Saturday 20 January 2018

12 Petua Atasi Alahan Masa Hamil Supaya Tak Melepek Sepanjang Hari



Ada tak petua atasi alahan masa hamil? Eh mestilah ada. Kebanyakan ibu hamil akan alami alahan ni, bezanya samada alahan teruk atau tahap normal sahaja. Kadang kadang ada yang kena tahan di hospital sebab alahan yang terlalu teruk.


Petua Atasi Alahan Semasa Hamil


Ini adalah 12 petua atasi alahan semasa hamil yang boleh kita amalkan :-

1. Kerapkan makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang sedikit setiap 2 hingga 3 jam supaya perut tak kosong walau kita dalam keadaan tidak lapar. 

2. Ibu hamil bebas makan apa sahaja yang nak dimakan tapi elakkan ambil makanan yang pedas, berlemak dan bergoreng.

3. Jika kita tak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka kipas dan tingkap seluasnya. Jika ada yang boleh masak bagi pihak kita itu lebih baik.

4. Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia. Ia boleb bantu redakan sebu perut atau tidak selesa.

5. Elakkan mengambil minuman berkafein dan jauhi merokok.

6. Minum air dengan kerap sekurang kurangnya 6 gelas sehari.

7. Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan. Maksudnya jarakkan masa ambil minuman sebelum dan selepas makan.

8. Pengambilan air halia boleh bantu kurangkan rasa mual.

9. Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah bila kita dalam keadaan penat.

10. Tidup sekejap disiang hari kerana kebiasaanya pada trimester pertama, ibu hamil kerap berasa letih dan mengantuk.

11. Buka tingkap rumah seluasnya untuk pengudaraan yang lebih baik dalam rumah.

12. Elakkan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan mual.

So, ibu hamil boleh cuba petua atasi alahan semasa hamil ni untuk kurangkan gejala alahan yang kita alami. Untuk atasi alahan dengan vitamin Shaklee, boleh rujuk disini.



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah alahan semasa hamil ini atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Whatapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...