Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Saturday, 8 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Pelan Diet Yang Betul


Selamat berhujung minggu semua.Apa plan hujung minggu ni..Nurul dan anak - anak tak kemana just habiskan masa di rumah. Bila dah duduk kat rumah ni macam-macam makanan nak dimakannya..hihihi kata nak diet tapi kalau dah hentam je makanan tu memang susah sikit la..Sebenarnya kita boleh sesuaikan dan tak perlulah nak menyeksa diri semata-mata nak kurus dengan membina pelan diet yang betul dan tidak memberi keselesaan.

Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan dalam membina pelan perancangan diet :-

Masukkan elemen amalan pemakanan sihat dalam pelan diet anda. Ia merupakan salah satu komponen yang amat kritikal dalam pelan diet. Dalam pelan tersebut anda tidak perlu memaksa diri atau menahan diri dari menjamah makanan ringan atau kudapan seperti coklat, keropok, atau makanan berlemak yang lain. Yang paling penting setiap makanan diambil dalam kuantiti sedikit.

Tetapkan hari yang spesifik dalam seminggu untuk anda menikmati makanan kudapan tadi.Tapi janganlah makan secara berlebihan pula ye.Jadikan hari tersebut sebagai hari untuk anda reward diri sendiri.

Reka pelan pemakanan yang spesifik. Lakukan sedikit kajian di internet atau dapatkan buku resepi makanan sihat dan berkhasiat. Pelbagaikan resepi anda untuk setiap hari supaya anda tak rasa jemu dengan menu yang sama untuk setiap hari.

Pastikan ada jadual untuk sesi senaman berkala dalam pelan diet anda. Lakukan senaman yang berlainan mengikut hari tertentu contohnya mendaftarkan diri di gym, dapatkan DVD tutorial senaman untuk dilakukan dirumah atau menggunakan alat senaman seperti treadmill dan sebagainya.

Dapatkan rakan untuk sama-sama jalankan aktiviti diet anda. Anda boleh mengajak rakan sekerja,pasangan atau adik berandik untuk sama-sama membina pelan dan menjalankan mengikut perancangan tersebut. Ini boleh membantu untuk mengekalkan motivasi dan semangat untuk anda terus menguruskan badan.

Memastikan pelan diet anda ditulis di atas kertas. Tidak guna jjika anda hanya sekadar berkat dalam hati untuk menguruskan badan. Tulis dalam diari khas atau buku kecik untuk memudahkan anda rujuk perubahan anda dari semasa ke semasa

Bertindak mengikut seperti yang dirancangkan. Bila anda sudah selesai membina sebuah pelan diet, lakukan mengikut pelan tersebut selain memastikan ia berjaya serta mencapai matlamat.

Selamat mencuba!!


Berminat untuk mencuba produk Shaklee??
Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Whatapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain-lain

Wednesday, 29 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Tips Elak Lapar Ketika Berdiet


Hari ni Nurul tergerak hati nak beli buku untuk baca sebab ada info menarik dalamnya.. Sebelum ni beli jugak tapi baca tajuk atas lepas tu simpan kat rak.hahaha..

Berbalik pada topik entri hari ni ye..Anda mesti ada masalah lapar ni kan masa tengah berdiet..nurul pun alami benda yang sama..Memang menduga keimanan betul bila lapar tu yang kadang - kadang dah langgar pantang larang masa diet..Meh Nurul share apa yang Nurul baca dalam buku tu supaya Nurul dan anda semua boleh amalkan bersama - sama.

Tips elak lapar ketika diet :-

Kerap minum air
Untuk mengelakkan rasa lapar, amalkan mengambil segelas air pada setiap jam.Dengan cara ni akan membantu membuang toksik dalam badan kita sekaligus membuatkan kita berasa kenyang.Tubuh juga akan terhidrasi dengan baik dan badan kita pun kembali sihat dan bertenaga..Air kosong ye sayang semua bukan air manis - manis..

Letakkan kayu manis dalam masakan
Mungkin ada yang belum tahu bahawa kayu manis adalah rempah yang sihat dan bermanfaat jika diletakkan dalam masakan. Ia berfungsi untuk menstabilkan darah sekaligus melambatkan percernaan. Hasilnya anda akan berasa kenyang dengan lebih lama.

