Saturday, 9 February 2019

Program Khas Untuk Pengedar Shaklee Yang Berbisnes Supaya Tak Cepat Down

Untuk yang belum tahu terutama anda yang baru berdaftar sebagai ahli shaklee, shaklee akan adakan program khas setiap bulan untuk ahlinya seperti Health & Wellness Talk, Health Check, dll.Bagi program tahunan pula adalah BLNC Conference khas untuk mereka yang dah bergelar leader dan National Conference khas untuk semua ahli.




Itu yang dianjurkan oleh management shaklee, tak lupa juga yang dianjurkan oleh upline setiap group yang anda sertai.

Kelas Bersama Superupline dari Ireach Group

Ini adalah salah satu kelas asas untuk pengedar shaklee yang dianjurkan oleh superupline Nurul iaitu Master Lyna dari group Ireach. Kelas ini bukan sahaja hanya kelas penyampaian ilmu semata-mata tapi juga mengeratkan ukhwah kami sebagai satu pasukan. Ahli-ahli yang sertai kelas ini pun mulanya hanya kenal melalui online, tetapi eratnya macam dah lama kenal. Kalau tak ada aktiviti macam ni memang susah juga nak jumpa satu sama lain maklumlah masing-masing datang dari daerah dan negeri yang berbeza-beza.

Bengkel Nutrisi Anjuran Shaklee


Ini pula bengkel nutrisi yang dianjurkan oleh shaklee untuk ahli shaklee bagi memantapkan lagi ilmu nutrisi setiap vitamin yang dikeluarkan oleh shaklee. Bengkel ini amat sesuai dihadiri oleh mereka yang baru berdaftar sebagai ahli dan juga untuk ahli lama yang nak refresh semula ilmu berkaitan dengan nutrisi untuk setiap vitamin.

Pendek kata, nak jadi pengedar shaklee yang berilmu tak susah pun sebenarnya, cuma pada diri sendiri nak join atau tak dengan kelas, bengkel, majlis dll yang dianjurkan.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bisnes shaklee atau ingin berdaftar sebagai ahli shaklee, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829

✍ FB: Sharifah Alhabsyiee

⌨ FB Page: Mummy's Beauty

IG : Shakleekuantan_bymami

✉ Email: snurulkamariah@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725

➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Promosi Hebat Shaklee Bulan Februari 2019

Dah tahu apa promosi hebat Shaklee bulan Februari ni? Promosi ini khas untuk mereka yang dah berdaftar sebagai ahli shaklee sahaja tau, tak kira yang baru berdaftar mahupun yang dah lama berdaftar.

Untuk yang baru berdaftar @ yang baru berkira-kira nak berdaftar, anda ada pilihan samaada untuk memilih promosi belian twinpack vivix dengan harga potongan 10% atau dengan melibatkan diri dengan promosi belian twinpack dan layak menyertai lucky draw barangan shaklee.

Perbezaan belian Vivix twinpack shaklee :-

1) Promosi 10%

- beli 2 botol vivix dengan harga RM684
- percuma keahlian shaklee
- free postage
- percuma tumbler
- cashback

2) Lucky Draw Twinpack Vivix

- beli 2 botol vivix dengan harga RM760
- percuma keahlian shaklee
- free postage
- cashback
- menang vitamin ikut nasib anda, jangan tak tahu ada yang dah menang vivix tau 




Dah pilih mana yang berkenan di hati?


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Promosi Twinpack Vivix Shaklee ni atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829

✍ FB: Sharifah Alhabsyiee

⌨ FB Page: Mummy's Beauty

IG : Shakleekuantan_bymami

✉ Email: snurulkamariah@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725

➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Sunday, 3 February 2019

Tips Penjagaan Ibu Berpantang Dengan Baik Supaya Tak Bentan

Tempoh berpantang sememangnya perkara yang sangat mencabar buat ibu terutama sekali bagi yang pertama kali melahirkan anak. Penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk mengembalikan kesihatan ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan juga naik turun tahap kesihatan. 

Jika kita mengabaikan tempoh berpantang, banyak masalah kesihatan fizikal dan mental yang akan berlaku. Orang-orang tua tak mengalakkan kita membuat terlalu banyak pergerakan secara kasar/ berat takutnya nanti luka bersalin akan tertetas kembali atau mungkin kedudukan rahim akan jatuh.


Sebagai persediaan untuk berpantang, anda perlu ketahui dan ikuti tip penjagaan seperti berikut  :-

- BERTUNGKU

Amalan bertungku sememangnya satu amalan yang sangat baik. Bertungku bukan sahaja membantu untuk mengecutkan 'batu merian' supaya lemak yang terkumpul dibahagian perut dapat dipecahkan. Bertungku membantu memecahkan darah beku dalam perut. Bertungku juga membantu mengurangkan stress ibu.

- BERURUT

Berurut amalan yang sering dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana faedahnya sangat baik untuk badan. Bayi pun ada urutan tersendiri.

Berurut dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan. Yelah, semasa tempoh melahirkan, ibu mengunakan banyak tenaga, jadi selepas bersalin, badan ibu akan menjadi sangat lemah.

Urutan biasanya boleh dilakukan selepas beberapa hari kelahiran. Semasa berurut badan kita akan kembali panas dan segar.

- BERBENGKUNG

Pemakaian bengkung atau berbarut bukanlah sekadar nak merampingkan pinggang. Tujuan sebenar adalah untuk membantu membentuk kembali otot-otot badan, perut, pinggul dan untuk mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Semasa mengandung, badan kita telah mengembang dan banyak juga lemak-lemak terkumpul kan.. selepas bersalin semuanya mengeleber, jadi masa berpantang adalah masa yang paling baik untuk mengecilkan dan menegangkan semua itu ke bentuk badan asal malah mungkin boleh jadi lebih baik dari sebelum itu.

