Monday 11 December 2017

BENARKAH PRODUK SHAKLEE DARI SUMBER BABI DAN HARAM

Betul ke produk Shaklee dari sumber babi dan haram. Haip, tak baik tau tuduh tanpa bukti. Nurul pernah ditanya tentang soalan ni dengan seorang customer. Selama 4 tahun bershaklee memang tak ada yang tanya, so bila ada yang tanya ni biar Nurul jelaskan.

Isunya, ada produk shaklee yang menggunakan gelatin. Bukan sahaja bakers je kena hentam dengan isu gelatin ni. Shaklee pun kena sebab ada certain produk shaklee yang ada gelatin :

1. Lecithin
2. Omega Guard
3. Vitamin E
4. COQ-Trol (akan keluar Jan 2018)

4 produk ni dalam bentuk soft gel dan memang menggunakan gelatin sebagai "karung" untuk vitamin tersebut.

Setiap produk shaklee ada sijil halal dari Islamic Society of America (ISA), ISA ni merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

Yes masih ada juga yang ragu-ragu terutama bila ada perkataan "bovine" pada botol Shaklee. Ramai juga beranggapan yang bovine itu adalah porcine (khinzir). Porcine dan bovine adalah dua item yang berbeza tau.

Kalau kita search digoogle sendiri, apa maksud bovine dan klik pada image "bovine" tersebut. Agak agak apa yang anda nampak? Adakah sejenis khinzir? Tentunya tidak kan?
                                       
                                                         Carian image bovine di Google





















Jom nurul terangkan sikit makna Bovine tu. Sebelum tu kita kenali dulu sumber- sumber gelatin

Kebiasaan lapisan luar produk soft gel diperbuat dari gelatin. Gelatin ni dihasilkan dari otot dan tisu haiwan samada porcine (khinzir), bovine (kerbau/lembu), poultry (ayam) atau marine (ikan). Gelatin yang paling kerap digunakan dalam kapsul soft gel ialah dari sumber bovine atau porcine. Gelatin dari sumber porcine sudah tentunya haram.  Yes memang tidak semua gelatin dari sumber bovine dan poultry itu halal, jika sumber itu tidak disembelih dengan sempurna. Tapi yang nyata, bovine dan porcine bukanlah benda yang sama, jangan keliru ye.

Maksud bovine di carian Google

Untuk produk Shaklee pula, sudah terang lagi bersuluh hehehe ditulis bahawa gelatin yang digunakan ialah dari sumber bovine iaitu kerbau atau lembu.

Tambahan pula, Shaklee sudah memperolehi sijil halal ISA, jadi tidak perlulah dipertikaikan samada gelatin itu diperoleh dari produk lembu yang sudah disembelih atau belum. Seperti juga JAKIM, ISA sendiri mempunyai garis panduan dan standard yang tinggi untuk dipatuhi sebelum sijil halal dikeluarkan. Audit bukanlah ke atas end product semata-mata tetapi juga dari sumber asal produk bermula dari ladang, proses sembelihan, pemprosesan dan pengilangan.

JAKIM sendiri telah melakukan audit ke atas ISA sebelum akreditasi diberikan dan audit juga sentiasa dijalankan secara berkala di kalangan badan badan yang mengeluarkan sijil halal seluruh dunia untuk memastikan kesemuanya mematuhi standard. 

Shaklee sudah bertahan di pasaran selama 50 tahun dan ternyata Shaklee bukanlah produk "ala kadar" . Kita sebagai muslim, sudah pasti mahu mengelak sumber haram dari menjadi darah daging, bukan? Jadi, sebagai pengguna bijak, kita boleh nilaikan sendiri dan tidak sekadar membuat keputusan melulu berdasarkan cakap cakap yang disampaikan orang sahaja.

Shaklee semestinya selamat, semulajadi, berkualiti dan berkesan.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...