Showing posts with label Sustained Release Vita-C. Show all posts
Showing posts with label Sustained Release Vita-C. Show all posts

Sunday, 10 February 2019

Tanda - tanda Kencing Manis dan Cara Mencegahnya Sebelum Kaki Dipotong

Penyakit kencing manis adalah merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung. Kencing manis atau di dalam istilah mediknya iaitu diabetes mellitus merupakan satu penyakit dimana metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum.

Ia terjadi apabila pankreas gagal berfungsi secara normal yang mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak cukup untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan. Tanpa insulin yang cukup inilah yang menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Sebab itu, penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekalkan ke dalam sel.

APA PUNCA KENCING MANIS?

Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:

~ Berlebihan berat badan / obesiti
~ Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif
~ Pemakanan - pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat
~ Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga
~ Peningkatan umur
~ Bangsa – Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

TANDA KENCING MANIS

Berikut disenaraikan 5 gejala atau tanda awal penyakit kencing manis yang utama yang boleh anda perhatikan pada diri dan juga kepada ahli keluarga agar langkah awal dapat diambil samada dengan mendapatkan nasihat doktor pakar atau dengan mengawal pemakanan.

1. KERAP DAHAGA DAN KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM

Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula, selalu ke tanda untuk kencing.

Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam. Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

2. BERAT BADAN MENYUSUT DENGAN DRASTIK

Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

3. JARAK PENGLIHATAN MENURUN

Jangan ingat tidak nampak itu disebabkan rabun. Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

4. SERING KEBAS PADA TANGAN DAN KAKI

Antara tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

5. LUKA YANG LAMBAT SEMBUH.

Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”.

Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka yang di alami.

Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.

CARA KAWAL GULA DALAM DARAH DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Antara vitamin yang terkandung dalam set kawalan gula dalam darah ini adalah :-



◎Vivix                                                            
Kaya dengan  polifenol tumbuhan( Muscadine, Elderberry,Purple Carrot Extract Blend) yang membantutkan pertumbuhan AGE.
AGE terhasil secara semulajadi dalam badan, apabila protein atau lemak bertindakbalas dengan gula (glycation). AGE dianggap sebagai punca utama komplikasi berbeza untuk pesakit kencing manis.

◎ ESP                                                                   
Makanan rendah glisemik untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Contohnya kacang soya. Di mana ia merupakan salah satu kacang yang mempunyai rendah glisemik indeks, 20-25 yang membantu memberi tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah.

◎Omega Guard                                        
Minyak ikan omega 3 membantu mengekalkan tahap trigleserida dan mengekalkan kesihatan.

◎Vitalea                                                       Pengambilan makanan yang tinggi chromium. Chromium adalah mineral yang membantu untuk insulin bekerja dengan penuh berkesan,untuk mengekalkan  tahap gula yang sihat.

◎Zinc Complex                                                 Membantu dalam penghasilan insulin dan pemulihan luka.

◎B Complex                                            
Vitamin B6 dan B12 menyokong kesihatan saraf,keadaan yang kritikal untuk pesakit neurophaty kencing manis.

◎Vitamin C                                                            Vitamin C mengurangkan level sorbitol gula yang terkumpul dalam sel,dan rosak dalam sel mata,buah pinggang dan saraf

Kesimpulannya, seseorang itu hendaklah memerhatikan perubahan pada tubuh badan mereka. Sekiranya, ada tanda-tanda penyakit kencing manis ini pada diri maka segeralah mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

Lebih daripada itu, kawallah pemakanan anda. Jaga pengambilan gula dalam makanan dari hari ini untuk mengelakkan diri menjadi mangsa penyakit kencing manis ini. Jika boleh, amalkan diet kencing manis atau dapatkan nasihat doktor.



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Set Kawalan Gula dalam darah Shaklee ini atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829

✍ FB: Sharifah Alhabsyiee

⌨ FB Page: Mummy's Beauty

IG : Shakleekuantan_bymami

✉ Email: snurulkamariah@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725

➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Sunday, 3 February 2019

Tips Penjagaan Ibu Berpantang Dengan Baik Supaya Tak Bentan

Tempoh berpantang sememangnya perkara yang sangat mencabar buat ibu terutama sekali bagi yang pertama kali melahirkan anak. Penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk mengembalikan kesihatan ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan juga naik turun tahap kesihatan. 

Jika kita mengabaikan tempoh berpantang, banyak masalah kesihatan fizikal dan mental yang akan berlaku. Orang-orang tua tak mengalakkan kita membuat terlalu banyak pergerakan secara kasar/ berat takutnya nanti luka bersalin akan tertetas kembali atau mungkin kedudukan rahim akan jatuh.


Sebagai persediaan untuk berpantang, anda perlu ketahui dan ikuti tip penjagaan seperti berikut  :-

- BERTUNGKU

Amalan bertungku sememangnya satu amalan yang sangat baik. Bertungku bukan sahaja membantu untuk mengecutkan 'batu merian' supaya lemak yang terkumpul dibahagian perut dapat dipecahkan. Bertungku membantu memecahkan darah beku dalam perut. Bertungku juga membantu mengurangkan stress ibu.

- BERURUT

Berurut amalan yang sering dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana faedahnya sangat baik untuk badan. Bayi pun ada urutan tersendiri.

Berurut dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan. Yelah, semasa tempoh melahirkan, ibu mengunakan banyak tenaga, jadi selepas bersalin, badan ibu akan menjadi sangat lemah.

Urutan biasanya boleh dilakukan selepas beberapa hari kelahiran. Semasa berurut badan kita akan kembali panas dan segar.

