Wednesday 21 October 2015

Tips Hidup Bebas dari Hutang


Hari ni Nurul nak share sikit macam mana nak bebaskan diri kita dari segala hutang yang ada. Tapi sebelum itu, kita kena ingat bahawa setiap hutang yang kita buat itu wajib di bayar tau. Tak kisah la ia dituntut atau pun tidak oleh pemberi hutang.

Dalam masa sekarang ini, semua perbelanjaan dah meningkat, jadi kita kena kawal segala perasaan kita untuk elak dari berhutang pada perkara yang tak perlu. Kalau zaman dulu-dulu, ibu-ibu tak perlu berkerja dah, tapi sekarang ibu-ibu pun dah keluar berkerja bagi melunaskan hutang semasa belajar di universiti dulu. Dan nurul juga tak terkecuali dari golongan ibu yang berkerja demi melunaskan hutang itu. ha ha ha. Ok cukupkan mukadimah tu kan, meh kita tuju ke topik asal entri ini.

Add caption

Pertama sekali, kita kena tahu dan kena praktikkan 4 prinsip asas dalam usaha membebaskan diri dari kancah hutang ini. Apa dia prinsip asas itu?

 Prinsip 1 ; Beli secara tunai

Pastikan diri kita terkawal dari melakukan aktiviti melibatkan ansuran untuk pembelian barang-barang samaada keperluan atau kehendak. Lakukan konsep servey dahulu pilihan mana yang kita mahukan dan dalam masa yang sama kumpulkan duit kita dahulu, bila dah mencukupi baru lah membeli. Tapi pastikan kita beli apa yang kita servey atau kurang dari itu bukan lebih dari itu ye.

Prinsip 2 : Hidup ikut keperluan bukan kemampuan

Prinsip ini perlu diamalkan lebih-lebih lagi bagi pasangan yang baru berkahwin. Terutamanya dari segi kelengkapan peralatan rumah atau keperluan kenderaan untuk ke pejabat. Masa ini kita perlu lupakan niat untuk bergaya dengan apa yang ada, cukuplah sekadar untuk memenuhi keperluan harian. Sebagai contoh, langgan astro mengikut tahap kemampuan kita menonton channel tersebut, kalau kita ni family yang terlalu sibuk dengan aktiviti diluar rumah jadi, memadai dengan melanggan channel yang basic sahaja.

Prinsip 3 : Sikit - sikit, lama -lama jadi bukit

Amalkan untuk mulakan untuk menyimpan dari jumlah yang sedikit dahulu, contoh RM10 bagi bulan ini, bulan depan upkan jumlah ikut kadar kita mampu. Masukkan ke dalam tabung khas untuk keperluan kecemasan sahaja. Sekarang dah jadi trend untuk simpan duit mengikut warna wang kertas kan, apa lagi, boleh mula cuba asingkan nilai mana yang hendak disimpan. Nurul pun dah mula haramkan penggunaan RM5, jadi setiap RM5 yang diterima selepas baki setiap transaksi wajib disimpan dalam tabung. 

Prinsip 4 : Bina side income

Libatkan diri dalam bisnes yang mendatang income untuk tambahkan simpanan. Jadikan gaji sebagai duit untuk kita teruskan kehidupan harian dan bisnes sebagai simpanan. Hasil bisnes 100% adalah untuk simpanan. Kalau nak berbelanja pun jangan lebih daripada 50% dari hasil tersebut. Dengan side income ni biasakannya mencepatkan kita bebas dari hutang. Zaman sekarang ini, setiap keluarga wajib ada side income untuk teruskan kehidupan yang mencabar ini. 

Ok dah paham kan prinsip awal-awal nak bebaskan diri dari hutang tu?. untuk strategi macam mana nak bebaskan diri dari hutang tu, kita tengok entri seterusnya ye. Stay Tuned and Keep Calm ;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...