Tuesday 28 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Cara Penyimpanan Susu Ibu

Selamat hari selasa semua..Nurul doakan semoga pembaca semua berada dalam keadaan sihat semuanya..Hari ni Nurul nak tunjukkan cara yang betul untuk menyimpan susu ibu selepas dipam untuk dijadikan simpanan ketika ibu-ibu tiada bersama dengan bayi..Nanti tak ada masalah la kan nak tinggal anak - anak sementara ibu-ibu ada kursus atau aktiviti yang lain.
EBM

Untuk pengetahuan ibu-ibu semua, susu ibu ni mengandungi sel hidup, jadi amatlah penting untuk memastikan susu ibu ni disimpan dengan rapi supaya kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Lagi satu, susu ibu ni mempunyai bahan anti bakteria yang membolehkan ia kekal segar dan tahan lama.

Antara bekas yang sesuai untuk menyimpan susu ibu :-
✔Bekas plastik atau botol susu yang bebas BPA (Bisphenol-A)
✔Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras seperti Tupperware
✔Breast milk storage liners yang memang dikhususkn utuk menyimpan susu ibu

Jangka masa susu ibu selepas diperah :-
✔Tahan sehingga 4 jam jika diletakkan dalam suhu bilik (19 hingga 26 C)
✔Tahan sehingga 12 - 24  jam jika diletakkan didalam cooler bag/box yang bersuhu kurang dari 4 C
✔Tahan sehingga 7 hari jika diletakkan di dalam peti sejuk yang kurang dari 4 C
✔Tahan sehingga 3 hingga 5 bulan jika diletakkan di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga 20 C)

Panduan asas yang perlu untuk mengekalkan keadaan susu yang terbaik :-
✔Bekas penyimpanan susu mesti dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, kemudian bilas dengan air didih dan keringkan dengan sempurna sebelum diguna semula
✔Catatkan tarikh susu perahan pada bekas susu sebelum disimpan
✔Simpan mengikuti kuantiti yang cukup untuk sekali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya jika anak anda minum susu dengan kadar 2 - 4 oz so simpan mengikut kadar itu sahaja.
✔Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutup, bagu ruang untuk susu itu membeku apabila dibekukan
✔Susu hendaklah disimpan dibahagian sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan ke bahagian beku peti sejuk
✔Jangan simpan susu di pintu peti sejuk kerana suhu dipintu peti sejuk tidak stabil (Untuk kes anak - anak yang suka buka tutup peti tanpa tujuan..hihihi)
✔Simpan susu ditempat paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil
✔Jika menggunakan cooler bag/box pastikan icepack uyang digunakan mencukupi ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka cooler bag/box.


Sebagai maklumat tambahan :-

Jika anda seorang ibu yang bekerja dan selalu mengepam susu dipejabat, susu perahan tersebut hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dipejabat jika ada kalau tak ada pun memamdai dengan mengisi didalam cooler bag. Pastikan ice pack mencukupi untuk perjalanan pulang kerumah dalam keadaan yang kekal sejuk. Sesudah sampai di rumah pindahkan susu tersebut ke bahagian sejuk biasa ataupun bahagian sejuk beku.

Ibu - ibu tidak digalakkan membekukan susu di pejabat kerana susu yang beku sukar diuruskan kerana kita perlu memastikan susu tersebut berada dalam keaddan beku tanpa cair walaupun sedikit.

Jika susu yang beku tadi sudah cair walaupun sedikit, susu tersebut tidak boleh dibekukan lagi.Ia perlu disimpan di bahagian sejuk biasa dan pastikan susu tersebut digunakan dalam masa 24 jam selepas ia mencair.

Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Semoga tips - tips ini bermanfaat kepada semua ibu - ibu dan bakal ibu di luar sana..

Berminat untuk sertai Shaklee???Hubungi Nurul di : 
Call/SMS/Wapps :  017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...