Wednesday 29 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Tips Elak Lapar Ketika Berdiet


Hari ni Nurul tergerak hati nak beli buku untuk baca sebab ada info menarik dalamnya.. Sebelum ni beli jugak tapi baca tajuk atas lepas tu simpan kat rak.hahaha..

Berbalik pada topik entri hari ni ye..Anda mesti ada masalah lapar ni kan masa tengah berdiet..nurul pun alami benda yang sama..Memang menduga keimanan betul bila lapar tu yang kadang - kadang dah langgar pantang larang masa diet..Meh Nurul share apa yang Nurul baca dalam buku tu supaya Nurul dan anda semua boleh amalkan bersama - sama.

Tips elak lapar ketika diet :-

Kerap minum air
Untuk mengelakkan rasa lapar, amalkan mengambil segelas air pada setiap jam.Dengan cara ni akan membantu membuang toksik dalam badan kita sekaligus membuatkan kita berasa kenyang.Tubuh juga akan terhidrasi dengan baik dan badan kita pun kembali sihat dan bertenaga..Air kosong ye sayang semua bukan air manis - manis..

Letakkan kayu manis dalam masakan
Mungkin ada yang belum tahu bahawa kayu manis adalah rempah yang sihat dan bermanfaat jika diletakkan dalam masakan. Ia berfungsi untuk menstabilkan darah sekaligus melambatkan percernaan. Hasilnya anda akan berasa kenyang dengan lebih lama.

Makan secara perlahan
Makan pada kadar yang cepat membuatkan makanan yang ditelan tidak mampu dicerna dengan baik. Oleh itu, makanlah secara sederhana atau lambat supaya proses pencernaan tu berlangsung dengan sempurna dan dalam masa yang sama akan membuatkan kita berasa kenyang dan selesa.

Makan buah
Kita sedia maklum yang buah - buah memang bagus untuk kesihatan. Tapi ada juga yang mengambil langkah mudah dengan meminum jusnya sahaja. Antara minum dengan mengunyah, yang terbaik adalah menyungah buah - buahan segar yang sudah dipotong.

Kurangkan gula
Ramai yang belum sedar yang gula mampu membuatkan kita lapar dan kenyang dalam tempoh masa yang singkat.So, bila tekanan darah kita turun kita akan mudah berasa lapar dan jalan terbaik adalah kurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian.

Ambil banyak serat
Serat merupakan makanan paling lama untuk dihadamkan.Disebabkan itulah kita digalakkan mengambil serat ketika sarapan, lunch dan makan malam.Kalau dalam Shaklee, Cinch adalah serat yang paling sesuai..hihihi

Minum teh atau kopi
Kopi atau teh adalah minuman yang bagus diambil bagi mengurangkan rasa lapar. Lebih elok dihidangkan bersama jumlah gula yang kurang.Selain itu, teh juga berupaya meningkatkan tahap kesihatan tubuh secara keseluruhan.Pilihan Nurul semestinya Cinch Energy Tea Mix..hihi

Makan dalam kuantiti sedikit
Nak makan banyak tu tak ada masalah tapi berkadar la dengan kuantiti yang sedikit.Pola makanan begini membantu menjaga paras gula dalam darah sekaligus menghindar kita dari merasa lapar..


Ok sekian sahaja perkongsian Nurul hari ni..semoga bermanfaat..

Untuk dapatkan produk Shaklee dengan tawaran harga yang terbaik, hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...