Makan secara perlahan
Makan pada kadar yang cepat membuatkan makanan yang ditelan tidak mampu dicerna dengan baik. Oleh itu, makanlah secara sederhana atau lambat supaya proses pencernaan tu berlangsung dengan sempurna dan dalam masa yang sama akan membuatkan kita berasa kenyang dan selesa.

Makan buah
Kita sedia maklum yang buah - buah memang bagus untuk kesihatan. Tapi ada juga yang mengambil langkah mudah dengan meminum jusnya sahaja. Antara minum dengan mengunyah, yang terbaik adalah menyungah buah - buahan segar yang sudah dipotong.

Kurangkan gula
Ramai yang belum sedar yang gula mampu membuatkan kita lapar dan kenyang dalam tempoh masa yang singkat.So, bila tekanan darah kita turun kita akan mudah berasa lapar dan jalan terbaik adalah kurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian.

Ambil banyak serat
Serat merupakan makanan paling lama untuk dihadamkan.Disebabkan itulah kita digalakkan mengambil serat ketika sarapan, lunch dan makan malam.Kalau dalam Shaklee, Cinch adalah serat yang paling sesuai..hihihi

Minum teh atau kopi
Kopi atau teh adalah minuman yang bagus diambil bagi mengurangkan rasa lapar. Lebih elok dihidangkan bersama jumlah gula yang kurang.Selain itu, teh juga berupaya meningkatkan tahap kesihatan tubuh secara keseluruhan.Pilihan Nurul semestinya Cinch Energy Tea Mix..hihi

Makan dalam kuantiti sedikit
Nak makan banyak tu tak ada masalah tapi berkadar la dengan kuantiti yang sedikit.Pola makanan begini membantu menjaga paras gula dalam darah sekaligus menghindar kita dari merasa lapar..


Ok sekian sahaja perkongsian Nurul hari ni..semoga bermanfaat..

Untuk dapatkan produk Shaklee dengan tawaran harga yang terbaik, hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

Monday, 6 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Faktor Mempengaruhi Penurunan Berat Badan


Ramai yang cakap, nak menurunkan berat badan mudah je. Ya, memang mudah bagi mereka yang makan secara sihat dan bersenam. Tapi ia akan jadi sukar apabila ada faktor lain yang mempengaruhi penurunan berat badan. Antara faktornya :-


✿ FAKTOR KETURUNAN
- Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kenal-pasti susur-galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara-mara yang obes. Berkemungkinan susah untuk turun kerana faktor keturunan ini mempengaruhi di mana lemak disimpan dan juga selaju mana metabolisme bekerja.

✿ JANTINA
- Lelaki dikurniakan dengan kadar metabolisme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita mempunyai metabolisme yang perlahan kerana secara amnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Jadi lelaki lebih senang menurunkan berat badan.

✿ UMUR
- Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun, bersamaan kenaikan berat 1-2kg setahun.

✿ JENIS BENTUK BADAN
 - Epal atau pear? Di mana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme.

Bentuk badan  epal: Cenderung untuk  menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko mendapat penyakit seperti jantung, diabetes jenis 2 dan kanser.

Bentuk badan Pear: Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat. Namun golongan ini mempunyai risiko rendah terhadap penyakit berkaitan berat badan.

✿ JISIM OTOT
 - Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Ini merana otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran. Kadar purata lemak yang dibakar otot ialah 35-50 kalori sehari.

✿ JISIM LEMAK
- Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme. Kerana, lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.

✿ TABIAT BERSENAM
- Selalu bersenam, berjalan berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini ialah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot.

✿ TABIAT MAKAN
 - Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat, seperti mengelakkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam memperlahankan metaboslime. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan diri makan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak di waktu yang anda paling aktif.

✿ TEORI SET POINT
-  Satu teori berkaitan metabolisme ialah teori 'SET POINT'. Teori ini menyatakan mekanisma dalaman mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai SET POINT yang lebih tinggi, susah menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan bertindak menurunkan berat sehingga SET POINT sahaja. Kita boleh mengubah SET POINT badan dengan menurunkan sedikit demi sedikit berat secara perlahan, ini memberi masa kepada badan untuk ke SET POINT yang baru.

LET'S BURN FAT! and be healthy with Set Kurus Shaklee..

Pengedar Shaklee Kuantan
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...