Saturday 6 December 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Rawat Diri Secara Tradisional


Selamat pagi semua..Selamat berhujung minggu..kemana kita hari ni..Nurul ada kelas meroti petang ni..Nak mencuba benda baru katanya..hahhaaa nanti Nurul update ye tentang kelas meroti tu..Hari ni kita belajar cara-cara rawat diri secara tradisional..Almaklum la ada juga antara kita ni memang tak berminat terus dengan ubat-ubatan ni..tapi bagi Nurul ubat-ubatan ni la senang, just telan je xperlu dah nak bersusah payah..Tapi lain orang lain pendapatnya kan..

Rawat diri secara tradisional
Jom baca lagi..nurul sertakan masalah yang kita alami dengan rawatan yang sesuai ye..

Melegakan selsema
Didihkan air kemudian tuang ke dalam besen.Masukkan sejemput serbuk teh atau kopi.Letak setitis minyak geliga.Selimutkan seluruh badan bersama dengan besen yang ada ramuan tadi.Tunggu 10 minit dan bernafas seperti biasa.Badan kita akan berpeluh-peluh seterusnya melegakan selsema.

Hilangkan nafas berbau
Amalkan mengunyah hampas kelapa yang disagat sehingga kuning. Jika tak suka pada rasanya bolehlah diluahkan. Banyakkan minum air suam dan berkumur-kumur untuk membersihkan celah-celah gigi dari sisa makanan.

Elak cekam kuku
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sikit dibahagian atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehingga menjadi kekuningan. Biarkan limau tersebut suam-suam kuku.Selepas itu bolehlah cucuk limau tersebut pada kuku yang mencengkam atau bernanah tu.Kuku yang bernanah tadi akan mengecut dalam masa beberapa hari.

Atasi kulit kepala gatal
Bersihkan segenggam daun pudina lalu dikisar sehingga lumat. Lumurkan ke seluruh kulit kepala. Bungkus kepala selama 1 jam dengan tuala. Bilas rambut sehingga bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

Kembung perut
Tumbuk sebuku halia bersaiz sederhana dan jangan terlalu lumat.Masukkan ke dalam gelas dan tuang air mendidih didalamnya sehingga setengah gelas. Tutup dengan piring selama 10 minit dan diminum atau tumbuk daun bakawali dan bawang putih sehingga lumat. Sapukan dibahagian perut atau pusat yang kembung.

Cirit-birit
Bancuh air suam dengan serbuk teh tanpa gula.Biarkan rasanya pahit atau kelat.Baca selawat dan minum.In Shaa allah mengurangkan cirit birit.

Angin dalam badan
Campuran air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuh sedikit madu asli dalam bancuhan tersebut.Kacau dan minum setiap hari.

Badan gatal-gatal
Ambil beberapa helai daun sirih dan rebus sehingga mendidih. Celupkan kain kedalam air rebuan yang sudah suam-suam kuku dan tekapkan ke bahagian kulit yang gatal kira-kira setengah minit.In Shaa Allah kegatalan akan hilang.

Selamat mencuba... 

Sumber : Majalah Mingguan Wanita


Berminat untuk mencuba produk Shaklee??
Hubungi Nurul di :-FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...