Wednesday 3 December 2014

Pengalaman Dhuha di Office


Selamat tengah hari semua..Lunch di mana hari ni..ke tak lunch hari ni?Diet ye..Hari ni Nurul nak share pengalaman Nurul berdhuha di opis..Disaat orang lain takut-takut nak dhuha kat opis tapi Nurul buangkan rasa takut tu kerana Allah dan Nurul pegang bahawa rezeki Nurul bukan terletak ditangan majikan tapi di tangan Allah..

Sebenarnya dah lama Nurul dhuha di opis tapi bos tak tahu..Cuma ada satu hari tu Nurul solat dhuha lewat sikit sebab ada uruskan account client.. Dia masuk opis terus cari Nurul tanya dengan staff sorang lagi, staff tu pun cakap la yang Nurul tengah solat. Bos pun jawab solat apa tengah waktu macam ni zohor belum masuk lagi masa tu jam dah kul 11.00pagi. Sambil duk menanya tu, dia siap pergi tengok lagi kat ruangan solat kami tu betul ke Nurul tengah solat..MashaAllah, sampai macam tu sekali..

Dalam hati ni punyanya la cuak bila dengar dia tanya soalan td tu..(nampakkan tak khusyuknya..hahaha)..yela mana la tahu dia nak buang Nurul pula kan.Siap solat tu, doa banyak-banyak sambil dalam hati duk nekad..Kalau dia nak marah Nurul solat dhuha memang Nurul berhenti time tu jugak..Tapi Alhamdulillah, Nurul masih lagi bekerja disini sehingga hari ni dan solat dhuha pun dah jadi rutin harian.Bos pun tak tanya apa-apa dah bila Nurul tak ada kat tempat. 

Lepas kejadian tu baru la Nurul rasa selesa sikit nak solat sebab bos dah tahu.kalau tak, solat dalam keadaan takut-takut.hihihi. Agak-agak anda semua ada tak pengalaman macam Nurul ni??Meh share kat komen nak?..


Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...