- MANDI AIR REBUSAN

Nurul gunakan air rebusan daun herba semasa berpantang ketiga - tiga anak, kerana saya berpantang di rumah mak. Semua daun tersebut ditanam di belakang rumah sahaja.

Kehebatan pokok-pokok herba memang diakui sangat baik untuk manusia. Buat ibu yang memerlukan rawatan untuk mengembalikan kesegaran tubuh, air rebusan daun herba sangat-sangat membantu.

Air rebusan daun sangat baik untuk mengembalikan kesegaran urat saraf. dengan aromanya yang sangat sedap dihidu ianya juga membantu menenangkan badan dan fikiran.

- REHAT SECUKUPNYA

Selepas bersalin, kita akan terpaksa sesuaikan diri dengan keadaan baru dan karenah bayi. Sekiranya semua tip di atas telah dibuat, tetapi badan tidak mempunyai rehat yang secukupnya, tidak berkesan juga berpantang kita.

Untuk mengelakkan rasa pening dan letih melampau menjaga bayi, (ada bayi yang pada waktu malam suka meragam) anda perlu utamakan tidur. Apabila bayi tidur, masa itulah ibu turut sama tidur dan berehat. Jangan pada waktu bayi tidur, ibu pula sibuk nak buat kerja.

Waktu berpantang adalah waktu kritikal bagi ibu untuk memulihkan semula kesihatan badan dan luka-luka dalaman. Untuk minggu pertama bersalin sebaiknya, anda berehat sahaja. Lupakan sementara kerja-kerja mencuci dan lain-lain kerja yang boleh ditangguhkan.

- PENGAMBILAN SUPPLEMEN TAMBAHAN

Nurul suggestkan Set Berpantang Shaklee yang mengandungi :-

Set Berpantang Shaklee


1. B Complex
Untuk elakkan stress dan risiko meroyan selepas bersalin. Normal ibu² akan mengalami emosi yg tak stabil lepas bersalin. Selain tu, b complex akan bantu jaga urat saraf kita. Lepas bersalin mmg banyak urat saraf yg putus kan.

2. Vitalea With Iron Formula

Multivitamin yg turut mengandungi iron. Bantu tambah darah selepas kehilangan banyak darah lepas bersalin.

3. Sustained Release Vita-C

Bantu luka bersalin cepat sembuh. Biasa misi akan suruh kita makan oren banyak². So konsep dia sama.

Kita nak vitamin C supaya luka jahitan/bedah cepat sembuh dan luka tak melarat. Juga sebagai penguat sistem pertahanan tubuh kita. Lepas bersalin, tak mau la jadi batuk atau selesma.

4. ESP

Sumber protien untuk bantu badan hasilkan sel² badan yang baru. Luka mudah sembuh dan diganti dengan kulit yang lebih cantik sebab ESP ni adalah sumber protien berkualiti tinggi.

Bila asas dia baik, maka hasil dia sendiri akan baik.

ESP jugak akan bantu susu badan kita jadi lebih pekat dan bantu naikkan berat baby dengan cepat.
Bantu baby membesar dengan baik.

5. Omega Guard

Sejenis lemak ikan yang membantu perkembangan otak dan fungsi mata. Melalui penyusuan, kita dpt salurkan kepada baby. Perkembangan otak baby akan jadu lebih baik dan bijak.

Omega ni akan tolong jaga tekanan darah ibu. Lebih² lagi jika c ibu ada mengalami masalah darah tinggi semasa hamil.

6. Ostematrix

Pil kalsium yg diperkaya dgn magnesium dan vitamin K. Masa pregnant baby akan ambik kalsium dari tulang kita untuk bantu pertumbuhan tulang dia.

So biasanya ibu akan mengalami masalah sakit gigi, sakit belakang dan lenguh badan. Ni kesan akibat kalsium semakin berkurang dan tak cukup untuk badan kita sendiri.

Ostematrix akan bantu bekalkan kalsium untuk kegunaan harian tubuh. Baby jugak akan dapat kalsium dari Ostematrix yg ibu makan dan bantu baby hasilkan tulang yang lebih kuat dan padat.

Special nya lagi, Ostematrix bantu ibu mudah lawas. Normal untuk ibu alami sembelit semasa berpantang.

Tapi..kalau makan ostematrix 4 biji sebelum tido, inshaaAllah memang tak akan rasa masalah sembelit tu.

7. Alfalfa Complex

Adalah sejenis tumbuhan herba. Ia agak panas jadi perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Ia mengandungi seribu satu Multivitamin dan multimineral tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Ia sangat penting untuk bantu perbaiki sistem peranakan dan dalaman wanita. Ketatkan balik rahim dan sebagainya yang berkaitan dengan wanita.

Cara Tingkatkan Hb Ibu Hamil dengan Mudah Tanpa Perlu Suntikan

Bagi orang yang tidak faham, mesti terpinga-pinga bila kawan-kawan yang hamil asyik cerita pasal Hb. Asyik-asyik Hb. Apa itu Hb? Hb itu sebenarnya, singkatan untuk hemoglobin.


APA ITU HEMOGLOBIN (HB)?

Menurut Wikipedia,  Hemoglobin (kependekan: Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu.

Untuk ibu yang mengalami masalah Hb rendah antara yang boleh anda lakukan adalah dengan membuat perubahan kepada diet seharian anda. Makanlah makanan yang kaya dengan Zat Besi, Vitamin C, Vitamin B-Kompleks dan Asid folik, serta hindarilah makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi dan juga mempunyai glutein yang tinggi.

