Thursday 14 December 2017

Tanda tanda dan gejala penyakit TIBI yang anda sendiri tidak sedar



Pernah tak anda alami demam, hilang selera makan, batuk berpanjangan dari dua hingga tiga minggu? Jika jawapannya ya, anda perlu berhati hati kerana ada kemungkinan anda telah dijangkiti dan terkena tanda-tanda dan gejala penyakit tibi. Sebelum tu, kita kenalan dulu dengan penyakit TIBI ni.



Penyakit TIBI atau batuk kering ni penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit tibi ini disebabkan oleh kuman TIBI(Tubercle Bacili) yang biasanya menjangkiti paru-paru dan ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelanjar, buah pinggang dan kulit.

Penyakit TIBI boleh berjangkit melalui titisan cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman pesakit TIBI apabila mereka batuk, bersin atau bercakap. Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair Ini akan menghadapi risiko jangkitan kuman.

Antara tanda-tanda dan gejala Penyakit TIBI:-

Batuk berterusan lebih 2 minggu
Kahak yang mengandungi darah
Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
Susut berat badan dan hilang selera makan
Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
Mudah letih, penat dan lesu

Kebiasaannya doktor mengesan penyakit TIBI ni dengan meminta anda melakukan pemeriksaan kahak dan menjalani pemeriksaan X-ray di kilinik atau hospital

Penyakit TIBI dapat dicegah dengan :-

▶Mendapatkan suntikan BGC
▶Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu
▶Asingkan bilik tidur pesakit, jangan berkongsi pakaian, makanan dan sebagainya
▶Elakkan menyentuh orang lain bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Tips untuk pesakit TIBI

Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerna cahaya matahari boleh membunuh kuman TIBI
Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap
Amalkan cara hidup sihat dan makanan yang seimbang

So, agak-agak anda ada tak tanda-tanda penyakit dan gejala penyakit TIBI ni? Nasihat Nurul, dapatkan pemeriksaan doktor dengan kadar segara dan jika nak cuba merawat dan mencegah penyakit TIBI dengan supplemen tambahan boleh rujuk di entri sini.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyakit TIBI dan perlukan konsultansi mengenai penyakit TIBI ni boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725 (Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

4 comments:

  1. Kadang2 kita rasa batuk2 biasa je kan .

    ReplyDelete
  2. Dulu rasanya tibi ni sekadar batuk je.tq sis for this info

    ReplyDelete
  3. Dulu rasanya tibi ni sekadar batuk je.tq sis for this info

    ReplyDelete
  4. Perlu buat pemeriksaan secepat mungkin jika anda mempunyai tanda tanda TIBI ini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...