☹ otak tidak dapat berfungsi dengan optimum
☹ menyebakan gangguan bipolar,autisme dan kebarangkalian untuk menghidap masalah nanyuk
☹ bagi janin yang tidak mendapat@kekurangan Omega 3 berkemungkinan mengalami masalah penglihatan & saraf
☹ risiko untuk mendapat serangan jantung
☹ kenaikan berat badan secara mendadak
☹ sakit sendi disebabkan berat badan yang berlebihan
☹ bagi ibu yang hamil jika kekurangan Omega 3 akan berisiko mendapat bayi autisme

Sekarang dah tau kan tanda dan kesan akibat kekurangan Omega 3 ni?takkan kita nak biarkan ye tak so cepat-cepatlah bertindak sebelum parah..Untuk mengetahui makan apa yang mengandungi Omega 3 nantikan entri Nurul yang akan datang ye..◕‿◕

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.

Wednesday 12 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Khasiat Omega 3 mengikut Golongan



Selamat pagi semua..Nurul doakan pembaca semua berada dalam keadaan sihat sejahtera semuanya.Oleh kerana dah banyak sangat kita tengok set-set yang melibatkan Omega Guard ni kan jadi sebelum kita pilih mengikut pilihan hati kita ada lebih baiknya kita tahu dulu apa kelebihan atau khasiat Omega 3 kepada setiap golongan.
Omega Guard Shaklee

Antara khasiat Omega 3 yang terdapat dalam Omega Guard Shaklee :-

Ibu hamil 
❀ membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
❀ mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang
❀ mengurangkan risiko meroyan selepas bersalin
❀ mengawal berat badan dari naik secara mendadak

Ibu menyusu 
❀ menyalurkan khasiat Omega 3 untuk imunisasi dan perkembangan otak bayi melalui susu ibu
❀ membantu penurunan berat badan tanpa menjejaskan penyusuan

Kanak-kanak 
❀ pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
❀ mengurangkan gejala selsema, batuk, serta asma
❀ memperkuatkan sistem imunisasi

Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan
❀ membantu pembakaran lemak secara cepat berbanding lecithin
❀ meningkatkan hormon leptine yang mengawal selera makan
❀ membantu menguraikan lemak

Lelaki
❀ memelihara kesihatan prostat
❀ meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
❀ memelihara jantung yang sihat terutama perokok

Warga emas
❀ melambatkan degradasi tulang rawan
❀ mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi
❀ mengurangkan gejala sakit sendi
❀ bertindak sebagai pelincir bagi membantu bergerak dengan selesa apabila sakit sendi
❀ mengurangkan masalah schizophrenia
❀ membantu mengatasi masalah kemurungan
❀ mengurangkan risiko nyanyuk

Mereka yang mengalami masalah kesihatan
❀ menyihatkan paru-paru dan memelihara buah pinggang
❀ membantu meningkatkan kesihatan selepas pembedahan
❀ membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan baik
❀ mencegah gout dan insomnia
❀ mengurangkan paras gula dalam darah

Pesakit darah tinggi
❀ membantu melancarkan peredaran darah dan menghalang pembekuan
❀ mengawal paras kolestrol
❀ mengekalkan tekanan darah normal
❀ mengekalkan paras kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

Pesakit jantung
❀ mengurangkan risiko komplikasi yang menyebabkan kematian
❀ mengekalkan rentak degupan jantung
❀ memperlahankan arteriosclerosis dan merendahkan risiko serangan jantung

Kesuburan wanita
❀ mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
❀ meningkatkan aliran darah ke dalam rahim

Kecantikan
❀ melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
❀ memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema psoriasis

Ha..macam mana??banyakkan khasiat Omega 3 dalam Omega Guard ni..

Berminat untuk mencuba Omega Guard Shaklee dengan tawaran harga yang menarik??
Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...