Thursday, 23 October 2014

Perkembangan Terbaik Aleesha


Lambat bersiaran ari ni..maklum la ari cuti kan macam ni la..awal  awal pagi dah keluar g check up aleesha untuk umur 2 tahun..Alhamdulillah tak ada apa yang membimbangkan.Misi tak ada apa nak komen sebab perkembangan aleesha sangat bagus.

Berat masa aleesha umur 1 taun 6 bulan 9.6kg, hari ni timbang dah 10.69..ha..dah macam sekampit beras patut la lenguh tangan mummy dukung..

Memandangkan perkembangan aleesha bagus so, next check up nanti umur aleesha 2 tahun 6 bulan pula..Hari ni jugak misi bekalkan ubat cacing supaya perkembangan aleesha tak terbantut disebabkan cacing..hihihi

Nak tahu apa rahsia saya kekalkan kesihatan yang baik untuk aleesha??Semestinya Set si Manja Shaklee..hihihi xover claim kan..

Untuk dapatkan Set Si Manja Shaklee, Hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

Wednesday, 22 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Basic H 1001 Kegunaan


Selamat hari Deepavali untuk mereka yang berbangsa India..Hari ni Nurul bercuti so bila dah bercuti ni kena la kemas - kemas rumah sikit kan..Mood hari ni nak mengemop  lantai yang dah berdebu sangat dah tu dengan menggunakan Basic H..Best bila guna basic H ni, lantai pun berkilat macam cermin, dan yang penting tak melekit lepas kita mop..Basic H ni macam - macam kegunaannya antara yang selalu Nurul buat, mengemop lantai, rendam baju anak - anak yang terkena aiskrim, mandian anak sebab anak ada ekzema,rendam periuk yang berkerak dan bersihkan hasil kreatif anak - anak di dinding..pendek kata 1001 kegunaan la Basic H ni..

Ready 3 botol terus untuk 3 rumah..hihihi
Jom tengok apa lagi kita boleh buat dengan Basic H 1001 kegunaan ni.. 

KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kueh tiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus

6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

9. Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas

Boleh dikatakan Basic H ni perlu ada untuk setiap rumah.Paling penting Basic H ni TIDAK mengandungi bahan kimia 100% gurantee oleh Shaklee..Berminat?

Dapatkan Basic anda secara online dengan klik icon di bawah :-



 Atau 

Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD percuma di sekitar bandar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitar






Tuesday, 21 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Healing Crisis / Krisis penyembuhan


Pernah tak anda semua alami masalah selepas mengamalkan produk Shaklee atau dalam erti kata lain nak sembuh tapi makin teruk je sakitnya kan..Jangan risau sebab tu adalah salah satu petanda yang vitamin yang anda makan tu sedang bertindak balas dengan sel - sel badan anda..Meh kita tengok apa yang sering di tanya oleh pengamal Vitamin Shaklee yang mengalami krisis penyembuhan.


Apakah yang di maksudkan dengan krisis penyembuhan atau healing crisis?

Ia merupakan proses yang berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel - sel badan kita yang telah rosak akibat radikal bebas. Antara prosesnya akan bemula apabila badan mula untuk menyingkirkan toksin yang terkumpul selama kita hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan berasa tidak selesa dan ia dinamakan sebagai krisis penyembuhan. Didalam perubatan cina berpendapat penyembuhan yang terbaik hendaklah didahului dengan krisis penyembuhan.


Mengapa krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengamalkan makanan tambahan?

Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

❁Tidak mengamalkannya setiap hari
❁Tidak mengikut dos yang dicadangkan
❁Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
❁Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
❁Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
❁Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
❁Mengalami masalah emosi


Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity


Ingin mengetahui lanjut lagi tentang krisis penyembuhan??Hubungi Nurul di :-
☏ Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
✉ Email : snurulkamariah@gmail.com

Monday, 20 October 2014

Aleesha Turns Two..


Ha.. semalam Nurul cerita pasal anniversary kami kan, hari ni pula birthday Aleesha Mardhiatul Nasuha yang ke - 2..Baru 2 tahun aleesha ni tapi petahnya mengalahkan kakaknya..kadang - kadang tak terlayan dengan pertanyaan dia yang bertubi - tubi tu..

Mummy doakan Aleesha berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat dan jadi anak yang solehah untuk mummy n daddy satu hari nanti..In Shaa Allah..Mummy always love you..


