Friday 13 November 2015

10 Tips Mudah Untuk Latih Anak Tanpa Pampers


Selamat hari jumaat semua. Jom banyakkan amalan baik di hari mulia ini. Dah berselawat hari ini? di hari jumaat yang mulia ini Nurul nak share sikit tentang tips untuk latih anak tanpa pampers bab kata orang putihnya "potty training".(betullah kot begitu ejaannya..hi hi hi)

Alhamdulillah kedua-dua anak Nurul dah bebas dari pampers. Si kakak pada usia 3 tahun 4 bulan dan adik pada usia 2 tahun 1 bulan. Mula-mulanya susah jugak nak dapat handle kedua-duanya, tapi berkat kesabaran maminya, akhirnya berjaya juga. Pada mulanya kami suami isteri bercadang nak bebaskan kakak dahulu tapi si kakaknya terlalu obses bila dah tengok adik pakai pampers dan dia pun apa lagi nak jugak la kan, so untuk langkah berjaga-jaga kami train dua-dua sekali.

Jom amalkan 10 tips untuk latih anak bebas pampers seperti dibawah ini.Moga-moga ia bermanfaat pada kita semua :-


Pertama sekali jangan fikir sangat nak kena bersihkan apa yang anak-anak bakal buang tu, tapi fokus pada tujuan sebenar kita untuk latih mereka.Kalau awal-awal kita dah kalah dengan emosi kita, bagaimana dengan anak-anak kita yang masih kecil tu. Betul tak?

Keduanya, mula simpan lebihan pampers yang ada. Kalau boleh jangan bag 1 keping pun terlepas dari pandangan kita. Sehingga sekarang Nurul masih ada 1 bungkus pampers yang belum dibuka yang masih lagi tersorok didalam almari..kih kih kih tak pe la boleh simpan untuk adik baru nanti kan kalau ada rezeki.

Yang ketiga, amalkan selepas mandi anak dipakaikan pakai seluar dalam, supaya nanti kita takde la duk kutip sisa-sisa dia yang merata-rata tu kan.ha ha ha

Yang keempat, rajin-rajin la tanya anak kita tu, nak kencing atau tak dalam bahasa yang mereka mudah paham nanti takde la anak kita duk nganga apa benda la mak ak cakap ni. Dan nasihatkan supaya sentiasa bagitahu kita kalau-kalau ada rasa nak terkencing tu atau terus ke bilik air. Amalkan selalu dan jadikan trademark sampi anak bosan. hu hu hu

Yang ke lima, mami-mami semua jangan la duk marah kat anak tu kalau terbabas, xkira la marah ke, cubit ke, bimbang nanti anak tu fobia pula nak kencing atau membuang. Rileks-riles sudah. kesudahannya nanti kita juga yang akan cuci kan?

Yang ke enam, pastikan tandas rumah kita sentiasa kering,bersih dan selamat untuk anak-anak, ajar juga langkah-langkah bila hendak membuang air dari buka seluar hingga la “flush” tandas, serta cuci tangan dan utamakan kebersihan diri.

Yang ke tujuh, biarkan lampu bilik air sentiasa terpasang, bagi mudahkan anak ke bilik air dengan selamat dan jangan pula duk takutkan anak-anak tu dengan perkara yang merapu, memang sampai kesudah la anak tu takut nak ke tandas.

Yang ke lapan, anak-anak kita tu kadang-kadang ada yang belum berkomunikasi dengan baik, jadi buat la dengan cara yang mudah dia ikut dan jadikan rutin yang sama setiap kali nak membuang supaya mudah dia nak bezakan dan rasa bagaimana nak membuang dengan sendiri bila dah terbiasa.
Janganlah hari ni, ajar cuci dengan tangan kiri esok pula biarkan anak basuh dengan tangan kanan, hari seterusmnya duk marah anak pakai tangan kanan, kan dah bercelaru pula anak tu tangan mana nak guna sebenarnya nak mencuci ni.

