Thursday 19 October 2017

Cara Turunkan Bacaan Kolesterol Dengan Cepat

Set Kolesterol Shaklee
Artikel hari ni nurul nak share cara turunkan bacaan kolesterol dengan cepat. Tapi sebelum tu meh kita kenal-kenal dulu dengan cik kolesterol ni.

Kolestrol di dalam darah bukan perkara yang boleh diambil ringan. Dulu kita selalu dengar orang yang badan gempal selalu kena serangan kolesterol ni, sekarang orang kurus pun boleh ada masalah kolestrol.

Kolesterol ni kalau dibiarkan, boleh menghalang saluran darah dan boleh mengakibatkan serangan jantung secara tiba-tiba.

Kolesterol yang tinggi juga merupakan punca serangan stroke yang menyebabkan pesakit lumpuh sebelah badan dalam masa yang sangat singkat.

2 JENIS KOLESTEROL

Selalu kalau kita sebut kolesterol, mesti fikir buruk je tentang kolesterol ni kan. Sebenarnya kolesterol dihasilkan oleh badan kita sendiri dan ia amat diperlukan oleh tubuh kita.

Antara fungsi utama kolesterol adalah untuk menghasilkan hormon seperti estrogen, testosterone, progesterone, aldosterone dan cortisone.

Kolesterol juga penting untuk menghasilkan Vitamin D di dalam badan manusia. Apabila cahaya matahari menyentuh kulit, kolesterol akan bantu mengubahnya menjadi Vitamin D.

Jadi, apa yang boleh membuatkan kolesterol ni bahaya untuk kesihatan?

Kolesterol ada 2 jenis – HDL dan LDL.

Kolesterol HDL adalah kolesterol yang bekerja untuk hasilkan hormon dan menghasilkan vitamin D.

Tetapi kolesterol LDL pula akan bekerja untuk menyekat salur darah sedikit demi sedikit sehingga menyebabkan salur darah pecah atau tersumbat.

LDL KOLESTEROL JAHAT

Kolesterol yang merosakkan badan dikenali sebagai LDL. LDL ini yang akan membuatkan salur darah yang berdekatan dengan jantung.
Biasanya kolesterol jahat ni datangnya dari makanan yang tidak sihat juga.

Antara makanan yang tinggi kandungan LDL termasuklah makanan yang deep-fried, lemak daging dan kulit haiwan.

LDL juga terhasil apabila radikal bebas mengoksidisasi HDL – ia membuatkan HDL bertukar menjadi LDL.

HDL KOLESTEROL BAIK

HDL pula adalah kolesterol kategori kolesterol baik kerana ia berfungsi untuk bawa LDL yang ada dalam sel badan kepada hati. Organ hati akan singkirkan LDL ini dari badan.

HDL juga berfungsi untuk menurunkan bacaan LDL.

5 TIPS TURUNKAN KOLESTEROL DENGAN CEPAT

Banyak cara nak turunkan bacaan kolesterol ni sebenarnya, yang nurul kongsikan ni adalah sebahagian darinya.

TIPS #1 : BERSENAM

Lemak dan kolesterol ni bukan je melekat pada salur darah kita tapi ada juga yang banyak melekat pada organ kita seperti jantung dan paru-paru.

Bila lemak dan kolesterol mula menempel pada organ jantung kita, jadi jantung kita terpaksa mengepam lebih dari kebiasaan. Samalah macam kita nak cuci dinding, bila banyak kulat-kulat melekat di dinding, lebih banyak tenaga kita guna untuk hilangkan kulat tadi. Betul tak?

Lemak - lemak ni bila dah banyak sangat dalam salur darah sampai tak lepas nak keluar balik, tu yang mudah sangat dia singgah ke organ - organ badan kita.

Cara untuk buang lemak-lemak yang melekat pada organ ini, adalah dengan cara bersenam.

Berjalan santai selama 45 minit pun dikira senaman yang sihat.

TIPS #2 : BANYAKKAN SERAT

Makanan berserat membantu menyerap kolesterol. Lepas serat ni menyerap kolesterol, ia akan dibuang sebagai najis bersama kolesterol yang diserap tadi.

Contoh makanan berserat termasuklah oat, barli, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan yang mengandungi psyllium juga kaya dengan serat.

TIPS #3 : BANYAKKAN MAKAN IKAN

Ikan mengandungi Omega 3 yang membantu membakar dan mengikis kolesterol.

Sebaiknya ikan tersebut masak stim atau rebus, sebab kalau goreng dengan minyak, jadi lain lah pulak, kan.

TIPS #4 : TEH HIJAU

 Teh hijau merupakan minuman yang kaya dengan anti-oksidan.

Ia bagus untuk membantu meneutralkan semula radikal bebas yang menyebabkan HDL teroksida menjadi LDL

TIPS #5 : PENGAMBILAN SUPPLEMEN

Tapi sebelum tu nurul nak jelaskan yang sebenarnya suplemen ni bukanlah untuk merawat tapi ia lebih kepada membantu memberi nutrisi secukupnya kepada badan kita supaya badan kita dapat berada pada tahap optima. Bila badan kita cukup nutrisi, maka automatik kita akan sihat, dan bila kita sihat, of course la kita akan bebas daripada sebarang jenis masalah / penyakit.

CADANGAN SUPPLEMEN

Antara supplemen cadangan untuk menurunkan bacaan kolesterol dengan cepat :

a) OMEGA GUARD

Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
Omega Guard adalah asid lemak dari minyak ikan omega-3.

Ia berfungsi untuk membawa kolesterol keluar dari salur arteri ke hati untuk proses penyingkiran. Dengan kehadiran HDL ia dapat merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat melancarkan aliran darah. Kehadiran plak pada dinding arteri sangat membahayakan kerana ia boleh menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar dan menyebabkan ia menggumpal. Ini akan meningkatkan risiko strok dan arteri mengeras dan pecah. Dengan kata lain, ia bantu membersihkan salur arteri.

b) PHYTOCOL - ST

Merupakan suplemen anti-kolesterol yang mengandungi phytosterols iaitu sebatian sterol dan stanol dari tumbuh-tumbuhan yang serupa dengan kolesterol. Sterol tumbuhan telah terbukti mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan strok termasuk masalah tekanan darah tinggi, penyakit hati dan masalah kesuburan.

Phytosterols (molekul hijau) akan membentuk lapisan disekeliling kolesterol (molekul kuning) lalu menghalangnya dari menyerap ke dalam salur darah. Kolesterol yang tidak diserap ke salur darah akan disingkirkan dari tubuh.

Oleh itu, apabila kolesterol dalam salur darah berkurangan, paras kolesterol akan menurun dan penyakit seperti penyakit jantung koronari dan strok dapat dicegah. Masalah kegemukan akibat kolesterol juga dapat diatasi.

Gabungan Phytocol - ST dan Omega Guard ini adalah cara terbaik untum turunkan bacaan kolesterol dengan cepat. Dengan penurunan 10% tahap kolestrol LDL sudah boleh menurunkan 20% risiko serangan jantung tau.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah kolesterol ini atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Untuk belian secara terus dari website Shaklee, boleh klik image dibawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e12e5a207c1c51bdf37f1d829294669a


Pengedar Sah Shaklee anda :
☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan



    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...