Penyokong Pahang tegar ni..

Sunday, 19 October 2014

Anniversary Perkahwinan


Alhamdulillah syukur Allah bagi lagi kesempatan untuk kami melayari bahtera perkahwinan..ceeewah ayat mengalahkan sasterawan kan..hihihi..

Hari ni 19 Oktober genap la usia perkahwinan Nurul yang ke - 4...Perkahwinan yang bermula dengan percintaan suka sama suka sejak tahun 2008..kiranya lama jugak kami bercinta kemudian ambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga..

Biasa la hidup berumahtangga ni ada pasang surutnya..pantai yang mana tidak dilambung ombakkan..ni kan pula kami yang serba kekurangan ni..

Selamat ulangtahun perkahwinan my dear husband...




Saturday, 18 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Tips Bekalkan EBM kepada Pengasuh


Hari ni Nurul nak bincangkan cara-cara untuk bekalkan EBM ke Pusat Asuhan untuk ibu - ibu yang bekerja. Seeloknya kita kena pastikan kita dah menerangkan cara-cara menggendalikan susu ibu (EBM) kepada pengasuh. Bagi yang mendapat pengasuh yang sudah mahir selok beloknya, lebih mudah :) 

Setibanya di rumah, mulakan proses dengan mengasingkan setiap botol EBM yang diperah di tempat kerja tadi dan letakkan kesemua EBM ke dalam bahagian sejuk peti ais (bahagian bawah). 

Pada sebelah malamnya lebih kurang jam 11 malam, keluarkan 3 botol EBM beku yang bertarikh paling lama dari bahagian beku. 3 botol EBM beku tadi letakkan dalam sebuah bekas yang berisi air paip dan masukkan ke dalam bahagian sejuk peti(bawah). Cara ini membantu EBM beku tadi cair dengan sempurnanya di keesokan paginya.

Seawal jam 5 pagi bangun mengepam, selepas mengepam, mulakan proses memindahkan EBM yang dicairkan ke dalam botol (sekiranya simpan didalam plastik) dan melabelkan botol-botol susu untuk ke pusat asuhan. Mula-mula susunkan 3 botol 'fresh EBM' dan 3 EBM yang dicairkan semalaman mengikut tarikh dan masa. Kemudian melabelkan setiap botol. Manakala baki 'fresh EBM' di bahagian sejuk saya akan pindahkan ke bahagian beku.


Cara melabel, labelkan dulu EBM yang telah dicairkan kepada nombor 1, nombor 2 dan nombor 3. Sebabnya EBM beku yang telah di cairkan WAJIB di gunakan dalam tempoh 24jam. Jadi anak saya akan habiskan EBM yang dicairkan terlebih dahulu. Dan 3 botol 'fresh EBM' akan dilabelkan mengikut turutan dari nombor 3 hingga nombor 6.


Mengapa kita perlu sediakan 'fresh EBM'? Sebabnya anak kita, kadang-kadang tidak habiskan kesemua stok susu yang kita bekalkan setiap hari, mungkin 4 atau 5 botol sahaja yang dapat dihabiskan. Atau mungkin kesemua susu dapat dihabiskan sekiranya saya lewat mengambilnya di pusat asuhan. Sekiranya susu tersebut tidak dihabiskan, minta jasa baik pengajar pusat asuhan untuk terus meletakkan susu tersebut di dalam peti ais Pusat Asuhan untuk digunakan keesokkan harinya. 'Fresh EBM' dapat tahan selama 2-3 hari dibahagian sejuk peti ais. Dan sekiranya hari tersebut adalah hari jumaat(hari terakhir bekerja)bawa pulang 'Fresh EBM' tersebut untuk dibekukan. 

Amaran; EBM beku yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Sekiranya bayi anda tidak menghabiskan stok dari EBM beku yang telah dicairkan dalam tempoh 24 jam, susu tersebut perlu dibuang. Maknanya membazir kan?.

Juga digalakkan menyediakan  'bottle warmer' untuk pengajar pusat asuhan memanaskan susu. Maknanya pengajar tidak perlu memanaskan air semata-mata untuk merendam susu. Sebenarnya kita sangat digalakkan menggunakan pemanas botol khas kerana EBM tidak boleh dipanaskan lebih 40 degree, nanti merosakkan nutrien.

