Showing posts with label My Life My Happiness. Show all posts
Showing posts with label My Life My Happiness. Show all posts

Thursday, 16 February 2017

Gaji Dah Beribu Perlu Ke Tambah Pendapatan Lagi?

Jom Jana Income Dengan Shaklee

Mami ni gaji dah 4 angka kenapa nak bisness lagi? Gaji 4 angka fixed pulak tu memang tiap² bulan ada gaji kan,duduk dalam ekon pulak tu kenapa nak susah² berbisnes bagai lagi? Duk promote kat merata²,g cod bagai semua penatkan diri nak buat apa?

Huih..kalau bayang memang sedap daah orang kata. Tapi realitinya mami sahaja yang tahu.

Sekarang ni semua benda kena guna duit,masuk tandas pun kena bayar 50sen. Dengan anak nak sekolah lagi.

Mami ni Allah takdirkan anak rapat,so tahun ni double la belanja sekolah. Nak masuk tadika pun paling kurang seribu dalam tangan. Mami amik sekolah swasta memang la mahal. No no no kalau hajat hati memang nak sangat sekolah gomen, tapi atas faktor tertentu terpaksa juga swasta.

Dengan ekonomi sekarang ni,mami rasa mami tak boleh nak fokus pada makan gaji sahaja. Nak takat hidup mungkin boleh,tapi nak hidup macam orang jalan² memang jauh sekali. Bukan kata nak jalan² jauh pun,nak balik kg jenguh mak ayah sebulan sekali pun kena catu mana². Sampai bila nak kena macam tu kan? Over pulak mami ni 😛😛.

Biarlah orang nak kata apa pun giler besi ke gila duit ke. Yang penting mami tak mintak duit orang untuk uruskan family mami. Kita lapar kebuluran tak ada orang amik tau pun,jadi pedulikan apa orang kata mami stand untuk jalan terus sahaja.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Wednesday, 15 February 2017

Telefon Pintar Pilihan Dan Paling Berkenan Dihati

Sumber Google

Kalau korang nak tau,sebelum ni mami niaga shaklee dengan hp Samsung Y yang kecik tu je tau. Segala apps semua limited,sampai 1 hari upline mami tegur kenapa gambar mami semua pecah² terutama masa mami iklankan poster produk

Sejak dari tu la mami mula survey hp baru untuk bisness. Masa tu mami tak pikir apa dah,janji hp tu skrinnya besar, memorynya besar dah cukup

So startlah mencari sampai lah mami jumpa hp ni. Mami beli hp ni Feb 2015. Pernah retak skrin sekali sampai tak semua apps mami boleh pakai sebab kena rotate gara² skrin belah kanan tak boleh nak tekan

Nak beli baru sayang lagi sebab baru lagi pakainya,lagi 1 memikir harta karun dalam ni. 1 hal pulak nak masukkan semua dalam hp baru. So, mami decide tukar skrin je.

Alhamdulillah, sekarang dah ok, jadi apa² urusan bisnes mami semuanya dalam ni,nak berblog, nak join kelas live, nak update status,nak cek trackking, nak buat payment boleh kata semua la.

Selagi hp ni tak buat hal, mami akan setia pada Lenovo mami ni. Buat masa ni tak tergoda lagi dengan iklan hp di TV tu..hahahaha


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Tuesday, 14 February 2017

Apa Nak Buat Dengan Bonus Shaklee Bagi?

Apa mami buat dengan bonus Shaklee?

Hehehe malu kat orang,bonus bukan banyak mane pun. Ha..bukan banyak pun tapi tiap² bulan tak pernah miss tau. Mesti ada walaupun sikit

Biasa bonus mami tu mami guna untuk belanja anak² & ofkos dengan dedi sekali. Biasa belanja makan la. Makan sedap² sikit.

Kami ni kalau bukan gaji memang payah nak merasa makan sedap. Jadi bila dah gaji 3kali ni boleh la merasa makan sedap 3kali setiap bulan..alhamdulillah syukur.

