Tuesday 26 December 2017

Pengalaman 3 hari 2 malam Bercuti Ke Melaka Day 1 (Part 1)

Alhamdulillah baru baru ni, nurul sekeluarga bercuti 3 hari 2 malam di Melaka. Tak planning sangat sebenarnya, dalam vision board travel pun hajat nak ke Melaka ni bulan Mac 2018 nanti tapi alang alang ada rezeki lebih, awalkan trip ke Melaka ni dulu. Tanya dedi dulu, ok tak kalau kami ke Melaka, dedi pun on je, tunggu dedi apply cuti, nurul tak perlu apply dah sebab memang dah cuti, then decide nak pergi 22 hingga 24 disember baru ni. 


Kami gerak dari pekan, sebab malam tu tidur rumah mak, kononnya taknak travel lama lama dari kuantan. Minyak pun dah isi siap siap malam tu juga. Mula gerak dari rumah mak jam 
6.30 pagi, anak anak pun mudah je bangun nak bercuti kan. Yang si adik pun tak ada nak tantrum pagi pagi macam biasa. Mungkin tak nak spoil mood mami dan dedi dia nak bercuti agaknya.



Kami berhenti sarapan pagi di hentian rehat muadzam shah, dedi ni biasa ikut trip lori so memang dia tahu mana tempat nak makan, mana tempat nak isi minyak. Masa tu dalam pukul 7 lebih, satu gerai tu je yang buka so makan kat situ je la.


Mami makan nasi lemak ayam goreng, dedi makan nasi minyak daging dan anak anak roti telur sebiji sorang, air pula teh O suam, milo ais 2, nescafe suam. Total rm22.90 untuk sarapan pagi tu.


Dah kenyang perut, baru lah gerak semula. Kami ikut jalan muadzam,segamat dan masuk tol tangkak dan keluar ke tol ayer keroh. Tol dari tangkak ke ayer keroh rm3.80 sahaja.


Dah selamat tiba kat ayer keroh, destinasi pertama kami ke taman rama - rama masa tu jam 9.40 pagi. Taman rama - rama ni bersebelahan je dengan tol ayer keroh ni, keluar tol je terus nampak taman rama - rama ni. Taman rama - rama tu dah buka, so apa lagi masuk terus la, masa tu memang tak ramai orang lagi, dalam 3-4 keluarga macam tu je. Tiket dewasa rm22 kanak kanak rm16. Kami berempat, so total rm76.

Ni pintu masuk Taman Rama Rama
Monopod tak bawa, so kena la amik gambar berasingan..hehe

Rama rama tengah breakfast nenas
Ni kat dalam, antara taman rama rama dan taman buaya


Hampir dua jam juga dalam tu macam macam ada, bukan takat rama - rama je, buaya, ular, semua jenis binatang la ada dalam tu, dari sekecil binatang sampai ke besar-besarnya. 
Sebelum keluar tu sempatlah singgah kedai souvenir kat tepi koridor sebelun pintu keluar tu, nurul just beli keychain, budak berdua tu nak topi je. Sempat juga paw mami suruh beli jagung kat pintu keluar tu. Layankan ajelah.

Dalam banyak topi, yang ni jugak dia berkenan
Hasil mengpaw mami, makan jagung sebelum keluar
Buaya pun ada, besar besar saiznya
Taman kaloi, gemuk gemuk kaloi dia

Ok panjang dah ni, nanti Nurul sambung ke next entri ya. Stay tune.

Thursday 14 December 2017

Tanda tanda dan gejala penyakit TIBI yang anda sendiri tidak sedar



Pernah tak anda alami demam, hilang selera makan, batuk berpanjangan dari dua hingga tiga minggu? Jika jawapannya ya, anda perlu berhati hati kerana ada kemungkinan anda telah dijangkiti dan terkena tanda-tanda dan gejala penyakit tibi. Sebelum tu, kita kenalan dulu dengan penyakit TIBI ni.



Penyakit TIBI atau batuk kering ni penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit tibi ini disebabkan oleh kuman TIBI(Tubercle Bacili) yang biasanya menjangkiti paru-paru dan ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelanjar, buah pinggang dan kulit.

Penyakit TIBI boleh berjangkit melalui titisan cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman pesakit TIBI apabila mereka batuk, bersin atau bercakap. Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair Ini akan menghadapi risiko jangkitan kuman.

Antara tanda-tanda dan gejala Penyakit TIBI:-

Batuk berterusan lebih 2 minggu
Kahak yang mengandungi darah
Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
Susut berat badan dan hilang selera makan
Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
Mudah letih, penat dan lesu

Kebiasaannya doktor mengesan penyakit TIBI ni dengan meminta anda melakukan pemeriksaan kahak dan menjalani pemeriksaan X-ray di kilinik atau hospital

Penyakit TIBI dapat dicegah dengan :-

▶Mendapatkan suntikan BGC
▶Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu
▶Asingkan bilik tidur pesakit, jangan berkongsi pakaian, makanan dan sebagainya
▶Elakkan menyentuh orang lain bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Tips untuk pesakit TIBI

Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerna cahaya matahari boleh membunuh kuman TIBI
Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap
Amalkan cara hidup sihat dan makanan yang seimbang

So, agak-agak anda ada tak tanda-tanda penyakit dan gejala penyakit TIBI ni? Nasihat Nurul, dapatkan pemeriksaan doktor dengan kadar segara dan jika nak cuba merawat dan mencegah penyakit TIBI dengan supplemen tambahan boleh rujuk di entri sini.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyakit TIBI dan perlukan konsultansi mengenai penyakit TIBI ni boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725 (Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Tuesday 12 December 2017

Pengedar Shaklee Kuantan

Tengah cari pengedar shaklee Kuantan, Pahang? Nak cuba produk shaklee tapi tak tahu nak beli dengan siapa. Hubungi je Nurul di 0173704725. Ha.. jangan lupa save terus no Nurul ni dalam telefon anda tau.


Pengedar Shaklee Kuantan
Jangan risau, anda boleh dapatkan dari Nurul. Nurul merupakan pengedar sah shaklee kuantan yang boleh dipercayai dan menyediakan perkhidmatan COD setiap hari bagi kawasan Taman Impian, Bukit Goh, Bukit Sagu, Kampung Padang, Kotasas, Indera Mahkota dan juga sekitar bandar Kuantan.

Training Pertama selepas daftar sebagai Pengedar Shaklee


Nurul juga menyediakan 'ready stok' untuk anda warga kuantan yang perlukan vitamin Shaklee secara URGENT dan boleh hantar vitamin anda sehingga ke pintu rumah pada waktu yang dipersetujui. InshaAllah.

COD Vivix untuk customer 


Jadi, warga kuantan yang nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi Nurul, Pengedar Shaklee Kuantan di talian 017-3704725 (Call/SMS/Whatapps).

Monday 11 December 2017

BENARKAH PRODUK SHAKLEE DARI SUMBER BABI DAN HARAM

Betul ke produk Shaklee dari sumber babi dan haram. Haip, tak baik tau tuduh tanpa bukti. Nurul pernah ditanya tentang soalan ni dengan seorang customer. Selama 4 tahun bershaklee memang tak ada yang tanya, so bila ada yang tanya ni biar Nurul jelaskan.

Isunya, ada produk shaklee yang menggunakan gelatin. Bukan sahaja bakers je kena hentam dengan isu gelatin ni. Shaklee pun kena sebab ada certain produk shaklee yang ada gelatin :

1. Lecithin
2. Omega Guard
3. Vitamin E
4. COQ-Trol (akan keluar Jan 2018)

4 produk ni dalam bentuk soft gel dan memang menggunakan gelatin sebagai "karung" untuk vitamin tersebut.