Nak tips lagi??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

Friday, 17 October 2014

Meeting Meeting Meeting


Apa kena pula tajuk hari ni..hihihi..mesti ada yang tak suka kan kalau sangat nak kena attend meeting..Kadang - kadang tu perkara yang kecil dan simple pun nak kena meeting..Pastu kalau dah lama sangat meeting tu bosan pula kan..begitu tidak bersyukurnya kita semua nak merungut kan..hahaha

Bukan nak merungut just luahan rasa hati..hihihi..dalam MLM(Multi Level Marketing) ni meeting ni mesti atau dalam erti kata lain wajib la ada.sebab apa??sebab macam mana kita nak share tips - tips yang penting untuk anak - anak buah kita..dan masa ni la anak - anak buah ambil peluang untuk tingkatkan lagi tahap usaha dengan tips yang di share..

Dalam Shaklee, kami jarang bertemu muka tapi tak bermakna kami kurang berkomunikasi antara satu sama lain cuma caranya tak la sama macam MLM lain..kami hanya bermeeting di online mengunakan applikasi "go to Meeting". dari situ kami share pelbagai ilmu tanpa keluar dari rumah..yang seronoknya suami, anak - anak pun turut serta sekali bila mummynya bermeeting..nama pun family bisnes kan..

So takkan ada alasan lagi untuk berjaya....


Ingin sertai team Shaklee Nurul???
Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

Thursday, 16 October 2014

Pengalaman hadiri New Distributor Training (NDT)


Selamat pagi...senyum sikit..apa ni pagi - pagi dah masam muka..hihihi..Entri lepas Nurul ada cerita Nurul pergi NDT kan..so ari ni Nurul nak cerita pengalaman bila dah attend NDT tu..Seriusly memang seronok sangat dapat ilmu yang baru untuk kembangkan bisness Shaklee..Cara yang ditunjukkan tu amatlah mudah di fahami cuma atas diri masing - masing nak buat ke tak nak..

Nurul sangat syorkan distributor yang baru join Shaklee cuba la korbankan masa untuk attend training yang Shaklee buat ni..Nurul yakin semua SID mampu berjaya...Ok cukuplah untuk hari ni..jom cuci mata tengok gambar pula ye..hihihi
Siap ada epal lg..kihkihkih

Bersama myupline n kak aziyana group OSF

Abaikan muka assyifa tu..hahaha

Ramai kan...

Ni sijilnya

Berminat untuk sertai Shaklee??
Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

Wednesday, 15 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Panduan Pilih Vitamin


Entri kali ni Nurul nak share panduan macam mana nak tengok label pada setiap vitamin yang anda makan..ha..ni penting tau jangan main makan je nanti macam - macam pula yang jadi..ketahui dulu kandungan vitamin tersebut.Berikut adalah panduan ringkas tentang supplemen dari buku tulisan Dr. Bruce Miller.

 1. Multivitamin
- Perlu ada 12 vitamin dan 7 galian.

2. B complex:
-perlu ada 8 Kumpulan Vit-B untuk mendapat kesan paling baik.
-Pastikan folic asid dan biotin dibekalkan sekali.

3. Vitamin C
minima 500mg
-bersifat pelepasan masa  (sustained release)
-membekalkan spektrum bioflavonoid dalam amaun yang mencukupi.
-diuji secara klinikal.

4. Vitamin E
- Pilih yang bersifat semulajadi(d-alfa-tocoferol) ada di tulis pada botol bahagian label.Untuk sumber tiruan atau sumber kimia ("l" atau "dl" dan akan ditulis seperti ini;l-alfa-tocoferol atau dl-alfa-tocoferol).
- Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium. Ini kerana ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama , keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.

5. Kalsium 
-Pilihlah supplement kalsium yang ada mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang sempurna.Magnesium sangat berguna dalam mencegah kalsifikasi di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.

Semoga ia boleh dijadikan panduan utk anda memilih supplemen yg berkualiti dan berbaloi dgn wang yg anda laburkan.Pilihan yang terbaik Nurul tentunya SHAKLEE...

Perlukan konsultansi yang lain??boleh hubungi nurul di :-
☏ Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
✉ Email : snurulkamariah@gmail.com



Tuesday, 14 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Mitos Penyusuan Susu Ibu


Hari ni Nurul nak share tentang Mitos mengenai Penyusuan Susu Ibu..ye la kadang - kadang kita ni di sogokkan dengan macam - macam benda yang karut yang sehingga kita tak perasaan yang kelebihan menyusukan anak.

