
Selamat berhujung minggu semua.Apa plan hujung minggu ni..Nurul dan anak - anak tak kemana just habiskan masa di rumah. Bila dah duduk kat rumah ni macam-macam makanan nak dimakannya..hihihi kata nak diet tapi kalau dah hentam je makanan tu memang susah sikit la..Sebenarnya kita boleh sesuaikan dan tak perlulah nak menyeksa diri semata-mata nak kurus dengan membina pelan diet yang betul dan tidak memberi keselesaan.
Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan dalam membina pelan perancangan diet :-
Masukkan elemen amalan pemakanan sihat dalam pelan diet anda. Ia merupakan salah satu komponen yang amat kritikal dalam pelan diet. Dalam pelan tersebut anda tidak perlu memaksa diri atau menahan diri dari menjamah makanan ringan atau kudapan seperti coklat, keropok, atau makanan berlemak yang lain. Yang paling penting setiap makanan diambil dalam kuantiti sedikit.
Tetapkan hari yang spesifik dalam seminggu untuk anda menikmati makanan kudapan tadi.Tapi janganlah makan secara berlebihan pula ye.Jadikan hari tersebut sebagai hari untuk anda reward diri sendiri.
Reka pelan pemakanan yang spesifik. Lakukan sedikit kajian di internet atau dapatkan buku resepi makanan sihat dan berkhasiat. Pelbagaikan resepi anda untuk setiap hari supaya anda tak rasa jemu dengan menu yang sama untuk setiap hari.
Pastikan ada jadual untuk sesi senaman berkala dalam pelan diet anda. Lakukan senaman yang berlainan mengikut hari tertentu contohnya mendaftarkan diri di gym, dapatkan DVD tutorial senaman untuk dilakukan dirumah atau menggunakan alat senaman seperti treadmill dan sebagainya.
Dapatkan rakan untuk sama-sama jalankan aktiviti diet anda. Anda boleh mengajak rakan sekerja,pasangan atau adik berandik untuk sama-sama membina pelan dan menjalankan mengikut perancangan tersebut. Ini boleh membantu untuk mengekalkan motivasi dan semangat untuk anda terus menguruskan badan.
Memastikan pelan diet anda ditulis di atas kertas. Tidak guna jjika anda hanya sekadar berkat dalam hati untuk menguruskan badan. Tulis dalam diari khas atau buku kecik untuk memudahkan anda rujuk perubahan anda dari semasa ke semasa
Bertindak mengikut seperti yang dirancangkan. Bila anda sudah selesai membina sebuah pelan diet, lakukan mengikut pelan tersebut selain memastikan ia berjaya serta mencapai matlamat.
Selamat mencuba!!
Berminat untuk mencuba produk Shaklee??
Hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Whatapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com
COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain-lain
No comments:
Post a Comment