Showing posts with label Omega Guard Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard Shaklee. Show all posts

Monday, 11 December 2017

BENARKAH PRODUK SHAKLEE DARI SUMBER BABI DAN HARAM

Betul ke produk Shaklee dari sumber babi dan haram. Haip, tak baik tau tuduh tanpa bukti. Nurul pernah ditanya tentang soalan ni dengan seorang customer. Selama 4 tahun bershaklee memang tak ada yang tanya, so bila ada yang tanya ni biar Nurul jelaskan.

Isunya, ada produk shaklee yang menggunakan gelatin. Bukan sahaja bakers je kena hentam dengan isu gelatin ni. Shaklee pun kena sebab ada certain produk shaklee yang ada gelatin :

1. Lecithin
2. Omega Guard
3. Vitamin E
4. COQ-Trol (akan keluar Jan 2018)

4 produk ni dalam bentuk soft gel dan memang menggunakan gelatin sebagai "karung" untuk vitamin tersebut.

Setiap produk shaklee ada sijil halal dari Islamic Society of America (ISA), ISA ni merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

Yes masih ada juga yang ragu-ragu terutama bila ada perkataan "bovine" pada botol Shaklee. Ramai juga beranggapan yang bovine itu adalah porcine (khinzir). Porcine dan bovine adalah dua item yang berbeza tau.

Kalau kita search digoogle sendiri, apa maksud bovine dan klik pada image "bovine" tersebut. Agak agak apa yang anda nampak? Adakah sejenis khinzir? Tentunya tidak kan?
                                       
                                                         Carian image bovine di Google





















Jom nurul terangkan sikit makna Bovine tu. Sebelum tu kita kenali dulu sumber- sumber gelatin

Kebiasaan lapisan luar produk soft gel diperbuat dari gelatin. Gelatin ni dihasilkan dari otot dan tisu haiwan samada porcine (khinzir), bovine (kerbau/lembu), poultry (ayam) atau marine (ikan). Gelatin yang paling kerap digunakan dalam kapsul soft gel ialah dari sumber bovine atau porcine. Gelatin dari sumber porcine sudah tentunya haram.  Yes memang tidak semua gelatin dari sumber bovine dan poultry itu halal, jika sumber itu tidak disembelih dengan sempurna. Tapi yang nyata, bovine dan porcine bukanlah benda yang sama, jangan keliru ye.

Maksud bovine di carian Google

Untuk produk Shaklee pula, sudah terang lagi bersuluh hehehe ditulis bahawa gelatin yang digunakan ialah dari sumber bovine iaitu kerbau atau lembu.

Tambahan pula, Shaklee sudah memperolehi sijil halal ISA, jadi tidak perlulah dipertikaikan samada gelatin itu diperoleh dari produk lembu yang sudah disembelih atau belum. Seperti juga JAKIM, ISA sendiri mempunyai garis panduan dan standard yang tinggi untuk dipatuhi sebelum sijil halal dikeluarkan. Audit bukanlah ke atas end product semata-mata tetapi juga dari sumber asal produk bermula dari ladang, proses sembelihan, pemprosesan dan pengilangan.

JAKIM sendiri telah melakukan audit ke atas ISA sebelum akreditasi diberikan dan audit juga sentiasa dijalankan secara berkala di kalangan badan badan yang mengeluarkan sijil halal seluruh dunia untuk memastikan kesemuanya mematuhi standard. 

Shaklee sudah bertahan di pasaran selama 50 tahun dan ternyata Shaklee bukanlah produk "ala kadar" . Kita sebagai muslim, sudah pasti mahu mengelak sumber haram dari menjadi darah daging, bukan? Jadi, sebagai pengguna bijak, kita boleh nilaikan sendiri dan tidak sekadar membuat keputusan melulu berdasarkan cakap cakap yang disampaikan orang sahaja.

Shaklee semestinya selamat, semulajadi, berkualiti dan berkesan.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Thursday, 19 October 2017

Cara Turunkan Bacaan Kolesterol Dengan Cepat

Set Kolesterol Shaklee
Artikel hari ni nurul nak share cara turunkan bacaan kolesterol dengan cepat. Tapi sebelum tu meh kita kenal-kenal dulu dengan cik kolesterol ni.

Kolestrol di dalam darah bukan perkara yang boleh diambil ringan. Dulu kita selalu dengar orang yang badan gempal selalu kena serangan kolesterol ni, sekarang orang kurus pun boleh ada masalah kolestrol.

Kolesterol ni kalau dibiarkan, boleh menghalang saluran darah dan boleh mengakibatkan serangan jantung secara tiba-tiba.

Kolesterol yang tinggi juga merupakan punca serangan stroke yang menyebabkan pesakit lumpuh sebelah badan dalam masa yang sangat singkat.

2 JENIS KOLESTEROL

Selalu kalau kita sebut kolesterol, mesti fikir buruk je tentang kolesterol ni kan. Sebenarnya kolesterol dihasilkan oleh badan kita sendiri dan ia amat diperlukan oleh tubuh kita.

Antara fungsi utama kolesterol adalah untuk menghasilkan hormon seperti estrogen, testosterone, progesterone, aldosterone dan cortisone.

Kolesterol juga penting untuk menghasilkan Vitamin D di dalam badan manusia. Apabila cahaya matahari menyentuh kulit, kolesterol akan bantu mengubahnya menjadi Vitamin D.

Jadi, apa yang boleh membuatkan kolesterol ni bahaya untuk kesihatan?

Kolesterol ada 2 jenis – HDL dan LDL.

Kolesterol HDL adalah kolesterol yang bekerja untuk hasilkan hormon dan menghasilkan vitamin D.

Tetapi kolesterol LDL pula akan bekerja untuk menyekat salur darah sedikit demi sedikit sehingga menyebabkan salur darah pecah atau tersumbat.