- BERBENGKUNG

Pemakaian bengkung atau berbarut bukanlah sekadar nak merampingkan pinggang. Tujuan sebenar adalah untuk membantu membentuk kembali otot-otot badan, perut, pinggul dan untuk mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Semasa mengandung, badan kita telah mengembang dan banyak juga lemak-lemak terkumpul kan.. selepas bersalin semuanya mengeleber, jadi masa berpantang adalah masa yang paling baik untuk mengecilkan dan menegangkan semua itu ke bentuk badan asal malah mungkin boleh jadi lebih baik dari sebelum itu.

- MANDI AIR REBUSAN

Nurul gunakan air rebusan daun herba semasa berpantang ketiga - tiga anak, kerana saya berpantang di rumah mak. Semua daun tersebut ditanam di belakang rumah sahaja.

Kehebatan pokok-pokok herba memang diakui sangat baik untuk manusia. Buat ibu yang memerlukan rawatan untuk mengembalikan kesegaran tubuh, air rebusan daun herba sangat-sangat membantu.

Air rebusan daun sangat baik untuk mengembalikan kesegaran urat saraf. dengan aromanya yang sangat sedap dihidu ianya juga membantu menenangkan badan dan fikiran.

- REHAT SECUKUPNYA

Selepas bersalin, kita akan terpaksa sesuaikan diri dengan keadaan baru dan karenah bayi. Sekiranya semua tip di atas telah dibuat, tetapi badan tidak mempunyai rehat yang secukupnya, tidak berkesan juga berpantang kita.

Untuk mengelakkan rasa pening dan letih melampau menjaga bayi, (ada bayi yang pada waktu malam suka meragam) anda perlu utamakan tidur. Apabila bayi tidur, masa itulah ibu turut sama tidur dan berehat. Jangan pada waktu bayi tidur, ibu pula sibuk nak buat kerja.

Waktu berpantang adalah waktu kritikal bagi ibu untuk memulihkan semula kesihatan badan dan luka-luka dalaman. Untuk minggu pertama bersalin sebaiknya, anda berehat sahaja. Lupakan sementara kerja-kerja mencuci dan lain-lain kerja yang boleh ditangguhkan.

- PENGAMBILAN SUPPLEMEN TAMBAHAN

Nurul suggestkan Set Berpantang Shaklee yang mengandungi :-

Set Berpantang Shaklee


1. B Complex
Untuk elakkan stress dan risiko meroyan selepas bersalin. Normal ibu² akan mengalami emosi yg tak stabil lepas bersalin. Selain tu, b complex akan bantu jaga urat saraf kita. Lepas bersalin mmg banyak urat saraf yg putus kan.

2. Vitalea With Iron Formula

Multivitamin yg turut mengandungi iron. Bantu tambah darah selepas kehilangan banyak darah lepas bersalin.

3. Sustained Release Vita-C

Bantu luka bersalin cepat sembuh. Biasa misi akan suruh kita makan oren banyak². So konsep dia sama.

Kita nak vitamin C supaya luka jahitan/bedah cepat sembuh dan luka tak melarat. Juga sebagai penguat sistem pertahanan tubuh kita. Lepas bersalin, tak mau la jadi batuk atau selesma.

4. ESP

Sumber protien untuk bantu badan hasilkan sel² badan yang baru. Luka mudah sembuh dan diganti dengan kulit yang lebih cantik sebab ESP ni adalah sumber protien berkualiti tinggi.

Bila asas dia baik, maka hasil dia sendiri akan baik.

ESP jugak akan bantu susu badan kita jadi lebih pekat dan bantu naikkan berat baby dengan cepat.
Bantu baby membesar dengan baik.

5. Omega Guard

Sejenis lemak ikan yang membantu perkembangan otak dan fungsi mata. Melalui penyusuan, kita dpt salurkan kepada baby. Perkembangan otak baby akan jadu lebih baik dan bijak.

Omega ni akan tolong jaga tekanan darah ibu. Lebih² lagi jika c ibu ada mengalami masalah darah tinggi semasa hamil.

6. Ostematrix

Pil kalsium yg diperkaya dgn magnesium dan vitamin K. Masa pregnant baby akan ambik kalsium dari tulang kita untuk bantu pertumbuhan tulang dia.

So biasanya ibu akan mengalami masalah sakit gigi, sakit belakang dan lenguh badan. Ni kesan akibat kalsium semakin berkurang dan tak cukup untuk badan kita sendiri.

Ostematrix akan bantu bekalkan kalsium untuk kegunaan harian tubuh. Baby jugak akan dapat kalsium dari Ostematrix yg ibu makan dan bantu baby hasilkan tulang yang lebih kuat dan padat.

Special nya lagi, Ostematrix bantu ibu mudah lawas. Normal untuk ibu alami sembelit semasa berpantang.

Tapi..kalau makan ostematrix 4 biji sebelum tido, inshaaAllah memang tak akan rasa masalah sembelit tu.

7. Alfalfa Complex

Adalah sejenis tumbuhan herba. Ia agak panas jadi perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Ia mengandungi seribu satu Multivitamin dan multimineral tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Ia sangat penting untuk bantu perbaiki sistem peranakan dan dalaman wanita. Ketatkan balik rahim dan sebagainya yang berkaitan dengan wanita.

Cara Tingkatkan Hb Ibu Hamil dengan Mudah Tanpa Perlu Suntikan

Bagi orang yang tidak faham, mesti terpinga-pinga bila kawan-kawan yang hamil asyik cerita pasal Hb. Asyik-asyik Hb. Apa itu Hb? Hb itu sebenarnya, singkatan untuk hemoglobin.


APA ITU HEMOGLOBIN (HB)?

Menurut Wikipedia,  Hemoglobin (kependekan: Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu.