Dapatkan maklumat yang betul mengenai penyusuan susu ibu supaya anda dapat menentukan apakah yang terbaik untuk anda dan bayi. 
 Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Antara mitos mengenai penyusuan susu ibu..

Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”

Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak. 

  “Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”

Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”

Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur;ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

  “Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”

Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”

Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”

Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.

Untuk keterangan lanjut hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

Monday, 13 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Kenali Jenis - Jenis Urin


Selamat pagi..ada yang morning blues ke ari ni..jangan macam tu ye sayang - sayang semua..agak - agak stress tu telan B complex sebiji nak bagi tenang sikit fikiran tu.. Bercerita pasal B complex mesti ada yang notice yang urin anda akan berwarna kuning terang kan dan kalau kuning gelap pun jangan risau.apa yang perlu anda lakukan hanya pastikan pengambilan air masak mencukupi sehingga 2-3 liter sehari.

Ada yang bertanya pada Nurul kenapa bila makan B Complex ni urin jadi kuning.Ini kerana B Complex adalah vitamin yang larut air dan salah satu unsur dalam vitamin B Complex adalah riboflavin..Lebihan yang tidak dapat diserap akan disingkirkan melalui air kencing.

Jom kenali warna - warna urin anda..

Jernih - menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat

Kuning/Kuning cair mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah.

Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.

Memakan ubi mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Air kencing gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.

Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.

Air kencing kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.

Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurang air dalam badan (dehidration)

Semoga bermanfaat...
Untuk keterangan lanjut, hubungi Nurul di :-
☏ Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
✉ Email : snurulkamariah@gmail.com

Sunday, 12 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Promosi ESP

Selamat hari minggu semua..untuk blogger yang dari kelantan, terengganu, kedah, dan etc.. selamat bekerja..hihihi.. Buat pengetahuan semua hari ni dah hari ke 12 promosi ESP berlangsung..kejap je kan masa berlalu..Pengguna tegar ESP masa ni memang tersenyum sampai ke telinga la jawabnya..mana taknya biasa Shaklee buat promo 1 produk setahun sekali je..tapi tahun ni ESP dah pecah rekod dan bulan ni promosi ESP kembali selepas last promosi bulan Mac

Apa - apa pun mari kita tengok dulu apa yang anda dapat bila grab 1 set terus Promosi ESP ni..
Promosi ESP beli 6 Free 1



☞ Percuma 1 tong ESP bernilai RM 150
☞ Percuma keahlian shaklee RM 65
☞ Terima bonus Shaklee RM 36
☞ Pembelian terus dengan harga ahli
☞ Jimat 25 %

Tak nak beli 1 set pun boleh..kita beli ikut combo pula :-
Combo ESP

❁ESP + GLA Complex: ikhtiar untuk hamil/ sesuai utk mereka yg ada masalah kulit berminyak

❁ESP + Performance Drink: kekal bertenaga ketika berpuasa dan sepanjang hari terutamanya bagi mereka yang melakukan kerja-kerja berat.

❁ESP + OmegaGuard: utk ibu hamil trimester ke 2, bgs utk perkembangan otak baby dan bagus utk mengawal berat badan ibu hamil sepaya tidak naik mendadak

❁ESP + Lecithin: diet sihat/menurunkan berat badan dan sangat sesuai utk ibu2 bagi mengembalikan bentuk badan selepas bersalin

❁ESP + Alfalfa Complex: payudara anjal/milk booster.

❁ESP + Vita-E Complex: kulit cantik dan cerah/natural beauty tanpa perlu bermekap.

❁ESP + OsteMatrix: mengatasi masalah gastrik / merawat masalah sembelit ibu hamil dan ibu lepas bersalin/kurangkan jaundis untuk bayi yang menyusu ibu.

❁ESP + Vitalea : Kesihatan Optimun untuk kegunaan sekeluarga

❁ESP + Zinc Complex: sembuhkan luka bersalin @ pembedahan./ mengurangkan masalah keguguran rambut

Tak beli combo jugak??Takpe2 kita beli 1 je ye..

Macam mana nak beli??Senang je..

Nak beli online 1 tong sahaja klik je icon bawah tu..