LDL KOLESTEROL JAHAT

Kolesterol yang merosakkan badan dikenali sebagai LDL. LDL ini yang akan membuatkan salur darah yang berdekatan dengan jantung.
Biasanya kolesterol jahat ni datangnya dari makanan yang tidak sihat juga.

Antara makanan yang tinggi kandungan LDL termasuklah makanan yang deep-fried, lemak daging dan kulit haiwan.

LDL juga terhasil apabila radikal bebas mengoksidisasi HDL – ia membuatkan HDL bertukar menjadi LDL.

HDL KOLESTEROL BAIK

HDL pula adalah kolesterol kategori kolesterol baik kerana ia berfungsi untuk bawa LDL yang ada dalam sel badan kepada hati. Organ hati akan singkirkan LDL ini dari badan.

HDL juga berfungsi untuk menurunkan bacaan LDL.

5 TIPS TURUNKAN KOLESTEROL DENGAN CEPAT

Banyak cara nak turunkan bacaan kolesterol ni sebenarnya, yang nurul kongsikan ni adalah sebahagian darinya.

TIPS #1 : BERSENAM

Lemak dan kolesterol ni bukan je melekat pada salur darah kita tapi ada juga yang banyak melekat pada organ kita seperti jantung dan paru-paru.

Bila lemak dan kolesterol mula menempel pada organ jantung kita, jadi jantung kita terpaksa mengepam lebih dari kebiasaan. Samalah macam kita nak cuci dinding, bila banyak kulat-kulat melekat di dinding, lebih banyak tenaga kita guna untuk hilangkan kulat tadi. Betul tak?

Lemak - lemak ni bila dah banyak sangat dalam salur darah sampai tak lepas nak keluar balik, tu yang mudah sangat dia singgah ke organ - organ badan kita.

Cara untuk buang lemak-lemak yang melekat pada organ ini, adalah dengan cara bersenam.

Berjalan santai selama 45 minit pun dikira senaman yang sihat.

TIPS #2 : BANYAKKAN SERAT

Makanan berserat membantu menyerap kolesterol. Lepas serat ni menyerap kolesterol, ia akan dibuang sebagai najis bersama kolesterol yang diserap tadi.

Contoh makanan berserat termasuklah oat, barli, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan yang mengandungi psyllium juga kaya dengan serat.

TIPS #3 : BANYAKKAN MAKAN IKAN

Ikan mengandungi Omega 3 yang membantu membakar dan mengikis kolesterol.

Sebaiknya ikan tersebut masak stim atau rebus, sebab kalau goreng dengan minyak, jadi lain lah pulak, kan.

TIPS #4 : TEH HIJAU

 Teh hijau merupakan minuman yang kaya dengan anti-oksidan.

Ia bagus untuk membantu meneutralkan semula radikal bebas yang menyebabkan HDL teroksida menjadi LDL

TIPS #5 : PENGAMBILAN SUPPLEMEN

Tapi sebelum tu nurul nak jelaskan yang sebenarnya suplemen ni bukanlah untuk merawat tapi ia lebih kepada membantu memberi nutrisi secukupnya kepada badan kita supaya badan kita dapat berada pada tahap optima. Bila badan kita cukup nutrisi, maka automatik kita akan sihat, dan bila kita sihat, of course la kita akan bebas daripada sebarang jenis masalah / penyakit.

CADANGAN SUPPLEMEN

Antara supplemen cadangan untuk menurunkan bacaan kolesterol dengan cepat :

a) OMEGA GUARD

Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
Omega Guard adalah asid lemak dari minyak ikan omega-3.

Ia berfungsi untuk membawa kolesterol keluar dari salur arteri ke hati untuk proses penyingkiran. Dengan kehadiran HDL ia dapat merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat melancarkan aliran darah. Kehadiran plak pada dinding arteri sangat membahayakan kerana ia boleh menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar dan menyebabkan ia menggumpal. Ini akan meningkatkan risiko strok dan arteri mengeras dan pecah. Dengan kata lain, ia bantu membersihkan salur arteri.

b) PHYTOCOL - ST

Merupakan suplemen anti-kolesterol yang mengandungi phytosterols iaitu sebatian sterol dan stanol dari tumbuh-tumbuhan yang serupa dengan kolesterol. Sterol tumbuhan telah terbukti mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan strok termasuk masalah tekanan darah tinggi, penyakit hati dan masalah kesuburan.

Phytosterols (molekul hijau) akan membentuk lapisan disekeliling kolesterol (molekul kuning) lalu menghalangnya dari menyerap ke dalam salur darah. Kolesterol yang tidak diserap ke salur darah akan disingkirkan dari tubuh.

Oleh itu, apabila kolesterol dalam salur darah berkurangan, paras kolesterol akan menurun dan penyakit seperti penyakit jantung koronari dan strok dapat dicegah. Masalah kegemukan akibat kolesterol juga dapat diatasi.

Gabungan Phytocol - ST dan Omega Guard ini adalah cara terbaik untum turunkan bacaan kolesterol dengan cepat. Dengan penurunan 10% tahap kolestrol LDL sudah boleh menurunkan 20% risiko serangan jantung tau.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah kolesterol ini atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Untuk belian secara terus dari website Shaklee, boleh klik image dibawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e12e5a207c1c51bdf37f1d829294669a


Pengedar Sah Shaklee anda :
☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan



    

Wednesday, 18 October 2017

Cara Hilangkan Kebas Kaki Dan Tangan Untuk Rasa Lebih Selesa

Set Masalah Kebas Shaklee


Pernah tak kita rasa kebas masa duduk terlalu lama? Rasa kebas ni sebenarnya bukanlah keadaan yang normal. Ya jika ia berlaku sekali sekala ia dah jadi biasa bagi kita tapi jika keadaan ini kerap berlaku ini adalah petanda tidak sihat di salah satu bahagian tubuh kita.