Untuk ibu yang mengalami masalah Hb rendah antara yang boleh anda lakukan adalah dengan membuat perubahan kepada diet seharian anda. Makanlah makanan yang kaya dengan Zat Besi, Vitamin C, Vitamin B-Kompleks dan Asid folik, serta hindarilah makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi dan juga mempunyai glutein yang tinggi.

A. Makan Makanan Yang Mempunyai Kandungan Zat Besi Yang Tinggi

Zat Besi adalah merupakan elemen penting dalam pembentukan fungsi Hemoglobin. Jika anda mengalami masalah Hb yang rendah, anda boleh bantu tingkatkan Hb anda dengan menambah makanan tinggi zat besi dalam diet anda. Antara makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi termasuklah;

Kumpulan Daging - hati ayam, daging lembu, daging itik, hati lembu

Kumpulan Sayuran - Bayam, Kentang dengan kulit, Puri Tomato, Brokoli, Asparagus, Baked Bean, Kale

Kumpulan Kekacang - badam, hazelnut, gajus dsb (pastikan anda tidak ada alahan kacang), Biji labu (pumpkin seed) yang dipanggang

Kumpulan Buah-buahan - Anggur kering berbiji & tidak berbiji, Aprikot Kering, Jus Prune, Buah tin (fig) kering, Tembikai, Betik

Kumpulan Bijirin - Oatmeal segera, Bijirin Cereal,Bar granola yang mengandungi oat, buahan dan kekacang kering

B. Makan Makanan Mempunyai Kandungan Vitamin C Yang Tinggi

Vitamin C adalah penting untuk membantu penyerapan zat besi ke dalam badan anda. Sebab itu, untuk ibu yang mengalami masalah Hb adalah dinasihatkan selain daripada mengambil tambahan zat besi daripada sumber makanan, ibu juga harus tingkatkan pengambilan vitamin C.
Antara contoh makanan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi termasuklah Jambu Batu, Brokoli, Oren, Mangga, Strawberi, Kobis, Bayam, Cili Benggala Merah, Kiwi, Betik

C. Makan Makanan Mempunyai Kandungan Asid Folik Yang Tinggi

Sayuran Berdaun hijau seperti bayam, Asparagus, Brokoli, Buahan sitrus seperti oren, Betik, Anggur, Pisang, Limau gendang dan strawberi, Kekacang seperti kacang pinto, kacang lima, kacang hijau, black-eyed peas and kidney beans, Avocado, Bijian kekacang seperti Biji Bunga Matahari, Kacang tanah, flaxseed, badam, Bunga Kobis, Jagung, Celery, Lobak Merah

D. Makan Makanan Bijirin Penuh

Roti, bijirin atau pasta yang diperbuat daripada bijirin penuh adalah kaya dengan zat besi yang membantu meningkatkan fungsi haemoglobin anda.

E. Elakkan Makanan Penghalang Penyerapan Zat Besi.

Tahukah anda terdapat makanan yang menghalang proses penyerapan zat besi oleh tubuh badan anda yang juga dikenali sebaga ‘iron blockers’. Antara contoh makanan tersebut adalah daun Parsley, Kopi Susu, Teh,Tauhu,Minuman Berkarbonat, Ubat Antacids, Makanan yang tinggi kalsium dan fiber

Jadi, kurangkan mengambil makanan ini jika anda sememang menghadapi masalah Hb rendah.

F. Kurangkan makan makanan yang mempunyai nilai gluten yang tinggi

Bagi individu yang mempunyai sensititiviti yang tinggi terhadap gluten, ia boleh merosakkan lapisan usus kecil dan seterusnya menyebabkan ketidak seimbangan penyerapan kalsium, lemat, folat dan juga zat besi. Gluten adalah merupakan protein yang boleh dijumpai dalam bijian seperti gandum, barli dan sebagainya. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk mengambil makanan bebas gluten.

G. Amalkan supplemen tambahan

Untuk meningkatkan HB dalam darah, Nurul sarankan supaya anda mengambil Set Healthy Prenatal Shaklee, iaitu:

Set Healthy Prenatal Shaklee


1. Vitalea


Vitalea merupakan sejenis multivitamin dilengkapi dengan zat besi. Vitalea mudah diserap ke dalam badan berbanding vitamin jenis lain kerana Vitalea mempunyai coating jenis aqueos dan mudah larut dalam air. Sebab tu, bila ambik vitalea, hb mudah naik.

2. Vita C

Vita C penting untuk penyerapan zat besi yang ada dalam vitalea dan yang ada dalam makanan. Dengan pengambilan vitamin C, penyerapan zat besi akan menjadi lebih optimum.

3. B Complex

B Complex Shaklee dilengkapi dengan asid folik. Asid folik penting untuk pembentukan sel darah merah.

Makan 3 jenis vitamin ni, insyaAllah akan naik hb, dengan syarat kita makan dengan konsisten dan dapatkan konsultansi cara makan terbaik dari Nurul ye.

Nurul kongsikan sekali testimoni Nurul sendiri menggunakan Set Healthy Prenatal Shaklee sepanjang tempoh kehamilan anak ke 3, tahun lepas.

Testimoni Set Healthy Prenatal Shaklee



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Set Healthy Prenatal Shaklee ni atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725 (Call/SMS/Wapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829

✍ FB: Sharifah Alhabsyiee

⌨ FB Page: Mummy's Beauty

IG : Shakleekuantan_bymami

✉ Email: snurulkamariah@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725

➲ COD Area: Kuantan dan Pekan




Sunday, 27 January 2019

Tips Untuk Kesan Berganda Dengan Penggunaan Youth Shaklee

Bila dah cuba skincare baru mesti nak kesan yang cepat dan berkesan? So, entri kali ni nurul nak share tips untuk kesan yang berganda dengan penggunaan Youth Skincare dari Shaklee.

