Tuesday 18 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Bengkak Kaki ketika Hamil


Selamat pagi semua..dah masuk musim tengkujuh dah kat kuantan ni dari ari ahad lepas hujan tak berhenti-henti lagi..eh apa kena pula cuaca dengan bengkak kaki ni..hahaha..Ok kita kembali ke tajuk asal ye..Bengkak kaki masa hamil ni biasa bagi ibu-ibu hamil ni..Nurul pun pernah alaminya, takut nak tengok kaki besar macam tu.hihihi tapi semua tu sementara je nanti dah bersalin back to normal dah.Jom tengok lebih lagi pasal bengkak kaki semasa bersalin ni.

Bengkak kaki ketika hamil

Bengkak kaki terjadi apabila bayi kita semakin membesar dan rahim memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Wanita hamil akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang-kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa dan ini menambahkan lagi kebengkakan atau sembap tersebut. Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, sebelum lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dengan serta-merta dan kembali kepada keadaan asalnya. Sementara itu, menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat. Edema atau sembap semasa hamil adalah perkara biasa terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. Bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu simptom praeklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi. - sumber artikel utusan online

Ha..panjang lebarkan keterangannya..habis tu macam mana pula nak kurangkan bengkak kaki tu..Meh Nurul tunjukkan cara-caranya :-

❀ Elakkan ambil ubat-ubatan jenis diuretik kerana semasa hamil ubat ubatan tu akan buat buah pinggang kita mengeluarkan air dan garam sodium supaya kita kerap buang air dan menghapuskan cecair berlebihan

❀ Cuba naikkan atau tinggikan kaki semasa duduk terutama ibu yang bekerja. Contohnya letakkan kaki kita diatas kotak instead of letakkan di atas lantai.

❀ Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat.

❀ Jangan silang kaki semasa duduk

❀ Pakai support tights sebelum kita bangun dari kati di waktu pagi supaya sarah tak berkumpul kat sekeliling buku lali

❀ Pakai compression stokin sekiranya perlu. Consult doktor dulu ye.

❀ Minum air secukupnya

❀ Bersenam dengan kerap terutama berjalan, bersenam atau gunakan basikal senaman

❀ Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan tinggi kandungan sodium dan garam seperti jeruk sayuran, telur masin dan ikan masin

❀ Pakai kasut yang selesa untuk menyokong kaki

❀ Kalau kena travel jauh-jaul, berhenti dengan kerap ntuk regangkan kaki

❀ Mintak tolong hubby urutkan kaki kita tu barulah bertambah kasih sayang..hihihi

❀ Urut buku lali dan tapak kaki hingga ke lutut jika terasa terlalu tegang. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar dari tapak kaki.

❀ Tidur mengiring ke kiri dapat mengurangkan tekanan saraf kerana saraf terbesar terletak di sebelah kanan.

❀ Cuba Performance Drink dan Ostematrix Shaklee untuk kurangkan bengkak kaki dengan cara semulajadi..

So macam mana sekarang mummy to be sekarang?Agak-agak Nurul ada membantu anda semua tak?hihihihi..Selamat mencuba..◕‿◕



Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...