A. Makan Makanan Yang Mempunyai Kandungan Zat Besi Yang Tinggi

Zat Besi adalah merupakan elemen penting dalam pembentukan fungsi Hemoglobin. Jika anda mengalami masalah Hb yang rendah, anda boleh bantu tingkatkan Hb anda dengan menambah makanan tinggi zat besi dalam diet anda. Antara makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi termasuklah;

Kumpulan Daging - hati ayam, daging lembu, daging itik, hati lembu

Kumpulan Sayuran - Bayam, Kentang dengan kulit, Puri Tomato, Brokoli, Asparagus, Baked Bean, Kale

Kumpulan Kekacang - badam, hazelnut, gajus dsb (pastikan anda tidak ada alahan kacang), Biji labu (pumpkin seed) yang dipanggang

Kumpulan Buah-buahan - Anggur kering berbiji & tidak berbiji, Aprikot Kering, Jus Prune, Buah tin (fig) kering, Tembikai, Betik

Kumpulan Bijirin - Oatmeal segera, Bijirin Cereal,Bar granola yang mengandungi oat, buahan dan kekacang kering

B. Makan Makanan Mempunyai Kandungan Vitamin C Yang Tinggi

Vitamin C adalah penting untuk membantu penyerapan zat besi ke dalam badan anda. Sebab itu, untuk ibu yang mengalami masalah Hb adalah dinasihatkan selain daripada mengambil tambahan zat besi daripada sumber makanan, ibu juga harus tingkatkan pengambilan vitamin C.
Antara contoh makanan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi termasuklah Jambu Batu, Brokoli, Oren, Mangga, Strawberi, Kobis, Bayam, Cili Benggala Merah, Kiwi, Betik

C. Makan Makanan Mempunyai Kandungan Asid Folik Yang Tinggi

Sayuran Berdaun hijau seperti bayam, Asparagus, Brokoli, Buahan sitrus seperti oren, Betik, Anggur, Pisang, Limau gendang dan strawberi, Kekacang seperti kacang pinto, kacang lima, kacang hijau, black-eyed peas and kidney beans, Avocado, Bijian kekacang seperti Biji Bunga Matahari, Kacang tanah, flaxseed, badam, Bunga Kobis, Jagung, Celery, Lobak Merah

D. Makan Makanan Bijirin Penuh

Roti, bijirin atau pasta yang diperbuat daripada bijirin penuh adalah kaya dengan zat besi yang membantu meningkatkan fungsi haemoglobin anda.

E. Elakkan Makanan Penghalang Penyerapan Zat Besi.

Tahukah anda terdapat makanan yang menghalang proses penyerapan zat besi oleh tubuh badan anda yang juga dikenali sebaga ‘iron blockers’. Antara contoh makanan tersebut adalah daun Parsley, Kopi Susu, Teh,Tauhu,Minuman Berkarbonat, Ubat Antacids, Makanan yang tinggi kalsium dan fiber

Jadi, kurangkan mengambil makanan ini jika anda sememang menghadapi masalah Hb rendah.

F. Kurangkan makan makanan yang mempunyai nilai gluten yang tinggi

Bagi individu yang mempunyai sensititiviti yang tinggi terhadap gluten, ia boleh merosakkan lapisan usus kecil dan seterusnya menyebabkan ketidak seimbangan penyerapan kalsium, lemat, folat dan juga zat besi. Gluten adalah merupakan protein yang boleh dijumpai dalam bijian seperti gandum, barli dan sebagainya. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk mengambil makanan bebas gluten.

G. Amalkan supplemen tambahan

Untuk meningkatkan HB dalam darah, Nurul sarankan supaya anda mengambil Set Healthy Prenatal Shaklee, iaitu:

Set Healthy Prenatal Shaklee


1. Vitalea


Vitalea merupakan sejenis multivitamin dilengkapi dengan zat besi. Vitalea mudah diserap ke dalam badan berbanding vitamin jenis lain kerana Vitalea mempunyai coating jenis aqueos dan mudah larut dalam air. Sebab tu, bila ambik vitalea, hb mudah naik.

2. Vita C

Vita C penting untuk penyerapan zat besi yang ada dalam vitalea dan yang ada dalam makanan. Dengan pengambilan vitamin C, penyerapan zat besi akan menjadi lebih optimum.

3. B Complex

B Complex Shaklee dilengkapi dengan asid folik. Asid folik penting untuk pembentukan sel darah merah.

Makan 3 jenis vitamin ni, insyaAllah akan naik hb, dengan syarat kita makan dengan konsisten dan dapatkan konsultansi cara makan terbaik dari Nurul ye.

Nurul kongsikan sekali testimoni Nurul sendiri menggunakan Set Healthy Prenatal Shaklee sepanjang tempoh kehamilan anak ke 3, tahun lepas.

Testimoni Set Healthy Prenatal Shaklee



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Set Healthy Prenatal Shaklee ni atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725 (Call/SMS/Wapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829

✍ FB: Sharifah Alhabsyiee

⌨ FB Page: Mummy's Beauty

IG : Shakleekuantan_bymami

✉ Email: snurulkamariah@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725

➲ COD Area: Kuantan dan Pekan




Saturday, 2 February 2019

Jana Income Sampingan Dengan Shaklee

Jana Income Sampingan dengan Shaklee

Zaman sekarang ni dah tak boleh bergantung pada 1 pendapatan sahaja, betul tak? Nak tak nak memang kena ada pendapatan sampingan walaupun dah bergaji besar. Jangan terkejut tau, bergaji besar pun belum tentu ada saving untuk anak², kesihatan dll. Tapi nak bisnes apa?

Nurul suggestkan cuba bisnes shaklee, jangan tak tahu Shaklee ni bukan sahaja tentang penggunaan vitamin, tapi juga boleh jana pendapatan melalui Shaklee. Meh nurul cerita sikit tentang kelebihan bisnes shaklee berbanding bisnes lain yang mungkin boleh buka peluang anda untuk jana income keluarga.