Setiap produk shaklee ada sijil halal dari Islamic Society of America (ISA), ISA ni merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

Yes masih ada juga yang ragu-ragu terutama bila ada perkataan "bovine" pada botol Shaklee. Ramai juga beranggapan yang bovine itu adalah porcine (khinzir). Porcine dan bovine adalah dua item yang berbeza tau.

Kalau kita search digoogle sendiri, apa maksud bovine dan klik pada image "bovine" tersebut. Agak agak apa yang anda nampak? Adakah sejenis khinzir? Tentunya tidak kan?
                                       
                                                         Carian image bovine di Google





















Jom nurul terangkan sikit makna Bovine tu. Sebelum tu kita kenali dulu sumber- sumber gelatin

Kebiasaan lapisan luar produk soft gel diperbuat dari gelatin. Gelatin ni dihasilkan dari otot dan tisu haiwan samada porcine (khinzir), bovine (kerbau/lembu), poultry (ayam) atau marine (ikan). Gelatin yang paling kerap digunakan dalam kapsul soft gel ialah dari sumber bovine atau porcine. Gelatin dari sumber porcine sudah tentunya haram.  Yes memang tidak semua gelatin dari sumber bovine dan poultry itu halal, jika sumber itu tidak disembelih dengan sempurna. Tapi yang nyata, bovine dan porcine bukanlah benda yang sama, jangan keliru ye.

Maksud bovine di carian Google

Untuk produk Shaklee pula, sudah terang lagi bersuluh hehehe ditulis bahawa gelatin yang digunakan ialah dari sumber bovine iaitu kerbau atau lembu.

Tambahan pula, Shaklee sudah memperolehi sijil halal ISA, jadi tidak perlulah dipertikaikan samada gelatin itu diperoleh dari produk lembu yang sudah disembelih atau belum. Seperti juga JAKIM, ISA sendiri mempunyai garis panduan dan standard yang tinggi untuk dipatuhi sebelum sijil halal dikeluarkan. Audit bukanlah ke atas end product semata-mata tetapi juga dari sumber asal produk bermula dari ladang, proses sembelihan, pemprosesan dan pengilangan.

JAKIM sendiri telah melakukan audit ke atas ISA sebelum akreditasi diberikan dan audit juga sentiasa dijalankan secara berkala di kalangan badan badan yang mengeluarkan sijil halal seluruh dunia untuk memastikan kesemuanya mematuhi standard. 

Shaklee sudah bertahan di pasaran selama 50 tahun dan ternyata Shaklee bukanlah produk "ala kadar" . Kita sebagai muslim, sudah pasti mahu mengelak sumber haram dari menjadi darah daging, bukan? Jadi, sebagai pengguna bijak, kita boleh nilaikan sendiri dan tidak sekadar membuat keputusan melulu berdasarkan cakap cakap yang disampaikan orang sahaja.

Shaklee semestinya selamat, semulajadi, berkualiti dan berkesan.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Thursday 2 November 2017

Cara Atasi Kulit Kering Bersisik dan Menggelupas Dengan Cepat

Bagaimana cara nak atasi kulit kering bersisik dan menggelupas dengan cepat?

Kulit kering ni memang nampak macam bersisik, maksudnya kulit kita dah tunjuk tanda-tanda kekurangan kelembapan, kadang-kadang bila bersisik tu boleh jadi pedih, gatal-gatal dan ada juga akan timbul kemerah-merahan. Ada setengah orang pulak kulit kering bersisik dan mengelupas ni nampak kasar dalam masa yang sama boleh menganggu penampilan kita juga.

Jangan tak tahu, kulit bersisik dan mengelupas ni jadi ada kemungkinan juga sebab keturunan, penggunaam produk skincare dan mandian yang salah, dan ada juga sebab perubahan cuaca (biasa jadi pada mereka yang baru lepas travel).

Jadi untuk entry kali ni, nurul nak share tips menarik, berkesan dan mudah untuk atasi masalah kulit kering bersisik dan menggelupas dengan cepat di bahagian badan yang lain contohnya lengan dan betis.

Set Kulit Kering Shaklee
Untuk bahagian badan, nurul cadangkan guna krim serbaguna bebas paraben iaitu Herbal Blend. Krim ni selamat digunakan oleh bayi hinggalah warga emas dan boleh disapu bila-bila masa. Nurul suka jadikannya sebagai lotion. Kalau untuk baby pula boleh jadikan sebagai krim urutan badan.
Herbal Krim Lotion
Untuk yang memang ada masalah kulit sepanjang masa, boleh jadi sebab salah pilih produk, penggunaan Vitamin E adalah yang terbaik. Vitamin E ni memperbaiki kerosakan sel kulit dan membantu melembabkan kulit dari dalam.

Vitamin E ni sangat best sebab ia mengandungi selenium. Selenium ni la yang membantu penyerapan vitamin E dengan lebih berkesan.

Dalam masa yang sama, boleh cuba vitamin C.
Vitamin C akan mempercepatkan proses pemulihan sel kulit dan juga sumber antioksidan.

Nak lagi best, tambahkan dengan ESP. ESP ni protein,ia membantu menganti sel kulit lama dengan sel kulit baru yang lebih segar dan sihat. Kata nak kulit licin gebu dan cerah sekata kan, jadi lebih baik amalkan satu set terus. Bukan sahaja baik untuk kulit, tapi untuk keseluruhan badan.

Kebiasaannya kita nak kesan yang optimum dan cepat untuk sesuatu produk yang kita ambil. Makan salah satu vitamin ni sahaja mungkin beri kesan yang lambat pada badan kita. Sebab itulah nurul suggestkan untuk gabungkan 3 vitamin serentak untuk hasil yang lebih baik dan rasai kesannya dengan lebih cepat. Bab kata orang berdua lebih baik. Begitulah perumpamaannya.



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah masalah kulit kering bersisik dan mengelupas atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).


Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Wednesday 25 October 2017

5 Cara Atasi Sembelit Dengan Cepat Ketika Hamil

Ostematrix membantu lawaskan sembelit

Dulu nurul memang selalu akan cari cara atasi sembelit dengan cepat ketika hamil. Asal ada orang share aje mesti nak cuba. Seram betul rasanya bila sembelit menyerang, dalam meneran tu risau juga tak pasal terberanak pula nanti. Hehehe

Lain orang lain tahap sembelitnya, ada yang tak membuang sehari dah tak selesa perut, ada pula yang sampai najis tu keras macam batu, nak dapat keluar tu seksa benar rasanya.
 

PUNCA SEMBELIT KEPADA IBU HAMIL

Sebelum tu, meh kita tahu punca -punca sembelit ni dulu :-

▶kurang minum air, bila badan dehidrasi jadi terlalu mudah ibu hamil terkene sembelit
▶kurang makan makanan yang serat tinggi seperti sayur dan buah
▶kurang pergerakan fizikal seperti bersenam
▶hormon progesterone pada tubuh ibu hamil menyebabkan memproses makanan dengan perlahan
▶jika kandungan semakin membesar rahim pun akan membesar, jadi ia akan menolak usus menyebabkan pergerakkan najis agak sempit

 
TIPS ELAK SEMBELIT SEMASA MENGANDUNG
 
TIPS #1: PERBANYAKKAN MAKAN SAYUR

Bukan saja ibu hamil, orang yang tak hamil pun perlu makan banyak sayur hijau sebab sayur hijau ni mempunyai serat fiber yang tinggi dan dapat melawaskan sistem pembuangan
 
TIPS #2: PERBANYAKKAN MAKAN BUAH

Orang kata nak atasi sembelit ketika hamil ni kena banyak makan buah pisang dan betik. Kalau saya lebih suka betik, kesan selepas makan betik ni lagi power dari pisang. Bagi saya lah, mungkin ada ibu² lebih suka pada pisang kan?