Rasa kebas ni buatkan kita rasa seperti menyucuk yang boleh berlaku dimana-mana bahagian tubuh kita, selalunya di tangan, kaki, bahu dan lengan.

FAKTOR PENYEBAB

Kebas ni boleh jadi banyak punca, dan salah satunya termasuklah pengambilan ubat-ubatan. Punca-punca biasa yang lain adalah seperti:

kurang pergerakan, contohnya duduk atau berdiri dengan posisi yang sama untuk tempoh yang lama, duduk dengan kaki bersilang, tertidur di atas lengan

gigitan serangga atau haiwan

kekurangan mineral juga boleh menjadi penyebab kepada masalah saraf ni.

BILA PERLU MENDAPATKAN RAWATAN?

Dalam sesetengah kes, kekebasan adalah tanda kepada kecederaan atau masalah kesihatan yang serius. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan sekiranya:

▶mengalami kecederaan pada bahagian belakang, leher atau kepala
▶tidak boleh berjalan atau bergerak
▶tidak sedar, walaupun untuk tempoh yang sekejap
▶merasa keliru dan tidak boleh berfikir secara jelas
▶gangguan pertuturan
▶gangguan penglihatan
▶merasa lemah / tidak bertenaga

DIAGNOS

Setiap individu kadang-kadang mengalami kekebasan, sakit yang menyucuk atau rasa seperti terbakar. Biasanya keadaan ini akan hilang begitu sahaja.

Semasa melakukan pemeriksaan doktor, kebiasaanya doktor akan meminta sejarah perubatan lengkap, jadi pastikan anda beritahu tentang:

➡Semua simptom yang anda alami walaupun yang tiada kaitan apa-apa penyakit yang pernah dirawat sebelum ini
➡ Jika ada apa-apa kecederaan sebelum ini yang melibatkan saraf terutamanya
➡ Sekiranya mengalami apa-apa jangkitan
➡Apa-apa vaksinasi (terutama untuk flu) dan apa saja ubatan / suplemen yang anda sedang / pernah ambil

Jadi, macam mana cara untuk hilangkan kebas kaki dan tangan ni? Ada sesetengah orang akan guna ubat-ubatan tapi kebarangkalian untuk sembuh sepenuhnya tu terlalu rendah.

Selain dari itu, nurul syorkan satu lagi cara lain iaitu dengan mengamalkan pengambilan suplemen sebagai ganti kepada ubat-ubatan biasa untuk hilangkan masalah kebas

Tapi sebelum tu nurul nak jelaskan yang sebenarnya suplemen ni bukanlah untuk merawat tapi ia lebih kepada membantu memberi nutrisi secukupnya kepada badan kita supaya badan kita dapat berada pada tahap optima. Bila badan kita cukup nutrisi, maka automatik kita akan sihat, dan bila kita sihat, of course la kita akan bebas daripada sebarang jenis masalah / penyakit.

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK MASALAH KEBAS & SARAF

Omega Guard – Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan.

Ostematrix - Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi. Ia juga menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas, juga melancarkan pembuangan bahan buangan dalam badan

B complex - kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. B Complex Shaklee mengandungi kumpulan vitamin B yang paling lengkap.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah kebas ni atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Untuk belian di website shaklee, klik image di bawah ini,

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6dfde8aa3dd913dd25bd717faee1bf79



Pengedar Sah Shaklee anda :
☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Saturday, 15 April 2017

Bagaimana asid omega 3 membantu mengatasi masalah keradangan terutama pesakit ekzema

Biasa kita dengar asid lemak Omega 3 ni baik untuk anti radangkan? Lebih² lagi kalau mereka yang ada ekzema ni.

Asid lemak Omega 3 tu boleh dapat pada ikan yang duduk dalam laut paling dalam je tau. Kalau ikan yang kat dasar² ni dah kurang dah asid lemaknya,sebab kadang² ikan² ni dah sedut banyak sangat merkuri,toksik bagai. Ikan terbaik untuk dapatkan asid lemak Omega 3 tu macam Alaskan Salmon,Sockeye salmon. Ha ikan yang mahal² tu. 😅😅

So apa yang bagus sangat dengan asid lemak omega 3 ni?

✅ Meningkatkan penghasilan asid nitric

✅ Mengurangkan kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik. Kolestrol jahat ni tak payah nak simpan lama²,kalau simpan nanti dia bertepek pada darah kita jadi plaque. Plaque ni la akan block perjalanan darah kita tu yang menyebabkan keradangan.

✅ Mengurangkan keradangan yang boleh merosakkan tisu badan. Biasa kalau alami keradangan ni mesti kita rasa nak menggaru je kan, so ni la fungsi omega 3 ni melancarkan balik perjalanan darah kita,jadi tak ade la dia terkumpul kat satu tempat sahaja.

Biasanya,kalau pergi ke klinik untuk atasi keradangan ni, doktor akan bagi ubat streiod @ ibuprofen,ubat² ni kalau sekali sekala boleh la guna tapi untuk tempoh yang lama boleh merosakkan organ dalaman kita pulak.

Dah tu nak kena ke laut dalam ke nak dapat asid lemak Omega 3 tu?hehehe, sabar² tak perlu ke laut dalam pun. Dalam Omega Guard Shaklee pun dah ada Asid Lemak Omega 3 ni. Mudah kan?


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 370 4725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Thursday, 22 December 2016

Tips Tingkatkan Daya Fokus Anak-Anak Dengan Cara Mudah

Aktiviti buat tabung sendiri

Hari ni mami nak share sikit tips untuk anak². Tips apa ya agaknya?