Kalau tak makan sedap² pun,mami just belikan mainan untuk anak² mami dua orang tu. Reward untuk mereka dah doakan mami untuk dapat sales. Dulu masing² malu nak doakan mami sekarang dah pandai doakan mami. Mungkin nak reward besar lagi kot 😝😝

InshaAllah mulai bulan lepas mami dah berjaya upkan tangga bonus mami,doakan bulan ni makin up lagi ya kawan² semua.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Sunday, 12 February 2017

Aktiviti Musim Hujan

Kalau musim hujan, apa aktiviti uolls?

Mami dulu kecik² kalau tak balik kampung memang tak merasa la main hujan di musim hujan ni. Almaklum la duduk rumah flat tingkat atas sekali pulak tu,takat main air hujan rintik dari atap tu ada la..hahaha

Ha..kalau dah dapat balik kampung tu macam² la jadinya. Masa tu tinggal dengan arwah nenek & atok je. Nak mandi hujan? Hah main lah cu oiii

Seronoknya dapar permission tu bukan main. Selok sangat dah. Dah dapat mandi tu memang manfaat betul². Main lumba kapal sape sampai dulu la kt lecak tu. Sape paling lama bertahan duduk bawah air yang terjun laju dari atap tu. Dapat air yang laju turun tu memang bergegar otak rase..hahaha

Zaman kecik² kan,main la puas² sakit demam belakang kira. Tapikan bila dipikir balik,lagi kita kawal lagi selalu sakit. Anak² mami sekarang pun kalau dieorang nak mandi hujan mami bagi je tapi bukan masa ribut² tu la.. Tu mengundang bahaya namanya..hihihi

Korang pulak apa momen best musim hujan ni? Meh citer kat mami sikit


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Sunday, 5 February 2017

Perancangan Cuti Sekolah

Kenangan bercuti ke Cameron

Cuti sekolah ni nak kemana?

Hahaha tak tau la tak ada perancangan, sebab mami kerja 7 days per week. Anak² dua orang ni pun dah selamat berada kat kampung, nak teman mama katanya

Awal² cuti ni tak kemana lagi kot,mungkin bulan depan lepas bos mami bagi cuti 2 minggu macam biasa tiap² tahun,baru la boleh plan nak kemana²

Korang ke mana cuti sekolah ni? Ce share sikit 😘😘


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Tuesday, 6 December 2016

Hobi Untuk Isi Masa Lapang Seorang Mami

Selfie Kakak & Adik

Hobi?

Mami rasa sejak kawin mami dah tak ada hobi..hihihi

Zaman muda² dulu rajin la duk baca novel,habis 1 novel sambung lagi yang lain,dah habis pulak beli yang baru pantang ada novel baru masuk memang laju je pergi beli

Sekarang dah tak ada masa nak layan novel dah duk mengadap rumah & kerja je la

Jadi,hobi baru mami beranak dua ni,duk scroll gallery tengok selfie anak². Ntah bila dieorang amik gambar pun mami tak tahu la

Bila dapat scroll tu,kadang tergelak sendiri tengok gelagat dieorang ni. Nak marah sebab penuhkan gallery pun tak jadi 😝😝

Hobi korang ape pulak?ce share dengan mami 😉😉


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Wednesday, 14 September 2016

Destinasi Percutian Idaman

Percutian ke Disneyland Hongkong


Bila bercerita tentang nak bercuti dimana ni memang mami blur tak tahu nak kemana.hahaha

Tapi bila dah join contest #supermomsuccessstory ni,mami duk google jugak la best ke pergi hong kong disneyland tu(hadiah utama untuk pemenang contest).

Hasil dari google,ok mami decide mami akan fight untuk ke disneyland hongkong dengan Aleesha. Kenapa dengan Aleesha bukan dengan dedi or kakak?hahhaha kan aleesha model iklan mami,jadi mami nak bawak aleesha la.