TIPS #3: BANYAKKAN MINUM AIR MASAK

Cuba minum air masak setiap hari mengikut berat badan kita. Setiap 25kg bersamaan 1 liter air masak. So boleh tahu berapa yang kita nak minum dalam sehari kan? Cara mudah nak minum air masak ni, asingkan dalam botol-botol kecik, letak kat meja dan cuba habiskan.

 TIPS #4: LAKUKAN SENAMAN FIZIKAL

Banyakkan pergerakkan seperti berjalan sebeb ia sangat membantu pergerakan usus besar.

TIPS #5: AMALKAN SUPLEMEN SEMBELIT

Untuk ibu hamil yang ada masalah sembelit ada satu supplemen yang sesuai untuk atasi sembelit ketika hamil ni, yang paling penting sekali tiada kesan sampingan pada bayi dalam kandungan.

Bila untuk masalah sembelit, nurul suggestkan alfalfa, herblax dan ostematrix. Tapi untuk ibu hamil ni, ostematrix adalah paling terbaik.

Ostematrix ni sangat membantu untuk elak dari kena sembelit keran fungsi ostemarrix tu sendiri melembutkan najis.

Selain itu, Ostematrix juga elok untuk atasi masalah sakit pinggang, kejang kaki, sakit belakang dan lenguh-lenguh seluruh badan bagi ibu yang mengandung. Ostematrix juga membantu untuk ibu hamil mendapatkan tidur yang lena. Kalau sebelum ni susah nak tidur, ambil Ostematrix pejam mata terus lena tidur.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah sembelit ketika hamil atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan



Friday 20 October 2017

6 Petua Hilangkan Mengantuk di Pejabat Supaya Prestasi Kerja Tidak Terganggu

Mengantuk ni memang tak dapat lari untuk orang bekerja macam nurul ni. Orang kata kalau mengantuk kita sorongkan bantal aje tapi kalau dah dekat office takat nak berbantal pulak kan. Time rehat tu boleh la melayan mata, time tengah buat kerja tu no no no ya. Tak pasal kena fired nanti.
So hari ni nurul nak share sikit petua hilangkan mengantuk dipejabat. Nak tak nak kena juga cari penyelesaiannya betul tak? Ni antara petua yang boleh diamalkan dan bersesuaian dengan situasi kita di pejabat.

1. MINUM AIR KOSONG
Kebiasaannya punca badan tak bermaya ni berlaku bila kita kurang minum air kosong. Jadi, sediakan botol air dan minum setiap kali kita rasa mengantuk. Untuk yang berkerja macam nurul dari 9pagi hingga 5 petang tu, inshaAllah boleh la habiskan lebih kurang 2 liter air. 

2. SENAMAN RINGAN
Bila rasa mengantuk, cuba lakukan senaman yang ringan contohnya senaman regangan tangan, buat kerja sambil berdiri dan jangan biarkan badan duduk dikerusi dalam tempoh yang terlalu lama.

3. TARIK DAN HEMBUS NAFAS
Cuba teknik penafasan yang sesuai dengan sesuai dengan keadaan kita masa tu. Normal kita akan tarik dan hembuskan nafas dengan laju, untuk kali ini tekniknya sedikit berbeza. Tarik nafas dalam dalam dan tahan nafas serta hembus perlahan lahan. Kira dalam hati hembusan yang dilakukan sehingga mencapai 21 saat.

4. TIDUR AWAL
Waktu tidur yang paling sesuai setiap malam adalah antara jam 10 malam hingga 2 pagi Sebolehnya kita uruskan masa seharian supaya tiada sebarang aktiviti dilakukan bermula jam 10 malam. Selesaikan segala urusan sebelum jam 10 dan masuk tidur awal. Disiplin kan seluruh ahli keluarga supaya mengikut waktu tidur ini setiap hari. Lagipun, kalau tidur awal memudahkan kita untuk bangun solat malam.

5. BASUH MUKA
Untuk kaum lelaki cara ni mungkin tak jadi masalah, tapi kalau kaum perempuan pulak nanti satu kerja pulak nak cuci mekap yang dah ditepek awal-awal waktu kerja tadi kan, jadi untuk wanita, kita cuba cara lain la ya. Hehehe
Rutin setiap hari bancuh cinch tea ni
6. MINUM CINCH TEA SHAKLEE
Bagi nurul, ini lah cara paling mudah. Cinch Tea shaklee ni boleh dibancuh dengan air sejuk atau air panas. Koyak sachet, terus campurkan dalam air. Memang berkesan.
Banyak khasiat cinch tea ni contohnya mempertingkatkan metabolisme badan jadi proses nak kuruskan badan pun jadi lebih mudah. Ia juga kaya anti oksida yang mana kita tahu anti oksida dapat elakkan kanser. Bukan setakat dapat hilangkan mengantuk, malah ia juga memberi tenaga segera yang mampu bertahan berjam jam.
Cinch tea ni secara peribadi adalah pilihan Nurul. Dan Alhamdulillah setakat ini tidak mengecewakan. Mengantuk hilang. Tenaga berlebihan. Badan makin ramping. Dapat bantu kawal selera makan. Elakkan kanser. Banyakkan khasiatnya. Rugi kalau tak cuba.



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Cinch Tea Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Thursday 19 October 2017

Cara Turunkan Bacaan Kolesterol Dengan Cepat

Set Kolesterol Shaklee
Artikel hari ni nurul nak share cara turunkan bacaan kolesterol dengan cepat. Tapi sebelum tu meh kita kenal-kenal dulu dengan cik kolesterol ni.

Kolestrol di dalam darah bukan perkara yang boleh diambil ringan. Dulu kita selalu dengar orang yang badan gempal selalu kena serangan kolesterol ni, sekarang orang kurus pun boleh ada masalah kolestrol.

Kolesterol ni kalau dibiarkan, boleh menghalang saluran darah dan boleh mengakibatkan serangan jantung secara tiba-tiba.

Kolesterol yang tinggi juga merupakan punca serangan stroke yang menyebabkan pesakit lumpuh sebelah badan dalam masa yang sangat singkat.

2 JENIS KOLESTEROL

Selalu kalau kita sebut kolesterol, mesti fikir buruk je tentang kolesterol ni kan. Sebenarnya kolesterol dihasilkan oleh badan kita sendiri dan ia amat diperlukan oleh tubuh kita.

Antara fungsi utama kolesterol adalah untuk menghasilkan hormon seperti estrogen, testosterone, progesterone, aldosterone dan cortisone.

Kolesterol juga penting untuk menghasilkan Vitamin D di dalam badan manusia. Apabila cahaya matahari menyentuh kulit, kolesterol akan bantu mengubahnya menjadi Vitamin D.

Jadi, apa yang boleh membuatkan kolesterol ni bahaya untuk kesihatan?

Kolesterol ada 2 jenis – HDL dan LDL.

Kolesterol HDL adalah kolesterol yang bekerja untuk hasilkan hormon dan menghasilkan vitamin D.

Tetapi kolesterol LDL pula akan bekerja untuk menyekat salur darah sedikit demi sedikit sehingga menyebabkan salur darah pecah atau tersumbat.

LDL KOLESTEROL JAHAT

Kolesterol yang merosakkan badan dikenali sebagai LDL. LDL ini yang akan membuatkan salur darah yang berdekatan dengan jantung.
Biasanya kolesterol jahat ni datangnya dari makanan yang tidak sihat juga.

Antara makanan yang tinggi kandungan LDL termasuklah makanan yang deep-fried, lemak daging dan kulit haiwan.

LDL juga terhasil apabila radikal bebas mengoksidisasi HDL – ia membuatkan HDL bertukar menjadi LDL.

HDL KOLESTEROL BAIK

HDL pula adalah kolesterol kategori kolesterol baik kerana ia berfungsi untuk bawa LDL yang ada dalam sel badan kepada hati. Organ hati akan singkirkan LDL ini dari badan.

HDL juga berfungsi untuk menurunkan bacaan LDL.