Set Youth Skincare



Selain dari rutin penjagaan muka Youth Skincare, anda juga boleh amalkan Set Radiant 4 Shaklee untuk kesan yang lebih berkesan dan cepat.

Antara vitamin yang terdapat didalam Set Radiant 4 ni adalah :-

1. ESP Soy Protein Isolate Powder – Membina Kulit yang Sihat

Untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:

- Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk n fungsi kulit yang optimum.

- Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.

- Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.

ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Collagen Powder – Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda.

Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur.

Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.

Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur.

3. Sustained Release Vita-C Plus – Perlindungan Antioksida

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.

Badan kita tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C sendiri dan ia perlu diambil melalui pemakanan setiap hari.

Pengambilan vitamin C membantu untuk :

- Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.

- Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.

- Membantu dalam penyembuhan luka.

- Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.

4. GLA Complex – Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA).

Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:

- Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.

- Mengekalkan kelembapan kulit.

- Melawan keradangan.

Set Radiant 4


Nurul kongsikan juga testimoni pengguna Shaklee yang dah amalkan Youth Skincare bersama dengan Set Radiant 4 Shaklee ni.






Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Set Youth Skincare dan Set Radiant 4 ni atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).


Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829

✍ FB: Sharifah Alhabsyiee

⌨ FB Page: Mummy's Beauty

IG : Shakleekuantan_bymami

✉ Email: snurulkamariah@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725

➲ COD Area: Kuantan dan Pekan








Thursday, 2 November 2017

Cara Atasi Kulit Kering Bersisik dan Menggelupas Dengan Cepat

Bagaimana cara nak atasi kulit kering bersisik dan menggelupas dengan cepat?

Kulit kering ni memang nampak macam bersisik, maksudnya kulit kita dah tunjuk tanda-tanda kekurangan kelembapan, kadang-kadang bila bersisik tu boleh jadi pedih, gatal-gatal dan ada juga akan timbul kemerah-merahan. Ada setengah orang pulak kulit kering bersisik dan mengelupas ni nampak kasar dalam masa yang sama boleh menganggu penampilan kita juga.

Jangan tak tahu, kulit bersisik dan mengelupas ni jadi ada kemungkinan juga sebab keturunan, penggunaam produk skincare dan mandian yang salah, dan ada juga sebab perubahan cuaca (biasa jadi pada mereka yang baru lepas travel).

Jadi untuk entry kali ni, nurul nak share tips menarik, berkesan dan mudah untuk atasi masalah kulit kering bersisik dan menggelupas dengan cepat di bahagian badan yang lain contohnya lengan dan betis.

Set Kulit Kering Shaklee
Untuk bahagian badan, nurul cadangkan guna krim serbaguna bebas paraben iaitu Herbal Blend. Krim ni selamat digunakan oleh bayi hinggalah warga emas dan boleh disapu bila-bila masa. Nurul suka jadikannya sebagai lotion. Kalau untuk baby pula boleh jadikan sebagai krim urutan badan.
Herbal Krim Lotion
Untuk yang memang ada masalah kulit sepanjang masa, boleh jadi sebab salah pilih produk, penggunaan Vitamin E adalah yang terbaik. Vitamin E ni memperbaiki kerosakan sel kulit dan membantu melembabkan kulit dari dalam.

Vitamin E ni sangat best sebab ia mengandungi selenium. Selenium ni la yang membantu penyerapan vitamin E dengan lebih berkesan.

Dalam masa yang sama, boleh cuba vitamin C.
Vitamin C akan mempercepatkan proses pemulihan sel kulit dan juga sumber antioksidan.

Nak lagi best, tambahkan dengan ESP. ESP ni protein,ia membantu menganti sel kulit lama dengan sel kulit baru yang lebih segar dan sihat. Kata nak kulit licin gebu dan cerah sekata kan, jadi lebih baik amalkan satu set terus. Bukan sahaja baik untuk kulit, tapi untuk keseluruhan badan.

Kebiasaannya kita nak kesan yang optimum dan cepat untuk sesuatu produk yang kita ambil. Makan salah satu vitamin ni sahaja mungkin beri kesan yang lambat pada badan kita. Sebab itulah nurul suggestkan untuk gabungkan 3 vitamin serentak untuk hasil yang lebih baik dan rasai kesannya dengan lebih cepat. Bab kata orang berdua lebih baik. Begitulah perumpamaannya.



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah masalah kulit kering bersisik dan mengelupas atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).


Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Sunday, 4 December 2016

Produk Shaklee Paling Disukai Oleh Wanita Zaman Moden

Dalam banyak² produk shaklee ni. Apa yang paling mami suka?