TIPS TINGKATKAN DAYA FOKUS ANAK ANAK

1. Hadkan waktu menonton TV. Nak tengok tu boleh tapi berpada² lebih lagi pada yang ade astero tu. Nasib rumah mami tak ada..haha

2. Pilih mainan yang sesuai dengan umur & yang boleh buat dia fokus pada benda tu contohnya puzzle ke,buat binaan lego tu dll

3. Ajak anak² baca buku sama². Untuk permulaan ni,cari buku yang banyak gambar dulu,lama² nanti boleh cari buku yang lebih pada text pula

4. Galakkan anak² dengan hobi yang bermanfaat spt melukis & mewarna

5. Pastikan anak ambil sarapan pagi yang berkhasiat. Sarapan tu kalau dah malas sangat boleh bancuh je mealshakes. 😉😉

6. Buat aktivit kraf bersama anak, biarkan anak menggunting,mencantum, dan gunakan gam sendiri. Kita hanya memerhati sahaja kalau ada² adegan yang merbahaya 😝😝

7. Bagi anak² Omega Guard sebiji sehari untuk makanan tambahan yang membantu mereka fokus dalam kelas 😘😘

Ok ni sahaja tips mami hari ni,semoga bermanfaat untuk kita semua ya. Sudi²lah share tips mami yang tak seberapa ni ke kawan-kawan lain. Tq


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Sunday, 27 November 2016

Apa Kebaikan Omega Guard Untuk Anak Anak



Ni antara kebaikkan Omega Guard untuk anak-anak

✅ Mencegah asama
✅ Mencegah sakit kulit
✅ Meningkatkan sistem imun
✅ Sesuai untuk anak-anak yang mudah sakit spt batuk,selsema
✅ Baik untuk perkembangan otak



Ha, sebab tu la anak-anak yang amalkan omega guard ni memang berhubung sangat sel otaknya 

Omega guard ni kira supplemen terpenting selepas nutriferon bila anak-anak mami tak sihat

Omega guard ni mami ambil untuk anak-anak mami bila dieorang diserang batuk dan bantu mengeluarkan kahak yang tersekat dalam badan

Yang best sekali bila dah selalu sangat amalkan omega guard ni pada anak-anak kekerapan untuk tak sihat tu berkurang sebab omega guard ni ada omega 3 yang baik untuk imun badan





Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Omega Guard ni atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Thursday, 17 November 2016

HFMD Sembuh Dalam Masa 3 Hari Tanpa Ubat


Hai semua, berhabuk sangat dah blog mami ni. hehhehe. hari ni nak sapu habuk sikit la. mami nak share bagaimana mami handle 2 orang anak yang mengalami HFMD. 

Sebelum tu meh mami bagitau apa benda HFMD ni, HFMD ni penyakit hand foot mouth disease atau erti kata lain penyakit tangan kaki dan mulut. Penyakit ni bawakkan virus, mudah merebak lebih-lebih lagi kalau anak yang duduk di tadika, taska & nursery. HFMD ni tak merbahaya pun kalau ikutkan, tapi kalau gelembung air tu luka, boleh menyebabkan jangkitan kuman pula. HFMD ni lebih kurang macam chicken pop juga tapi bentuknya lebih kepada macam kena melepuh gitu.

HFMD Sembuh Tanpa Ubat

Ha..bukan sorang tau, tapi dua orang serantak. nasib baiklah yang sorang tu tak kritikal sangat. mami taknak cerita panjang, apa-apa meh tonton video mami ni dulu.




So macam mana? Abaikan  muka yang eyebag setambun tu, hehehe maklum la sampai je terus kena shooting video. Cerita macam mana perjalanan nak record video tu boleh baca entri mami seterusnya ya.

Jika mami semua ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah HFMD ni atau ingin membelinya, mami boleh terus berhubung dengan saya Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).


Pengedar Sah Shaklee anda :
☺ ID Shaklee: 1083829
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Wednesday, 26 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Testimoni Omega Guard


Selamat pagi semua..sedar tak sedar dah nak habis bulan November kan.Bermakna promosi Omega Guard pun dah nak habis jugak la kan. So, hari ni Nurul nak share testimoni Omega Guard yang awesome ni..

Seperti biasa, nak promote kat orang mesti diri sendiri kena test dulu kan. Nurul pernah Omega Guard ni masa promosi tahun lepas untuk pecahkan lemak-lemak terkumpul dalam badan dan dalam masa yang sama bagi kat anak kecik dua orang tu untuk perkembangan minda mereka sekaligus untuk membantu tingkatkan imunisasi mereka..Alhamdulillah, hasilnya sangat memberansangkan.

Ok meh kita tengok testimoni pengguna yang lain pula..

Testimoni Omega Guard

Testimoni Omega Guard

Testimoni Omega Guard

Testimoni Omega Guard

Hebatkan..Alhamdulillah dengan izin Allah juga..Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha selebihnya Allah yang tentukan..selamat mencuba..

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain


Friday, 21 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Kudis Buta


Lambat bersiaran hari ni sebab kekangan idea..hahaha..Hari ni Nurul nak share sikit info tentang Kudis Buta atau dalam bahasa kampungnya kita panggil Scabies..hhihhihi

Apa itu Scabies/Kudis Buta
Scabies di tangan
Scabies atau kudis buta adalah keadaan kulit berjangkit yang disebabkan hama kecil yang dipanggil Sarcoptes Scabiei.Lubang hama ini biasanya tertanam di dalam kulit kemudian membiak dengan cara bertelur yang akan menyebabkan ruam dan sengit di waktu malam atau selepas kita mandi.

Antara tanda-tanda jangkitan Scabies :-
♦  Timbul ruam dan gatal-gatal selapas mandi atau waktu malam
♦ Naik biji-biji air macam kena gigit semut dibahagian tapak tangan, celahan jari kaki atau tangan,berhampiran kemaluan untuk lelaki dan wanita pula disekitar puting kita.

