Saturday 6 December 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Rawat Diri Secara Tradisional


Selamat pagi semua..Selamat berhujung minggu..kemana kita hari ni..Nurul ada kelas meroti petang ni..Nak mencuba benda baru katanya..hahhaaa nanti Nurul update ye tentang kelas meroti tu..Hari ni kita belajar cara-cara rawat diri secara tradisional..Almaklum la ada juga antara kita ni memang tak berminat terus dengan ubat-ubatan ni..tapi bagi Nurul ubat-ubatan ni la senang, just telan je xperlu dah nak bersusah payah..Tapi lain orang lain pendapatnya kan..

Rawat diri secara tradisional
Jom baca lagi..nurul sertakan masalah yang kita alami dengan rawatan yang sesuai ye..

Melegakan selsema
Didihkan air kemudian tuang ke dalam besen.Masukkan sejemput serbuk teh atau kopi.Letak setitis minyak geliga.Selimutkan seluruh badan bersama dengan besen yang ada ramuan tadi.Tunggu 10 minit dan bernafas seperti biasa.Badan kita akan berpeluh-peluh seterusnya melegakan selsema.

Hilangkan nafas berbau
Amalkan mengunyah hampas kelapa yang disagat sehingga kuning. Jika tak suka pada rasanya bolehlah diluahkan. Banyakkan minum air suam dan berkumur-kumur untuk membersihkan celah-celah gigi dari sisa makanan.

Elak cekam kuku
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sikit dibahagian atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehingga menjadi kekuningan. Biarkan limau tersebut suam-suam kuku.Selepas itu bolehlah cucuk limau tersebut pada kuku yang mencengkam atau bernanah tu.Kuku yang bernanah tadi akan mengecut dalam masa beberapa hari.

Atasi kulit kepala gatal
Bersihkan segenggam daun pudina lalu dikisar sehingga lumat. Lumurkan ke seluruh kulit kepala. Bungkus kepala selama 1 jam dengan tuala. Bilas rambut sehingga bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

Kembung perut
Tumbuk sebuku halia bersaiz sederhana dan jangan terlalu lumat.Masukkan ke dalam gelas dan tuang air mendidih didalamnya sehingga setengah gelas. Tutup dengan piring selama 10 minit dan diminum atau tumbuk daun bakawali dan bawang putih sehingga lumat. Sapukan dibahagian perut atau pusat yang kembung.

Cirit-birit
Bancuh air suam dengan serbuk teh tanpa gula.Biarkan rasanya pahit atau kelat.Baca selawat dan minum.In Shaa allah mengurangkan cirit birit.

Angin dalam badan
Campuran air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuh sedikit madu asli dalam bancuhan tersebut.Kacau dan minum setiap hari.

Badan gatal-gatal
Ambil beberapa helai daun sirih dan rebus sehingga mendidih. Celupkan kain kedalam air rebuan yang sudah suam-suam kuku dan tekapkan ke bahagian kulit yang gatal kira-kira setengah minit.In Shaa Allah kegatalan akan hilang.

Selamat mencuba... 

Sumber : Majalah Mingguan Wanita


Berminat untuk mencuba produk Shaklee??
Hubungi Nurul di :-FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain. 

Thursday 4 December 2014

Cuti 2 Minggu Bergaji??


Hai semua..selamat hari khamis..eh khamis dah hari ni rasa baru lagi hari isnin..sekejap je kan masa berlalu..Ada apa dengan cuti 2 minggu bergaji tu ye?meh kita baca kisah selanjutnya..kihkihkih

Alhamdulillah rezeki anak-anak la tu kan Nurul dapat cuti 2 minggu bergaji dengan encik bos.Bukan Nurul mintak ni tau tapi bos sendiri nak staf dia bercuti sebelum masuk tahun baru.Maklumlah sebagai auditor ni awal-awal tahun memang sibuk sikit sebab semua nak submit akaun kat income tax la, SKM la, SSM la.Jadi masa tu tak de maknanya lah nak cuti sesuka hati.Kalau emergency sangat baru la boleh cuti..

Tahun lepas kami dapat jugak cuti bergaji ni tapi seminggu je la sebab dah tercuti disebabkan banjir besar kat kuantan ni.ni pun belum planning lagi nak bawak anak-anak ke mana.Lagipun hubby Nurul bekerja alamatnya duduk rumah je la sepanjang cuti tu..hahhaha..seronok sangat la budak berdua tu mummy dia cuti.

Bukan cakap anak-anak yang seronok tapi ramai rupanya..Nak-nak mama saya, dapat la berehat sikit anak-anak tak ada kat rumah dia..Tapi tu sementara je la sebab biasanya kalau saya cuti lama sikit ada dah mama sampai depan rumah nak ambil anak-anak..bosan katanya..

Tu cerita mama saya, hubby saya pula apa lagi.."Oklah tu mummy cuti nanti boleh daddy balik makan tengah hari".Amboi-amboi baik punya request..hahaha..Demi daddy, mummy redha je la..gitu..