5 TIPS TURUNKAN KOLESTEROL DENGAN CEPAT

Banyak cara nak turunkan bacaan kolesterol ni sebenarnya, yang nurul kongsikan ni adalah sebahagian darinya.

TIPS #1 : BERSENAM

Lemak dan kolesterol ni bukan je melekat pada salur darah kita tapi ada juga yang banyak melekat pada organ kita seperti jantung dan paru-paru.

Bila lemak dan kolesterol mula menempel pada organ jantung kita, jadi jantung kita terpaksa mengepam lebih dari kebiasaan. Samalah macam kita nak cuci dinding, bila banyak kulat-kulat melekat di dinding, lebih banyak tenaga kita guna untuk hilangkan kulat tadi. Betul tak?

Lemak - lemak ni bila dah banyak sangat dalam salur darah sampai tak lepas nak keluar balik, tu yang mudah sangat dia singgah ke organ - organ badan kita.

Cara untuk buang lemak-lemak yang melekat pada organ ini, adalah dengan cara bersenam.

Berjalan santai selama 45 minit pun dikira senaman yang sihat.

TIPS #2 : BANYAKKAN SERAT

Makanan berserat membantu menyerap kolesterol. Lepas serat ni menyerap kolesterol, ia akan dibuang sebagai najis bersama kolesterol yang diserap tadi.

Contoh makanan berserat termasuklah oat, barli, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan yang mengandungi psyllium juga kaya dengan serat.

TIPS #3 : BANYAKKAN MAKAN IKAN

Ikan mengandungi Omega 3 yang membantu membakar dan mengikis kolesterol.

Sebaiknya ikan tersebut masak stim atau rebus, sebab kalau goreng dengan minyak, jadi lain lah pulak, kan.

TIPS #4 : TEH HIJAU

 Teh hijau merupakan minuman yang kaya dengan anti-oksidan.

Ia bagus untuk membantu meneutralkan semula radikal bebas yang menyebabkan HDL teroksida menjadi LDL

TIPS #5 : PENGAMBILAN SUPPLEMEN

Tapi sebelum tu nurul nak jelaskan yang sebenarnya suplemen ni bukanlah untuk merawat tapi ia lebih kepada membantu memberi nutrisi secukupnya kepada badan kita supaya badan kita dapat berada pada tahap optima. Bila badan kita cukup nutrisi, maka automatik kita akan sihat, dan bila kita sihat, of course la kita akan bebas daripada sebarang jenis masalah / penyakit.

CADANGAN SUPPLEMEN

Antara supplemen cadangan untuk menurunkan bacaan kolesterol dengan cepat :

a) OMEGA GUARD

Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
Omega Guard adalah asid lemak dari minyak ikan omega-3.

Ia berfungsi untuk membawa kolesterol keluar dari salur arteri ke hati untuk proses penyingkiran. Dengan kehadiran HDL ia dapat merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat melancarkan aliran darah. Kehadiran plak pada dinding arteri sangat membahayakan kerana ia boleh menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar dan menyebabkan ia menggumpal. Ini akan meningkatkan risiko strok dan arteri mengeras dan pecah. Dengan kata lain, ia bantu membersihkan salur arteri.

b) PHYTOCOL - ST

Merupakan suplemen anti-kolesterol yang mengandungi phytosterols iaitu sebatian sterol dan stanol dari tumbuh-tumbuhan yang serupa dengan kolesterol. Sterol tumbuhan telah terbukti mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan strok termasuk masalah tekanan darah tinggi, penyakit hati dan masalah kesuburan.

Phytosterols (molekul hijau) akan membentuk lapisan disekeliling kolesterol (molekul kuning) lalu menghalangnya dari menyerap ke dalam salur darah. Kolesterol yang tidak diserap ke salur darah akan disingkirkan dari tubuh.

Oleh itu, apabila kolesterol dalam salur darah berkurangan, paras kolesterol akan menurun dan penyakit seperti penyakit jantung koronari dan strok dapat dicegah. Masalah kegemukan akibat kolesterol juga dapat diatasi.

Gabungan Phytocol - ST dan Omega Guard ini adalah cara terbaik untum turunkan bacaan kolesterol dengan cepat. Dengan penurunan 10% tahap kolestrol LDL sudah boleh menurunkan 20% risiko serangan jantung tau.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah kolesterol ini atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Untuk belian secara terus dari website Shaklee, boleh klik image dibawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e12e5a207c1c51bdf37f1d829294669a


Pengedar Sah Shaklee anda :
☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan



    

Wednesday 18 October 2017

Cara Mudah Hilangkan Contengan Di Dinding

                         Ni la salah sorang suspek yang rajin mendesign dinding rumah

Hari ni nurul nak share sikit cara mudah nak hilangkan contengan di dinding. Contengan ni biasanya akan ada kalau kita ada nak baru nak 'dapat tangan'. Nurul juga tak terkecuali dari tu.
Kadang-kadang hangin jugakan bila dah cat lawa-lawa dengan design yang kita minat, sekali ada pulak corak tambahan. Nasib tak jadi hulk..hehe

Ni nurul share testimoni Nurul sendiri. Jangan tak tahu, anak - anak pun boleh buat tau. Jadi kita sebagai ibu dah tak perlu susah - susah, kerah je anak - anak tu. Eh, ni bukan kes dera tau. 

Assalamualaikum, saya Sharifah Nurulkamariah, ibu kepada 2 orang anak. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan basic H Shaklee.

Dah jadi lumrah rumah penuh dengan contengan bila ada anak yang mula pandai menulis dan melukis, saya juga tidak terkecuali dari itu. Tiap hari pasti ada contengan di merata-rata tempat terutama tempat yang kadang-kadang tu saya sebagai ibu pun tak terjangka.

Ada satu hari, saya terlihat contengan di dinding bersebelah katil dengan perkataan ‘ALEESHA’ dengan permenant marker pen warna merah pula, ni tak lain tak bukan contengan dari si kakak. Nak marah pun, dah contengkan apa boleh buat lagi. Masa tu saya kehabisan stok basic h, jadi lama juga la contengan tu bertepek di dinding.

Baru-baru ni, kebetulan ada order dari kawan, jadi saya orderkan sekali dengan basic H. Malam tu juga saya sediakan bancuhan basic H dan letakkan dalam bekas spray siap-siap untuk kemudahan akan datang. Bukan apa, jika tak dibancuh siap-siap macam ni, mau sebotol terus basic H habis ditangan mereka berdua.

Berbekalkan 1 botol spray dan kain lap, saya minta kakak (6tahun) dan adik (5tahun) untuk bersihkan contengan tersebut.  Dengan tak sampai 30minit tulisan tu dah pudar tanpa sentalan yang kuat pun. Ya la anak kecil lagi yang sental kita boleh tahu kudrat mereka kan.  Contengan tersebut hilang, dan paling mengejutkan tiada sebarang perubahan pada cat di dinding tersebut.

Ada juga yang cadangkan kepada saya untuk sapukan tinner pada contengan tersebut, tapi bimbang pula kalau-kalau bahan tersebut merbahaya pada anak-anak. Jadi paling selamat saya hanya mengunakan Basic H untuk masalah saya.

Alhamdulillah, kini tugas mencuci contengan di dinding lebih mudah dihilangkan dengan basic h dan boleh juga jimatkan masa ibu-ibu semua. Saya dah cuba, anda bila lagi?

Credit testimoni :  Supermom Shaklee Story


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Basic H ini atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Cara Hilangkan Kebas Kaki Dan Tangan Untuk Rasa Lebih Selesa

Set Masalah Kebas Shaklee


Pernah tak kita rasa kebas masa duduk terlalu lama? Rasa kebas ni sebenarnya bukanlah keadaan yang normal. Ya jika ia berlaku sekali sekala ia dah jadi biasa bagi kita tapi jika keadaan ini kerap berlaku ini adalah petanda tidak sihat di salah satu bahagian tubuh kita.