Untuk perbelanjaan akan ditanggung,jadi mami kena kumpul perbelanjaan untuk beli apa² yang kot berkenan dihati. Sekarang pun dah boleh start menabung ni.takkan nak tunggu dah nak pergi baru nak mengagau cari duit kan memang tak dapat la kan.

Bila nak pergi tu akan ditentukan oleh pihak supermom,so tugas mami sekarang fight habis-habisan untuk mami & aleesha dapat no 1 dan menang percutian ke disneyland hongkong tajaan supermom.

Semoga Allah permudahkan semuanya dan semoga mami tak give up untuk fight tiket disneyland hongkong 💪💪💪


Kisah Jatuh Bangun dalam Shaklee

Kisah jatuh bangun dalam Shaklee.Alhamdulillah mami masih lagi boleh bangun dan teruskan bershaklee

Bab kata orang sedangkan lidah lagi tergigih nikan pulak berniaga..eh ape kena dengan lidah pulak ni 😂😂

Bila kita bergelumang dengan bisness ni tak macam makan gaji tau setiap bulan wajib masuk gaji. Bisness ni kalau kita rajin, banyak la hasilnya kalau malas, paham-paham sendiri la ye..😠😠

Tipu la kalau kata smooth je berbisness ni, mami pun ada kala down juga bila sales tak ada terus, bila customer cancel order lebih-lebih lagi bila kita dah kacau duit keperluan harian untuk dahulukan stok,ada yang mintak harga ahli bagai. Siap ugut kita ni kalau tak bagi harga ahli taknak beli dengan kita. Eh taknak beli sudah mami tak sanggup nak kejam dengan diri sendiri.Pengalaman kena marah dengan customer lagi

Tapi setiap dugaan yang datang tu buat mami belajar banyak perkara yang mungkin selama ni mami rasa mami dah expert tai rupanya tidak. Dugaan ni la yang banyak buka mata mami untuk terus melangkah. Eceeewaaahhh

Banyak lagi nak share semua tu mungkin tak kot.😊😊 Tapi percayalah semua ni lah yang buat mami bangkit & tak menyerah kalah. Down lama-lama tak kemana juga ada perut lain nak diisi, jadi bisness harus diteruskan

Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang bersabar.

Berminat untuk mencuba produk Shaklee? Hubungi mami Nurul di 0173704725 (whatapps/sms/call)

Untuk anda yang berada di sekitar kuantan yang perlukan barangan shaklee, mami ada menyedikan perkhidmatan COD untul barangan yang ready stok.


Bekalkan Vitamin Semulajadi untuk yang tersayang

Pengedar Shaklee Kuantan

Cerita tentang produk shaklee pilihan mami untuk yang tersayang.

Anak-anak mami terutama yang sorang ni bab makan chewable vitamin C ni memang tak cukup 1 ada je alasannya nak banyak. Bukan takat vitamin c ni aje tapi boleh dikatakan semua vitamin la nak lebih

Masa nak makan tu la dia buat-buat batuk la,sakit tekak la jadi mami kena standby 2 botol untuk 1bulan untuk dua orang

Ala..bukan mahal pun sebotol baru rm37 dari dia makan gula-gula rosakkan gigi pastu menangis sakit gigi baik dia kunyah vitamin C ni

Alhamdulillah sejak anak mami amalkan chewable vitamin C ni kalau ada sakit apa-apa memang cepat recover. Kulit badan,kuku pun tak bermasalah semuanya dah cantik.

Sape sanggup tengok anak sakit kan, jadi sebelum sakit baik mami berhabisan dulu. Ni cara mami cara anda macam mana pula?

Berminat untuk dapatkan produk Shaklee dengan mami? Boleh hubungi mami di 0173704725 (whatapps/sms/call).

Untuk anda yang memerlukan ready stok dan berada di sekitar kuantan, perkhidmatan COD ada disediakan.