Belum cuti lagi dah bayang macam-macam agak-agak kalau berhenti kerja terus lagi best kn..In Shaa Allah satu hari nanti..Nekad..Sebelum umur 30 nak pecat bos..hahaha

Ok itu sahaja entri hari ni..Tq sudi baca nukilan yang tak seberapa ni..Peace!!!◕‿◕



Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain. 

Wednesday 3 December 2014

Pengalaman Dhuha di Office


Selamat tengah hari semua..Lunch di mana hari ni..ke tak lunch hari ni?Diet ye..Hari ni Nurul nak share pengalaman Nurul berdhuha di opis..Disaat orang lain takut-takut nak dhuha kat opis tapi Nurul buangkan rasa takut tu kerana Allah dan Nurul pegang bahawa rezeki Nurul bukan terletak ditangan majikan tapi di tangan Allah..

Sebenarnya dah lama Nurul dhuha di opis tapi bos tak tahu..Cuma ada satu hari tu Nurul solat dhuha lewat sikit sebab ada uruskan account client.. Dia masuk opis terus cari Nurul tanya dengan staff sorang lagi, staff tu pun cakap la yang Nurul tengah solat. Bos pun jawab solat apa tengah waktu macam ni zohor belum masuk lagi masa tu jam dah kul 11.00pagi. Sambil duk menanya tu, dia siap pergi tengok lagi kat ruangan solat kami tu betul ke Nurul tengah solat..MashaAllah, sampai macam tu sekali..

Dalam hati ni punyanya la cuak bila dengar dia tanya soalan td tu..(nampakkan tak khusyuknya..hahaha)..yela mana la tahu dia nak buang Nurul pula kan.Siap solat tu, doa banyak-banyak sambil dalam hati duk nekad..Kalau dia nak marah Nurul solat dhuha memang Nurul berhenti time tu jugak..Tapi Alhamdulillah, Nurul masih lagi bekerja disini sehingga hari ni dan solat dhuha pun dah jadi rutin harian.Bos pun tak tanya apa-apa dah bila Nurul tak ada kat tempat. 

Lepas kejadian tu baru la Nurul rasa selesa sikit nak solat sebab bos dah tahu.kalau tak, solat dalam keadaan takut-takut.hihihi. Agak-agak anda semua ada tak pengalaman macam Nurul ni??Meh share kat komen nak?..


Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

Monday 1 December 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Promosi Disember 2014


Jeng jeng jeng..Semua duk tunggu kan apa promosi bulan ni..Biasanyajam 10 pagi dah ada official announcement tapi hari ni lambat pula..Tup tup tadi Ummi Maisarah wasap mesej Shaklee dalam group..Mau tak melompat dapat tahu ada 4 promosi bulan ni..Memang rugi la kalau tak grab..


Sustained Release Vita C Plus
♦ Beli 6 
-Percuma 1 Sustained Release Vita C Plus RM 92.50

♦ Beli 2 Diskaun 5%

Harga normal RM 92.50
Harga promosi RM ++ (semestinya harga ahli lagi murah dari harga ni kan so jom join ahli)


Vitamin E Complex
♦ Beli 6 
- Percuma 1 Vitamin E Complex RM 149
- Percuma membership 
- Cash rebate pada 15 Jan 2014

♦ Beli 2 Diskaun 5%

Harga normal RM 149
Harga promosi RM +++ (semestinya harga ahli lagi murah dari harga ni kan so jom join ahli)


So apa tunggu lagi..Jom dapatkannya..

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

Anniversary bersama Shaklee yang pertama


Sedar tak sedar dah cukup setahun Nurul bersama Shaklee pada 28 November yang lepas.Sekejap je kan masa berlalu rasa baru je sign up Shaklee..hihihi.Apa yang Nurul dapat selepas setahun bersama Shaklee..Meh nak cerita sikit..nak baca ke tak?tak nak baca pun boleh..kihkihkih

Alhamdulillah, walaupun tak capai apa-apa rank dari Shaklee tapi Nurul dapat belajar banyak benda antaranya ilmu tentang makanan tambahan, penyakit,macam mana nak handle supplemen dengan penyakit kita, amalan rohani dan silaturahim antara ahli lain,macam mana nak handle bisnes sendiri, nak lebih dekat dengan customer dan lain-lain.


Semua ni tak memang tak pernag terpikir nak buat pun selama ni sebab dah terlalu selesa dengan apa yang kita terimakan.Lebih-lebih lagi bila dah ada gaji besar nak buat apa la part time ni semua kan.Buat penatkan badan pula kan.Tapi bila pikirkan balik apa yang kita akan dapat kalau kita duk ditakat ni je.Even kadang-kadang nak bawak anak-anak berjalan jauh sikit kita dah memikir banyak kali.Dengan income yang tak seberapa ni dan nak hidup dengan keadaan ekonomi sekarang yang semuanya nak naik,tak terjangkau dengan income yang kita ada kan.

Setahun yang berlalu ni buat Nurul bermuhasabah diri.Rasanya dah masanya Nurul bertindak lebih jauh lagi demi masa depan anak-anak dan keluarga.Jadi bila tahun dah berubah ni semangat pun berubah la kan..In Shaa Allah tahun baru yang bermula 2 hari lepas mengikut kalendar Daisypath kt bawah tu akan ada perubahan yang terbaik..



Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...