Antara kelebihan bisnes shaklee yang anda perlu tahu adalah :-

(1) Bisnes Shaklee Secara Online
Bisnes yang boleh dibuat dirumah melalui blog, ig, fb dan page tanpa perlu nak jumpa prospek sana sini, tak perlu nak ada kedai, nanti kena fikir sewa kedai lagi kan.Tambahan pula kita yang surirumah ni takkan nak angkut anak-anak merata nak berbisnes. So bila online ni anak anak pun ada depan mata.

(2) Masa Yang Fleksibel
Bila bisnes online ni kita tak terikat dengan masa. Kita yang tentukan bila masa nak jenguk 'kedai online' kita i.e facebook, instagram, fanpage, blog dll. Kalau surirumah tu mungkin lepas hantar anak ke sekolah ke lepas siap segala tugasan rumah. Boleh spent masa untuk update kedai online kita.

(3) Coaching Online
Bukan saja bisnes je online, coaching pun online boleh tau. Lebih lebih lagi kalau upline kita di Selangor, downline kita di Sabah. Takkan nak merantau jauh jauh untuk coaching kan. So cara mudah klik je whatapps group, fb group, webinar, coaching la apa saja dan boleh bincang sama sama dalam tu. Sambil sambil lipat kain tu boleh dengar coaching kan.

(4) Family Friendly (Mesra Keluarga)
Untuk mak² mesti risau tentang anak² bila nak berbisnes kan? Bisnes shaklee ni bisnes keluarga, so jangan risau nak ke mana mana mesti ada anak anak. Ada seminar angkut anak anak join tapi kena kawal la anak anak kita supaya tak ganggu konsentrasi kita dan peserta lain.

(5) Tak Perlu Modal Besar. Tidak Perlu Simpan Stok
Nurul mula shaklee memang tak guna modal yang banyak, sebab sistem shaklee ni lebih kurang sistem dropship. Order dari website shakler nanti shaklee akan poskan kepada customer kita jadi tak perlu la kita nak beratur lama di pejabat pos nak pos barang. Cuma bila dah ada customer yang nak cod kena la buat stok vitamin, biasa nurul akan buat stok barangan yang paling laris jualannya.

Mudahkan nak mulakan bisnes Shaklee?. So, jangan tunggu lain meh berbisnes Shaklee dengan Nurul ya.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bisnes shaklee ni, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 0173704725 (Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :
☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Sunday, 27 January 2019

Tips Untuk Kesan Berganda Dengan Penggunaan Youth Shaklee

Bila dah cuba skincare baru mesti nak kesan yang cepat dan berkesan? So, entri kali ni nurul nak share tips untuk kesan yang berganda dengan penggunaan Youth Skincare dari Shaklee.

Set Youth Skincare



Selain dari rutin penjagaan muka Youth Skincare, anda juga boleh amalkan Set Radiant 4 Shaklee untuk kesan yang lebih berkesan dan cepat.

Antara vitamin yang terdapat didalam Set Radiant 4 ni adalah :-

1. ESP Soy Protein Isolate Powder – Membina Kulit yang Sihat

Untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:

- Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk n fungsi kulit yang optimum.

- Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.

- Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.

ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Collagen Powder – Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda.

Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur.

Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.

Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur.

3. Sustained Release Vita-C Plus – Perlindungan Antioksida

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.

Badan kita tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C sendiri dan ia perlu diambil melalui pemakanan setiap hari.

Pengambilan vitamin C membantu untuk :

- Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.

- Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.

- Membantu dalam penyembuhan luka.

- Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.

4. GLA Complex – Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA).

Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:

- Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.

- Mengekalkan kelembapan kulit.

- Melawan keradangan.

Set Radiant 4


Nurul kongsikan juga testimoni pengguna Shaklee yang dah amalkan Youth Skincare bersama dengan Set Radiant 4 Shaklee ni.






Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Set Youth Skincare dan Set Radiant 4 ni atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).


Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829

✍ FB: Sharifah Alhabsyiee

⌨ FB Page: Mummy's Beauty

IG : Shakleekuantan_bymami

✉ Email: snurulkamariah@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725

➲ COD Area: Kuantan dan Pekan








Friday, 25 January 2019

Youth Skincare Produk Jagaan Muka Terbaik dan Semulajadi

Sedar tak sedar dah setahun Youth Skincare Shaklee ni berada di pasaran. Nurul sendiri pun dah cuba sendiri Youth Skincare ni, memang terbaiklah hasilnya. Sebelum jumpa skincare Youth ni, memang boleh kata tiap bulan la tukar skincare terutama sekali pencuci muka. Tapi lepas dah jumpa Youth Skincare ni dah tak perlu nak tukar skincare lagi.

Untuk yang belum cuba, ni nurul kongsikan fakta menarik tentang Youth skincare ni :-

1. Skincare terbaru daripada shaklee yang direka untuk semua jenis kulit tidak mengira anda seorang lelaki mahupun perempuan.

2. Skincare sangat sesuai untuk semua kulit dan sesuai untuk mereka yang alami mata yang sensitif

3. Shaklee dah lakukan 8 tahun kajian keatas manusia bukan haiwan dan salah satu yang adalah CEO Shaklee sendiri iaitu Roger Barnett.

4. Terbukti melalui kajian klinikal dan bebas 1500 jenis bahan kimia berbahaya seperti paraben, gluten, merkuri dll.

5. Revolusi produk kecantikkan terbaru yang dibangunkan oleh saintis terkemuka.

6. Telah melalui ujikaji secara penuh teliti hampir 8 tahun, dan akhirnya, setelah berpuas hati dengan keberkesanannya barulah Youth dilancarkan, dengan 8 patent pending.

7. Kajian mendapati 2/3 mereka yang diuji mendapat kulit akan kelihatan 10 tahun lebih muda dengan penggunaan konsisten selama sebulan.