Ha...banyak sangat yang mami suka tapi yang extra suka 2 item ni la Nutriwhite Cleanser & SR Vitamin C. Suka tahap infiniti..hahaha over pulak kan mami ni

SR vitamin C plus untuk dalaman mami amik extra dose hari² kalau kulit nampak kering sangat tambah lagi 😂😂. Jangan tak tahu vitamin c shaklee ni sesuai juga untuk dijadikan masker tau lebih-lebih lagi bila dah dicampurkan sikit dengan ESP..memang nak usap aje pipi tu

Nutriwhite cleanser ni pulak untuk cuci luaran. Mami amalkan 2kali sehari, picit sikit pun dah banyak sangat buihnya. Yang paling best, 1 tiub tu tahan sampai 6-8bulan kalau ikut cara pengambilan macam mami

Bagi mami 2 item ni pun dah cukup nak dapatkan kulit yang berseri dan nature tanpa perlu makeup bagai. Jerawat pun segan nak hinggap kat muka 😀😀

Selamat mencuba


SR Vitamin C & Nutriwhite Cleanser


Wednesday, 14 September 2016

Kenapa ambil Vitamin Shaklee Lebih Mudah dari Buat Sendiri

Moden vs Traditional

Mami ni bukan rajin sangat nak tumbuk-tumbuk bahan kalau nak hilangkan sakit-sakit kat badan ni. Lagi 1 sukatannya kalau terlebih nanti lain pulak jadinya, tu kalau terlebih,kalau terkurang pulak terus tak jadi langsung.hehebe

Jadi mami pilih cara mudah dah tak perlu nak susahkan diri,kalau mudah nak cari tak apa la kalau yang kena masuk semak samun nak dapatkannya tu macam over pulakkan 😂😂

Setiap hari #srvitamincplus tu mami amik 1 biji mengantikan 7½ biji oren yang diperlukan oleh badan setiap hari. Banyak tau 7½ biji oren tu mau cirit kalau makan banyak macam tu dalam 1 masa. Kalau badan tak sihat biasa mami akan upkan dose vitamin C ni sampailah capai kesihatan yang memberansangkan.

#peppermintginger tu pulak mami amik bila banyak sangat angin dalam badan,mami suka telan aje instead of tumbuk halia lepas tu nak rendam air panas pulak,kalau tergigit halia tu dah berkerut muka ni kan pulak minum air halia tu 😑😑

Bila mami sakit-sakit badan pula, nak harapkan orang tolong urutkan memang payah sangat,dapat yang urut ok best la yang urut usap-usap tu memang tak hilang sakit badan tu. Jadi nak cepat,mami telan je #ostematrix ni sebelum tidur esok pagi badan dah tak sakit-sakit lagi. Badan pun segar

Mudahkan?

Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi mami Nurul di 0173704725 (whatapps/sms/call).

Jika anda berada disekitar kuantan dan perlukan barangan shaklee dengan jadar segera, mami ada menyediakan perkhidmatan COD.


Monday, 12 September 2016

Tips Berseri dan Cun di Hari Raya

Set sihat & cun di hari raya


Nak tips cun & sihat raya ni? Meh baca coretan mami hari ni

Bagi mami cun tu jatuh ke tangga ke 2 yang penting sekali ofkos la sihat. Pakai baju lawa-lawa sekali terlantar dikatil aje siapa nak tengok.hihihu

Kalau sihat inshaaAllah cun sampai bila-bila 😂😂😂. Nak bergaya pun senang hati betul tak?

Jadi ni antara pilihan vitamin untuk mami dan anak-anak kekal sihat dan cun dipagi raya

Untuk imuniti badan mami pilih nutriferon & vitamin C. Chewable tu untuk anak-anak mami. Garlic pula bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

Jadi sebelum jadi apa-apa kita pasang perisai dulu, maklumlah masa raya ni kita berkumpul ramai - ramai jadi penyakit pun mudah sangat berjangkit.

Vitamin C tu juga elok untuk kulit berseri tu pun kalau mami rajin buatkan masker

Lengkapkan pilihan ni jadi mami tak risau lagi untuk kekal sihat & cun dihari raya. Selamat hari raya semua


Monday, 1 December 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Promosi Disember 2014


Jeng jeng jeng..Semua duk tunggu kan apa promosi bulan ni..Biasanyajam 10 pagi dah ada official announcement tapi hari ni lambat pula..Tup tup tadi Ummi Maisarah wasap mesej Shaklee dalam group..Mau tak melompat dapat tahu ada 4 promosi bulan ni..Memang rugi la kalau tak grab..


Sustained Release Vita C Plus
♦ Beli 6 
-Percuma 1 Sustained Release Vita C Plus RM 92.50

♦ Beli 2 Diskaun 5%

Harga normal RM 92.50
Harga promosi RM ++ (semestinya harga ahli lagi murah dari harga ni kan so jom join ahli)


Vitamin E Complex
♦ Beli 6 
- Percuma 1 Vitamin E Complex RM 149
- Percuma membership 
- Cash rebate pada 15 Jan 2014

♦ Beli 2 Diskaun 5%

Harga normal RM 149
Harga promosi RM +++ (semestinya harga ahli lagi murah dari harga ni kan so jom join ahli)


So apa tunggu lagi..Jom dapatkannya..

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

Monday, 3 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Kulit cantik dengan Vitamin C

Salam semua..
Hari ni Nurul nak share sikit tentang keistimewaan Vitamin C Shaklee. Semua sedia maklum yang vitamin amat penting untuk menghasilkan kulit cantik berseri. Tubuh badan kita tak dapat menghasilkan vitamin C. jadi tugas kita la untuk mendapaatkan vitamin C melalui cara pemakanan kita. Tapi harus di ingatkan bahawa merokok adalah salah satu punca kekurangan vitamin C dalam tubuh. Sebab tu kita selalu tengok yang perokok ni mudah sangat dapat menyakit batuk..

Vitamin C Shaklee ni ada dua jenis :-
1. Sustained Release Vita C Plus 500mg
Sustained Release Vita C Plus 
2. Chewable Vita C Plus 100mg

Chewable Vita C Plus
Untuk mengetahui perbezaan antara 2 vitamin C ni boleh ke entri Nurul yang lepas.