Nak beli borong (6 free 1) @ combo, Hubungi Nurul di :-
☏ Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
✉ Email : snurulkamariah@gmail.com

Nak COD pun boleh..
COD Area : Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya

Saturday, 11 October 2014

New Distributor Training


Selamat berhujung minggu semua..apa perancangan hujung minggu ni?Hari ni Nurul ada bengkel yang dikendalikan oleh Shaklee yang diberi nama New Distributor Training. Training ni untuk membantu pengedar shaklee dalam berbisness dengan Shaklee. Nurul pun xpernah join apa - apa training yang Shaklee adakan so ari ni macam terlebih excited pula nak join..harap - harap Nurul boleh enjoy dengan training tu..hihihi

Ok la Nurul nak get ready untuk attend training.,Nantikan entri Nurul tentang feedback attend training hari ni di entri akan datang ye..

Vistana Hotel Kuantan
Ha..ni la tempat Nurul nak g jap lagi..

Friday, 10 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Set Menyusu Shaklee


Apa khabar ibu - ibu semua, kebelakangan ni banyak pula entri Nurul tentang menyusu. Tiba - tiba jadi passion pada menyusu..Jadi hari ni Nurul nak share lagi tentang Set Menyusu Shaklee ni..Jom kita teropong sket apa yang ada dalam Set Menyusu Shaklee ni dan apa kebaikan setiap vitamin tersebut.Sebelum tu Nurul nak ingatkan yang vitamin - vitamin ni semua hanya membantu tapi kalau ibu - ibu tak rajin nak mengepam masalah kurang susu tu tetap akan ada.

❀  Sustained Release Vita C Plus - menghaluskan kulit ibu dan bayi
❀  B Complex - menukarkan makanan kepada tenaga dan membantu mengawal stress ibu - ibu
❀  Vita - Lea Iron Complex - mengandungi nutrien yang lengkap yang diperlukan oleh badan
❀ Energizing Soy Protein (ESP) - membekalkan tenaga yang berpanjangan dan membantu memekatkan susu ibu
❀  Ostematrix -  membekalkan kalsium yang seimbang untuk membentukkan tulang anak - anak 
❀  Alfalfa Complex - membantu penghasilan susu ibu
Cadangan Set Menyusu Mengikut Bajet


Yang tersenarai di atas tu set lengkap untuk ibu menyusu. Sekiranya ibu - ibu tiada bajet yang berlebihan boleh hubungi Nurul untuk mendapatkan khidmat nasihat vitamin yang sesuai dengan bajet ibu - ibu..

Untuk pembelian terus di website Shaklee klik Icon di bawah :-






Hubungi Nurul di :
☎ Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD Area : Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya

Thursday, 9 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Faktor Pengurangan Susu Ibu



Semangat lain sikit hari ni..hihihi sebab semalam ada kelas mengenai susu ibu ni..Nurul yang dah lama xmenyusukan anak ni pun dah teruja balik nak memyusukan anak tapi kena tunggu ada rezeki nanti la kan..Sebelum tu kita yang ibu - ibu ni kena kenal pasti dulu apa punca atau faktor yang membuatkan susu kita tak nak keluar..Susu tu ada sebenarnya cuma cara kita nak mendapatkannya tu tidak kena tu yang ramai yang beralasan susu xde..hihihihi termasuklah Nurul..So ari ni Nurul nak share dengan ibu - ibu apa faktor yang menyebabkan pengurangan susu ibu..

Faktor - faktor pengurangan susu ibu :-

♦ Stress 
Yang ni la yang paling penting bila nak menyusukan anak.kalau boleh elakkan terlalu memikirkan masalah yang dialami oleh ibu - ibu. Ready kan diri untuk berkeadaan tenang semasa atau sebelum menyusukan bayi..Jika perlu boleh amalkan B Complex untuk menghilangkan stress tu.

♦ Keletihan atau kurang tidur
Bila dah jadi ibu ni, memang dah jadi perkara biasa kalau kita kurang tidur, lebih - lebih lagi kalau anak u meragam tengah malam tanpa punca. Yang jadi mangsanya kita ni la si ibu - ibu..hihihi..jadi minta la tolong dengan encik suami bantu kita at least tolong tukarkan lampin anak bila agak - agak dah penuh.