Rasa kebas ni buatkan kita rasa seperti menyucuk yang boleh berlaku dimana-mana bahagian tubuh kita, selalunya di tangan, kaki, bahu dan lengan.

FAKTOR PENYEBAB

Kebas ni boleh jadi banyak punca, dan salah satunya termasuklah pengambilan ubat-ubatan. Punca-punca biasa yang lain adalah seperti:

kurang pergerakan, contohnya duduk atau berdiri dengan posisi yang sama untuk tempoh yang lama, duduk dengan kaki bersilang, tertidur di atas lengan

gigitan serangga atau haiwan

kekurangan mineral juga boleh menjadi penyebab kepada masalah saraf ni.

BILA PERLU MENDAPATKAN RAWATAN?

Dalam sesetengah kes, kekebasan adalah tanda kepada kecederaan atau masalah kesihatan yang serius. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan sekiranya:

▶mengalami kecederaan pada bahagian belakang, leher atau kepala
▶tidak boleh berjalan atau bergerak
▶tidak sedar, walaupun untuk tempoh yang sekejap
▶merasa keliru dan tidak boleh berfikir secara jelas
▶gangguan pertuturan
▶gangguan penglihatan
▶merasa lemah / tidak bertenaga

DIAGNOS

Setiap individu kadang-kadang mengalami kekebasan, sakit yang menyucuk atau rasa seperti terbakar. Biasanya keadaan ini akan hilang begitu sahaja.

Semasa melakukan pemeriksaan doktor, kebiasaanya doktor akan meminta sejarah perubatan lengkap, jadi pastikan anda beritahu tentang:

➡Semua simptom yang anda alami walaupun yang tiada kaitan apa-apa penyakit yang pernah dirawat sebelum ini
➡ Jika ada apa-apa kecederaan sebelum ini yang melibatkan saraf terutamanya
➡ Sekiranya mengalami apa-apa jangkitan
➡Apa-apa vaksinasi (terutama untuk flu) dan apa saja ubatan / suplemen yang anda sedang / pernah ambil

Jadi, macam mana cara untuk hilangkan kebas kaki dan tangan ni? Ada sesetengah orang akan guna ubat-ubatan tapi kebarangkalian untuk sembuh sepenuhnya tu terlalu rendah.

Selain dari itu, nurul syorkan satu lagi cara lain iaitu dengan mengamalkan pengambilan suplemen sebagai ganti kepada ubat-ubatan biasa untuk hilangkan masalah kebas

Tapi sebelum tu nurul nak jelaskan yang sebenarnya suplemen ni bukanlah untuk merawat tapi ia lebih kepada membantu memberi nutrisi secukupnya kepada badan kita supaya badan kita dapat berada pada tahap optima. Bila badan kita cukup nutrisi, maka automatik kita akan sihat, dan bila kita sihat, of course la kita akan bebas daripada sebarang jenis masalah / penyakit.

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK MASALAH KEBAS & SARAF

Omega Guard – Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan.

Ostematrix - Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi. Ia juga menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas, juga melancarkan pembuangan bahan buangan dalam badan

B complex - kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. B Complex Shaklee mengandungi kumpulan vitamin B yang paling lengkap.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah kebas ni atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Untuk belian di website shaklee, klik image di bawah ini,

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6dfde8aa3dd913dd25bd717faee1bf79



Pengedar Sah Shaklee anda :
☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Tuesday 17 October 2017

Pengedar Shaklee Kuantan Yang Aktif


Saya sharifah nurulkamariah, pengedar shaklee kuantan aktif cod di Hospital Besar Kuantan (HTAA), KMC, IIUM Medical Centre dan kawasan lain sekitar taman impian, kotasas, indera mahkota, bandar kuantan, bukit goh dll


Kata supermom, dalam kereta pun boleh packing barang untuk cod & pos

Mula mengenali shaklee melalui kawan sekolah, masa tu teringin nak cuba set kurus shaklee. Kata nak cubakan, jadinya ambil yang paling basic sekali iaitu lecithin & herblax. Alhamdulillah, banyak perubahan dari segi penurunan berat badan dan juga pengurangan inci di bahagian pinggang dan pinggung. Hasil dari kesan positif tu, nurul mula kongsikan pengalaman dengan kawan-kawan di media sosial. 


Niatnya sekadar suka-suka, tapi bila dah terbiasa. Lama kelamaan makin seronok pula berkongsi pengalaman dengan produk shaklee. Bab kata orang benda yang baik kenalah di hebohkan betul tak?

Ni antara belian untuk customer yang jauh
Kebanyakkan customer nurul dari kawasan kuantan juga, namapun pengedar shaklee kuantan ye dak? Biasanya, mereka ni lebih prefer untuk cod, jadi nak tak nak nurul akan sediakan stok sikit untuk customer yang urgent ni.
Masa ni ada event kat kuantan, so team kuantan ada buka booth untuk health check


Ok untuk mereka yang nak dapatkan barangan shaklee dari nurul, boleh contact nurul di whatapps 0173704725. InshaAllah nurul available untuk cod produk shaklee untuk uolls. Kebiasaannya, waktu cod jika hari bekerja nurul akan buat dibelah malam, dan waktu cuti inshaAllah available bila² masa. Jadi, jangan lupa save no contact nurul aka pengedar shaklee kuantan ni tau.

Saturday 15 April 2017

Bagaimana asid omega 3 membantu mengatasi masalah keradangan terutama pesakit ekzema

Biasa kita dengar asid lemak Omega 3 ni baik untuk anti radangkan? Lebih² lagi kalau mereka yang ada ekzema ni.

Asid lemak Omega 3 tu boleh dapat pada ikan yang duduk dalam laut paling dalam je tau. Kalau ikan yang kat dasar² ni dah kurang dah asid lemaknya,sebab kadang² ikan² ni dah sedut banyak sangat merkuri,toksik bagai. Ikan terbaik untuk dapatkan asid lemak Omega 3 tu macam Alaskan Salmon,Sockeye salmon. Ha ikan yang mahal² tu. 😅😅

So apa yang bagus sangat dengan asid lemak omega 3 ni?

✅ Meningkatkan penghasilan asid nitric

✅ Mengurangkan kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik. Kolestrol jahat ni tak payah nak simpan lama²,kalau simpan nanti dia bertepek pada darah kita jadi plaque. Plaque ni la akan block perjalanan darah kita tu yang menyebabkan keradangan.

✅ Mengurangkan keradangan yang boleh merosakkan tisu badan. Biasa kalau alami keradangan ni mesti kita rasa nak menggaru je kan, so ni la fungsi omega 3 ni melancarkan balik perjalanan darah kita,jadi tak ade la dia terkumpul kat satu tempat sahaja.

Biasanya,kalau pergi ke klinik untuk atasi keradangan ni, doktor akan bagi ubat streiod @ ibuprofen,ubat² ni kalau sekali sekala boleh la guna tapi untuk tempoh yang lama boleh merosakkan organ dalaman kita pulak.

Dah tu nak kena ke laut dalam ke nak dapat asid lemak Omega 3 tu?hehehe, sabar² tak perlu ke laut dalam pun. Dalam Omega Guard Shaklee pun dah ada Asid Lemak Omega 3 ni. Mudah kan?


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 370 4725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Friday 14 April 2017

Resveratrol dalam Vivix bantu mencegah penyakit neurogenerative

TUA

Ada apa dengan tua..hehehe majority orang sekarang tak nak nampak tua kan, yang memang dah tua tu tak apa lagi tapi kalau yang tua sebelum usia tu jiwa juga rasa kan.

Tapikan, tua ni bukan saje pada muka dan fizikal kita tapi juga tua pada organ badan kita. Sekarang muda² lagi dah berpenyakit kronik, tu la tandanya organ kita dah tua dah tak mampu berfungsi dengan baik.