Perbezaan Vitamin C Shaklee dengan vitamin C yang ada di pasaran sekarang..
  • vitamin C yang natural & bertindak secara pelahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam
  • satu tablet vitamin C membekalkan 500mg vitamin C bersamaan 7 biji oren
  • membekalkan Bioflavinoid dengan seimbang.Bioflavinoid ni membantu meningkatkan fungsi vitamin C
  • ada dalam bentuk tablet mudah kunyah
  • tiada pembaziran sebab vitamin C digunakan di lepaskan ke dalam tubuh secara pelahan mengikut keperluan
Fungsi
* membentuk kolagen dlm badan
* memperbaiki sistem pendarahan
* peningkatan sistem imunisasi
* memerangi kanser 
* mencantikkan kulit
* memperbaiki insomnia
* mengekalkan kolestrol sihat

Simptom kekurangan Vitamin C
- mudah stress / tertekan
- kulit bersisik, tapak kaki keras & luka lmbt sembuh
- mudah selsema / bersin
- wajah nmpk tua sebelum usia
- mudah dapat ulser
- gusi berdarah
- sakit sendi


Siapa yg perlukan Vitamin C ni..
# perokok
# mereka yang mudah stress
# ibu2 yang mengamalkan pil perancang
# mereka yang nk cantik/ada masalah kulit berjerawat
# mereka yang pentingkan kesihatan diri


Berminat untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee??
Hubungi Nurul di :-

FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 0173704725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD : Sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan dll.


Thursday, 30 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Set Berpantang Shaklee


Salam semua...
Seronok kan bila doktor dah sahkan kita bakal jadi seorang ibu..Masa tu dah macam - macam pikir boleh ke jadi ibu terbaik untuk anak - anak dan ada juga yang dah mula memikir nak beli baju yang macam mana untuk anak yang dalam kandungan kita..hihihi sabar ye ibu - ibu..Bagi Nurul yang paling penting sekali Nurul akan pikirkan bagaimana dan apa yang nak Nurul pakai atau makan selepas bersalin supaya nanti Nurul dapat balik kembalikan badan sebelum bersalin dan dapatkan kekalkan kesihatan yang berpanjangan untuk menjaga anak - anak.

Jadi, Nurul syorkan untuk ibu - ibu yang pertama kali bersalin dan yang dah banyak kali bersalin pun boleh cuba Set Berpantang Shaklee. Set Berpantang Shaklee ni semuanya berasaskan bahan semulajadi tanpa menganggu kesihatan anak - anak semasa dalam pantang. Tapi ni tak bermakna yang tradisional tu tak di amalkan ye seperti param, pilis,berurut, mandi serung semua tu still kena buat..
Set Berpantang Shaklee terdiri daripada B Complex, Zinc Complex, ESP, Vita-lea,SR Vita-C dan juga Ostematrix. Ia juga sesuai untuk ibu yang bersalin samaada normal ataupun melalui pembedahan.

Set berpantang Shaklee

Berminat untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya.

atau

Buat pembelian secara online di website Shaklee dengan klik icon di bawah :-




Konsultansi percuma akan diberikan dengan setiap pembelian.

Friday, 10 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Set Menyusu Shaklee


Apa khabar ibu - ibu semua, kebelakangan ni banyak pula entri Nurul tentang menyusu. Tiba - tiba jadi passion pada menyusu..Jadi hari ni Nurul nak share lagi tentang Set Menyusu Shaklee ni..Jom kita teropong sket apa yang ada dalam Set Menyusu Shaklee ni dan apa kebaikan setiap vitamin tersebut.Sebelum tu Nurul nak ingatkan yang vitamin - vitamin ni semua hanya membantu tapi kalau ibu - ibu tak rajin nak mengepam masalah kurang susu tu tetap akan ada.

❀  Sustained Release Vita C Plus - menghaluskan kulit ibu dan bayi
❀  B Complex - menukarkan makanan kepada tenaga dan membantu mengawal stress ibu - ibu
❀  Vita - Lea Iron Complex - mengandungi nutrien yang lengkap yang diperlukan oleh badan
❀ Energizing Soy Protein (ESP) - membekalkan tenaga yang berpanjangan dan membantu memekatkan susu ibu
❀  Ostematrix -  membekalkan kalsium yang seimbang untuk membentukkan tulang anak - anak 
❀  Alfalfa Complex - membantu penghasilan susu ibu
Cadangan Set Menyusu Mengikut Bajet


Yang tersenarai di atas tu set lengkap untuk ibu menyusu. Sekiranya ibu - ibu tiada bajet yang berlebihan boleh hubungi Nurul untuk mendapatkan khidmat nasihat vitamin yang sesuai dengan bajet ibu - ibu..

Untuk pembelian terus di website Shaklee klik Icon di bawah :-






Hubungi Nurul di :
☎ Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD Area : Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya

Sunday, 21 September 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Kebaikan Sustained Release Vit - C Plus Shaklee

Salam semua..
Macam mana hari ni ok x? Nurul ari ni ter'selsema'..hihihi.. apa lagi kan cepat - cepat telan Vitamin C..Selsema kalau dah melarat nk buat kerja pun tergendala..So entri kali ni Nurul nk share kebaikan dan keistimewaan menggunakan Vitamin C Shaklee

 - Time released..semulajadi tanpa bahan pengawet..sesuai utk org yg gastrik.

 - Bio flavonoid dlm vitamin C membantu vit c jd lg aktif..klau vit e kena ade selenium...vit c perlukan Bio flavonoid...

- Kalau demam atau selsema x perlu mkn ubat doktor. Patahkan 2 bj VITC dan telan...

- Maksud Sustained release tu,vit c tu akan di 'release' untuk badan secara berperingkat..let say vit tu 500mg,so,stiap 1 jam,100mg vit c akan direlease untuk kegunaan bdn...