Saturday, 10 September 2016

Hadiah Teristimewa untuk mereka yang paling istimewa di hati


Kalau cerita pasal impian ni semua nak kan?nak kereta besar la rumah besar la semua yang besar-besar la.tapi mami rasa mami tak nak yang besar-besar tu tapi mami cuma nak pakej umrah tajaan shaklee je (takat masa ni la akan datang tak tahu lagi..hehehe)

Nak bawak semua sekali pergi termasuk mama & papa. trip umrah shaklee ni tiap-tiap tahun ada tau cuba yang berbezanya ziarahnya macam tahun lepas mereka ke umrah & dubai,tahun ni lupa dah ke mana & yang penting tahun depan ke turki 😉😉

Jadi untuk fight tiket free dari shaklee ni mami kena kerja kuat sangat.kumpul duit bonus shaklee bulan-bulan & yang paling penting mami kena naik rank dulu 😂😂

Kalau kita boleh dapatkan yang free kenapa nak cari yang berbayar kan?yang free ni pun ikut standard 5🌟 tau bukan yang cikai-cikai punya.

Ni kira hadiah mami untuk mereka yang mami sayang la. Mereka pun dah banyak sangat berkorban untuk mami, jadi apa salahnya mami hadiahkan mereka dengan hasil usaha mami sendiri. Semoga mami tak mudah give up dan terus fokus untuk bershaklee dan capai impian mami yang 1 ni. Kawan-kawan jangan lupa doakan mami ya.


Saturday, 3 September 2016

Kisah Terjebak Dengan Shaklee Sampai Taknak Stop

Mami bersama upline memerangkap BFF


Meh nak story mory sikit hari ni,kira hari ni mami nak throwback semula memori 2 tahun 7bulan lepas

Mami kenal shaklee ni lepas tengok upline mami duk promote shaklee kat FB. Mami ni memang mudah terpengaruh sikit kalau bab kawan-kawan share. Adalah satu hari tu mami nampak dia post tentang set kurus bajet ni. Eh macam nak je,macam berminat je,macam nak kurus je.😂😂

So apalagi tanya la berapa harganya, macam mana makan,berkesan ke tidak,ada kesan sampingan ke tak,siap kira² bagai last-last upline pujuk untuk jadi ahli terus alang-alang dah belikan jadi la ahli terus dapat murah lagi untuk next belian. Masa tu dah gaji memang on terus la kan.

Masa ni tak tahu langsung tentang shaklee ni walaupun dah hampir 60 tahun kat Malaysia ni. Punya la tak up to date mami ni kan. Lagi satu, tak tahu pun shaklee ni MLM. Lepas tahu tu duk pikir jugak mesti kena pergi perjumpaan malam-malam pastu kena beli macam-macam pulak nak dapat itu ini. Tapi,selepas sebulan tu tak de pun kena jumpa sape² pun, superupline pun kenal dari fb je. Coaching semua thru online,wah menarik ni.Jadi mulalah kisah nak berbisnes sampai sekarang.


Berminat untuk mengetahui lsnjut tentang shaklee, boleh hubungi Nurul di 0173704725 (whatapps/sms/call). Sekiranya anda berada di sekitar kuantan dan pekan, kemudahan COD disediakan untuk anda bagi produk yang ready stok.


Wednesday, 21 October 2015

Kembali Bersiaran


Hai semua, ada yang rindu tulisan dari nurul tak? Lame benor kumpul sawangnya,jadi mulai hari ni Nurul nak bersihkan semua sawang-sawang yang ada. Demi menyahut cabaran upline tersayang, Nurul nekad nak hapuskan sawang-sawang yang ada bagi berseri semua blog yang berhantu ni..hihihi.

Stay Tuned..

Thursday, 4 December 2014

Cuti 2 Minggu Bergaji??


