Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts

Sunday, 10 February 2019

Tanda - tanda Kencing Manis dan Cara Mencegahnya Sebelum Kaki Dipotong

Penyakit kencing manis adalah merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung. Kencing manis atau di dalam istilah mediknya iaitu diabetes mellitus merupakan satu penyakit dimana metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum.

Ia terjadi apabila pankreas gagal berfungsi secara normal yang mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak cukup untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan. Tanpa insulin yang cukup inilah yang menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Sebab itu, penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekalkan ke dalam sel.

APA PUNCA KENCING MANIS?

Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:

~ Berlebihan berat badan / obesiti
~ Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif
~ Pemakanan - pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat
~ Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga
~ Peningkatan umur
~ Bangsa – Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

TANDA KENCING MANIS

Berikut disenaraikan 5 gejala atau tanda awal penyakit kencing manis yang utama yang boleh anda perhatikan pada diri dan juga kepada ahli keluarga agar langkah awal dapat diambil samada dengan mendapatkan nasihat doktor pakar atau dengan mengawal pemakanan.

1. KERAP DAHAGA DAN KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM

Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula, selalu ke tanda untuk kencing.

Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam. Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

2. BERAT BADAN MENYUSUT DENGAN DRASTIK

Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

3. JARAK PENGLIHATAN MENURUN

Jangan ingat tidak nampak itu disebabkan rabun. Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

4. SERING KEBAS PADA TANGAN DAN KAKI

Antara tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

5. LUKA YANG LAMBAT SEMBUH.

Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”.

Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka yang di alami.

Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.

CARA KAWAL GULA DALAM DARAH DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Antara vitamin yang terkandung dalam set kawalan gula dalam darah ini adalah :-



◎Vivix                                                            
Kaya dengan  polifenol tumbuhan( Muscadine, Elderberry,Purple Carrot Extract Blend) yang membantutkan pertumbuhan AGE.
AGE terhasil secara semulajadi dalam badan, apabila protein atau lemak bertindakbalas dengan gula (glycation). AGE dianggap sebagai punca utama komplikasi berbeza untuk pesakit kencing manis.

◎ ESP                                                                   
Makanan rendah glisemik untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Contohnya kacang soya. Di mana ia merupakan salah satu kacang yang mempunyai rendah glisemik indeks, 20-25 yang membantu memberi tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah.

◎Omega Guard                                        
Minyak ikan omega 3 membantu mengekalkan tahap trigleserida dan mengekalkan kesihatan.

◎Vitalea                                                       Pengambilan makanan yang tinggi chromium. Chromium adalah mineral yang membantu untuk insulin bekerja dengan penuh berkesan,untuk mengekalkan  tahap gula yang sihat.

◎Zinc Complex                                                 Membantu dalam penghasilan insulin dan pemulihan luka.

◎B Complex                                            
Vitamin B6 dan B12 menyokong kesihatan saraf,keadaan yang kritikal untuk pesakit neurophaty kencing manis.

◎Vitamin C                                                            Vitamin C mengurangkan level sorbitol gula yang terkumpul dalam sel,dan rosak dalam sel mata,buah pinggang dan saraf

Kesimpulannya, seseorang itu hendaklah memerhatikan perubahan pada tubuh badan mereka. Sekiranya, ada tanda-tanda penyakit kencing manis ini pada diri maka segeralah mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

Lebih daripada itu, kawallah pemakanan anda. Jaga pengambilan gula dalam makanan dari hari ini untuk mengelakkan diri menjadi mangsa penyakit kencing manis ini. Jika boleh, amalkan diet kencing manis atau dapatkan nasihat doktor.



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Set Kawalan Gula dalam darah Shaklee ini atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829

✍ FB: Sharifah Alhabsyiee

⌨ FB Page: Mummy's Beauty

IG : Shakleekuantan_bymami

✉ Email: snurulkamariah@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725

➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Sunday, 3 February 2019

Tips Penjagaan Ibu Berpantang Dengan Baik Supaya Tak Bentan

Tempoh berpantang sememangnya perkara yang sangat mencabar buat ibu terutama sekali bagi yang pertama kali melahirkan anak. Penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk mengembalikan kesihatan ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan juga naik turun tahap kesihatan. 

Jika kita mengabaikan tempoh berpantang, banyak masalah kesihatan fizikal dan mental yang akan berlaku. Orang-orang tua tak mengalakkan kita membuat terlalu banyak pergerakan secara kasar/ berat takutnya nanti luka bersalin akan tertetas kembali atau mungkin kedudukan rahim akan jatuh.


Sebagai persediaan untuk berpantang, anda perlu ketahui dan ikuti tip penjagaan seperti berikut  :-

- BERTUNGKU

Amalan bertungku sememangnya satu amalan yang sangat baik. Bertungku bukan sahaja membantu untuk mengecutkan 'batu merian' supaya lemak yang terkumpul dibahagian perut dapat dipecahkan. Bertungku membantu memecahkan darah beku dalam perut. Bertungku juga membantu mengurangkan stress ibu.

- BERURUT

Berurut amalan yang sering dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana faedahnya sangat baik untuk badan. Bayi pun ada urutan tersendiri.

Berurut dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan. Yelah, semasa tempoh melahirkan, ibu mengunakan banyak tenaga, jadi selepas bersalin, badan ibu akan menjadi sangat lemah.