- Knp susah2 je shaklee cipta time release? - Sbb vitamin c dapat diserap dengan baik oleh badan pada dos yang rendah. Semakin tinggi dos semakin sedikit yang dapat diserap.

- Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoids complex! Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat superb yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Jadi, xde dalam vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai sudut. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung, dan juga untuk alzheimer.

- Pelepasan dalam masa 5 jam tapi maintain vit c dalam darah for 12 jam. Walaupun ia larut air tapi bukan masuk terus keluar, dia akan bekerja dulu dengan sel badan sebelum dia keluar. Satu fakta tentang vit C ialah badan kita xboleh simpan vit C tapi ia digunapakai dlu sblm dibuang.


Sebotol SR Vit - C Plus hanya RM92.50 tahan sehingga 6 bulan bermakna anda hanya berbelanja 0.51 sen untuk sehari..

Nak lagi jimat??Jangan lupa hubungi Nurul

Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD Area : Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh, Bukit Sagu

Monday, 15 September 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Set Berpantang Keguguran

Salam semua..
Hari ni Nurul nak kongsi sikit tentang set berpantang keguguran. Bukan orang yang bersalin sahaja kena berpantang tau yang keguguran pun kena berpantang..Walaupun Allah belum bagi kita rezeki untuk ada cahaya mata tapi xbermakna kita boleh abaikan kesihatan kita. Oklah sebelum Nurul membebel lebih panjang meh kita teropong dulu vitamin shaklee apa yang sesuai untuk ibu - ibu yang berpantang keguguran ni..


Sustained Release Vit-C Plus - Meningkatkan sistem imunisasi badan serta penyembuhan luka dalaman.

Vita-Lea Iron Complex - Mengembalikan tenaga dan kecergasan dan membantu meningkatkan HB darah akibat keguguran. Nurul sarankan Vita-Lea diaambil bersama - sama Vitamin c untuk membantu penyerapan zat besi dalam Vita-Lea.

Zinc Complex - Bertindak sperti ikan haruan iaitu mempercepatkan penyembuhan luka - luka dalaman dan luaran.

B Complex - B Complex Shaklee mengandungi Asid Folic sangat membantu dalam pembinaan DNA dan sel baru untuk persediaan kehamilan yang akan datang.

ESP Soy Protein - Memberi tenaga berpanjangan dan membantu menguatkan rahim untuk persediaan kehamilan yang seterusnya.


Dapatkan Set Berpantang Keguguran dari Nurul..
Konsultansi Percuma diberikan

Hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah AlHabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 - 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

Saturday, 11 January 2014

Resdung Menyebabkan Buta??

Hai semua..lama rse xupdate blog..hihihi maklum la audit dh nk bermula kn so kne la prepare apa yg ptt dlu kn..ari ni Nurul nk cter pasal penyakit resdung la..sebelum tu jom kte knal2 dgn resdung ni dlu...
Beza bhgian jangkitan resdung dgn normal

Apa resdung tu??
Resdung tu sejenis penyakit dimana terjadinya radangan pada rongga sinus yg disebabkan jangkitan kuman.

Gejala resdung 
-hidung selalu tersumbat
-lendir pada hidung dan kahak
-sakit @ berasa berat di bahagian diantara mata
-sakit tekak berpanjangan & berulang
-gejala alahan spt bersin,gatal hidung, & dll.

selsema berpanjangan 


Risiko bg menghidap resdung
* boleh menyebabakn jangkitan kuman pada otak
* sakit tekak yg kronik
* jangkitan tulang muka
* berdengkur secara kronik
* menyebabkan jangkitan telinga & tonsil
* selsema yg melarat

Jenis resdung

Akut
- ia berlaku dlm tempoh 2 minggu bermula dgn jagkitan rhintis/serangan alahan yg berulang-ulang yg serius pd hidung.
- ciri2 penghidap resdung jenis akut :-

  • hidung berair, tersumbat & terjadinya rasa sakit berdenyut di muka & bhgn depan kepala terutama pipi & dahi
  • serangan waktu pg & berkurangan pd waktu petang
  • rasa sakit apablia tunduk & sujud
Kronik
- serangan resdung akut yg kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini mejadi kronik.
- ciri2 penghidap resdung kronik :-
  • kegatalan pada muka yg teruk
  • jerawat yg byk & ada juga individu xberjerawat
  • kerap bersin di waktu pg
  • tidak demam ttp hingus bertambah
  • cecair hingus berwarna hijau & berbau busuk
Individu berisiko menghidap resdung 
> mereka yg alah pd habuk & makanan
> mereka yg mempunyai ketumbuhan dlm hidung
> mereka yg mempunyai kelainan (abnormality) dlm hidung spt dinding pemisah hidung yg bengkok

Antara komplikasi akibat penyakit resdung
~ berisiko menjadi buta
~ jangkitan nanah pd mata
~ jika pintu2 rongga sinus tersumbat ia akan merebak ke otak & pesakit perlu menjalani pembedahan bagi membuang nanah tersebut.

Ha..takut x??hihihi..
Jom cuba sebelum ia makin parah..
Berminat nak cuba Set Resdung Shaklee..
Utk keterangan lanjut ttg set tersebut..
Jom pm/wapps Nurul..
0173704725


Thursday, 9 January 2014

Masker Vitamin C

Hai semua..
Ari ni Nurul nk share 1 tips sket utk pengguna vitamin C Shaklee..jgn xtau vitamin C shaklee ni pn bley bt masker tau..agak2 dh bosan mkn vitamin tu..bt tepek kt muka plak..