Yang ke sembilan, sentiasa reward anak-anak bila dia berjaya melepasi daya tahan nak membuang dia tu. Tak perlulah hadiah besar berbagai-bagai tiap-tiap hari cukup dengan reward bintang pada sekeping kertas pun dah memadai. Tunjukkan yang betapa kita menghargai usaha mereka tu.

Yang terakhir sekali, mudah sahaja. Ulang balik semua langkah di atas, In shaa Allah dalam masa seminggu lagi anak-anak kita bebas dari pampers dah.

Alhamdulillah, selepas amalkan semua tips ni kami dah tak ada masalah untuk handle anak-anak untuk membuang terutama sekali semasa keluar berjalan-jalan.

Oh ya, sebelum terlupa, untuk rutin di waktu malam, juga sama situasinya cuma galakkan mereka kencing terlebih dahulu sebelum tidur dan kalau boleh kawal pengambilan air anak-anak pada waktu malam dan sediakan pelapik tilam yang kalis air untuk elak air kencing mereka membasahi katil. Untuk permulaan, terkencing atas katil tu dah jadi kebiasaan bagi kami, memang harum sangat baunya..ha ha ha

Ok lah, dah panjang berjela pula taipnya, selamat mencuba ye mami-mami semua. Semoga artikel ni bermanfaat pada semua. Sehingga bertemu kembali di entri akan datang.

Nak tahu pengalaman anak kami dalam proses bebas pampers ni boleh klik DISINI..

Wednesday 21 October 2015

Tips Hidup Bebas dari Hutang


Hari ni Nurul nak share sikit macam mana nak bebaskan diri kita dari segala hutang yang ada. Tapi sebelum itu, kita kena ingat bahawa setiap hutang yang kita buat itu wajib di bayar tau. Tak kisah la ia dituntut atau pun tidak oleh pemberi hutang.

Dalam masa sekarang ini, semua perbelanjaan dah meningkat, jadi kita kena kawal segala perasaan kita untuk elak dari berhutang pada perkara yang tak perlu. Kalau zaman dulu-dulu, ibu-ibu tak perlu berkerja dah, tapi sekarang ibu-ibu pun dah keluar berkerja bagi melunaskan hutang semasa belajar di universiti dulu. Dan nurul juga tak terkecuali dari golongan ibu yang berkerja demi melunaskan hutang itu. ha ha ha. Ok cukupkan mukadimah tu kan, meh kita tuju ke topik asal entri ini.

Add caption

Pertama sekali, kita kena tahu dan kena praktikkan 4 prinsip asas dalam usaha membebaskan diri dari kancah hutang ini. Apa dia prinsip asas itu?

 Prinsip 1 ; Beli secara tunai

Pastikan diri kita terkawal dari melakukan aktiviti melibatkan ansuran untuk pembelian barang-barang samaada keperluan atau kehendak. Lakukan konsep servey dahulu pilihan mana yang kita mahukan dan dalam masa yang sama kumpulkan duit kita dahulu, bila dah mencukupi baru lah membeli. Tapi pastikan kita beli apa yang kita servey atau kurang dari itu bukan lebih dari itu ye.

Prinsip 2 : Hidup ikut keperluan bukan kemampuan

Prinsip ini perlu diamalkan lebih-lebih lagi bagi pasangan yang baru berkahwin. Terutamanya dari segi kelengkapan peralatan rumah atau keperluan kenderaan untuk ke pejabat. Masa ini kita perlu lupakan niat untuk bergaya dengan apa yang ada, cukuplah sekadar untuk memenuhi keperluan harian. Sebagai contoh, langgan astro mengikut tahap kemampuan kita menonton channel tersebut, kalau kita ni family yang terlalu sibuk dengan aktiviti diluar rumah jadi, memadai dengan melanggan channel yang basic sahaja.