Urutan biasanya boleh dilakukan selepas beberapa hari kelahiran. Semasa berurut badan kita akan kembali panas dan segar.

- BERBENGKUNG

Pemakaian bengkung atau berbarut bukanlah sekadar nak merampingkan pinggang. Tujuan sebenar adalah untuk membantu membentuk kembali otot-otot badan, perut, pinggul dan untuk mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Semasa mengandung, badan kita telah mengembang dan banyak juga lemak-lemak terkumpul kan.. selepas bersalin semuanya mengeleber, jadi masa berpantang adalah masa yang paling baik untuk mengecilkan dan menegangkan semua itu ke bentuk badan asal malah mungkin boleh jadi lebih baik dari sebelum itu.

- MANDI AIR REBUSAN

Nurul gunakan air rebusan daun herba semasa berpantang ketiga - tiga anak, kerana saya berpantang di rumah mak. Semua daun tersebut ditanam di belakang rumah sahaja.

Kehebatan pokok-pokok herba memang diakui sangat baik untuk manusia. Buat ibu yang memerlukan rawatan untuk mengembalikan kesegaran tubuh, air rebusan daun herba sangat-sangat membantu.

Air rebusan daun sangat baik untuk mengembalikan kesegaran urat saraf. dengan aromanya yang sangat sedap dihidu ianya juga membantu menenangkan badan dan fikiran.

- REHAT SECUKUPNYA

Selepas bersalin, kita akan terpaksa sesuaikan diri dengan keadaan baru dan karenah bayi. Sekiranya semua tip di atas telah dibuat, tetapi badan tidak mempunyai rehat yang secukupnya, tidak berkesan juga berpantang kita.

Untuk mengelakkan rasa pening dan letih melampau menjaga bayi, (ada bayi yang pada waktu malam suka meragam) anda perlu utamakan tidur. Apabila bayi tidur, masa itulah ibu turut sama tidur dan berehat. Jangan pada waktu bayi tidur, ibu pula sibuk nak buat kerja.

Waktu berpantang adalah waktu kritikal bagi ibu untuk memulihkan semula kesihatan badan dan luka-luka dalaman. Untuk minggu pertama bersalin sebaiknya, anda berehat sahaja. Lupakan sementara kerja-kerja mencuci dan lain-lain kerja yang boleh ditangguhkan.

- PENGAMBILAN SUPPLEMEN TAMBAHAN

Nurul suggestkan Set Berpantang Shaklee yang mengandungi :-

Set Berpantang Shaklee


1. B Complex
Untuk elakkan stress dan risiko meroyan selepas bersalin. Normal ibu² akan mengalami emosi yg tak stabil lepas bersalin. Selain tu, b complex akan bantu jaga urat saraf kita. Lepas bersalin mmg banyak urat saraf yg putus kan.

2. Vitalea With Iron Formula

Multivitamin yg turut mengandungi iron. Bantu tambah darah selepas kehilangan banyak darah lepas bersalin.

3. Sustained Release Vita-C

Bantu luka bersalin cepat sembuh. Biasa misi akan suruh kita makan oren banyak². So konsep dia sama.

Kita nak vitamin C supaya luka jahitan/bedah cepat sembuh dan luka tak melarat. Juga sebagai penguat sistem pertahanan tubuh kita. Lepas bersalin, tak mau la jadi batuk atau selesma.

4. ESP

Sumber protien untuk bantu badan hasilkan sel² badan yang baru. Luka mudah sembuh dan diganti dengan kulit yang lebih cantik sebab ESP ni adalah sumber protien berkualiti tinggi.

Bila asas dia baik, maka hasil dia sendiri akan baik.

ESP jugak akan bantu susu badan kita jadi lebih pekat dan bantu naikkan berat baby dengan cepat.
Bantu baby membesar dengan baik.

5. Omega Guard

Sejenis lemak ikan yang membantu perkembangan otak dan fungsi mata. Melalui penyusuan, kita dpt salurkan kepada baby. Perkembangan otak baby akan jadu lebih baik dan bijak.

Omega ni akan tolong jaga tekanan darah ibu. Lebih² lagi jika c ibu ada mengalami masalah darah tinggi semasa hamil.

6. Ostematrix

Pil kalsium yg diperkaya dgn magnesium dan vitamin K. Masa pregnant baby akan ambik kalsium dari tulang kita untuk bantu pertumbuhan tulang dia.

So biasanya ibu akan mengalami masalah sakit gigi, sakit belakang dan lenguh badan. Ni kesan akibat kalsium semakin berkurang dan tak cukup untuk badan kita sendiri.

Ostematrix akan bantu bekalkan kalsium untuk kegunaan harian tubuh. Baby jugak akan dapat kalsium dari Ostematrix yg ibu makan dan bantu baby hasilkan tulang yang lebih kuat dan padat.

Special nya lagi, Ostematrix bantu ibu mudah lawas. Normal untuk ibu alami sembelit semasa berpantang.

Tapi..kalau makan ostematrix 4 biji sebelum tido, inshaaAllah memang tak akan rasa masalah sembelit tu.

7. Alfalfa Complex

Adalah sejenis tumbuhan herba. Ia agak panas jadi perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Ia mengandungi seribu satu Multivitamin dan multimineral tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Ia sangat penting untuk bantu perbaiki sistem peranakan dan dalaman wanita. Ketatkan balik rahim dan sebagainya yang berkaitan dengan wanita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...