8. 100% vegan yang berasaskan tumbuhan

9. Youth™ menggunakan teknologi yang telah patentkan yang boleh mengaktifkan protein penting untuk remajakan kulit

10. Ujian klinikal terbukti dgn keputusan data berasaskn fakta ukuran indeks usia kulit memberi kesan terhadap kedutan kulit, saiz pori, tona kulit. keanjalan, tekstur, hiperpigmentasi@ jeragat, seri kulit dan juga kekenduran.

So macam mana? Tak sabar nak cuba dah? Nanti dulu. 

Youth Skincare ni ada 2 pilihan tau, jadi anda boleh pilih set yang mana sesuai dengan bajet anda :-

1) Set Premium Youth
- Lengkap dengan pencuci muka, toner, mosturizer, night cream, serum, dan juga radiance vit C dan E.


Set Premium Youth

2) Set Pertengahan Youth
- Mengandungi pencuci muka, toner, mosturizer, serum dan juga night cream.

Set Pertengahan Youth

3) Set Starter Kit Youth
- Mengandungi pencuci muka,toner, mosturizer dan juga night cream.

Set Basic Youth


Ini pula antara testimoni pengguna Youth Skincare.






Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk skincare semulajadi Youth™ dari Shaklee no atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).


Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Promosi Daftar Ahli Shaklee Secara Percuma Sah Sehingga Februari 2018

Ha tak percaya kan? Percayalah.. Untuk pengetahuan anda semua, Shaklee dah mulakan promosi daftar ahli shaklee percuma ni sejak 15 December 2018 lagi dan akan berakhir pada 28 Februari 2019. Untuk yang belum berdaftar sebagai ahli Shaklee, bolehlah grab peluang keemasan ni.

3 cara nak daftar ahli percuma iaitu dengan belian salah satu antara set berikut :-

1) Vivix Twinpack
Set Twinpack Vivix

2) Full Set Wellness Pack
Set Wellness Pack


3) Set Youth Skincare Starter Kit
Set Starter Kit Youth Skincare


Kenapa kena beli salah satu set diatas tu? Ha..jangan tak tahu, dengan belian set diatas tu anda layak :-

- Keahlian Shaklee RM65 secara PERCUMA
- Kos penghantaran RM10 secara PERCUMA
- Cashback (Bonus cash)
- Penjimatan sehingga hampir RM300

So, apa tunggu lagi? Inilah masa yang paling sesuai untuk anda daftar sebagai ahli Shaklee secara PERCUMA.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Promosi Daftar Ahli Shaklee secara Percuma ini atau ingin membeli salah satu set tersebut, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829

✍ FB: Sharifah Alhabsyiee

⌨ FB Page: Mummy's Beauty

IG : Shakleekuantan_bymami

✉ Email: snurulkamariah@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725

➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Saturday, 19 January 2019

Group Bisnes Shaklee Terbaik Yang Patut Anda Join Untuk Mulakan Bisnes Shaklee


Setiap yang berdaftar sebagai ahli shaklee biasanya akan dijemput ke group secret sama ada di fb atau pun di Whatapps mahupun Telegram dari upline mahupun superupline nurul. Nurul sendiri ada group kelolaan Nurul iaitu SABS Family.

Dalam tu kita akan bincangkan masalah, cadangan vitamin, tips - tips, ilmu tentang produk,penyakit dan cara pencegahannya. Tiada istilah kedekut ilmu dalam berbisnes shaklee. Group secret ni la akan bantu kita bila kita down, stress. So kita tak akan rasa keseorangan walaupun kita berada nun jauh diperantauan 


Kelas Online Kelolaan Nurul di Group SABS Family

Kelas anjuran superupline IReach 

Selain daripada group coaching secara online, upline juga adakan seminar berkaitan dengan bisnes, motivasi, ilmu yang bukan saja penting untuk bisnes tapi juga untuk jalani kehidupan yang lebih baik dengan keluarga kita yang tersayang.

Dalam group nurul hampir separuh daripadanya adalah WAHM. Tapi mereka ni bukan ibu biasa biasa malah boleh jana income lebih besar dari mereka yang berkerja makan gaji.

Kebanyakkan dalam group biasanya terdiri dari mereka dari golongan professional ada yang bekas jurutera, bekas cikgu, bekas doktor dll. Jadi, bila dah ada pakar ni lebih mudah kita nak rujuk jika ada masalah.

Ni pula kelas pengenalan produk dibawah Group Upline Nurul OMS Group


Alhamdulillah, setelah hampir 6 tahun berbisnes Shaklee terus terang nurul katakan, bisnes Shaklee adalah semudah ABC jika kita tahu teknik dan caranya. Yang penting kena ada impian dan semangat untuk terus majukan diri. Lagi pun bisnes shaklee boleh dibuat secara sambilan iaitu part time atau sepenuh masa. So kita boleh tentukan sendiri, sebab bisnes ni bisnes kita yang punya.

Jadi, tak perlu risau lagi untuk mulakan bisnes shaklee anda. Jangan tunggu lain meh berdaftar dengan Nurul ya.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bisnes shaklee ni, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Tuesday, 13 March 2018

Rangkaian Produk Skincare Semulajadi Terbaik Youth™ Skincare

Susahkan nak cari produk skincare yang semulajadi sekarang ni kan. Silap pakai produk, hancur kulit muka . 

Bulan ni shaklee ada lancarkan produk terbaru Shaklee iaitu Youth™ Skincare tau yang semestinya produk skincare yang semulajadi. Jom nurul kongsikan apa itu YOUTH™ Skincare ni.

Set Premium Youth™ Skincare
1. Skincare terbaru daripada shaklee yang direka untuk semua jenis kulit tidak mengira anda seorang lelaki mahupun perempuan.

2. Skincare sangat sesuai untuk semua kulit dan sesuai untuk mereka yang alami mata yang sensitif

3. Shaklee dah lakukan 8 tahun kajian keatas manusia bukan haiwan dan salah satu yang adalah CEO Shaklee sendiri iaitu Roger Barnett.