♦ Kurang minum air kosong
Badan kita memerlukan banyak air untuk membantu penghasilan susu so bila kita kurang minum air macam mana nak menghasilkan susu kan.

♦ Pengambilan pil perancang
Walau pun ia jarang berlaku terdapat juga kebarangkalian pengeluaran berkurangan apabila ibu mengambil pil perancang kehamilan.

♦ Kekerapan menyusu
Semakin kerap anak menyusu semakin bertambah pengeluaran susu..ha..ibu - ibu sila pegang pada hipotesis ni..kadang - kadang kita ni kesian sangat kat anak sampai sanggup xkejut anak untuk minum susu..So, kalau rasa kesian amik masa untuk pam susu tersebut dan biarkan breast kita kosong untuk hasilkan susu yang baru..Biasanya amalkan pam susu @ susukan bayi setiap 3 jam sekali..jangan sampai breast tu dah bengkak baru nk pam.

♦ Pengambilan ubat-ubatan
Ibu - ibu saya nasihatkan bila nak ambil ubat - ubatan tu consult la dengan doktor dulu sesuai ke tak dengan kita yang menyusu ni..ada setengah tu, ibu - ibu ada yang amik collagen time menyusukan bayi..Tambahan pula collagen yang beli merata - rata di pasaran,.Jangan la macam tu ibu - ibu, kita menyusukan bayi tu pun dah buat badan kita cantik..Sebab tu Shaklee dah declare awal -awal yang collagen powder shaklee xsesuai untuk ibu menyusu.

Nurul rasa setakat ni je la Nurul dapat bincangkan faktor pengurangan susu ni..If ibu - ibu nak cuba Set Menyusu Shaklee boleh hubungi Nurul ye..Tapi Nurul nak ingatkan Set Menyusu shaklee ni hanya sebagai bantuan bukan menambahkan susu serta merta..kalau ibu - ibu masih lagi mengamalkan faktor - faktor diatas tu, beli 10 set menyusu pun belum tentu berjaya menambah susu ibu..


Sebarang konsultansi percuma boleh hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD Area : Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya.


Wednesday, 8 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Variasi Rasa ESP Shaklee


Hari ni Nurul nak share resepi nak minum ESP Shaklee..ada yang tanya Nurul kena minum plain tu je ke..hahaha jangan tertipu..meh Nurul ajarkan cara nak bancuhkan rasa ESP Shaklee kepada yang lebih teruja dan mengikut selera anak tekak kita yang ohsem ni...kihkihkih

★ ESP + Air suam
★ ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
★ ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..lepas beberapa jam..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
★ ESP + SusuAnmum
★ ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
★ ESP + Nesvita 3in1
★ ESP + jus twister tropicana
★ ESP + Ribena
★ ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
★ ESP + Milo/Horlicks
★ ESP + sirap bandung
★ ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
★ ESP + KOKO + OAT
★ ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
★ ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
★ ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk
★ ESP + meal shakes + MILO
★ ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
★ ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung
★ ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) -->hasil? sgt mengujakan!!

Macam mana??Menarikkan..
So, untuk anda yang belum ada lagi ESP Shaklee ni sempat lagi grab promosi ESP buy 6 free 1 sah sehingga 31 Oktober 2014..
Bolehlah hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD Area : Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya

Tuesday, 7 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Kelebihan Susu Ibu


Seronoknya tengok ibu - ibu dapat menyusukan anak - anak mereka sehingga cukup umur..Nurul xberpeluang menyusukan anak - anak Nurul sehingga umur 2 tahun atas sebab - sebab tertentu..dan mungkin pada masa tu Nurul kurang kesedaran pada kelebihan susu ibu pada anak - anak..So,hari ni Nurul nak share dengan semua kelebihan susu ibu ni pada ibu dan anak.

Antara kelebihan susu ibu :- 
✿ Kecutkan rahim
Membantu ibu kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

✿ Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

✿ Mudah dihadamkan.
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.

✿ Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.

✿ Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.

✿ Kurangkan insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. 

✿ Stabilkan pertumbuhan endometriosis
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.

✿ Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

✿ Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

✿ Penahan sakit semulajadi
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.

Untuk ibu - ibu yang bermasalah dengan susu ibu..boleh cuba Set Menyusu dari Shaklee..
Berminat untuk mencuba..Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD Area : Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya.