Scabies di tapak kaki
Anak Nurul, Aleesha pernah kena kudis buta ni dan Nurul pun tak tahu pun yang sebenarnya tu kudis buta selepas bawa dia pergi ke klinik.Macam-macam juga la kami buat nak bagi hilangkan kudis buta dia tu sampai frust nak mencuba dah..Masa tu Nurul cuba semua apa yang orang sarankan pada Nurul.Pergi ke klinik tu tak perlu cakap lah banyak mana kan.Nurul dah cuba rebus baju dan seluar yang aleesha pakai,mandikan dengan air daun untuk hilangkan gatal-gatal dia,sapu lotion scabies tu tiap-tiap malam, sapu lotion econozyme tu tak cukup yang kecil beli yang besar pula, pergi klinik doktor bagi 1 lotion tu tapi Nurul tak ingat apa namanya berkesan jugak tapi bila lotion tu habis naik balik gatal-gatal dia..

Memandang Nurul seorang SID jadi Nurul ambil masa untuk kaji produk Shaklee yang boleh rawat penyakit anak Nurul ni..Lepas dah habis kaji tu tanya pula pendapat leader yang lain supaya Nurul tak memudaratkan lagi keadaan.Nurul cuba berikan Aleesha Omega Guard, memandangkan masa tu Aleesha baru umur 1 tahun 3 bulan jadi Nurul bagi dia kunyah Omega Guard tu 3 kali seminggu, berikan Chewable Vita C, sapukan badan dia dengan Herbal Blend lotion setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur dan akhir sekali Nurul mandikan dia dengan Basic H.Alhamdulillah sekarang Aleesha dah tak ada masalah berkait dengan kudis buta ni dan kulit dia pun makin cantik.

Tu dari pengalaman Nurul sebagai ibu yang ada anak yang mengalami Scabies atau kudis buta ni.Semua yang Nurul lakukan ni atas risiko yang Nurul tanggung sendiri sebab bagi Nurul, Shaklee adalah bahan semulajadi dan tiada bahan kimia yang membahaya.Dapatkan nasihat doktor jika perlu.


Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain


Monday, 17 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Makanan yang Mengandungi Omega 3


Apa kahabar semua..seronok tak bercuti di hujung minggu baru-baru ni..Macam lemau je tengok muka tu hari ni kena masuk kerja balik ye..Jangan lemau-lemau meh Nurul sajikan entri yang berkait dengan makanan yang mengandungi Omega 3.Antaranya :-


Bayam
Bayam adalah sumber makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 dan salah satu sayuran hijau yang mengandungi kalori yang rendah dan tinggi dengan zat besi.

Minyak Canola
Minyak canola mampu mengekalkan kesihatan jantung kerana terdapat asid lemak Omega 3 didalamnya. Dengan mengantikan minyak masak biasa dengan minyak canola dalam salah satu car untuk mendapatkan nutrisi didalamnya. Selain itu, minyak canola juga boleh digunakan bersama sayuran salad sebagai penganti mayonis yang biasanya mengandungi lemak.

Kobis Bunga
Antara nutrisi dalam kobis bunga adalah kalium,magnesium dan niasin yang menyokong kesihatan jantung. Kubis bunga biasanya dimasak dengan ditumis atau dijadikan sup. cari resepi yang lazat untuk menikmati kobis bungs dan mendapatkan nutrisi yg sihat melaluinya.

Kacang Soya
Kacang soya boleh didapati dalam produk tenusu atau produk lain. Ia lazat dan kaya dengan asid lemak Omega 3. Soya juga penuh dengan nutrisi sepertt serat, zat besi, protein,kalsium,vitamin K dan folat. Juga sesuai untuk mereka yang alahan kepada susu lembu.

Minyak Ikan
Satu kajian mengatakan bahawa asid lemak Omega 3 juga terdapat dalam minyak ikan dan didapati dalam bentuk tablet supplemen atau sirap.Pengambilan pil-pil minyak ikan sehari cukup untuk memenuhi keperluan Omega 3 dalam tubuh badan anda.

Telur
Kuning telur mempunyai lemak yang sihat. 1 biji telur mengandungi kira-kira 40-250mg EPA & DHA.

Kacang Walnut
Makanan yang mengandungi kandungan lemak yang berkhasiat dan 2600mg dari kacang walnut cukup untuk menyuburkan.

Salmon
Terkenal dengan makan yang mengandungi EPA & DHA yang tinggi dan mampu menyediakan kira-kira 1600mg asid lemak yang baik untuk otak.

Tuna
Dikatakan mengandungi kandungan merkuri tetapi jika anda bijak memilih tuna yang segar dan tidak dimakan secara berlebihan kira-kira 1000mg asid lemak dapat diserap.

Biji Rami
Makanan yang pertama mengandungi asid lemak Omega 3. Amalkan 2-3 sudu makan biji rami setiap hari untuk keperluan Omega 3.

Benih Chia
Boleh dikunyah dan ditabur diatas salad, baik untuk pencernaan kerana kaya dengan serat yang membantu pergerakan makanan semasa proses pencernaan dan juga mampu memberi daya tahan badan.

Selamat mencuba..

Berminat untuk mencuba Produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain-lain

Thursday, 13 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Tanda Kekurangan Omega 3 dan Kesannya


Selamat petang semua..lambat sikit bersiaran ari ni sibuk sikit hari ni. Entri yang lepas kita dah tahu apa kelebihan Omega 3 kan so hari ni kita tengok pula apa tanda-tanda kekurangan Omega 3 dan apa kena jika kekurangan Omega 3.
Omega 3


Tanda-tanda kekurangan Omega 3 :-
✔ mudah lupa
✔ kadar kolestrol tinggi
✔ perjalanan darah tidak lancar
✔ kemurungan
✔ hyperactive
✔ mood swing
✔ kulit kering
✔ kuku mudah rapuh
✔ kurang fokus
✔ masalah kesuburan
✔ infeksi pada vagina

Agak-agak ada tak salah satu tanda-tanda tu pada kita atau kita ada semua tanda tu?ha..berjaga-jaga la jika ada tanda-tanda mesti ada kesannya betul tak?So meh kita tengok pula apa kesan bila kita kekurangan Omega 3.

