Thursday 4 December 2014

Cuti 2 Minggu Bergaji??


Hai semua..selamat hari khamis..eh khamis dah hari ni rasa baru lagi hari isnin..sekejap je kan masa berlalu..Ada apa dengan cuti 2 minggu bergaji tu ye?meh kita baca kisah selanjutnya..kihkihkih

Alhamdulillah rezeki anak-anak la tu kan Nurul dapat cuti 2 minggu bergaji dengan encik bos.Bukan Nurul mintak ni tau tapi bos sendiri nak staf dia bercuti sebelum masuk tahun baru.Maklumlah sebagai auditor ni awal-awal tahun memang sibuk sikit sebab semua nak submit akaun kat income tax la, SKM la, SSM la.Jadi masa tu tak de maknanya lah nak cuti sesuka hati.Kalau emergency sangat baru la boleh cuti..

Tahun lepas kami dapat jugak cuti bergaji ni tapi seminggu je la sebab dah tercuti disebabkan banjir besar kat kuantan ni.ni pun belum planning lagi nak bawak anak-anak ke mana.Lagipun hubby Nurul bekerja alamatnya duduk rumah je la sepanjang cuti tu..hahhaha..seronok sangat la budak berdua tu mummy dia cuti.

Bukan cakap anak-anak yang seronok tapi ramai rupanya..Nak-nak mama saya, dapat la berehat sikit anak-anak tak ada kat rumah dia..Tapi tu sementara je la sebab biasanya kalau saya cuti lama sikit ada dah mama sampai depan rumah nak ambil anak-anak..bosan katanya..

Tu cerita mama saya, hubby saya pula apa lagi.."Oklah tu mummy cuti nanti boleh daddy balik makan tengah hari".Amboi-amboi baik punya request..hahaha..Demi daddy, mummy redha je la..gitu..

Belum cuti lagi dah bayang macam-macam agak-agak kalau berhenti kerja terus lagi best kn..In Shaa Allah satu hari nanti..Nekad..Sebelum umur 30 nak pecat bos..hahaha

Ok itu sahaja entri hari ni..Tq sudi baca nukilan yang tak seberapa ni..Peace!!!◕‿◕



Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain. 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...