Prinsip 3 : Sikit - sikit, lama -lama jadi bukit

Amalkan untuk mulakan untuk menyimpan dari jumlah yang sedikit dahulu, contoh RM10 bagi bulan ini, bulan depan upkan jumlah ikut kadar kita mampu. Masukkan ke dalam tabung khas untuk keperluan kecemasan sahaja. Sekarang dah jadi trend untuk simpan duit mengikut warna wang kertas kan, apa lagi, boleh mula cuba asingkan nilai mana yang hendak disimpan. Nurul pun dah mula haramkan penggunaan RM5, jadi setiap RM5 yang diterima selepas baki setiap transaksi wajib disimpan dalam tabung. 

Prinsip 4 : Bina side income

Libatkan diri dalam bisnes yang mendatang income untuk tambahkan simpanan. Jadikan gaji sebagai duit untuk kita teruskan kehidupan harian dan bisnes sebagai simpanan. Hasil bisnes 100% adalah untuk simpanan. Kalau nak berbelanja pun jangan lebih daripada 50% dari hasil tersebut. Dengan side income ni biasakannya mencepatkan kita bebas dari hutang. Zaman sekarang ini, setiap keluarga wajib ada side income untuk teruskan kehidupan yang mencabar ini. 

Ok dah paham kan prinsip awal-awal nak bebaskan diri dari hutang tu?. untuk strategi macam mana nak bebaskan diri dari hutang tu, kita tengok entri seterusnya ye. Stay Tuned and Keep Calm ;-)

Kembali Bersiaran


Hai semua, ada yang rindu tulisan dari nurul tak? Lame benor kumpul sawangnya,jadi mulai hari ni Nurul nak bersihkan semua sawang-sawang yang ada. Demi menyahut cabaran upline tersayang, Nurul nekad nak hapuskan sawang-sawang yang ada bagi berseri semua blog yang berhantu ni..hihihi.

Stay Tuned..

Tuesday 10 March 2015

Cara Tambah Susu supaya Anak Tak Meragam Sebab Tak Cukup Susu


Apa khabar blogger semua. Nurul doakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera semuanya. Minggu ni banyak pula permintaan ibu-ibu berkerjaya pada supplemen untuk tambahkan susu. Jadi hari ni Nurul nak share sikit cara tambah susu supaya anak tak meragam sebab tak cukup susu. Bila anak dah meragam tu siapa yang susah? Pengasuh kita jugak yang susah nanti tak pasal-pasal anak kita yang jadi mangsa. Tu pengasuh orang lain la kan pengasuh ibu-ibu semua bukan macam tu. In Shaa Allah.

Nurul dulu tak ada pendedahan sangat pasal susu ibu ni, tapi sekarang bila dah banyak membaca tentang khasiat susu ibu ni terdetik dalam hati alahai ruginya la tak menyusukan anak sehingga cukup umurnya. Anak - anak Nurul paling lama menyusu hanya 5 bulan, selebihnya dah mula susu formula sampai la sekarang. In Shaa Allah kalau diberi rezeki lagi Nurul akan berusaha menyusukan anak semula sehingga cukup 2 tahun.

Jadi untuk ibu-ibu yang berkerjaya dan ada masalah untuk tambahkan susu ibu, jom tonton video ni mungkin Puan Farah Wahida ni dapat membantu ibu-ibu semua menyelesaikan masalah ibu-ibu.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Seronokkan dapat beri bekalkan susu yang cukup untuk anak-anak syurga kita.Jika ibu-ibu yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah kekurangan susu atau ingin membelinya, anda boleh terus berhubung dengan saya Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).Untuk mengetahui pilihan lengkap untuk ibu menyusu dan punca kekurangan susu ibu boleh klik entri Set Menyusu Shaklee.


Pengedar Sah Shaklee anda :
☺ ID Shaklee: 1083829
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Wednesday 25 February 2015

Ibu hamil panjat Candi Borobudur lebih pantas dari ibu tak hamil


Selamat pagi semua, Nurul doakan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.Macam best je tajuk entri hari ni. Ibu hamil boleh panjat Candi Borobudur dengan mudah?Wow menariknya. 

