Tuesday 26 December 2017

Pengalaman 3 hari 2 malam Bercuti Ke Melaka Day 1 (Part 1)

Alhamdulillah baru baru ni, nurul sekeluarga bercuti 3 hari 2 malam di Melaka. Tak planning sangat sebenarnya, dalam vision board travel pun hajat nak ke Melaka ni bulan Mac 2018 nanti tapi alang alang ada rezeki lebih, awalkan trip ke Melaka ni dulu. Tanya dedi dulu, ok tak kalau kami ke Melaka, dedi pun on je, tunggu dedi apply cuti, nurul tak perlu apply dah sebab memang dah cuti, then decide nak pergi 22 hingga 24 disember baru ni. 


Kami gerak dari pekan, sebab malam tu tidur rumah mak, kononnya taknak travel lama lama dari kuantan. Minyak pun dah isi siap siap malam tu juga. Mula gerak dari rumah mak jam 
6.30 pagi, anak anak pun mudah je bangun nak bercuti kan. Yang si adik pun tak ada nak tantrum pagi pagi macam biasa. Mungkin tak nak spoil mood mami dan dedi dia nak bercuti agaknya.



Kami berhenti sarapan pagi di hentian rehat muadzam shah, dedi ni biasa ikut trip lori so memang dia tahu mana tempat nak makan, mana tempat nak isi minyak. Masa tu dalam pukul 7 lebih, satu gerai tu je yang buka so makan kat situ je la.


Mami makan nasi lemak ayam goreng, dedi makan nasi minyak daging dan anak anak roti telur sebiji sorang, air pula teh O suam, milo ais 2, nescafe suam. Total rm22.90 untuk sarapan pagi tu.


Dah kenyang perut, baru lah gerak semula. Kami ikut jalan muadzam,segamat dan masuk tol tangkak dan keluar ke tol ayer keroh. Tol dari tangkak ke ayer keroh rm3.80 sahaja.


Dah selamat tiba kat ayer keroh, destinasi pertama kami ke taman rama - rama masa tu jam 9.40 pagi. Taman rama - rama ni bersebelahan je dengan tol ayer keroh ni, keluar tol je terus nampak taman rama - rama ni. Taman rama - rama tu dah buka, so apa lagi masuk terus la, masa tu memang tak ramai orang lagi, dalam 3-4 keluarga macam tu je. Tiket dewasa rm22 kanak kanak rm16. Kami berempat, so total rm76.

Ni pintu masuk Taman Rama Rama
Monopod tak bawa, so kena la amik gambar berasingan..hehe

Rama rama tengah breakfast nenas
Ni kat dalam, antara taman rama rama dan taman buaya


Hampir dua jam juga dalam tu macam macam ada, bukan takat rama - rama je, buaya, ular, semua jenis binatang la ada dalam tu, dari sekecil binatang sampai ke besar-besarnya. 
Sebelum keluar tu sempatlah singgah kedai souvenir kat tepi koridor sebelun pintu keluar tu, nurul just beli keychain, budak berdua tu nak topi je. Sempat juga paw mami suruh beli jagung kat pintu keluar tu. Layankan ajelah.

Dalam banyak topi, yang ni jugak dia berkenan
Hasil mengpaw mami, makan jagung sebelum keluar
Buaya pun ada, besar besar saiznya
Taman kaloi, gemuk gemuk kaloi dia

Ok panjang dah ni, nanti Nurul sambung ke next entri ya. Stay tune.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...