Hai semua..selamat hari khamis..eh khamis dah hari ni rasa baru lagi hari isnin..sekejap je kan masa berlalu..Ada apa dengan cuti 2 minggu bergaji tu ye?meh kita baca kisah selanjutnya..kihkihkih

Alhamdulillah rezeki anak-anak la tu kan Nurul dapat cuti 2 minggu bergaji dengan encik bos.Bukan Nurul mintak ni tau tapi bos sendiri nak staf dia bercuti sebelum masuk tahun baru.Maklumlah sebagai auditor ni awal-awal tahun memang sibuk sikit sebab semua nak submit akaun kat income tax la, SKM la, SSM la.Jadi masa tu tak de maknanya lah nak cuti sesuka hati.Kalau emergency sangat baru la boleh cuti..

Tahun lepas kami dapat jugak cuti bergaji ni tapi seminggu je la sebab dah tercuti disebabkan banjir besar kat kuantan ni.ni pun belum planning lagi nak bawak anak-anak ke mana.Lagipun hubby Nurul bekerja alamatnya duduk rumah je la sepanjang cuti tu..hahhaha..seronok sangat la budak berdua tu mummy dia cuti.

Bukan cakap anak-anak yang seronok tapi ramai rupanya..Nak-nak mama saya, dapat la berehat sikit anak-anak tak ada kat rumah dia..Tapi tu sementara je la sebab biasanya kalau saya cuti lama sikit ada dah mama sampai depan rumah nak ambil anak-anak..bosan katanya..

Tu cerita mama saya, hubby saya pula apa lagi.."Oklah tu mummy cuti nanti boleh daddy balik makan tengah hari".Amboi-amboi baik punya request..hahaha..Demi daddy, mummy redha je la..gitu..

Belum cuti lagi dah bayang macam-macam agak-agak kalau berhenti kerja terus lagi best kn..In Shaa Allah satu hari nanti..Nekad..Sebelum umur 30 nak pecat bos..hahaha

Ok itu sahaja entri hari ni..Tq sudi baca nukilan yang tak seberapa ni..Peace!!!◕‿◕



Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain. 

Thursday, 27 November 2014

Cubaan Pertama Assyifa


Selamat petang semua..Minggu ni asyik lambat bersiaran kan..hahahha..buat yang tertunggu-tunggu tu Nurul mintak maaf la ye..Terpaksa..

Hari ni Nurul nak share sikit pengalaman Nurul bersama-sama anak-anak..Nak tau tak?Kalau tak nak tau pun Nurul nak cerita jugak..
Assyifa 


Alkisahnya, semalam Nurul dan hubby nak test Assyifa tak pakaikan pampers untuk dia. Niatnya nak biarkan dia belajar tak pakai pampers jadi bolehla mummynya berjimat sikit.Lepas mandikan dia semalam pakaikan la seluar untuk dia tanpa pampers..Anak tu tak ada apa-apa..Relaks je duk main-main dengan adik dia, melompat-lompat bagai, tapi yang si mummy dan daddynya tak sampai 30 minit duk pesan kat anak tu nak kencing bagitau mummy.Bermula dengan mummy,pastu nampak anak tu aktif sikit daddynya pula bertanya..hahaha

Akhir sekali si anak tu pun bunyi macam ni.."Mummy,ipa nak pakai pampers la".Kami suami isteri ni tergelak la, mungkin sebab dia bosan mummy n daddynya asyik duk tanya aje kan.So pakaikan jela pampers kat dia semula.Kira dalam 2jam sahaja la cubaannya..Hahaha

Begitulah kisahnya..Kadang-kadang dari anak tu sendiri kita sebagai ibu bapa ni akan belajar untuk yakin bila buat sesuatu benda.Patutnya kami tak perlu nak kena tanya Assyifa banyak kali sebab benda yang macam tu la akan buat kita menidakkan kebolehan anak kita.

Ok itu sahaja pembelajaran semalam.Nantikan percubaan seterusnya dari Assyifa ye..