Antara kesan kekurangan Omega 3 :-
☹ otak tidak dapat berfungsi dengan optimum
☹ menyebakan gangguan bipolar,autisme dan kebarangkalian untuk menghidap masalah nanyuk
☹ bagi janin yang tidak mendapat@kekurangan Omega 3 berkemungkinan mengalami masalah penglihatan & saraf
☹ risiko untuk mendapat serangan jantung
☹ kenaikan berat badan secara mendadak
☹ sakit sendi disebabkan berat badan yang berlebihan
☹ bagi ibu yang hamil jika kekurangan Omega 3 akan berisiko mendapat bayi autisme

Sekarang dah tau kan tanda dan kesan akibat kekurangan Omega 3 ni?takkan kita nak biarkan ye tak so cepat-cepatlah bertindak sebelum parah..Untuk mengetahui makan apa yang mengandungi Omega 3 nantikan entri Nurul yang akan datang ye..◕‿◕

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.

Wednesday, 12 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Khasiat Omega 3 mengikut Golongan



Selamat pagi semua..Nurul doakan pembaca semua berada dalam keadaan sihat sejahtera semuanya.Oleh kerana dah banyak sangat kita tengok set-set yang melibatkan Omega Guard ni kan jadi sebelum kita pilih mengikut pilihan hati kita ada lebih baiknya kita tahu dulu apa kelebihan atau khasiat Omega 3 kepada setiap golongan.
Omega Guard Shaklee

Antara khasiat Omega 3 yang terdapat dalam Omega Guard Shaklee :-

Ibu hamil 
❀ membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
❀ mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang
❀ mengurangkan risiko meroyan selepas bersalin
❀ mengawal berat badan dari naik secara mendadak

Ibu menyusu 
❀ menyalurkan khasiat Omega 3 untuk imunisasi dan perkembangan otak bayi melalui susu ibu
❀ membantu penurunan berat badan tanpa menjejaskan penyusuan

Kanak-kanak 
❀ pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
❀ mengurangkan gejala selsema, batuk, serta asma
❀ memperkuatkan sistem imunisasi

Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan
❀ membantu pembakaran lemak secara cepat berbanding lecithin
❀ meningkatkan hormon leptine yang mengawal selera makan
❀ membantu menguraikan lemak

Lelaki
❀ memelihara kesihatan prostat
❀ meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
❀ memelihara jantung yang sihat terutama perokok

Warga emas
❀ melambatkan degradasi tulang rawan
❀ mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi
❀ mengurangkan gejala sakit sendi
❀ bertindak sebagai pelincir bagi membantu bergerak dengan selesa apabila sakit sendi
❀ mengurangkan masalah schizophrenia
❀ membantu mengatasi masalah kemurungan
❀ mengurangkan risiko nyanyuk

Mereka yang mengalami masalah kesihatan
❀ menyihatkan paru-paru dan memelihara buah pinggang
❀ membantu meningkatkan kesihatan selepas pembedahan
❀ membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan baik
❀ mencegah gout dan insomnia
❀ mengurangkan paras gula dalam darah

Pesakit darah tinggi
❀ membantu melancarkan peredaran darah dan menghalang pembekuan
❀ mengawal paras kolestrol
❀ mengekalkan tekanan darah normal
❀ mengekalkan paras kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

Pesakit jantung
❀ mengurangkan risiko komplikasi yang menyebabkan kematian
❀ mengekalkan rentak degupan jantung
❀ memperlahankan arteriosclerosis dan merendahkan risiko serangan jantung

Kesuburan wanita
❀ mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
❀ meningkatkan aliran darah ke dalam rahim

Kecantikan
❀ melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
❀ memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema psoriasis

Ha..macam mana??banyakkan khasiat Omega 3 dalam Omega Guard ni..

Berminat untuk mencuba Omega Guard Shaklee dengan tawaran harga yang menarik??
Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya.

Tuesday, 11 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Set Combo Omega Guard


Sedar tak sedar dah masuk 11 November hari ni.Tak lama dah nak masuk tahun baru tapi hari ni Nurul tak nak cerita pasal tahun baru tau tapi pasal promosi OMEGA GUARD yang dah masuk hari ke 11 tu.Mungkin ada yang masih lagi tak tahu untuk apa Omega Guard ni.Jadi hari ni meh Nurul senaraikan combo Omega Guard yang paling bajet sekali mengikut pilihan penyakit anda semua..

Set Bajet Omega Guard

Antara Set Combo Bajet Omega Guard :-

✔ Omega + AJHT = Sendi
✔ Omega + Alfalfa = Gout
✔ Omega + Caratomax = Kesihatan Mata
✔ Omega + Chewable Vit C = Kesihatan Anak - Anak
✔ Omega + COQ Health = Kesihatan Jantung
✔ Omega + ESP = Ibu Hamil & Menyusu
✔ Omega + Garlic = Darah Tinggi
✔ Omega + GLA Complex = Kesuburan Wanita
✔ Omega + Herblax = Detox & Bakar Lemak
✔ Omega + Lecithin = Bakar Lemak & Kolestrol
✔ Omega + Nutriferon = Imunisasi
✔ Omega + Ostematrix = Sengugut/Buasir
✔ Omega + SR Vita C = Kecantikan Kulit
✔ Omega + Vit E = Kesuburan Lelaki
✔ Omega + Zinc = Diabetes
✔ Omega + Mealshake = Asma

Ha..banyakkan pilihannya.jangan pening-pening pula nak pilih dan pastikan yang combo yang anda pilih tu sesuai dengan penyakit anda tau.