Masa zaman Nurul hamil dulu bukan cakap Candi Borobudur nak naik tangga opis pun Allah je la yang tahu. Dalam hati ni dah terlintas tak nak pergi opis sebab terpaksa mendaki anak tangga opis yang tak seberapa tu. Bila dah habis mendaki tu mula la badan pun lemah longlai nak buat kerja pun kena amik mood betul-betul stabil baru boleh mula buat kerja opis. Teruk kan?hahaha

Jom tengok Puan Ainul Mustafa ni yang panjat Candi Borobudur semasa hamil dan apa yang membuatkan dia mampu naik hingga ke akhir garisan.hihihi dah macam maraton pula. Layan.

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.


So macam mana?Walaupun hamil dah tak ada alasan lagi untuk bermalas-malasan.Jika bakal-bakal ibu yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah lesu semasa hamil atau ingin membelinya, anda boleh terus berhubung dengan saya Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).Untuk mengetahui pilihan lengkap untuk ibu hamil boleh klik entri Set Hamil Shaklee.

Bagi pembelian online, boleh klik di image dibawah dan hubungi Nurul untuk panduan pengambilan vitamin dan konsultansi secara ekslusive dari Nurul.




Pengedar Sah Shaklee anda :
☺ ID Shaklee: 1083829
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Tuesday 10 February 2015

Ibu Muda Serik Nak Beranak Lagi Sebab Sembelit yang teruk



Apa khabar blogger semua. Nurul doakan pembaca blog Nurul berada didalam keadaan sihat sejahtera semuanya dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Hari ni Nurul nak share sikit kisah seorang ibu muda yang serik nak beranak lagi sebab alami sembelit yang teruk selepas bersalin. Sebenarnya bukan ibu muda ni sahaja yang alaminya, Nurul pun pernah alami masa bersalinkan anak pertama.hehehe. Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan tu sampai Nurul nekad tak nak makan banyak-banyak sebab memikirkan apa akan jadi kalau sembelit nanti.Maklum la masa tu tak kenal shaklee lagi nak makan pil yang bukan-bukan nanti bimbang jadi apa-apa kat anak pula. Last-last nak tak nak kena jugak tanggung seksa sembelit.kihkihkih

Bahaya tau kalau sembelit teruk ni, silap-silap kena buasir. Mintak jauh la kan. Bukan takat buasir je bila dah tak dapat nak membuang tu perasaan lain macam je rasa. Nak marah la, nak buat tu tak kena buat ni tak kena. Last-last anak juga yang jadi mangsa amarah angin kus-kus yang tak lepas tu. :-P

Jom tengok video ni macam mana ibu muda ni atasi masalah yang dia alami selepas bersalin dengan penggunaan Set Berpantang Shaklee.





Dah cuba pelbagai cara atasi masalah sembelit semasa berpantang tapi tiada penyelesaian juga.Nurul syorkan agar bakal ibu semua cuba Set Berpantang Shaklee ni. In Shaa Allah dapat membantu kita dari igauan misteri akibat sembelit.Dapatkan konsultansi exclusive secara percuma dari Nurul dengan pembelian Set Berpantang Shaklee. Sekiranya anda berada dikawasan Kuantan dan Pekan, Nurul merupakan pengedar sah kawasan Kuantan dan Pekan.


Untuk pembelian online, anda boleh klik gambar dibawah untuk membuat pembelian dan hubungi Nurul untuk dapatkan tips pengambilan Set Berpantang pilihan anda. 




Untuk lihat produk yang termasuk dalam kategori Set Berpantang Shaklee klik DISINI.



Pengedar Sah Shaklee anda :
☺ ID Shaklee: 1083829
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday 4 February 2015

Promosi Mengegarkan Februari 2015



Apa khabar pembaca setia blog Nurul yang dah berhabuk ni.hehehe. Untuk tidak mencipta alasan lagi jom kita fokus ke agenda utama entry ni.hahaha.

