Friday 7 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Power Pumping

Selamat hari jumaat semua..
Entri hari ni Nurul nak share tentang power pumping..Agak-agaknya  apa benda la power pumping tu ye..Sebenarnya Nurul pun tak tahu power pumping ni sebab tak pernah cuba nak buat.Lepas dah selidik - selidik jumpa la artikel tentang power pumping ni..Baca sampai habis tau.

Apakah Power Pumping
Ia merupakan teknik mengepam yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu melibatkan tenik dan setup yang mengepam seperti biasa tapi dalam cara yang lebih unik untuk meniru bayi menyusu dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping
* Ibu yang ingin menyusukan anak angkat
* Ibu yang nak menyusu semua setelah behenti menyusukan
* Ibu yang kekurangan susu

Macam mana pula dengan caranya??

✔ Untuk single pam / hand expression caranya, pam sebelah kanan terlebih dahulu selama 10 minit, kemudian kiri 10 minit dan ulang langkah tersebut selama 1 jam.

✔ Untuk double pump caranya, pump kedua-dua belah secara serentak selama 10 minit, rehat selamat 10 minit dan ulang langkah tadi berterusan selama 1 jam

✔ Amalkan buat power pumping ni sekali sehari dan seeloknya waktu malam ke subuh kerana masa ni pengeluaran hormon lebih tinggi.

✔ Untuk ibu - ibu yang lebih suka power pumping di hujung minggu, buat power pumping selama 2 hari dan kembali kepada rutin biasa di hari bekerja.


Berapa lama nak dapat tengok kesannya?
Power pumping ni perlukan masa sekurang-kurangnya seminggu.Walaupun hasilnya tidak memberansangkan teruskan misi untuk dapatkan susu sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.Jangan berputus asa, usaha, doa, dan tawakal, In Shaa Allah dipermudahkan.

Tips yang perlu ibu-ibu tahu tentang mengepam
❤ Bagi ibu yang muslim, cuba untuk tidur awal dan bangun pagi untuk power pumping.Sebelum pumping tu, bolehla mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan teruskan dengan power pumping. Dengan ketenangan hati dan minda In Shaa Allah hasilnya lumayan.

❤ Jika anda mengamalkan milk booster, pam dalam jangka masa 45 minit sehingga 1 jam selepas pengambilannya.

❤ Letakkan gambar/selimut/bayi anda di sebelah anda untuk membantu ransangan

❤ Amalkan tandem nursing dengan membiarkan bayi anda menyusu disebelah kanan dan mengepam disebelah kiri atau sebaliknya.

❤ Pam sebaik sesai menyusu kerana mengikut kajian, bayi takkan meghisap 100% susu semasa menyusu. Ini juga membantu kita untuk mengosongkan breast untuk penghasilan susu yang baru.

❤ Pump setiap 2-4 jam sekali 

❤ Jujur dengan diri sendiri. Terima apa sahaja jumlah yang diperolehi, bersyukur dan senyum. Jangan terlalu memaksa dan cuba untuk konsisten.

❤ Rajinkan rekod jumlah susu yang diperolehi bagi setiap sesi/hari supaya kita dapat monitor progress dan cuba tingkatkan jumlah dengan pelbagai strategi lain jika strategi utama tidak berhasil.


Selamat mengepam!!

Jika anda ada sebarang permasalahan @ ingin mendapatkan produk shaklee boleh hubungi Nurul di :-

Call/SMS/Whatapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku. Bukit Goh dan lain lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...