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain





Tuesday, 25 November 2014

Pisang Goreng Cheese


Selamat petang semua..Lambat lagi bersiaran hari ni sibuk dengan kerja hakiki, maklumlah nak akhir tahun ni pastu dengan GST lagi.Tapi tu bukan ceritanya hari ni..hahahah.Memandangkan sekarang dah fenomena pisang goreng bercheese ni maka terbitlah kisah jadi entri hari ni..

Alkisahnya, semalam Nurul kena ambil hubby balik kerja sebab pagi tu hujan.Masuk je dalam kereta dia duk bercerita pasal pisang goreng cheese yang dia makan waktu lunch semalam.Nurul pun tak pernah cuba sebenarnya cuma selalu tengok orang post kat fb pasal pisang goreng cheese tu..

Apalagi balik kerja tu mencari lagi pisang goreng cheese,tapi tempat yang dia makan waktu lunch tu jauh so kami pun decide la cari sekitar tempat dia kerja tu je la kan..hari pun dah petang nanti lewat pula ambil anak-anak.Kalau nak buat tu memang tak sempat la kan kena tunggu time cuti baru boleh nak bersongeh sikit..kihkihkih

First round tu usha-usha dulu tempat yang jual tu..OK ada 2 tempat jadi nak kena pilih dulu mana yang best.Pergi la kat tempat yang first ni, memang ramai orang tapi kualiti pisangnya tak menarik sebab dia guna pisang yang dah lembik.Membayangkan pisang yang lembik tu bila dah terkena cheese dan coklat mesti muak sangat walaupun tengah panas.

Jadi, kami pun pergi la ke tempat yang ke 2.Seriusly kat situ tak ada orang langsung.Mula-mula memang berkira-kira jugak nak beli sebab tak ada orang belikan dalam otak ni duk mikir mesti tak best ni..Tapi ternyata anggapan kami salah,pisang yang dia goreng tadi lebih baik dari kedai yang sebelumnya, siap ada extra cheese lagi..Kami pun apa lagi borong terus untuk rumah mama sekali.


Ha..macam tu la bentuknya pisang goreng cheese tu..ni sumber dari Encik Google la..Oleh kerana hubby Nurul marah ambil gambar time makan so ni je la Nurul hidangkan untuk anda semua..hahaha.
Ok jumpa lagi di entri akan datang..


Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

Wednesday, 19 November 2014

Selamat Hari Lelaki Sedunia..


Eh hari lelaki sedunia ke hari ni..Actually, Nurul pun tak tahu tapi dengar penyampai dalam radio tu wish..hahaha nampak kan outdatednya..Biarlah nak kata apa pun, Nurul nak wish jugak Selamat Hari Lelaki Sedunia untuk mereka yang bergelar lelaki..kalau pondan tu lelaki la jugak kan..hihihi

Meh berkenalan dengan lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidup Nurul selama Nurul hidup..Firstly of course la my papa kan..Tiada galang gantinya..Mungkin papa Nurul tak sama macam papa anda semua tapi Alhamdulillah Nurul sangat bersyukur bila dikurniakan seorang papa yang sangat penyabar.Buatlah apa kat dia, dia senyap je dan tak pernah sekali Nurul tengok dia balas apa yang orang cerita pasal dia.Nurul dan adik2 pun tak merasa kena rotan ke hanger ke tali pinggang ke kalau buat salah.Cukup jelingan sekali je terus terkedu masing-masing..Hahaha boleh bayangkan garangnya tak..Pesepsi mula berubah pada papa masa umur papa masuk 4 series.Papa makin dekat dengan kami sekeluarga, kalau dulu nak bergurau payah sekali sekarang ada saja gelagat dia untuk buat kami tak kering gusi lebih-lebih lagi bila bergurau dengan cucu dia yang 2 orang tu..Maklum la setakat ni tu je la cucu yang ada jadi layankan ade la kerenah mereka berdua tu..

