Thursday 9 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Faktor Pengurangan Susu Ibu



Semangat lain sikit hari ni..hihihi sebab semalam ada kelas mengenai susu ibu ni..Nurul yang dah lama xmenyusukan anak ni pun dah teruja balik nak memyusukan anak tapi kena tunggu ada rezeki nanti la kan..Sebelum tu kita yang ibu - ibu ni kena kenal pasti dulu apa punca atau faktor yang membuatkan susu kita tak nak keluar..Susu tu ada sebenarnya cuma cara kita nak mendapatkannya tu tidak kena tu yang ramai yang beralasan susu xde..hihihihi termasuklah Nurul..So ari ni Nurul nak share dengan ibu - ibu apa faktor yang menyebabkan pengurangan susu ibu..

Faktor - faktor pengurangan susu ibu :-

♦ Stress 
Yang ni la yang paling penting bila nak menyusukan anak.kalau boleh elakkan terlalu memikirkan masalah yang dialami oleh ibu - ibu. Ready kan diri untuk berkeadaan tenang semasa atau sebelum menyusukan bayi..Jika perlu boleh amalkan B Complex untuk menghilangkan stress tu.

♦ Keletihan atau kurang tidur
Bila dah jadi ibu ni, memang dah jadi perkara biasa kalau kita kurang tidur, lebih - lebih lagi kalau anak u meragam tengah malam tanpa punca. Yang jadi mangsanya kita ni la si ibu - ibu..hihihi..jadi minta la tolong dengan encik suami bantu kita at least tolong tukarkan lampin anak bila agak - agak dah penuh.

♦ Kurang minum air kosong
Badan kita memerlukan banyak air untuk membantu penghasilan susu so bila kita kurang minum air macam mana nak menghasilkan susu kan.

♦ Pengambilan pil perancang
Walau pun ia jarang berlaku terdapat juga kebarangkalian pengeluaran berkurangan apabila ibu mengambil pil perancang kehamilan.

♦ Kekerapan menyusu
Semakin kerap anak menyusu semakin bertambah pengeluaran susu..ha..ibu - ibu sila pegang pada hipotesis ni..kadang - kadang kita ni kesian sangat kat anak sampai sanggup xkejut anak untuk minum susu..So, kalau rasa kesian amik masa untuk pam susu tersebut dan biarkan breast kita kosong untuk hasilkan susu yang baru..Biasanya amalkan pam susu @ susukan bayi setiap 3 jam sekali..jangan sampai breast tu dah bengkak baru nk pam.

♦ Pengambilan ubat-ubatan
Ibu - ibu saya nasihatkan bila nak ambil ubat - ubatan tu consult la dengan doktor dulu sesuai ke tak dengan kita yang menyusu ni..ada setengah tu, ibu - ibu ada yang amik collagen time menyusukan bayi..Tambahan pula collagen yang beli merata - rata di pasaran,.Jangan la macam tu ibu - ibu, kita menyusukan bayi tu pun dah buat badan kita cantik..Sebab tu Shaklee dah declare awal -awal yang collagen powder shaklee xsesuai untuk ibu menyusu.

Nurul rasa setakat ni je la Nurul dapat bincangkan faktor pengurangan susu ni..If ibu - ibu nak cuba Set Menyusu Shaklee boleh hubungi Nurul ye..Tapi Nurul nak ingatkan Set Menyusu shaklee ni hanya sebagai bantuan bukan menambahkan susu serta merta..kalau ibu - ibu masih lagi mengamalkan faktor - faktor diatas tu, beli 10 set menyusu pun belum tentu berjaya menambah susu ibu..


Sebarang konsultansi percuma boleh hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD Area : Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...