Wednesday 19 November 2014

Selamat Hari Lelaki Sedunia..


Eh hari lelaki sedunia ke hari ni..Actually, Nurul pun tak tahu tapi dengar penyampai dalam radio tu wish..hahaha nampak kan outdatednya..Biarlah nak kata apa pun, Nurul nak wish jugak Selamat Hari Lelaki Sedunia untuk mereka yang bergelar lelaki..kalau pondan tu lelaki la jugak kan..hihihi

Meh berkenalan dengan lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidup Nurul selama Nurul hidup..Firstly of course la my papa kan..Tiada galang gantinya..Mungkin papa Nurul tak sama macam papa anda semua tapi Alhamdulillah Nurul sangat bersyukur bila dikurniakan seorang papa yang sangat penyabar.Buatlah apa kat dia, dia senyap je dan tak pernah sekali Nurul tengok dia balas apa yang orang cerita pasal dia.Nurul dan adik2 pun tak merasa kena rotan ke hanger ke tali pinggang ke kalau buat salah.Cukup jelingan sekali je terus terkedu masing-masing..Hahaha boleh bayangkan garangnya tak..Pesepsi mula berubah pada papa masa umur papa masuk 4 series.Papa makin dekat dengan kami sekeluarga, kalau dulu nak bergurau payah sekali sekarang ada saja gelagat dia untuk buat kami tak kering gusi lebih-lebih lagi bila bergurau dengan cucu dia yang 2 orang tu..Maklum la setakat ni tu je la cucu yang ada jadi layankan ade la kerenah mereka berdua tu..

So who next??Of course la my lovely hubby kan. Perkenalan yang tak disangka melalui kawan-kawan dan berakhir dengan perkahwinan selepas 3 tahun bercinta sakan..hahaha.Hubby Nurul ni seorang yang suka melawak ada juga kadang-kadang lawak dia tu langsung tak boleh diterima akal dan ada masa datang angin kus-kus dia tu jangan la melawan mau terangkat rumah tu..hahaha..Hidup bersama ni biasalah ada pasang surutnya kan tapi Alhamdulillah kami masih lagi bertahan..Doakan bahtera perkahwinan kami ni berkekalan hingga ke syurga..


Ok tu saja lah kot untuk lelaki yang terpenting dalam hidup Nurul sebab Nurul pun belum ada anak lelaki jadi tak ada la cerita pasal anak lelaki..hahaha. So lastly selamat hari lelaki sedunia untuk kawan-kawan Nurul di SK Teruntum, SMK Indera Mahkota 2, DAIS Kampus Dungun Batch 2006, Bacc Kampus Shah Alam 2009, Geng suka suki masa remaja tu dan untuk semua pembaca blog Nurul yang bergelar lelaki tu..Peace!!!◕‿◕



Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...