Monday, 6 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Faktor Mempengaruhi Penurunan Berat Badan


Ramai yang cakap, nak menurunkan berat badan mudah je. Ya, memang mudah bagi mereka yang makan secara sihat dan bersenam. Tapi ia akan jadi sukar apabila ada faktor lain yang mempengaruhi penurunan berat badan. Antara faktornya :-


✿ FAKTOR KETURUNAN
- Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kenal-pasti susur-galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara-mara yang obes. Berkemungkinan susah untuk turun kerana faktor keturunan ini mempengaruhi di mana lemak disimpan dan juga selaju mana metabolisme bekerja.

✿ JANTINA
- Lelaki dikurniakan dengan kadar metabolisme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita mempunyai metabolisme yang perlahan kerana secara amnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Jadi lelaki lebih senang menurunkan berat badan.

✿ UMUR
- Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun, bersamaan kenaikan berat 1-2kg setahun.

✿ JENIS BENTUK BADAN
 - Epal atau pear? Di mana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme.

Bentuk badan  epal: Cenderung untuk  menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko mendapat penyakit seperti jantung, diabetes jenis 2 dan kanser.

Bentuk badan Pear: Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat. Namun golongan ini mempunyai risiko rendah terhadap penyakit berkaitan berat badan.

✿ JISIM OTOT
 - Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Ini merana otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran. Kadar purata lemak yang dibakar otot ialah 35-50 kalori sehari.

✿ JISIM LEMAK
- Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme. Kerana, lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.

✿ TABIAT BERSENAM
- Selalu bersenam, berjalan berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini ialah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot.

✿ TABIAT MAKAN
 - Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat, seperti mengelakkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam memperlahankan metaboslime. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan diri makan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak di waktu yang anda paling aktif.

✿ TEORI SET POINT
-  Satu teori berkaitan metabolisme ialah teori 'SET POINT'. Teori ini menyatakan mekanisma dalaman mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai SET POINT yang lebih tinggi, susah menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan bertindak menurunkan berat sehingga SET POINT sahaja. Kita boleh mengubah SET POINT badan dengan menurunkan sedikit demi sedikit berat secara perlahan, ini memberi masa kepada badan untuk ke SET POINT yang baru.

LET'S BURN FAT! and be healthy with Set Kurus Shaklee..

Pengedar Shaklee Kuantan
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

Sunday, 5 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Jadual tambah berat badan dengan Shaklee


Untuk mereka yang terlalu kurus tu Nurul nak bagi tips sikit untuk 'up'kan lagi berat badan tu..Caranya mestilah kena amalkan Mealshake,B Complex dan Vitalea Shaklee..eh macam paksa la pulak kan..bukan paksa tau..cara dengan Shaklee je Nurul tau kalau ada cara lain Nurul share kan ye..jangan marah tau..hihihi

Set Tambah Berat Badan Shaklee

JADUAL TAMBAH BERAT

Pagi (Sarapan) :
Makan pagi (terserah, nasi goreng or nasi lemak or ape2.janji mesti ada daging/ayam/telur/ikan)
Minum susu 1 gelas (bancuh 1 sudu Mealshake)
Mkn B Complex (1bji).Vitalea 1bji (dgn plain water bukan dgn susu)

Brunch :
Makan roti, Minum susu 1 gelas

lunch:
Makan siang-nasi plus lauk ayam/ikan/daging..

Tea time :
Makan roti, Minum susu 1 gelas (bancuh 1 sudu mealshake)

Makan Malam:
(sebaiknya 3-4 jam sebelum tidur..nasi +lauk..sikit2 pun takpe..takyah byk2.janji mkn).
Mkn vitalea 1 biji lagi

10 minit sebelum tidur :
Makan roti sekeping.. Minum susu 1 gelas

RULES
exercise sehari 10 minit paling kurang..air kosong WAJIB..

Jom kita tengok apa ada dengan Mealshake, B Complex dan vitalea.

Meal shake
 - membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. rasanya sedap mcm milk shake kat McD.

Vitalea
 - membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

B complex
 - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan


Untuk keterangan lanjut hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD Area : Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya.

Saturday, 4 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Anemia


Hari ni Nurul nak kongsi lagi satu penyakit yang biasa dialami oleh ibu - ibu yang hamil iaitu Anemia.

