Friday 13 November 2015

10 Tips Mudah Untuk Latih Anak Tanpa Pampers


Selamat hari jumaat semua. Jom banyakkan amalan baik di hari mulia ini. Dah berselawat hari ini? di hari jumaat yang mulia ini Nurul nak share sikit tentang tips untuk latih anak tanpa pampers bab kata orang putihnya "potty training".(betullah kot begitu ejaannya..hi hi hi)

Alhamdulillah kedua-dua anak Nurul dah bebas dari pampers. Si kakak pada usia 3 tahun 4 bulan dan adik pada usia 2 tahun 1 bulan. Mula-mulanya susah jugak nak dapat handle kedua-duanya, tapi berkat kesabaran maminya, akhirnya berjaya juga. Pada mulanya kami suami isteri bercadang nak bebaskan kakak dahulu tapi si kakaknya terlalu obses bila dah tengok adik pakai pampers dan dia pun apa lagi nak jugak la kan, so untuk langkah berjaga-jaga kami train dua-dua sekali.

Jom amalkan 10 tips untuk latih anak bebas pampers seperti dibawah ini.Moga-moga ia bermanfaat pada kita semua :-


Pertama sekali jangan fikir sangat nak kena bersihkan apa yang anak-anak bakal buang tu, tapi fokus pada tujuan sebenar kita untuk latih mereka.Kalau awal-awal kita dah kalah dengan emosi kita, bagaimana dengan anak-anak kita yang masih kecil tu. Betul tak?

Keduanya, mula simpan lebihan pampers yang ada. Kalau boleh jangan bag 1 keping pun terlepas dari pandangan kita. Sehingga sekarang Nurul masih ada 1 bungkus pampers yang belum dibuka yang masih lagi tersorok didalam almari..kih kih kih tak pe la boleh simpan untuk adik baru nanti kan kalau ada rezeki.

Yang ketiga, amalkan selepas mandi anak dipakaikan pakai seluar dalam, supaya nanti kita takde la duk kutip sisa-sisa dia yang merata-rata tu kan.ha ha ha

Yang keempat, rajin-rajin la tanya anak kita tu, nak kencing atau tak dalam bahasa yang mereka mudah paham nanti takde la anak kita duk nganga apa benda la mak ak cakap ni. Dan nasihatkan supaya sentiasa bagitahu kita kalau-kalau ada rasa nak terkencing tu atau terus ke bilik air. Amalkan selalu dan jadikan trademark sampi anak bosan. hu hu hu

Yang ke lima, mami-mami semua jangan la duk marah kat anak tu kalau terbabas, xkira la marah ke, cubit ke, bimbang nanti anak tu fobia pula nak kencing atau membuang. Rileks-riles sudah. kesudahannya nanti kita juga yang akan cuci kan?

Yang ke enam, pastikan tandas rumah kita sentiasa kering,bersih dan selamat untuk anak-anak, ajar juga langkah-langkah bila hendak membuang air dari buka seluar hingga la “flush” tandas, serta cuci tangan dan utamakan kebersihan diri.

Yang ke tujuh, biarkan lampu bilik air sentiasa terpasang, bagi mudahkan anak ke bilik air dengan selamat dan jangan pula duk takutkan anak-anak tu dengan perkara yang merapu, memang sampai kesudah la anak tu takut nak ke tandas.

Yang ke lapan, anak-anak kita tu kadang-kadang ada yang belum berkomunikasi dengan baik, jadi buat la dengan cara yang mudah dia ikut dan jadikan rutin yang sama setiap kali nak membuang supaya mudah dia nak bezakan dan rasa bagaimana nak membuang dengan sendiri bila dah terbiasa.
Janganlah hari ni, ajar cuci dengan tangan kiri esok pula biarkan anak basuh dengan tangan kanan, hari seterusmnya duk marah anak pakai tangan kanan, kan dah bercelaru pula anak tu tangan mana nak guna sebenarnya nak mencuci ni.

Yang ke sembilan, sentiasa reward anak-anak bila dia berjaya melepasi daya tahan nak membuang dia tu. Tak perlulah hadiah besar berbagai-bagai tiap-tiap hari cukup dengan reward bintang pada sekeping kertas pun dah memadai. Tunjukkan yang betapa kita menghargai usaha mereka tu.

Yang terakhir sekali, mudah sahaja. Ulang balik semua langkah di atas, In shaa Allah dalam masa seminggu lagi anak-anak kita bebas dari pampers dah.

Alhamdulillah, selepas amalkan semua tips ni kami dah tak ada masalah untuk handle anak-anak untuk membuang terutama sekali semasa keluar berjalan-jalan.

Oh ya, sebelum terlupa, untuk rutin di waktu malam, juga sama situasinya cuma galakkan mereka kencing terlebih dahulu sebelum tidur dan kalau boleh kawal pengambilan air anak-anak pada waktu malam dan sediakan pelapik tilam yang kalis air untuk elak air kencing mereka membasahi katil. Untuk permulaan, terkencing atas katil tu dah jadi kebiasaan bagi kami, memang harum sangat baunya..ha ha ha

Ok lah, dah panjang berjela pula taipnya, selamat mencuba ye mami-mami semua. Semoga artikel ni bermanfaat pada semua. Sehingga bertemu kembali di entri akan datang.

Nak tahu pengalaman anak kami dalam proses bebas pampers ni boleh klik DISINI..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...