Cara2nya :

  • patahkan vitamin C kepada 3 bhgn (1je pkai yg 2lg simpan utk hari lain)
  • hancurkan dlm piring
  • tambah air (jgn byk sgt n jgn sikit sgt)
  • biarkn 3 - 5 minit smpai vitamin kembang
  • sapu pd muka yg dicuci bersih
  • sapu seluruh muka
  • biar sehingga kering (20-30minit)
  • bilas dgn air bersih

Khasiatnya :
~ meransang penghasilan kolagen
~ menegangkan kulit muka
~ mengecutkan jerawat
~ mencerahkan muka 
~ menyegarkan wajah

Belum ada vitamin C??
Moh la order dgn Nurul
Pm/wapps 0173704725


Wednesday, 8 January 2014

Kencing Manis / Diabetes

Morning semua.. ari ni Nurul nk cter ttg penyakit kencing manis atau bahasa saintifiknya Diabetes..

Diabetes tu apa??
Diabetes tu dimana satu keadaan bila tahap gula dlm darah kte tinggi dari bacaan normal..

Diabetes ni ade dua jenis..
Jenis 1 : Insulin Dependent Diabetes Mellitus (bergantung dgn insulin)
             ~ biasanya berlaku pada kanak2 dan remaja
             ~ terjadi apabila bdn kte xdpt nk hasilkan insulin

Jenis 2 : Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (tidak bergantung dgn insulin)
             ~ jenis biasa ditemui & lebih daripada 90% penghidap diabetes tergolong dlm jenis ini
             ~ selalu terjadi pd org berumur & mereka yg mempunyai berat badan berlebihan

Tanda - tanda awal mengidap diabetes 
  • kerap buang air kecil
  • berat badan menurun
  • sentiasa lapar & dahaga
  • letih xmenentu
  • mudah dapat penyakit kulit
  • gatal2 pd pelipat dan celah peha
  • luka lambat sembuh
Siapa yg berisiko dpt Diabetes ni
- mereka yg berumur 35 thn ke atas
- berat badan berlebihan & obesiti
- latar belakang keluarga yg ada Diabetes
- tekanan darah tinggi
- faktor pemakanan - makanan yg b'lemak & b'minyak
- tahap kolestrol yg tinggi

Panduan pemakanan utk pesakit Diabetes
* perbanyakkan ambil sayuran & kurangkan makanan dari haiwan
* pilih makanan berlemak & berkarbohidrat dgn bijak
* ambil sekurang2nya 3 cawan susu rendah lemak sehari
* makan makanan bijirin terutama bijirin gandum

Utk pesakit Diabetes ni Nurul suggestkan Vivix Shaklee..

Kalau xnk Vivix bley amik full set yg ni..


Utk set bajet anda bley ambil set ini...


Harga??Jgn risau Nurul bg harga kenyit2 mata jer..
Jom pm/wapps Nurul ye
0173704725
Shaklee Independent Distributor
ID 1083829


Thursday, 26 December 2013

Set Resdung Shaklee

Entri kali ni Nurul nk cter pasal penyakit resdung..ada yg tye Nurul penyakit resdung tu apa? Resdung tu penyakit alahan yg kdg2 bley menyebabkan keradangan pada bahagian yg dijangkiti. 

Antara tanda2 anda dijangkiti resdung :
  • hidung tersumbat
  • ada lendir keluar dri hidung & tekak
  • gejala alahan spt bersin berpanjangan, gatal hidung n etc..
Puncanya...kdg2 ada yg alahan pd pemakanan mcm kacang, makanan laut dll. ada jugak yg alah pd debu2..pantang ada habuk sket pasti bersin..so kne pastikan rmh anda sentiasa bersih..

So cara mengatasinya mari kita cuba set rawatan resdung shaklee ni..mane tau mudah mudahan sembuh penyakit kita tu kn..



Alfalfa - mengurangkan keradangan sakit resdung tu dan tidak digalakkn pd sesiapa yg menghidap penyakit SLE.

B Complex - membantu pertumbuhan protein dlm tubuh dan membantu hati menghasilkan glikogen yg diperlukan untuk menyingkirkan sel kulit mati.

Sustained Release Vita - C Plus - membantu menstabilkan pengeluaran histamin dlm tubuh badan dan meningkatkan penumbuhan tisu badan.

utk harga kwn2 jom pm Nurul sekarang
0173704725
id 1083829

Saturday, 21 December 2013

Set Hamil Shaklee


Hari ni entri nk cter pasal vitamin untuk ibu mengandung plak..yg pasti entri bln ni mst ade pasal omega guard kn.hehe.. promosi omega guard ada 10 hari lg so bley la promosi lg..set vitamin untuk ibu mengandung ni ada ESP, Omega Guard, Ostematrix, B Complex, Vitamin C & Vitalea. 

Pada trimester pertama ibu2 digalakkan ambil ESP, Ostematrix, Vitamin C, B Complex & Vitalea. Omega Guard pula di sarankan diambil setelah mencapai trimester ke-2 & ke-3 bersama2 vitamin yg lain.

Antara kelebihan set ini adalah : 
ESP - membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu, dan membantu pengaliran darah.

Ostematrix - memoptimumkan pengambilan kalsium dgn formulasi vitamin D, magnesium memastikan tubuh ibu menyerap kalsium yg bgus utk tulang.

Vitalea - multivitamin yg dpt membantu penyerapan asid folik iaitu nutrien yg perlu untuk keseluruhan penumbuhan sel dlm badan.

B complex - membantu mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.

Omega Guard - mengandungi DHA dan EPA yg membantu perkembangan otak bayi.

Vitamin C - membina dan menguatkan sel tisu dlm badan dan membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan ibu2.

Berminat?
Jom pm/wapps/wechat Nurul
0173704725
ID 1083829
Shaklee Independent Distributor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...