Sunday 3 February 2019

Cara Tingkatkan Hb Ibu Hamil dengan Mudah Tanpa Perlu Suntikan

Bagi orang yang tidak faham, mesti terpinga-pinga bila kawan-kawan yang hamil asyik cerita pasal Hb. Asyik-asyik Hb. Apa itu Hb? Hb itu sebenarnya, singkatan untuk hemoglobin.


APA ITU HEMOGLOBIN (HB)?

Menurut Wikipedia,  Hemoglobin (kependekan: Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu.

Untuk ibu yang mengalami masalah Hb rendah antara yang boleh anda lakukan adalah dengan membuat perubahan kepada diet seharian anda. Makanlah makanan yang kaya dengan Zat Besi, Vitamin C, Vitamin B-Kompleks dan Asid folik, serta hindarilah makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi dan juga mempunyai glutein yang tinggi.

A. Makan Makanan Yang Mempunyai Kandungan Zat Besi Yang Tinggi

Zat Besi adalah merupakan elemen penting dalam pembentukan fungsi Hemoglobin. Jika anda mengalami masalah Hb yang rendah, anda boleh bantu tingkatkan Hb anda dengan menambah makanan tinggi zat besi dalam diet anda. Antara makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi termasuklah;

Kumpulan Daging - hati ayam, daging lembu, daging itik, hati lembu

Kumpulan Sayuran - Bayam, Kentang dengan kulit, Puri Tomato, Brokoli, Asparagus, Baked Bean, Kale

Kumpulan Kekacang - badam, hazelnut, gajus dsb (pastikan anda tidak ada alahan kacang), Biji labu (pumpkin seed) yang dipanggang

Kumpulan Buah-buahan - Anggur kering berbiji & tidak berbiji, Aprikot Kering, Jus Prune, Buah tin (fig) kering, Tembikai, Betik

Kumpulan Bijirin - Oatmeal segera, Bijirin Cereal,Bar granola yang mengandungi oat, buahan dan kekacang kering

B. Makan Makanan Mempunyai Kandungan Vitamin C Yang Tinggi

Vitamin C adalah penting untuk membantu penyerapan zat besi ke dalam badan anda. Sebab itu, untuk ibu yang mengalami masalah Hb adalah dinasihatkan selain daripada mengambil tambahan zat besi daripada sumber makanan, ibu juga harus tingkatkan pengambilan vitamin C.
Antara contoh makanan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi termasuklah Jambu Batu, Brokoli, Oren, Mangga, Strawberi, Kobis, Bayam, Cili Benggala Merah, Kiwi, Betik

C. Makan Makanan Mempunyai Kandungan Asid Folik Yang Tinggi

Sayuran Berdaun hijau seperti bayam, Asparagus, Brokoli, Buahan sitrus seperti oren, Betik, Anggur, Pisang, Limau gendang dan strawberi, Kekacang seperti kacang pinto, kacang lima, kacang hijau, black-eyed peas and kidney beans, Avocado, Bijian kekacang seperti Biji Bunga Matahari, Kacang tanah, flaxseed, badam, Bunga Kobis, Jagung, Celery, Lobak Merah

D. Makan Makanan Bijirin Penuh

Roti, bijirin atau pasta yang diperbuat daripada bijirin penuh adalah kaya dengan zat besi yang membantu meningkatkan fungsi haemoglobin anda.

E. Elakkan Makanan Penghalang Penyerapan Zat Besi.

Tahukah anda terdapat makanan yang menghalang proses penyerapan zat besi oleh tubuh badan anda yang juga dikenali sebaga ‘iron blockers’. Antara contoh makanan tersebut adalah daun Parsley, Kopi Susu, Teh,Tauhu,Minuman Berkarbonat, Ubat Antacids, Makanan yang tinggi kalsium dan fiber

Jadi, kurangkan mengambil makanan ini jika anda sememang menghadapi masalah Hb rendah.

F. Kurangkan makan makanan yang mempunyai nilai gluten yang tinggi

Bagi individu yang mempunyai sensititiviti yang tinggi terhadap gluten, ia boleh merosakkan lapisan usus kecil dan seterusnya menyebabkan ketidak seimbangan penyerapan kalsium, lemat, folat dan juga zat besi. Gluten adalah merupakan protein yang boleh dijumpai dalam bijian seperti gandum, barli dan sebagainya. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk mengambil makanan bebas gluten.

G. Amalkan supplemen tambahan

Untuk meningkatkan HB dalam darah, Nurul sarankan supaya anda mengambil Set Healthy Prenatal Shaklee, iaitu:

Set Healthy Prenatal Shaklee


1. Vitalea


Vitalea merupakan sejenis multivitamin dilengkapi dengan zat besi. Vitalea mudah diserap ke dalam badan berbanding vitamin jenis lain kerana Vitalea mempunyai coating jenis aqueos dan mudah larut dalam air. Sebab tu, bila ambik vitalea, hb mudah naik.

2. Vita C

Vita C penting untuk penyerapan zat besi yang ada dalam vitalea dan yang ada dalam makanan. Dengan pengambilan vitamin C, penyerapan zat besi akan menjadi lebih optimum.

3. B Complex

B Complex Shaklee dilengkapi dengan asid folik. Asid folik penting untuk pembentukan sel darah merah.

Makan 3 jenis vitamin ni, insyaAllah akan naik hb, dengan syarat kita makan dengan konsisten dan dapatkan konsultansi cara makan terbaik dari Nurul ye.

Nurul kongsikan sekali testimoni Nurul sendiri menggunakan Set Healthy Prenatal Shaklee sepanjang tempoh kehamilan anak ke 3, tahun lepas.

Testimoni Set Healthy Prenatal Shaklee



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Set Healthy Prenatal Shaklee ni atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725 (Call/SMS/Wapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829

✍ FB: Sharifah Alhabsyiee

⌨ FB Page: Mummy's Beauty

IG : Shakleekuantan_bymami

✉ Email: snurulkamariah@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725

➲ COD Area: Kuantan dan Pekan




1 comment:

  1. The Most Successful Sites for Crypto, Casino & Poker - Goyang
    Goyang Casino & Poker is one of herzamanindir the most famous gri-go.com and well known 바카라 사이트 crypto febcasino gambling goyangfc.com sites, founded in 2012. They are popular because of their great

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...