4. Terbukti melalui kajian klinikal dan bebas 1500 jenis bahan kimia berbahaya seperti paraben, gluten, merkuri dll.

5. Revolusi produk kecantikkan terbaru yang dibangunkan oleh saintis terkemuka.

6. Telah melalui ujikaji secara penuh teliti hampir 8 tahun, dan akhirnya, setelah berpuas hati dengan keberkesanannya barulah Youth dilancarkan, dengan 8 patent pending.

7. Kajian mendapati 2/3 mereka yang diuji mendapat kulit akan kelihatan 10 tahun lebih muda dengan penggunaan konsisten selama sebulan.

8. 100% vegan yang berasaskan tumbuhan

9. Youth™ menggunakan teknologi yang telah patentkan yang boleh mengaktifkan protein penting untuk remajakan kulit

10. Ujian klinikal terbukti dgn keputusan data berasaskn fakta ukuran indeks usia kulit memberi kesan terhadap kedutan kulit, saiz pori, tona kulit. keanjalan, tekstur, hiperpigmentasi@ jeragat, seri kulit dan juga kekenduran.


Agak - agaknya la kan ada tak produk skincare yang dipasaran yang ada ciri - ciri produk skincare semulajadi macam Youth™ ni?

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk skincare semulajadi Youth™ dari Shaklee no atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).


Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Thursday, 1 February 2018

Kelebihan bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Online yang lain

Kelas Coaching diadakan di Group Whatapps

Tengah cari jalan macam mana nak tambah income keluarga tapi taktahu macam mana? Meh nurul cerita sikit tentang kelebihan bisnes shaklee berbanding bisnes lain yang mungkin boleh buka peluang anda untuk jana income keluarga.

Antara kelebihan bisnes shaklee yang anda perly tahu adalah :-

(1) Bisnes Shaklee Secara Online

Bisnes yang boleh dibuat dirumah melalui blog, ig, fb dan page tanpa perlu nak jumpa prospek sana sini, tak perlu nak ada kedai, nanti kena fikir sewa kedai lagi kan.Tambahan pula kita yang surirumah ni takkan nak angkut anak-anak merata nak berbisnes. So bila online ni anak anak pun ada depan mata.

(2) Masa Yang Fleksibel

Bila bisnes online ni kita tak terikat dengan masa. Kita yang tentukan bila masa nak jenguk 'kedai online' kita. Kalau surirumah tu mungkin lepas hantar anak ke sekolah ke lepas siap segala tugasan rumah. Boleh spent masa untuk update kedai online kita.


(3) Coaching Online

Bukan saja bisnes je online, coaching pun online boleh tau. Lebih lebih lagi kalau upline kita di Selangor, downline kita di Sabah. Takkan nak merantau jauh jauh untuk coaching kan. So cara mudah klik je whatapps group, fb group, webinar, coaching la apa saja dan boleh bincang sama sama dalam tu. Sambil sambil lipat kain tu boleh dengar coaching kan.


(4) Family Friendly ( Mesra Keluarga)

Bisnes shaklee ni bisnes keluarga, so jangan risau nak ke mana mana mesti ada anak anak. Ada seminar angkut anak anak join tapi kena kawal la anak anak kita supaya tak ganggu konsentrasi kita dan peserta lain.


(5) Tak Perlu Modal Besar. Tidak Perlu Simpan Stok

Nurul mula shaklee memang tak guna modal yang banyak, sebab sistem shaklee ni lebih kurang sistem dropship. Order dari website shakler nanti shaklee akan poskan kepada customer kita jadi tak perlu la kita nak beratur lama di pejabat pos nak pos barang. Cuma bila dah ada customer yang nak cod kena la buat stok sikit sikit biasa nurul akan buat stok barangan yang paling laris la.

(6) Ada Secret Group

Setiap yang berdaftar, kita akan dijemput ke group secret sama ada di fb atau pun di Whatapps mahupun Telegram. Dalam tu kita akan bincangkan masalah, cadangan vitamin, tips tips, ilmu tentang produk. Tiada istilah kedekut ilmu dalam berbisnes shaklee. Group secret ni la akan bantu kita bila kita down, stress. So kita tak akan rasa keseorangan.


(7) Kelas Perkongsian Ilmu, Teknikal dan Kemahiran Lain – Peluang Untuk Upgrade Diri

Selain daripada group coaching secara online, upline juga adakan seminar berkaitan dengan bisnes, motivasi, ilmu yang bukan saja penting untuk bisnes tapi juga untuk jalani kehidupan yang lebih baik dengan keluarga kita yang tersayang.

(8) Ahli Terdiri Daripada Golongan Professional dan Pakar

Dalam group nurul hampir separuh daripadanya adalah WAHM. Tapi mereka ni bukan ibu biasa biasa malah boleh jana income lebih besar dari mereka yang berkerja makan gaji.

Kebanyakkan dalam group biasanya terdiri dari mereka dari golongan professional ada yang bekas jurutera, bekas cikgu, bekas doktor dll. Jadi, bila dah ada pakar ni lebih mudah kita nak rujuk jika ada masalah.

Alhamdulillah, setelah hampir 5 tahun berbisnes Shaklee terus terang nuruk katakan, bisnes Shaklee adalah semudah ABC jika kita tahu teknik dan caranya. Yang penting kena ada impian dan semangat untuk terus majukan diri. Lagi pun bisnes shaklee boleh dibuat secara sambilan iaitu part time atau sepenuh masa. So kita boleh tentukan sendiri, sebab bisnes ni bisnes kita yang punya bukan ahmad albab yang punya 😂

Macam mana? Dah tahu kan kelebihan bisnes shaklee berbanding bisnes online yang lain. So, jangan tunggu lain meh berdaftar dengan Nurul ya.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bisnes shaklee ni, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✉ Email: snurulkamariah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


Tuesday, 30 January 2018

Pengedar Shaklee Kuantan yang Aktif

Tengah cari pengedar shaklee Kuantan, Pahang? Nak cuba produk shaklee tapi tak tahu nak beli dengan siapa. Hubungi je Nurul di 0173704725. Ha.. jangan lupa save terus no Nurul ni dalam telefon anda tau.



