Saturday 1 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Amalan Mudah untuk Sihat


Selamat berhujung minggu untuk semua..hari ni Nurul nak share tips yang mudah untuk kekalkan kesihatan yang baik untuk diri sendiri dan juga ahli keluarga yang tersayang..Pakar juga berpendapat bahawa kesihatan yang baik dan kenikmatan hidup datangnya dari aktiviti gaya hidup.

Antara amalan mudah untuk kekalkan sihat dalam kehidupan seharian :-

Tarik nafas dalam - dalam
Buat kiraan 1 hingga 10 sebelum anda hilang sabar.Kurangkan stress dengan senaman,meditasi dan yoga.Perasaan marah yang tidak terkawal akan mengundang tekanan yang ada di minda seterusnya menjejaskan kualiti hidup anda.

Jaga gigi
Berus dan flos gigi bagi mengatasi masalah nafas berbau,mengelakkan kehadiran plak serta meningkatkan keyakinan diri.Pengambilan bakteria baik yang boleh didapati dalam yogurt,keju dan mentega pada setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau.

Minum banyak air
Banyakkan minum air untuk menahan selera makan. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang - kurangnya 2liter atau 8 gelas sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air dapat membantu membersihkan dan membuang toksik dalam badan serta mengekalkan kecantikan kulit. Air suam ye bukan air manis..hihihi

Bersarapan
Tidak bersarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka masa yang panjang.Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme meningkat di waktu pagi dan menurun di sebelah malam.

Pilih makanan yang sihat
Ambil perhatian semasa makan diluar. Pilih salad, mi sup, sayur - sayuran atau bubur ikan, buah - buahan dan teh herba.Mungkin tak menepati selera tapi ini adalah makananyan sihat untuk membantu anda mendapat gaya hidup sihat dan seterusnya bebas stress.

Gunakan tangga
Amalkan menggunakan tangga  untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskulator.Ia membantu melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selam 50 minit sehari.

Senaman semasa bekerja
Setiap sejam waktu bekerja, luangkan 5 minit untuk membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara ini meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari.Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja..B complex la tu..hihhihihi

Senaman awal pagi
Sebelum bangun dari katil, buatlah 5 kali senaman perut dan tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain itu membantu membakar lemak, otot abdomen anda juga akan menjadi padat dan cantik.

Berjalan
Berjalan adalah senaman yang terbaik untuk mengelakkan osteoarthritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan tubuh, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia akan dipakaikan pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkanjumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.

Makanan seimbang
Pemakanan yan seimbang dan senaman adalah 2 faktor yang utama untuk mencapai kesihatan yang optimum. Senaman yang berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang kepada penyakit jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat serta meningkatkan kualiti kehidupan. Kesimpulan makanlah mengikut keperluan bukan kerana nafsu ye..

Semaga bermanfaat untuk semua..

Untuk mendapatkan barangan Shaklee, hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD : Area Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh, dan sekitarnya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...