
Selamat hari jumaat pembaca semua..Nurul doakan anda semua sihat sejahtera dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T..
Hari-hari duk cerita tentang Omega tak best jugakkan so hari ni Nurul nak share 1 penyakit yang mungkin kita tak pernah tahu dan ada setengahnya tak ambil tahu.Jangan macam tu, walaupun ia tak berlaku pada kita dan keluarga kita sekurang-kurangnya anggaplah sebagai pelajari ilmu tentang autisme ni..Nurul pun malas nak bercakap panjang-panjang jom kita scroll ke bawah untuk tahu lebih lagi pasal autisme ni.
![]() |
Autisme |
Apakah Autisme
Secara ringkasnya, autisme ni adalah gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam berinteraksi sosial dan berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan, tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu yang berputar contohnya kipas.
Petanda awal autisme :-
❀ Kesukaran beinteraksi
- tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
❀ Mengeluarkan bahasa yang kurang difahami oleh orang lain.
❀ Gagal menafsir maklumat yang diterima dan tak tahu bagaimana nak balas dengan lisan.
❀ Tidak suka bermain dalam kumpulan
- lebih gemar berada dalam dunia sndiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri tanpa sebab.
- tidak bermain dengan rakan sebaya
❀ Bertindak agresif apabila ditergur kerana tidak suka pada perubahan yang drastik.
❀ Kurang sensitif pada rasa sakit tapi sensitif pada bunyi, sentuhan, serta sensori (deria rasa).
❀ Tidak mencapai tahap perkembangan tepat pada waktu.
❀ Tiada hubungan mata semasa berinteraksi
❀ Suka menarik tangan orang jika inginkan sesuatu.
❀ Tidak rasa simpati dan memahami perasaan orang lain
❀ Apabila menghendakkan sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa kemana sahaja.
Faktor terjadinya autisme :-
♦ Genetik - dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan
♦ Masalah sebelum dan selepas kelahiran-jangkitan rubella semasa dalam kandungan
-kurang oksigen semasa lahir
♦ Fungsi otak tidak berfungsi dengan baik
♦ Kecelaruan autoimmune dan persekitaran -perlalian tidak berfungsi (immune dysfunction) dan berkait dengan persekitaran terutama alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicerna dengan baik.
Sumber Rujukan : DISINI
Semoga apa yang Nurul kongsikan ni bermanfaat untuk semua..◕‿◕
Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com
COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.
No comments:
Post a Comment