Bila dah masuk bulan baru promosi pun dah barulah kan.Yang belum tahu promosi bulan Feb 2015 ni meh Nurul bagitahu, yang dah tahu apa lagi meh borong segera.kihkihkih



Promosi Shaklee Februari 2015 

Vita-Lea Iron Complex & Ostematrix

Vita-Lea & Ostematrix Beli 6 Percuma 1
Vita-lea & Ostematrix Beli 2 Diskaun 5%


Vita-lea for Children & Advance Joint Health Tablet

Vita-lea for children & Advance Joint Health Tablet Beli 3 Percuma 1


Sila hubungi Nurul untuk mendapatkan konsultansi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Nurul. Sekiranya anda berada di sekitar Kuantan & Pekan Nurul merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Kuantan & Pekan.

Hubungi SIDPro Nurul di :-

FB Page : Mummy's Beauty
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com
COD Area : Kuantan & Pekan

Thursday 8 January 2015

Jom jadi Jutawan


Selamat tengah hari semua..
Hamboi..gempaknya tajuk entri hari ni..hehehe ..nak bakar semangat sikit rasa hari ni sebab rasa lemau semacam je..Penting ke kita nak jadi Jutawan ni?Bagi Nurul memang sangat-sangat penting..nak jadi jutawan sebab nak ada banyak duit untuk bantu orang lain adalah yang terbaik daripada kita duk membanggakan diri dengan apa yang kita ada.

Macam mana nak bantu orang kalau kita pun kais pagi makan pagi kan..Ni dari sudut kewangan la kalau dari segi kudrat In Shaa Allah kita dapat membantu.Jadi hari ni meh kita amalkan tips nak jadi jutawan ni supaya kita bolaeh sama-sama amalkan dan sama-sama jadi jutawan..Aminn..

10 tips Jutawan dari Master Cery :-

-Bangun pagi setiap hari. Mulakan dengan istghfar,selawat dan doa.Doa tu biarlah panjang sikit dan juga jelas

-Sentiasa basahkan bibir dengan zikir Ya Wahabb

-Solat di awal waktu

-Mengaji Al-quran setiap hari.Ayat Al-quarn dapat menjana 1001 ilham dan tenaga dalam badan dan minda

-Jadikan solat sunat taubat, tahajud dan dhuha sebagai amalan harian

-Setiap hari kena bersedekah jika tak mampu cukup la sekadar menulis kebaikan atau sesuatu yang bermanfaat di blog or facebook untuk disebarkan kepada orang lain. Kita takkan berhenti menerima jika kita terus memberi

-Fokus pada perkara yng kita boleh kawal iaitu sikap kita, masa dan juga tindakan kita

-Senaraikan 10 perkara yang kita perlu syukurkan setiap hari.Lebih banyak berterima kasih lebih banyak kita akan terima

-Gembira dengan tugasan kita setiap hari, Bila dalam keadaan gembira kita akan menarik banyak caj positif dan benda-benda baik dalam kehidupan kita. 

-Jangan sedih lama-lama kerana sedih yang berpanjangan hanya akan merosakkan diri. Allah seniasa ada bersama kita.


Ok cukup dah kan 10 tips ni..kalau banyak sangat nnati tak terbuat pula kan so dengan yang 10 ni kita cuba amalkan dengan konsisten supaya dapat hasilnya mengembirakan kita..Semoga bermanfaat..

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

Wednesday 7 January 2015

Pengedar Shaklee Kuantan : 1001 Kelebihan Alfalfa


Apa khabar semua..Nurul doakan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja ye..Hari ni Nurul nak kongsikan serba sikit tentang kelebihan Alfalfa ni..Ha..jangan tak tahu pula ye..bulan ni ada promosi Alfalfa tau.boleh rujuk entri Nurul pada 5 Januari 2015.

Alfalfa Complex
Fakta Alfalfa :-
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengujur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah sementara daunnya pula mengumpul klorofil yang bank melalui proses fotosintesis. 


Kelebihan ALFALFA :-

♦ Mengandungi vitamin A,C dan E serta kalsium,potasium,fosforus dan zat besi.