Anemia atau kurang darah (hemoglobin) biasanya dikaitkan dengan zat besi. Hemoglobin adalah komponen dalam darah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Walaupun ia berkait rapat dengan zat besi namun hakikatnya terdapat lebih kurang 400 jenis anemia yang disebabkan oleh pelbagai faktor.

Antara punca anemia utama ialah:-

✔ kekurangan zat besi
✔ kekurangan vitamin C
✔ kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
✔ masalah tiroid

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI

Ia boleh berpunca dari:

★ Kecederaan yang menyebabkan pendarahan luaran ata dalaman
★ Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid
★ Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat/kurang vitamin C
★ Kurang pengambilan zat besi dalam diet

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN C

Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kekurangan vitamin C noleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia.

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX

Komponen B Complex seperti Cobalamin dan Asid Folik penting dalam proses penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu.

APAKAH KESAN ANEMIA KEPADA KESIHATAN?

Anemia boleh membawa maut!Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda2 kekurangan zat besi:

☺ Badan letih dan lesu
☺ Kulit kelihatan pucat
☺ Sering hilang fokus
☺ Semput- Sakit kepala
☺ Jantung berdebar
☺ Sering lupa
☺ Tersangat kurus
☺ Bagi ibu menyusu mungkin mengalami kekurangan susu badan
☺ Bagi ibu hamil mungkin mengalami masalah dengan kandungan

Untuk masalah anemia ni Nurul nasihatkan anda semua amalkan Vita - Lea Iron Complex..

Perlukan sebarang konsultansi hubungi Nurul di :
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD Area : Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya.

Friday, 3 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Tips mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur



Hari ini Nurul nak berkongsi info dengan anda semua mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. maklumat ni amat penting untuk kita ambil tahu dan fahami dengan betul cara - caranya terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.


KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.


Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.


MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.


Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Yang penting sekali anda semua kena tahu fasa ni:-


Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

 Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.


Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.


Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.


Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)


Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita.

Sumber : PakarHowTo

Tak faham lagi??Meh hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com


Thursday, 2 October 2014

Mula Terjebak dengan Shaklee..


Lambat sikit update entri hari ni..sibuk dengan tugasan hakiki..kihkihkih

Nurul nak share cerita la hari ni macam mana Nurul boleh terjebak dengan Shaklee ni..semuanya bermula dengan post pasal set kurus dari mak shaklee Nurul a.k.a kawan baik sejak zaman muda - muda lagi..tapi sekarang pun muda jugak lagi..hihihi.

Masa tu niatnya nak mencuba je dulu set kurus tu..ni memang betul - betul cuba sebab mampu beli set yang paling bajet sekali..dah la yang paling bajet mintak diskaun pulak tu..teruknya saya..So apalagi mak shaklee Nurul pun suggestlah jadi ahli senang nanti kalau nak beli lagi dah beli dengan harga ahli..apa lagi terus ambil kalkulator kira bajet bulan ni agak - agak cukup tak nak join ahli plus bayaran set kurus tadi..dekat sehari jugak duk mengira..over kan!!keesokan harinya terus pm mak shaklee Nurul tu untuk confirmkan keahlian..Pada tarikh 28 November 2013 adalah hari Nurul didaftarkan sebagai ahli.

Ok itu sahaja untuk entri hari ni ada masa lagi kita sambung lagi..banyak lagi cerita nak bagitahu tapi tak kan nak penuhkan satu entri ni kan..


 Ni la mak shaklee saya,single lagi ni..hihihi

p/s:abaikan si comot 2 orang tu..

Wednesday, 1 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Promosi Berganda OKtober 2014


Berganda lagi promosi kita bulan ni..seronoknya..So, anda semua jangan lepaskan peluang untuk bersama - sama rebut promosi hebat bulan ni tau..Bukan senang nak dapatkan promosi produk yang selalu kita amalkan..Ni la masanya borong buat stok sendiri..dah jimat perbelanjaan bulan seterusnya..

Nurul tak mau cakap panjang lebar lagipun bila dh panjang - panjang mood nak membaca pun dah down kan..Bulan ni promosi beli 6 PERCUMA 1 untuk Energizing Soy Protein atau dalam kata lain di panggil ESP dan Mealshake beli 3 PERCUMA 1..

Untuk keterangan lanjut meh kita borak - borak bersama - sama di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com
COD Area : Kuantan,Taman Impianku,Bukit Goh dan sekitarnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...