Thursday 8 January 2015

Jom jadi Jutawan


Selamat tengah hari semua..
Hamboi..gempaknya tajuk entri hari ni..hehehe ..nak bakar semangat sikit rasa hari ni sebab rasa lemau semacam je..Penting ke kita nak jadi Jutawan ni?Bagi Nurul memang sangat-sangat penting..nak jadi jutawan sebab nak ada banyak duit untuk bantu orang lain adalah yang terbaik daripada kita duk membanggakan diri dengan apa yang kita ada.

Macam mana nak bantu orang kalau kita pun kais pagi makan pagi kan..Ni dari sudut kewangan la kalau dari segi kudrat In Shaa Allah kita dapat membantu.Jadi hari ni meh kita amalkan tips nak jadi jutawan ni supaya kita bolaeh sama-sama amalkan dan sama-sama jadi jutawan..Aminn..

10 tips Jutawan dari Master Cery :-

-Bangun pagi setiap hari. Mulakan dengan istghfar,selawat dan doa.Doa tu biarlah panjang sikit dan juga jelas

-Sentiasa basahkan bibir dengan zikir Ya Wahabb

-Solat di awal waktu

-Mengaji Al-quran setiap hari.Ayat Al-quarn dapat menjana 1001 ilham dan tenaga dalam badan dan minda

-Jadikan solat sunat taubat, tahajud dan dhuha sebagai amalan harian

-Setiap hari kena bersedekah jika tak mampu cukup la sekadar menulis kebaikan atau sesuatu yang bermanfaat di blog or facebook untuk disebarkan kepada orang lain. Kita takkan berhenti menerima jika kita terus memberi

-Fokus pada perkara yng kita boleh kawal iaitu sikap kita, masa dan juga tindakan kita

-Senaraikan 10 perkara yang kita perlu syukurkan setiap hari.Lebih banyak berterima kasih lebih banyak kita akan terima

-Gembira dengan tugasan kita setiap hari, Bila dalam keadaan gembira kita akan menarik banyak caj positif dan benda-benda baik dalam kehidupan kita. 

-Jangan sedih lama-lama kerana sedih yang berpanjangan hanya akan merosakkan diri. Allah seniasa ada bersama kita.


Ok cukup dah kan 10 tips ni..kalau banyak sangat nnati tak terbuat pula kan so dengan yang 10 ni kita cuba amalkan dengan konsisten supaya dapat hasilnya mengembirakan kita..Semoga bermanfaat..

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...