Dapatkan konsultansi exclusive dengan setiap pembelian melalui Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain-lain

Tuesday, 4 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Khasiat Omega Guard Shaklee


Sempena promosi Omega Guard ni, mesti ada yang tertanya - tanya apa khasiatnya kalau makan Omega Guard Shaklee ni kan, Ye la bab makanan ni semua nak kena teliti dulu bukan main makan je supaya nanti tak da la kita salahkan produk pahadal diri kita sendiri tak selidik dulu apa yang kita makan. 

Nurul amalkan Omega Guard ni untuk pecahkan lemak yang terkumpul dalam badan ni..walaupun tak berapa nak banyak tapi takkan nak biarkan je lemak tu beranak - pinak..hahaha.. Alhamdulillah selera makan pun terkawal dan kolestrol dalam badan pun berada dalam kawasan terkawal. 

Ibu - ibu juga jangan tak tahu yang Omega Guard ni pun sesuai untuk anak - anak kita yang nak membesar tu..Anak - anak juga sudah dilatih mengamalkan Omega Guard ni untuk perkembangan minda mereka.

Antara khasiat yang boleh didapati daripada minyak ikan Omega Guard ini ialah:

- Bagus untuk perkembangan minda dan otak. DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat dinikmati oleh bayi sejak dalam kandungan (trimester 2 & 3) lagi jika ibu-ibu mengambilnya sewaktu mengandung. Ia kemudian dapat diteruskan menerusi penyusuan susu ibu jika ibu menyusu mengambilnya. Apabila mencecah umur satu tahun, Omega Guard boleh dicampurkan ke dalam susu atau makanan kanak-kanak atau sekiranya dia pandai mengunyah, dia boleh mengunyahnya.

- Baik untuk perkembangan memori dan fokus. Omega Guard adalah supplement yang sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan kita.

- Menyokong kesihatan kardiovaskular. Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Omega Guard membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke.

- Mengawal paras kolestrol. Omega Guard juga bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.

- Mengurangkan sakit sendi. Salah satu manfaat Omega Guard ialah ia juga bersifat anti-radang. Banyak kajian menunjukkan supplemen minyak ikan (EPA+DHA) amat bermanfaat dalam mengurangkan kebas dan keradangan pada sendi dan seterusnya membantu dalam merawat rheumatoid arthritis.

- Mengurangkan gejala asthma. Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.

- Menguraikan lemak. Omega Guard mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.

- Memelihara kesihatan kulit. Omega Guard dapat membantu melicinkan kulit dan membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain.


Semoga bermanfaat..

Berminat untuk mendapatkan Omega Guard Shaklee secara online di website Shaklee, klik icon di bawah :-



Untuk pembelian Set Promosi atau tawaran harga yang lebih jimat bpleh hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dll..
Penghantaran secara pos untuk ke seluruh Negeri secara PERCUMA.

Sunday, 2 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Promosi November 2014

Salam semua...
Bila dah masuk bulan baru ni apa lagi yang ditunggu lagi oleh SID macam Nurul ni dan pengguna tegar Shaklee kalau bukan promosi kan..

Bulan ni Shaklee ada buat 2 promosi untuk Omega Guard ni.Salah satunya Beli 6 PERCUMA 1 botol lagi Omega Guard dan promosi satu lagi beli 2 botol Omega Guard dengan diskaun 5%..Rugi kan kalau lepaskan peluang ni.

Apa untungnya Promosi Omega Guard ni??
Promosi beli 6 percuma 1.


- Percuma 1 botol Omega Guard bernilai RM 136
- Percuma keahlian Shaklee RM 65
- Bonus pembelian RM 33 pada 15 Disember 2014
- Jimat sehingga RM 254

Promosi Twin pack
- Diskaun 5%

Berminat untuk dapatkan Omega Guard Shaklee boleh hubungi Nurul di : -
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD : Sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain


Monday, 27 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Keperluan DHA untuk kanak - kanak


Seronok bercutikan so ari ni semuanya berjalan seperti biasa..Bila dah 5 hari berkepit dengan mummy ari ni liat sikit nak bangun pagi anak - anak saya..Opss tu bukan motif sebenar entri Nurul hari ni..Hari ni Nurul Nak share sikit keperluan DHA kepada anak - anak kita..Jom terjah...

Apa Itu DHA  
DHA atau Asid docosahexaenoic adalah sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3. Ia merangkumi kira-kira 97% dan 93% daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata. 

Keperluan Harian DHA
Menurut kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA), keperluan DHA kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 2 tahun ialah 100 miligram.


Kepentingan DHA
DHA penting untuk perkembangan otak.
- DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.

DHA merupakan ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. 
- Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar. 

DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran.
- kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar. 

Sumber DHA

DHA boleh diperolehi secara semula dalam makanan seperti ikan salmon, tuna dan ikan daripada perairan laut dalam serta minyak kanola.


* Penting untuk kita tahu yang anak - anak kita perlukan DHA secara terus kerana tubuh kanak - kanak tidak mampu untuk memproses DHA dengan sempurna sekali gus akan timbul masalah kekurangan DHA bagi perkembangan otak.
Omega Guard Shaklee

Sebagai mummy yang bijak, Nurul bekalkan anak - anak Nurul dengan Omega Guard Shaklee untuk melengkapkan keperluan DHA dalam badan mereka sejak umur 1 tahun lagi..


Berminat untuk dapatkan Omega Guard Shaklee secara online, klik saja icon di bawah..




Untuk tawaran harga yang menarik dari Nurul, hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD juga disertakan bagi pembeli disekitar Kuantan..

Friday, 3 January 2014

Darah Tinggi

Salam semua..ari ni jom kte kaji pasal penyakit darah tinggi nk??ada ke diantara anda or ahli keluarga anda yg mengidap penyakit darah tinggi ni??mcm family Nurul ada..bermula dari atuk n turun ke mak..sbb apa ek darah tinggi ni ek..meh kte google sket...

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia. ni Nurul ambil dari website Kevin Zahri..nk bace penuh g kat sini ye..

