Tuesday 25 November 2014

Pisang Goreng Cheese


Selamat petang semua..Lambat lagi bersiaran hari ni sibuk dengan kerja hakiki, maklumlah nak akhir tahun ni pastu dengan GST lagi.Tapi tu bukan ceritanya hari ni..hahahah.Memandangkan sekarang dah fenomena pisang goreng bercheese ni maka terbitlah kisah jadi entri hari ni..

Alkisahnya, semalam Nurul kena ambil hubby balik kerja sebab pagi tu hujan.Masuk je dalam kereta dia duk bercerita pasal pisang goreng cheese yang dia makan waktu lunch semalam.Nurul pun tak pernah cuba sebenarnya cuma selalu tengok orang post kat fb pasal pisang goreng cheese tu..

Apalagi balik kerja tu mencari lagi pisang goreng cheese,tapi tempat yang dia makan waktu lunch tu jauh so kami pun decide la cari sekitar tempat dia kerja tu je la kan..hari pun dah petang nanti lewat pula ambil anak-anak.Kalau nak buat tu memang tak sempat la kan kena tunggu time cuti baru boleh nak bersongeh sikit..kihkihkih

First round tu usha-usha dulu tempat yang jual tu..OK ada 2 tempat jadi nak kena pilih dulu mana yang best.Pergi la kat tempat yang first ni, memang ramai orang tapi kualiti pisangnya tak menarik sebab dia guna pisang yang dah lembik.Membayangkan pisang yang lembik tu bila dah terkena cheese dan coklat mesti muak sangat walaupun tengah panas.

Jadi, kami pun pergi la ke tempat yang ke 2.Seriusly kat situ tak ada orang langsung.Mula-mula memang berkira-kira jugak nak beli sebab tak ada orang belikan dalam otak ni duk mikir mesti tak best ni..Tapi ternyata anggapan kami salah,pisang yang dia goreng tadi lebih baik dari kedai yang sebelumnya, siap ada extra cheese lagi..Kami pun apa lagi borong terus untuk rumah mama sekali.


Ha..macam tu la bentuknya pisang goreng cheese tu..ni sumber dari Encik Google la..Oleh kerana hubby Nurul marah ambil gambar time makan so ni je la Nurul hidangkan untuk anda semua..hahaha.
Ok jumpa lagi di entri akan datang..


Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...