Korang pernah dengar penyakit neurodegeneration?

Penyakit neurogeneration ni macam penyakit alzheimer, parkinson, huntington, dan multiple sclerosis meningkat sama dengan usia kita. Penyakit² ni tak ada rawatan specifix dan tiada penawar untuknya.

Tapi uniknya ilham yang Allah bagi pada saintis shaklee ni, mereka berjaya temukan resveratrol yang membantu melambatkan penyakit tersebut.

Resveratrol ni berupaya untuk melindungi neuron dari kerosakan pelindung saraf. Selain itu, melambatkan perkembangan penyakit parkinson dengan membantu memulihkan dopamine dan meningkatkan fungsi motor.

Setakat ni tiada penawar untuk sembuh sepenuhnya tapi resveratrol dalam vivix ni menunjukkan potensi untuk mencegah, memperlahankan dan merawat gejala penyakit ni. Merawat gejala tau bukan merawat penyakit. Ada beza tu.

Untuk mereka yang dah berumur ,35 tahun keatas, dah boleh slow² ambil vivix ni untuk masalah penuaan. Mana tau boleh jadi ikhtiar pada simptom² penyakit yang kita alami.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 370 4725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Bagaimana Vivix Membantu Pesakit Alzheimer Untuk Lalui Masa Emas Mereka

ALZHEIMER?

Gapo dio la alzheimer ni? Nyanyuk tau? Ha..tu la alzheimer.

Nyanyuk ni jadi sebab penurunan fungsi dan daya ingatan otak dan penyakit ni juga boleh buat kita hilang ingatan, moody yang melampau dan kebingungan.

Penyakit ni boleh serang sape² je tak kira umur. Faktor kerosakan sel otak ni mungkin disebabkan oleh gabungan antara gaya hidup, genetik dan persekitaran kita. Protein yang tinggi dalam darah pun boleh menyumbang pada penyakit ni. Bila kita alami alzheimer ni, 2 struktur tidak normal yang menyebabkan kerosakan saraf (neuron) iaitu plak dan tangles tersebar disekeliling otak.

Takat ni memang tak ada rawatan yang menyembuhkan, tapi gejala alzheimer ni boleh dikurangkan dengan terapi khas.

Petua orang dulu², kalau tak nak nyanyuk kena banyak membaca Al Quran, kaji Al Quran. Ya memang betul, aktiviti mampu mengoptimumkan fungsi otak. Dengan membaca Al Quran, otak kita akan menghasilkan frekuensi yang mampu mengetarkan sel rosak dan mengembalikan keseimbangan.

Dalam kes alzheimer ni, sel neuron yang merupakan sel asas kepada sistem saraf menghadapi kegagalan untuk menghantar isyarat ke seluruh tubuh, sebab tulah kita kena cuba vivix untuk memulihkan dan melindungi tubuh hingga ke sel untuk cegah alzheimer.

Vivix terbukti bertindakbalas melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel badan. Pendek kata, vivux ni bukan saje mengatasi kecederaan tisu lembut tapi berfungsi sebagai tonik anti penuaan yang mampu meremajakan sel tubuh.

Ha,nak kawal alzheimer tapi tiba² boleh jadi muda remaja. Kan best tu.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 370 4725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Thursday 16 February 2017

Gaji Dah Beribu Perlu Ke Tambah Pendapatan Lagi?

Jom Jana Income Dengan Shaklee

Mami ni gaji dah 4 angka kenapa nak bisness lagi? Gaji 4 angka fixed pulak tu memang tiap² bulan ada gaji kan,duduk dalam ekon pulak tu kenapa nak susah² berbisnes bagai lagi? Duk promote kat merata²,g cod bagai semua penatkan diri nak buat apa?

Huih..kalau bayang memang sedap daah orang kata. Tapi realitinya mami sahaja yang tahu.

Sekarang ni semua benda kena guna duit,masuk tandas pun kena bayar 50sen. Dengan anak nak sekolah lagi.

Mami ni Allah takdirkan anak rapat,so tahun ni double la belanja sekolah. Nak masuk tadika pun paling kurang seribu dalam tangan. Mami amik sekolah swasta memang la mahal. No no no kalau hajat hati memang nak sangat sekolah gomen, tapi atas faktor tertentu terpaksa juga swasta.

Dengan ekonomi sekarang ni,mami rasa mami tak boleh nak fokus pada makan gaji sahaja. Nak takat hidup mungkin boleh,tapi nak hidup macam orang jalan² memang jauh sekali. Bukan kata nak jalan² jauh pun,nak balik kg jenguh mak ayah sebulan sekali pun kena catu mana². Sampai bila nak kena macam tu kan? Over pulak mami ni 😛😛.

Biarlah orang nak kata apa pun giler besi ke gila duit ke. Yang penting mami tak mintak duit orang untuk uruskan family mami. Kita lapar kebuluran tak ada orang amik tau pun,jadi pedulikan apa orang kata mami stand untuk jalan terus sahaja.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Wednesday 15 February 2017

Telefon Pintar Pilihan Dan Paling Berkenan Dihati

Sumber Google

Kalau korang nak tau,sebelum ni mami niaga shaklee dengan hp Samsung Y yang kecik tu je tau. Segala apps semua limited,sampai 1 hari upline mami tegur kenapa gambar mami semua pecah² terutama masa mami iklankan poster produk

Sejak dari tu la mami mula survey hp baru untuk bisness. Masa tu mami tak pikir apa dah,janji hp tu skrinnya besar, memorynya besar dah cukup

So startlah mencari sampai lah mami jumpa hp ni. Mami beli hp ni Feb 2015. Pernah retak skrin sekali sampai tak semua apps mami boleh pakai sebab kena rotate gara² skrin belah kanan tak boleh nak tekan

Nak beli baru sayang lagi sebab baru lagi pakainya,lagi 1 memikir harta karun dalam ni. 1 hal pulak nak masukkan semua dalam hp baru. So, mami decide tukar skrin je.

Alhamdulillah, sekarang dah ok, jadi apa² urusan bisnes mami semuanya dalam ni,nak berblog, nak join kelas live, nak update status,nak cek trackking, nak buat payment boleh kata semua la.

Selagi hp ni tak buat hal, mami akan setia pada Lenovo mami ni. Buat masa ni tak tergoda lagi dengan iklan hp di TV tu..hahahaha


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Tuesday 14 February 2017

Apa Nak Buat Dengan Bonus Shaklee Bagi?

Apa mami buat dengan bonus Shaklee?

Hehehe malu kat orang,bonus bukan banyak mane pun. Ha..bukan banyak pun tapi tiap² bulan tak pernah miss tau. Mesti ada walaupun sikit

Biasa bonus mami tu mami guna untuk belanja anak² & ofkos dengan dedi sekali. Biasa belanja makan la. Makan sedap² sikit.

Kami ni kalau bukan gaji memang payah nak merasa makan sedap. Jadi bila dah gaji 3kali ni boleh la merasa makan sedap 3kali setiap bulan..alhamdulillah syukur.

Kalau tak makan sedap² pun,mami just belikan mainan untuk anak² mami dua orang tu. Reward untuk mereka dah doakan mami untuk dapat sales. Dulu masing² malu nak doakan mami sekarang dah pandai doakan mami. Mungkin nak reward besar lagi kot 😝😝

InshaAllah mulai bulan lepas mami dah berjaya upkan tangga bonus mami,doakan bulan ni makin up lagi ya kawan² semua.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Monday 13 February 2017

Ruang SOHO untuk bisnes dirumah

Ni la keadaan soho time mood rajin. Kalau mood rajin memang berSoHo kat meja la. Kalau mari mood malas,kat atas katil,kat dalam kereta semua tempat boleh jadi SoHo

Boleh dikatakan semua tempat ada perkakas nak berbisnes ni..hahaha

Semua resit² beli barang,kalau mami order online memang mami tak print,kata sayangkan bumikan, so jimat sikit kertas..haha alasan sangat. Lagi 1 resit² ni boleh tengok kt shaklee2u. Jadi tak perlu print pun takpe nanti boleh cek melalui situ je

So yang penting sekali kena ada buku lejer yang panjang tu dengan buku resit untuk bagi kat customer. Buku resit tu mami beli kat kedai 2ya je. Jadi kalau orang beli,mami ada backup kat sini.