Faktor terjadinya tekanan darah tinggi :-
~ Keturunan
~ Pemakanan
~ Usia
~ Kolestrol tinggi
~ Obesiti
~ Rokok
~ Stress
~ Kurang bersukan
 
Petua tradisional yg harus di cuba :-

1. Minum jus air belimbing, atau blend buah epal hijau dan buat jus
2. Kalau ada daun pegaga pun boleh di buat jus dan minum airnya
3. Bila darah naik tinggi, duduk dan rehat, dan tenangkan fikiran dari segala stress. Cuba jangan fikirkan masalah.
4. Bacalah Ayat ayat suci Al Quran semasa berehat dan betul concentrate, kerana ayat Quran juga adalah ubat bagi penyakit. Kalau tak pandai baca, pasang CD Quran dan ikut bacaan. Ataupun baca lah surah surah pendek dan mohon pertolongan Allah.
5. Kalau lapar, jangan makan makanan yang bergaram ..buat sementara potong terus garam utk sehari dua. Makanan yang dibeli juga punyai kadar garam yang tinggi. Buat sementara waktu, makanlah masakan yang tiada bergaram atau kurangkan 90% garam!
6. Lebih digalakkan untuk makan masakan berstim seperti ikan yang distim dsbgnya ataupun lebihkan sayur sayuran terutama sekali ulam ulam atau raw salad (tomato, cucumber, lettuce) dsbg.
7. Elakkan sementara makanan bergoreng (deep fried) dan semua Fast Food!
8. Minum jus yang disebut di atas 1- 2 hari sehingga pulih
9. Kalau ada ubat doktor, makan ubat ikut jadual
10. InsyaAllah kalau dapat buat seperti di atas , darah akan turun.

Dan yg penting if ada yg tradisional pasti ade yg moden kn..So utk pesakit darah tinggi Nurul suggestkan Garlic & Omega Guard..

Nk tahu lebih lanjut..
Meh pakat pm/wapps Nurul..
0173704725
ID 1083829
Shaklee Independent Distributor

Monday, 23 December 2013

Set Kesihatan Lelaki Shaklee

Hai..bertemu lg kte ye.. alhamdulillah..ari ni kte cter pasal set kesihatan untuk lelaki plak..bkn perempuan je perlukan vitamin lelaki pn perlu jgk tau..lelaki kn selalu sibuk dgn urusan mereka yg kdg2 xpernah hbis..mereka2 si ayah ni terdedah dgn risiko sakit jantung, strok, obesiti n etc.dgn risiko2 ini mereka ada potensi mengalami masalah mati pucuk, mengalami masalah prostat n sering kelesuan / kurang stamina.

Dalam set ini terdiri daripada Omega Guard (omega lg..hihihi), Zinc Complex & Vita -E Complex..


Omega Guard Shaklee - mencegah penyakit saluran darah & strok. Selain itu, menentang kanser prostat dan memelihara sendi tulang.

Zinc Complex - mempertingkatkan sistem imunisasi bdn dan membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

Vita-E Complex - baik untuk kesuburan lelaki dan melindungi risiko penyakit jantung..
Jom beli untuk ayah, suami, adik or abang..
pm/wapps Nurul
0173704725
id 1083829

Sunday, 22 December 2013

Set Sendi Tulang Shaklee

Omega Guard lg..hihihi mst anda jemu kn cter pasal omega guard ni..jgn gtu..ni la kelebihan produk shaklee ni.. setiap vitamin bley sharing pelbagai fungsi.. tp xsemua tau nnt lain plak jdnya kn bahaya..

Ari ni nk cter pasal set sendi atau set untuk org sakit urat..xkira la urat lutut ke, leher ke, siku ke, n lain2 la..sakit sendi ni berlaku ble tulang kte ni dh haus tanda2nya mse kte lakukan aktiviti kte mudah kebas dan bengkak..tulang kte ni haus sbb kte ni terlalu byk berjalan, duduk n berlari..so set sendi ni sbg pelincir nk bg lancar blik pergerakan tulang2 kte..In Shaa Allah..

Antara fungsi2 yg vitamin yg terdapat dlm set sendi ni :

Advanced Joint Health - menyokong keselesaan sendi, memelihara tisu penyambung yg sihat

Omega Guard - mengurangkan inflamasi pada tulang

Ostematrix - membantu mengasimilasikan kalsium kedalam tulang & menguatkan blik tulang kte..

Nk tau lebih lanjut??
Jom pm/wapps Nurul
0173704725

Saturday, 21 December 2013

Set Hamil Shaklee


Hari ni entri nk cter pasal vitamin untuk ibu mengandung plak..yg pasti entri bln ni mst ade pasal omega guard kn.hehe.. promosi omega guard ada 10 hari lg so bley la promosi lg..set vitamin untuk ibu mengandung ni ada ESP, Omega Guard, Ostematrix, B Complex, Vitamin C & Vitalea. 

Pada trimester pertama ibu2 digalakkan ambil ESP, Ostematrix, Vitamin C, B Complex & Vitalea. Omega Guard pula di sarankan diambil setelah mencapai trimester ke-2 & ke-3 bersama2 vitamin yg lain.

Antara kelebihan set ini adalah : 
ESP - membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu, dan membantu pengaliran darah.

Ostematrix - memoptimumkan pengambilan kalsium dgn formulasi vitamin D, magnesium memastikan tubuh ibu menyerap kalsium yg bgus utk tulang.

Vitalea - multivitamin yg dpt membantu penyerapan asid folik iaitu nutrien yg perlu untuk keseluruhan penumbuhan sel dlm badan.

B complex - membantu mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.

Omega Guard - mengandungi DHA dan EPA yg membantu perkembangan otak bayi.

Vitamin C - membina dan menguatkan sel tisu dlm badan dan membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan ibu2.

Berminat?
Jom pm/wapps/wechat Nurul
0173704725
ID 1083829
Shaklee Independent Distributor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...