♦ Terkenal bagi merawat penyakit 3A iaitu Arthritis, Asthma, dan Allergy.

♦ Berhasil membantu masalah penyakit usus (colon disorder), buah pinggang, kencing manis, melawaskan usus, ulcer, fluid retention(sembab) dan kurang selera.

♦ Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah penghadaman, pencernaan, flatulence dan abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

♦ Kaya dengan klorofil yang membantu masalah gastrik, penyakit kulit (eczema), kurang darah (anemia), sembelit dan juga masalah nafas dan badan yang berbau.

♦ Membantu mengawal fungsi badan yang penting dan sistem hormon

♦ Meneutralkan asid dalam hati dan badan

♦ Merawat masalah keputihan

♦ Membantu dalam hubungan suami isteri (enhance libido)

♦ Sebagai Galatactagouge yang bagus untuk ibu menyusu kerana ia meransang dan menambahkan susu ibu.


**Alfalfa tidak sesuai diamil oleh ibu hamil, pesakit SLE, pensakit yang mengalami penyakit yang berkait dengan darah seperti Thalasemia.



Nak tahu lebih lagi kelebihan Alfalfa Shaklee..boleh hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain




Tuesday 6 January 2015

Pengedar Shaklee Kuantan : Promosi Shaklee Januari 2015


firstly, maafla ye Nurul lambat update promosi bulan ni..Mesti ramai yang tertunggu-tunggu apa la promosi Shaklee Januari 2015 ni kan..Nurul yang dengan ni pun dah teruja sangat ni kan pengguna tegar Shaklee pasti tak sabar nak tahu kan..

Promosi Shaklee Januari 2015 adalah :-

ALFALFA (Besar & Kecil)
Beli 6
- Free 1 Alfalfa bernilai RM53.75(k) atau RM 97.50(b)

Beli 2
- Diskaun 5%

VIVIX
Beli 6 
- Free 1 Vivix bernilai RM 475
- Keahlian Percuma
- Cash bonus pada 14 Februari 2015

Beli 2 
- Diskaun 5%
- Keahlian Percuma

VITALEA for CHILDREN
Beli 3
- Free 1 Vitalea for children bernilai RM 111


Tu dia..7 promosi dalam 3 item. Mau  tak melompat masing-masing tengok promosi Shaklee Januari 2015.Memang berbaloi.

Nak lagi jimat?Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

Monday 5 January 2015

Bermulanya Tahun 2015


Hai semua..lama kan Nurul tak update blog.Ada yang rindu kat Nurul tak?hahaha.Macam-macam kejadian berlaku lepas cuti bergaji 2 minggu lepas dan yang tak bestnya blog pun turut bercuti disebabkan line yang terlalu teruk so mood nak update segala media sosial ni termerundum pula..kihkihkih 

Alhamdulillah dah selamat kita masuk tahun baru kan.Rasanya belum terlambat lagi Nurul nak ucapkan selamat tahun baru 2015 untuk pengunjung Blog Nurul ni.Semoga di tahun baru ni kita ada semangat baru untuk lebih maju kehadapan maklum la nak tempuh kehidupan yang penuh dengan pancaroba ni..chewah ayat sasterawan betul kan.hahaha

Azam Nurul tahun ni :-

◕‿◕ Nak beli kereta tak nak pinjam dengan kereta mak dah.
◕‿◕ Naik Master Shaklee sebelum Januari 2016
◕‿◕ Buat akikah untuk anak-anak
◕‿◕ Berhenti kerja
◕‿◕ Dapatkan car bonus dari Shaklee sebelum Jun 2015
◕‿◕ Bawa family bercuti dengan bonus Shaklee
◕‿◕ Settlekan hutang PTPTN

Ok itu sahaja takat ni azam Nurul mungkin nanti ada tambahan lagi kan..hahaha

Anyway, Shaklee pun ada kejutan untuk pengguna tegar Shaklee tau..Nantikan entri terbaru Nurul untuk promosi awal tahun yang WOW dari Shaklee.


Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...