Buku lejer tu la simpannya segala kazanah belanja & sales. Sape jumpa buku tu dapat lah tengok income & belanja mami. 😛😛 Senarai stok yang ada pun mami letak dalam tu. So kalau ada vitamin mami yang miss mami boleh cek kat buku

Nak bisness ni,rekod keluar masuk semua kena catat. Tengok mana yang kurang mana yang lebih,patut tak tambah stok semua bagai,kalau stok berlambak tapi tak ada income masuk buat apa kan? Ha..kan dah kena ceramah dengan akaunteng.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Sunday 12 February 2017

Aktiviti Musim Hujan

Kalau musim hujan, apa aktiviti uolls?

Mami dulu kecik² kalau tak balik kampung memang tak merasa la main hujan di musim hujan ni. Almaklum la duduk rumah flat tingkat atas sekali pulak tu,takat main air hujan rintik dari atap tu ada la..hahaha

Ha..kalau dah dapat balik kampung tu macam² la jadinya. Masa tu tinggal dengan arwah nenek & atok je. Nak mandi hujan? Hah main lah cu oiii

Seronoknya dapar permission tu bukan main. Selok sangat dah. Dah dapat mandi tu memang manfaat betul². Main lumba kapal sape sampai dulu la kt lecak tu. Sape paling lama bertahan duduk bawah air yang terjun laju dari atap tu. Dapat air yang laju turun tu memang bergegar otak rase..hahaha

Zaman kecik² kan,main la puas² sakit demam belakang kira. Tapikan bila dipikir balik,lagi kita kawal lagi selalu sakit. Anak² mami sekarang pun kalau dieorang nak mandi hujan mami bagi je tapi bukan masa ribut² tu la.. Tu mengundang bahaya namanya..hihihi

Korang pulak apa momen best musim hujan ni? Meh citer kat mami sikit


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Saturday 11 February 2017

Kelas Pertama Ireach Family di Pahang

Ni kelas anjuran #ireach mami join, kelas yang pertama di pahang. Ireach family ni kelolaan master lyna dan suaminya, master lyna ni superupline mami. Kira mami ni level dah ke berapa mami pun tak tahu. Hehehe..Sebelum ni tak pernah lagi master lyna adakan kelas di pahang.  Tapi sebab ada request so dapatlah kami berkelas

Jadi,kalau upline dah sanggup datang jauh untuk adakan kelas takkan mami tak nak join pulak kan. Ni namanya tolak rezeki

Ni kelas berblog & seni close sale. Mami di ajar cara berblog dengan SEO yang betul,dan juga di ajar cara close sale dengan betul. Nak tau customer tu betul² nak beli ke atau saje nak survey harga

Dengan berbekalkan ilmu yang diceduk dari kelas tu la buatkan blog mumygojes.blogspot.my masih utuh sampai sekarang 💪💪


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Wednesday 8 February 2017

Tips Mencari Sid Yang Berkualiti Supaya Tak Dapat Yang Hanya Menjual

Semua orang boleh je jual Shaklee, tapi tak semua orang ada ilmu tentang apa yang mereka jual. Bukan nak memburukkan, tapi ini realiti.

Jual untuk untung atau jual untuk bantu orang ramai lebih sihat?

Dapat sid yang jual saje tapi tak guide kan dah susah, disalahkan produk yang tak berkesan

Dan untuk customer,ni mami nak pesan, Shaklee ni adalah bahan makanan, tak boleh sembarangan makan tau. Nak makan shaklee cari yang betul2 tahu ape yang mereka jual, boleh bantu uolls guide pemakanan yang betul supaya apa yang uolls makan tu betul-betul berbaloi

Nak shaklee cari mami dan mereka yang dalam gambar tu. Mami ada ilmu, ada sijil..Nak shaklee cari mereka yang ada sijil. Mereka ni sanggup korbankan masa & duit untuk jadi yang terbaik. Ok? 😍😍😍😍😍

Dengan berbekalkan ilmu yang mami ada,inshaAllah mami akan turunkan pada customer mami sepenuhnya. Customer yang dah beli dengan mami tau,bukan customer yang beli dengan orang lain nak guide dengan mami. Memang tak layan la. Sorry sangat². Serius tak adil cara gitu 😎😎

Ingat tau,nak cari sid cari yang ada sijil macam mami 😝😝


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Tuesday 7 February 2017

Vitamin Pilihan Terbaik Untuk Pesakit Gerd & Anxiety

Set Anxiety Disorder Shaklee

Jom baca kisah menarik dari salah satu pesakit GERD & ANXIETY.


KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE? GERD & ANXIETY.

As salam dan selamat pagi semua. Semalam dah intro pasal mengapa kesan vitamin antara lelaki dan wanita berbeza. Nak tunai kan janji semalam kenapa saya pilih Shaklee? Cerita agak panjang dan kalau ada cekodok ke cucur ke boleh standby. Sambil baca sambil makan 😂😂😂

Saya dah lama amalkan makan supplement ni sejak umur 20 an. Lebih kurang 18 tahun mcm tu. Dulu saya ambil spirulina, minyak ikan dan vitamin C setiap hari. Sebulan sekali saya detox badan untuk 3 hari. Kalau first time buat detox buat 7 hari ye...Masa tu tak kenal Shaklee so saya detox guna brand Y. Maybe tu muka dan badan awet muda kot. Kalau travelling gi mana2 memang org akan ingat budak baru nak masuk U walapun dah jadi bapak budak.

Maaflah bukan nak riak atau apa tapi nak bagitau kalau kita istiqamah buat sesuatu...end result die memang akan nampak. Istiqamah ye bukan makan hari ni esok dah nampak result. Saya kena amalkan makan supplement ni 18 tahun nak dapat result sekarang ni.

Ok..yg ni mukadimah je...tak masuk lagi isi cerita 😀😀😀

Di awal 20 an saya dah dapat kerja yg baik (swasta) coz takde rezeki ngan gomen. Setiap tahun saya dapat kenaikan pangkat sehingga tahun 2008 saya mula dapat portfolio utk jaga 37 ofis di 12 negara. Saya handle Sales & Marketing Communications. Semua press release, launching new products and set new office saya kena handle tak kira kat mana pun benua nya. Bebanan kerja semakin berat. Yes...saya masih amalkan supplemen tapi dalam masa yang sama saya dah create new bad habits dalam kamus hidup saya. Saya menjadi perokok tegar dan selalu skip makan. Coz masa saya banyak terluang dalam kapal terbang traveling dan jumpa clients...saya always skip my meals. Hidup saya hanya bergantung kepada air putih. Nescafe jadi makanan harian saya. Dlm 1 hari saya boleh minum 12 gelas nescafe to keep me awake sebab masa kerja saya tak sama dgn org kat ofis. Org kat ofis cuma kerja jam 8 hingga 5. Saya kerja 24 jam dan tidur 2 jam sehari sebab saya terpaksa respond to colleagues and clients mengikut time zone mereka. I love and enjoy my works to the limits tapi dalam masa yg sama saya rosakkan sistem kekebalan tubuh badan saya secara perlahan2.