Jangan risau, anda boleh dapatkan dari Nurul. Nurul merupakan pengedar sah shaklee kuantan yang boleh dipercayai dan menyediakan perkhidmatan COD setiap hari bagi kawasan Taman Impian, Bukit Goh, Bukit Sagu, Kampung Padang, Kotasas, Indera Mahkota dan juga sekitar bandar Kuantan.

Nurul juga menyediakan 'ready stok' untuk anda warga kuantan yang perlukan vitamin Shaklee secara URGENT dan boleh hantar vitamin anda sehingga ke pintu rumah pada waktu yang dipersetujui. InshaAllah.



Jadi, warga kuantan yang nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi Nurul, Pengedar Shaklee Kuantan di talian 017-3704725 (Call/SMS/Whatapps).

Saturday, 20 January 2018

Vitamin Untuk Legakan Alahan Masa Hamil

Dah cuba petua atasi alahan masa hamil tu tapi masih belum reda, ok meh nurul nak kongsikan vitamin untuk legakan alahan masa hamil.


Vitamin - vitamin ni sesuai diambil oleh ibu hamil, kerana ia tak menganggu perkembangan bayi dalam kandungan.


Set Morning Sickness Shaklee



Ni antara vitamin untuk legakan alahan masa hamil adalah :-

B Complex

B complex ni bagus untuk atasi rasa loya ibu hamil lerana ianya mengandungi Vitamin B6 yang telah terbukti boleh mengurangkan morning sickness.

Untuk hasil yang lebih berkesan, vitamin B6 ni perlu diambil dengan asid folic (B9) dan juga niasine (B3). Yang bestnya B Complex Shaklee ni dah lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuklah vitamin B6.

Selain tu, Vitamin B ni penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme.

Ia juga lengkap kesemua 8 jenis vitamin B dengan formula asid folik dan biotin yang membantu membina darah. Vitamin B complex ini juga melawan kemurungan dan memberi mood yang baik.



Peppermint Ginger Plus

Ada sesetengah ibu hamil, tidak boleh makan, tidak boleh minum, malah ada juga yang hanya terbaring sahaja sepanjang hari kerana tidak mampu untuk membuat apa-apa.

Ibu hamil dah tidak perlu risau lagi kerana, Peppermint-Ginger Plus Shaklee ni mampu membantu ibu - ibu mengharungi tempoh alahan tersebut.

Peppermint Ginger Plus Shaklee berbeza dengan pil-pil alahan lain di pasaran kerana ia mengandungi kombinasi 4 jenis herba yang sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman. Diperbuat daripada gabungan 4 bahan utama iaitu daun pudina, halia, adas dan cekur manis.

Manfaat Utama Bahan-bahan Peppermint-Ginger Plus

Pudina : melegakan otot perut, ia mempunyai elemen penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan yang timbul akibat kemeoterapi. Pudina merangsang peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

Halia : Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak.

Pokok Adas (Fennal) : orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan perut dan juga melegakan gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Cekur Manis (Anise) : digunakan oleh orang-orang Mesir purba untuk melegakan pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi alahan semasa hamil ni atau ingin mencubanya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan


12 Petua Atasi Alahan Masa Hamil Supaya Tak Melepek Sepanjang Hari



Ada tak petua atasi alahan masa hamil? Eh mestilah ada. Kebanyakan ibu hamil akan alami alahan ni, bezanya samada alahan teruk atau tahap normal sahaja. Kadang kadang ada yang kena tahan di hospital sebab alahan yang terlalu teruk.


Petua Atasi Alahan Semasa Hamil


Ini adalah 12 petua atasi alahan semasa hamil yang boleh kita amalkan :-

1. Kerapkan makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang sedikit setiap 2 hingga 3 jam supaya perut tak kosong walau kita dalam keadaan tidak lapar. 

2. Ibu hamil bebas makan apa sahaja yang nak dimakan tapi elakkan ambil makanan yang pedas, berlemak dan bergoreng.

3. Jika kita tak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka kipas dan tingkap seluasnya. Jika ada yang boleh masak bagi pihak kita itu lebih baik.

4. Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia. Ia boleb bantu redakan sebu perut atau tidak selesa.

5. Elakkan mengambil minuman berkafein dan jauhi merokok.

6. Minum air dengan kerap sekurang kurangnya 6 gelas sehari.

7. Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan. Maksudnya jarakkan masa ambil minuman sebelum dan selepas makan.

8. Pengambilan air halia boleh bantu kurangkan rasa mual.

9. Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah bila kita dalam keadaan penat.

10. Tidup sekejap disiang hari kerana kebiasaanya pada trimester pertama, ibu hamil kerap berasa letih dan mengantuk.

11. Buka tingkap rumah seluasnya untuk pengudaraan yang lebih baik dalam rumah.

12. Elakkan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan mual.

So, ibu hamil boleh cuba petua atasi alahan semasa hamil ni untuk kurangkan gejala alahan yang kita alami. Untuk atasi alahan dengan vitamin Shaklee, boleh rujuk disini.



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin yang perlu diambil untuk mengatasi masalah alahan semasa hamil ini atau ingin membelinya, boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725(Call/SMS/Whatapps).



Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Tuesday, 26 December 2017

Pengalaman 3 hari 2 malam Bercuti Ke Melaka Day 1 (Part 1)

Alhamdulillah baru baru ni, nurul sekeluarga bercuti 3 hari 2 malam di Melaka. Tak planning sangat sebenarnya, dalam vision board travel pun hajat nak ke Melaka ni bulan Mac 2018 nanti tapi alang alang ada rezeki lebih, awalkan trip ke Melaka ni dulu. Tanya dedi dulu, ok tak kalau kami ke Melaka, dedi pun on je, tunggu dedi apply cuti, nurul tak perlu apply dah sebab memang dah cuti, then decide nak pergi 22 hingga 24 disember baru ni. 


Kami gerak dari pekan, sebab malam tu tidur rumah mak, kononnya taknak travel lama lama dari kuantan. Minyak pun dah isi siap siap malam tu juga. Mula gerak dari rumah mak jam 
6.30 pagi, anak anak pun mudah je bangun nak bercuti kan. Yang si adik pun tak ada nak tantrum pagi pagi macam biasa. Mungkin tak nak spoil mood mami dan dedi dia nak bercuti agaknya.



Kami berhenti sarapan pagi di hentian rehat muadzam shah, dedi ni biasa ikut trip lori so memang dia tahu mana tempat nak makan, mana tempat nak isi minyak. Masa tu dalam pukul 7 lebih, satu gerai tu je yang buka so makan kat situ je la.


Mami makan nasi lemak ayam goreng, dedi makan nasi minyak daging dan anak anak roti telur sebiji sorang, air pula teh O suam, milo ais 2, nescafe suam. Total rm22.90 untuk sarapan pagi tu.


Dah kenyang perut, baru lah gerak semula. Kami ikut jalan muadzam,segamat dan masuk tol tangkak dan keluar ke tol ayer keroh. Tol dari tangkak ke ayer keroh rm3.80 sahaja.


Dah selamat tiba kat ayer keroh, destinasi pertama kami ke taman rama - rama masa tu jam 9.40 pagi. Taman rama - rama ni bersebelahan je dengan tol ayer keroh ni, keluar tol je terus nampak taman rama - rama ni. Taman rama - rama tu dah buka, so apa lagi masuk terus la, masa tu memang tak ramai orang lagi, dalam 3-4 keluarga macam tu je. Tiket dewasa rm22 kanak kanak rm16. Kami berempat, so total rm76.

Ni pintu masuk Taman Rama Rama
Monopod tak bawa, so kena la amik gambar berasingan..hehe

Rama rama tengah breakfast nenas
Ni kat dalam, antara taman rama rama dan taman buaya


Hampir dua jam juga dalam tu macam macam ada, bukan takat rama - rama je, buaya, ular, semua jenis binatang la ada dalam tu, dari sekecil binatang sampai ke besar-besarnya. 
Sebelum keluar tu sempatlah singgah kedai souvenir kat tepi koridor sebelun pintu keluar tu, nurul just beli keychain, budak berdua tu nak topi je. Sempat juga paw mami suruh beli jagung kat pintu keluar tu. Layankan ajelah.

Dalam banyak topi, yang ni jugak dia berkenan
Hasil mengpaw mami, makan jagung sebelum keluar
Buaya pun ada, besar besar saiznya
Taman kaloi, gemuk gemuk kaloi dia

Ok panjang dah ni, nanti Nurul sambung ke next entri ya. Stay tune.

Thursday, 14 December 2017

Tanda tanda dan gejala penyakit TIBI yang anda sendiri tidak sedar



Pernah tak anda alami demam, hilang selera makan, batuk berpanjangan dari dua hingga tiga minggu? Jika jawapannya ya, anda perlu berhati hati kerana ada kemungkinan anda telah dijangkiti dan terkena tanda-tanda dan gejala penyakit tibi. Sebelum tu, kita kenalan dulu dengan penyakit TIBI ni.



Penyakit TIBI atau batuk kering ni penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit tibi ini disebabkan oleh kuman TIBI(Tubercle Bacili) yang biasanya menjangkiti paru-paru dan ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelanjar, buah pinggang dan kulit.

Penyakit TIBI boleh berjangkit melalui titisan cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman pesakit TIBI apabila mereka batuk, bersin atau bercakap. Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair Ini akan menghadapi risiko jangkitan kuman.

Antara tanda-tanda dan gejala Penyakit TIBI:-

Batuk berterusan lebih 2 minggu
Kahak yang mengandungi darah
Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
Susut berat badan dan hilang selera makan
Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
Mudah letih, penat dan lesu

Kebiasaannya doktor mengesan penyakit TIBI ni dengan meminta anda melakukan pemeriksaan kahak dan menjalani pemeriksaan X-ray di kilinik atau hospital

Penyakit TIBI dapat dicegah dengan :-

▶Mendapatkan suntikan BGC
▶Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu
▶Asingkan bilik tidur pesakit, jangan berkongsi pakaian, makanan dan sebagainya
▶Elakkan menyentuh orang lain bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Tips untuk pesakit TIBI

Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerna cahaya matahari boleh membunuh kuman TIBI
Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap
Amalkan cara hidup sihat dan makanan yang seimbang

So, agak-agak anda ada tak tanda-tanda penyakit dan gejala penyakit TIBI ni? Nasihat Nurul, dapatkan pemeriksaan doktor dengan kadar segara dan jika nak cuba merawat dan mencegah penyakit TIBI dengan supplemen tambahan boleh rujuk di entri sini.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyakit TIBI dan perlukan konsultansi mengenai penyakit TIBI ni boleh terus berhubung dengan saya, Pn. Nurul di talian 017 3704725 (Call/SMS/Wapps).

Pengedar Sah Shaklee anda :

☺ ID Shaklee: 1083829
✍ FB: Sharifah Alhabsyiee
⌨ FB Page: Mummy's Beauty
IG : Shakleekuantan_bymami
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-3704725
➲ COD Area: Kuantan dan Pekan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...