Sunday 3 February 2019

Tips Penjagaan Ibu Berpantang Dengan Baik Supaya Tak Bentan

Tempoh berpantang sememangnya perkara yang sangat mencabar buat ibu terutama sekali bagi yang pertama kali melahirkan anak. Penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk mengembalikan kesihatan ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan juga naik turun tahap kesihatan. 

Jika kita mengabaikan tempoh berpantang, banyak masalah kesihatan fizikal dan mental yang akan berlaku. Orang-orang tua tak mengalakkan kita membuat terlalu banyak pergerakan secara kasar/ berat takutnya nanti luka bersalin akan tertetas kembali atau mungkin kedudukan rahim akan jatuh.


Sebagai persediaan untuk berpantang, anda perlu ketahui dan ikuti tip penjagaan seperti berikut  :-

- BERTUNGKU

Amalan bertungku sememangnya satu amalan yang sangat baik. Bertungku bukan sahaja membantu untuk mengecutkan 'batu merian' supaya lemak yang terkumpul dibahagian perut dapat dipecahkan. Bertungku membantu memecahkan darah beku dalam perut. Bertungku juga membantu mengurangkan stress ibu.

- BERURUT

Berurut amalan yang sering dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana faedahnya sangat baik untuk badan. Bayi pun ada urutan tersendiri.

Berurut dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan. Yelah, semasa tempoh melahirkan, ibu mengunakan banyak tenaga, jadi selepas bersalin, badan ibu akan menjadi sangat lemah.

Urutan biasanya boleh dilakukan selepas beberapa hari kelahiran. Semasa berurut badan kita akan kembali panas dan segar.

- BERBENGKUNG

Pemakaian bengkung atau berbarut bukanlah sekadar nak merampingkan pinggang. Tujuan sebenar adalah untuk membantu membentuk kembali otot-otot badan, perut, pinggul dan untuk mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Semasa mengandung, badan kita telah mengembang dan banyak juga lemak-lemak terkumpul kan.. selepas bersalin semuanya mengeleber, jadi masa berpantang adalah masa yang paling baik untuk mengecilkan dan menegangkan semua itu ke bentuk badan asal malah mungkin boleh jadi lebih baik dari sebelum itu.

- MANDI AIR REBUSAN

Nurul gunakan air rebusan daun herba semasa berpantang ketiga - tiga anak, kerana saya berpantang di rumah mak. Semua daun tersebut ditanam di belakang rumah sahaja.

Kehebatan pokok-pokok herba memang diakui sangat baik untuk manusia. Buat ibu yang memerlukan rawatan untuk mengembalikan kesegaran tubuh, air rebusan daun herba sangat-sangat membantu.

Air rebusan daun sangat baik untuk mengembalikan kesegaran urat saraf. dengan aromanya yang sangat sedap dihidu ianya juga membantu menenangkan badan dan fikiran.

- REHAT SECUKUPNYA

Selepas bersalin, kita akan terpaksa sesuaikan diri dengan keadaan baru dan karenah bayi. Sekiranya semua tip di atas telah dibuat, tetapi badan tidak mempunyai rehat yang secukupnya, tidak berkesan juga berpantang kita.

Untuk mengelakkan rasa pening dan letih melampau menjaga bayi, (ada bayi yang pada waktu malam suka meragam) anda perlu utamakan tidur. Apabila bayi tidur, masa itulah ibu turut sama tidur dan berehat. Jangan pada waktu bayi tidur, ibu pula sibuk nak buat kerja.

Waktu berpantang adalah waktu kritikal bagi ibu untuk memulihkan semula kesihatan badan dan luka-luka dalaman. Untuk minggu pertama bersalin sebaiknya, anda berehat sahaja. Lupakan sementara kerja-kerja mencuci dan lain-lain kerja yang boleh ditangguhkan.

- PENGAMBILAN SUPPLEMEN TAMBAHAN

Nurul suggestkan Set Berpantang Shaklee yang mengandungi :-

Set Berpantang Shaklee


1. B Complex
Untuk elakkan stress dan risiko meroyan selepas bersalin. Normal ibu² akan mengalami emosi yg tak stabil lepas bersalin. Selain tu, b complex akan bantu jaga urat saraf kita. Lepas bersalin mmg banyak urat saraf yg putus kan.

2. Vitalea With Iron Formula

Multivitamin yg turut mengandungi iron. Bantu tambah darah selepas kehilangan banyak darah lepas bersalin.

3. Sustained Release Vita-C

Bantu luka bersalin cepat sembuh. Biasa misi akan suruh kita makan oren banyak². So konsep dia sama.

Kita nak vitamin C supaya luka jahitan/bedah cepat sembuh dan luka tak melarat. Juga sebagai penguat sistem pertahanan tubuh kita. Lepas bersalin, tak mau la jadi batuk atau selesma.

4. ESP

Sumber protien untuk bantu badan hasilkan sel² badan yang baru. Luka mudah sembuh dan diganti dengan kulit yang lebih cantik sebab ESP ni adalah sumber protien berkualiti tinggi.

Bila asas dia baik, maka hasil dia sendiri akan baik.

ESP jugak akan bantu susu badan kita jadi lebih pekat dan bantu naikkan berat baby dengan cepat.
Bantu baby membesar dengan baik.

5. Omega Guard

Sejenis lemak ikan yang membantu perkembangan otak dan fungsi mata. Melalui penyusuan, kita dpt salurkan kepada baby. Perkembangan otak baby akan jadu lebih baik dan bijak.

Omega ni akan tolong jaga tekanan darah ibu. Lebih² lagi jika c ibu ada mengalami masalah darah tinggi semasa hamil.

6. Ostematrix

Pil kalsium yg diperkaya dgn magnesium dan vitamin K. Masa pregnant baby akan ambik kalsium dari tulang kita untuk bantu pertumbuhan tulang dia.

So biasanya ibu akan mengalami masalah sakit gigi, sakit belakang dan lenguh badan. Ni kesan akibat kalsium semakin berkurang dan tak cukup untuk badan kita sendiri.

Ostematrix akan bantu bekalkan kalsium untuk kegunaan harian tubuh. Baby jugak akan dapat kalsium dari Ostematrix yg ibu makan dan bantu baby hasilkan tulang yang lebih kuat dan padat.

Special nya lagi, Ostematrix bantu ibu mudah lawas. Normal untuk ibu alami sembelit semasa berpantang.

Tapi..kalau makan ostematrix 4 biji sebelum tido, inshaaAllah memang tak akan rasa masalah sembelit tu.

7. Alfalfa Complex

Adalah sejenis tumbuhan herba. Ia agak panas jadi perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Ia mengandungi seribu satu Multivitamin dan multimineral tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Ia sangat penting untuk bantu perbaiki sistem peranakan dan dalaman wanita. Ketatkan balik rahim dan sebagainya yang berkaitan dengan wanita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...