Further...saya takde masa langsung utk spend masa with my family kat umah sampai 1 masa my eldest daughter tanya kat ofis tu Abi sorang je ke yg kerja? Takde staff lain ke? It knocks my head straight to my brain. Lepas berpikir panjang, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan balik ke kampung halaman. Niat saya 1 je..nak cari kerja yg boleh bagi saya masa spend time utk family dan jaga mak bapak saya. FYI, saya kluar rumah mula umur 12 tahun sampai lah saya buat keputusan balik ke rumah. Jgn pikiaq bukan2 ye...bukan lari dari rumah tapi parents hantar pergi boarding school. Habis belajar kerja pun tempat lain.

Alhamdulillah saya dapat kerja di tempat sendiri. Masih travelling to oversea tapi tak sekerap dulu. Sebulan sekali mcm tu. Kesihatan saya masa ni tengah merosot...supplemen saya makan on and off makan tak konsisten mcm dulu. Sehingga lah saya jatuh sakit pada Dec 2014.

1st time kena attack tu jantung saya sakit bebenar...nafas tersekat...berpeluh...tangan kaki sejuk...muka pucat...masa tu ingat masa dah tiba...rasa menyesal tak spend banyak masa bersama 2 puteri saya dan org tua...menangis dlm hati minta Allah panjangkan umur agar dapat menebus kekurangan yg saya buat utk diri saya dan keluarga.Terus masuk emergency ward. Lepas masuk drip...baru badan kembali normal. Masa tu doktor syak kena gastrik coz ujian darah dan ecg normal.

Sejak kejadian tu hidup saya berubah 360 darjah. Hampir setiap hari saya di serang benda yg sama. ER gomen dan swasta dah jadi rumah kedua saya. Nak bawa kreta pun saya tak mampu. Pergi tempat crowded atau solat jumaat memang saya kena serang. Doktor dah habis idea apa penyebab sakit ni. 1 hospital swasta ni terang2 tolak saya refer my case pergi gomen hospital. Mereka cuma cakap kena GERD. Tapi nape sampai nak pengsan atau rasa nak mati setiap kali kena serang? Org lain pun ada GERD tapi tak lah sampai pengsan2 gitu.

Saya ketandusan petunjuk. Dalam masa yg sama ada juga yg cakap saya kena santau atau gangguan jin.

Then...saya pun pergi rawatan alternatif...bab mandi dan minum air tu jgn sebut...naik kembung perut minum air....jgn pikir saya tak percaya benda ghaib atau sihir sebab Allah dah bagitau kita ni tak bersendirian...(bunyi OST X-files 😂😂😂). Tapi takde perubahan.

Saya tahu memang ada penyakit GERD coz cara hidup saya di masa lampau memang berkaitan. PENGSAN DAN TAKUT 24 JAM...ini yg saya ingin cari jawabannya...kenapa???

Saya masih kerja tapi ambil cuti tapi since saya punya masa kerja fleksible dan boleh kerja kat rumah...saya mula menjadi pengikut Mr. GOOGLE secara berjemaah...saya spend berjam2 setiap hari utk cari petunjuk tentang penyakit saya.

Kerana terlalu letih dgn pencarian yg sia2...saya sedar tiba2 bila puteri sulong cakap kenapa tak minta petunjuk dari Allah....tersentak sekali lagi...kenapa asyik dia yg sedarkan saya...tapi saya bersyukur Allah beri saya petunjuk melalui puteri sulong saya. Saya mula lebihkan masa utk berzikir utk ketenangan dan memperbaiki solat saya utk diberi petunjuk. Hehehe...mesti ada yg cakap selama ni tak solat ke??? Solat memang buat tapi kita sebagai manusia memang khilaf...kadang2 solat tu hanya utk cukupkan fardu kita sebagai Islam...tapi rukunnya...tertibnya...bacaannya...semua kena perbaiki...itulah yg saya tengah usahakan.

Alhamdulillah Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani...sekali lagi saya diberi petunjuk tentang sakit saya...masa google2 info awal januari 2016 (masa ni saya dah setahun sakit dan berat badan turun dibawah paras underweight sebanyak 16 kg)...saya ditemukan 1 blog member shaklee pasal Anxiety disorder...punyalah syok saya baca mengalah kan ambik exam kat U dulu...semua tanda2 anxiety tu ada pada saya. Setelah baca blog tu saya buat review semua blog kat website pasal anxiety termasuk dari doktor professional spt Dr. Zubaidi. Majority mengesyorkan ambik vit B compleks, minyak ikan omega 3, magnesium...

Selepas saya buat percaturan sendiri...saya ambil keputusan ambil supplemen ni utk dicuba tapi which brand?

Dalam masa setahun saya sakit memang saya dah cuba apa aja produk yg disyorkan termasuk cap ayam...kilang belakang rumah atau yg branded...you name it...memang saya dah cuba...setahun sakit tu saya dah spent almost 50K utk bil hospital dan beli produk2 alternatif.

Lepas saya buat keputusan nak cuba produk Shaklee...saya google blog cari distributor Shaklee yg ada di kawasan saya dan dengan izin Nya saya jumpalah distributor ni (Nak mention nama juge ye 😂😂😂).

Saya amik set gastrik dan set anxiety. Lepas 3 bulan pertama amalkan kedua2 set ni, saya dah tak makan ubat hospital lagi dan Alhamdulillah tahap kesihatan saya bertambah baik. Saya teruskan pengambilan produk Shaklee sampai la ni...

Anxiety disorder saya tetap ada coz penyakit ni ambik masa juga nak kasi sembuh tapi sekurang2nya saya bersyukur saya dah boleh nikmati balik kehidupan saya yang lalu dan sujud syukur Allah beri saya peluang untuk jaga kedua puteri saya dan ibubapa saya.

Tanggungjawab menjadi ibu, bapa dan pencari rezeki untuk membesarkan kedua puteri saya memang 1 tanggungjawab yg berat especially bab2 wanita ni.Kadang2 kena tanya org lain mcm mane nak explain bab2 sensitif wanita 😂😂😂

Kan saya dah cakap entry ni panjang lebar...tu lah suruh standby cucur tadi... 😆😆😆

Moral of the story ni

1. Nak dapatkan sesuatu tu kita kena buat istiqmah...nak sel2 dalam badan kita sihat dan awet muda...amalkan makan supplemen hari2.  Ada yg cakap ala...org dulu2 takde makan supplemen pun jarang je sakit...boleh juga awet muda.

Jgnlah nak samakan dulu dan sekarang. Dulu makanan takde banyak pengawet malah udaranya airnya tanahnya tak tercemar macam sekarang. Kalau masak sayur rebus buat ulam...awak boleh konfirm ke sayur tu takde racun serangga?

2. Jangan abaikan kesihatan dan keluarga bila kita sibuk mengejar cita2 atau kerjaya. Dalam kesibukan kita mengejar duniawi kadang2 kita khilaf menzalimi diri sendiri dan org lain tanpa kita sedar. Kena saya cakap zalim? Ye lah dah dok sibuk memanjang buat kerja sampai perut lapar pun tak di isi. Bila badan kurang nutrien kan dah merosakan badan. Badan kita ni cuma pinjaman utk roh kita menambah amalan sebelum di panggil kembali.

3. Kalau ada kawan2 yg ada simptom mcm saya...buatlah rawatan hospital...kalau hospital cakap takde ape2...boleh cuba set Shaklee...jgn takut mencuba sebab produk Shaklee ni organik, selamat, dan diuji secara klinikal. Bukan diuji in vitro je tau.

3. Paling penting sentiasa minta petunjuk dari Allah. Saya buat keputusan untuk berhenti kerja walaupun ekonomi sekarang ni agak teruk sebab saya percaya rezeki tu milik Allah. Bukan milik manusia. Saya dah decide nak buat Shaklee fulltime. Dalam masa yg sama saya boleh menunaikan tanggungjawab saya sebagai ibu, ayah dan pencari rezeki untuk menggantikan masa lalu saya yg banyak terluang untuk kerjaya dari keluarga.

Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Wassalam


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shaklee_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...