So who next??Of course la my lovely hubby kan. Perkenalan yang tak disangka melalui kawan-kawan dan berakhir dengan perkahwinan selepas 3 tahun bercinta sakan..hahaha.Hubby Nurul ni seorang yang suka melawak ada juga kadang-kadang lawak dia tu langsung tak boleh diterima akal dan ada masa datang angin kus-kus dia tu jangan la melawan mau terangkat rumah tu..hahaha..Hidup bersama ni biasalah ada pasang surutnya kan tapi Alhamdulillah kami masih lagi bertahan..Doakan bahtera perkahwinan kami ni berkekalan hingga ke syurga..


Ok tu saja lah kot untuk lelaki yang terpenting dalam hidup Nurul sebab Nurul pun belum ada anak lelaki jadi tak ada la cerita pasal anak lelaki..hahaha. So lastly selamat hari lelaki sedunia untuk kawan-kawan Nurul di SK Teruntum, SMK Indera Mahkota 2, DAIS Kampus Dungun Batch 2006, Bacc Kampus Shah Alam 2009, Geng suka suki masa remaja tu dan untuk semua pembaca blog Nurul yang bergelar lelaki tu..Peace!!!◕‿◕



Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.

Sunday, 16 November 2014

Hari minggu tanpa aktiviti

                                                      

Hari ni Nurul tak nak bercerita just nak share gambar kami sekeluarga untuk tatapan umum.hahaha dan macam artis pula kan.
Ni mama n papa Nurul
Di semasa majlis kahwin adik Nurul

Si kecik berdua bercuti

Ni keluarga besar In Law

Bercuti ke Terengganu

Akhir sekali, ni la si jantung hati Nurul




Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.





Friday, 24 October 2014

Hari Lahir Mama yg ke 48


Hari ni Nurul bercuti lagi sempena hari kelahiran Sultan Pahang..So negeri pahang bercuti la..banyak sangat cuti bulan 10 ni sebenarnya..dan hari ni juga hari lahir mama Nurul, Pn Rasidah Ahmad yang ke 48.


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk sama - sama menyambut hari lahir mama..Nurul doakan mama dimurahkan rezeki dan dipanjang umur. In Shaa Allah..

Dan hari ni juga, Nurul ada Health & Wellness Talk di Vistana Hotel..boleh dikatakan penuh jugak la aktiviti ari ni..(◕_◕)

Thursday, 23 October 2014

Perkembangan Terbaik Aleesha


Lambat bersiaran ari ni..maklum la ari cuti kan macam ni la..awal  awal pagi dah keluar g check up aleesha untuk umur 2 tahun..Alhamdulillah tak ada apa yang membimbangkan.Misi tak ada apa nak komen sebab perkembangan aleesha sangat bagus.

Berat masa aleesha umur 1 taun 6 bulan 9.6kg, hari ni timbang dah 10.69..ha..dah macam sekampit beras patut la lenguh tangan mummy dukung..

Memandangkan perkembangan aleesha bagus so, next check up nanti umur aleesha 2 tahun 6 bulan pula..Hari ni jugak misi bekalkan ubat cacing supaya perkembangan aleesha tak terbantut disebabkan cacing..hihihi

Nak tahu apa rahsia saya kekalkan kesihatan yang baik untuk aleesha??Semestinya Set si Manja Shaklee..hihihi xover claim kan..

Untuk dapatkan Set Si Manja Shaklee, Hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

Monday, 20 October 2014

Aleesha Turns Two..


Ha.. semalam Nurul cerita pasal anniversary kami kan, hari ni pula birthday Aleesha Mardhiatul Nasuha yang ke - 2..Baru 2 tahun aleesha ni tapi petahnya mengalahkan kakaknya..kadang - kadang tak terlayan dengan pertanyaan dia yang bertubi - tubi tu..

Mummy doakan Aleesha berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat dan jadi anak yang solehah untuk mummy n daddy satu hari nanti..In Shaa Allah..Mummy always love you..


Penyokong Pahang tegar ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...