Ada yang kata minum soya ni nanti boleh jadi kanser. Eh bukan semua soya tau. Hanya soya yang GMO sahaja yang boleh menyebabkan kanser. GMO ni soya yang disuntik nak bagi cepat membesar supaya pengeluaran jadi cepat tetapi ESP ni pula Non GMO sebab tu harganya lebih sikit dari soya dipasaran
ESP ni juga rendah glisemik index (GI). Bagi pesakit diabetes kadar GI index yang rendah diperlukan supaya kadar gula yang minima dan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama
Jangan tak tahu, 1 canister ESP 850gram ni bersamaan 30kg soya tau so boleh bayangkan tekstur soya tu kan
Selain tu, ESP ni lengkap dengan 9 jenis asid amino yang diperlukan badan jadi dah tak perlu pikir mana nak cari 9 asid amino yang tak dihasilkan oleh badan tu
ESP ni juga tanpa pengawet, tanpa perasa tambahan, tanpa pewarna & bebas kolestrol
Best kan ESP ni 😉😉
Agak-agak soya dipasaran tu ada tak yang macam ni?
Berminat untuk dapatkan shaklee? Hubungi mami di 0173704725 (whatapps/call/sms).
Jika anda berada di sekitar kuantan dah perlukan shaklee dengan kadar segera, mami ada menyediakan perkhidmatan COD untuk anda.
Wednesday, 14 September 2016
Perbezaan ESP Shaklee & Soya di pasaran yang anda perlu tahu
Bekalkan Vitamin Semulajadi untuk yang tersayang
Cerita tentang produk shaklee pilihan mami untuk yang tersayang.
Anak-anak mami terutama yang sorang ni bab makan chewable vitamin C ni memang tak cukup 1 ada je alasannya nak banyak. Bukan takat vitamin c ni aje tapi boleh dikatakan semua vitamin la nak lebih
Masa nak makan tu la dia buat-buat batuk la,sakit tekak la jadi mami kena standby 2 botol untuk 1bulan untuk dua orang
Ala..bukan mahal pun sebotol baru rm37 dari dia makan gula-gula rosakkan gigi pastu menangis sakit gigi baik dia kunyah vitamin C ni
Alhamdulillah sejak anak mami amalkan chewable vitamin C ni kalau ada sakit apa-apa memang cepat recover. Kulit badan,kuku pun tak bermasalah semuanya dah cantik.
Sape sanggup tengok anak sakit kan, jadi sebelum sakit baik mami berhabisan dulu. Ni cara mami cara anda macam mana pula?
Berminat untuk dapatkan produk Shaklee dengan mami? Boleh hubungi mami di 0173704725 (whatapps/sms/call).
Untuk anda yang memerlukan ready stok dan berada di sekitar kuantan, perkhidmatan COD ada disediakan.
Monday, 12 September 2016
Tips Berseri dan Cun di Hari Raya
Nak tips cun & sihat raya ni? Meh baca coretan mami hari ni
Bagi mami cun tu jatuh ke tangga ke 2 yang penting sekali ofkos la sihat. Pakai baju lawa-lawa sekali terlantar dikatil aje siapa nak tengok.hihihu
Kalau sihat inshaaAllah cun sampai bila-bila 😂😂😂. Nak bergaya pun senang hati betul tak?
Jadi ni antara pilihan vitamin untuk mami dan anak-anak kekal sihat dan cun dipagi raya
Untuk imuniti badan mami pilih nutriferon & vitamin C. Chewable tu untuk anak-anak mami. Garlic pula bertindak sebagai antibiotik semulajadi.
Jadi sebelum jadi apa-apa kita pasang perisai dulu, maklumlah masa raya ni kita berkumpul ramai - ramai jadi penyakit pun mudah sangat berjangkit.
Vitamin C tu juga elok untuk kulit berseri tu pun kalau mami rajin buatkan masker
Lengkapkan pilihan ni jadi mami tak risau lagi untuk kekal sihat & cun dihari raya. Selamat hari raya semua
Set Mendobi Terbaik Di Pasaran untuk anda yang terlalu sibuk
Rutin utama lepas habis cuti,mendobi semua baju kotor yang bertambun tu 😂😂
Sedap sangat basuh sampai tak sedar terlebih muatan ampaian. nak sidai tempat dah tak ada jadi terpaksa la mami letak dalam bakul ni dulu sementara tunggu baju yang ada di ampaian tu kering
Yang bestnya #freshlaundryshaklee ni baju-baju dalam bakul tu tak berbau hapak walaupun terperap dalam bakul tu 2 hari
Ni hasil eksperimen mami tau bukan omong kosong kalau sabun yang brand terkenal dalam tv tu letak setengah hari pun dah berbau hapak
Sabun ni sesuai sangat untuk cuci pakaian anak² yang ada sakit kulit. Jangan tak tahu sabun pencuci pun boleh menyebabkan radang kulit tau
Lagi 1 set fresh laundry ni bebas phosphate dan mesra alam. Jadi ia membuatkan mesin basuh kita boleh bertahan dalam tempoh masa yang lama
Jadi buatlah pilihan yang bijak untuk keluarga kita. Mami sudah,anda bila lagi?
Sunday, 11 September 2016
Tips Keselamatan Pulang ke Kampung
Amboi excited nampaknya masing-masing nak balik kampung beraya
Excited² jugak keselamatan kena jaga tau. Jadi sebelum mulakan perjalanan tak kisahlah dekat atau jauh kampung tu meh mami pesan sikit
Firstly,mulakan dengan bismillah,jangan lupa baca doa naik kenderaan & ayat kursi supaya perjalanan kita dipermudahkan Allah
Eh sebelum tu,barang-barang nak dibawa balik tu dah cukup semua? Nanti ada pulak tertinggal baju raya 😂😂😂
Pesan pada pasangan kita yang drive tu ikut had laju yang betul jangan rushing sangat bukan lari pun kampung tu
Bagi yang drive lepas berbuka tu pastikan badan betul-betul bertenaga almaklum la dah kenyangkan. Pekena #cinchteamix campur #performancedrink dulu baru la segar mata tu
Kalau mengantuk, tukarlah driver atau berhenti je kat mana RnR jangan berhenti tepi highway pulak.. Bahaya tu
Ok itu sahaja tips dari mami. Mami doakan anda semua selamat tiba ke kampung halaman masing-masing
With 💓 dari mami
Saturday, 10 September 2016
Idola dalam Shaklee
Korang ada idola?
Hari ni mami nak cerita tentang idola mami.agak-agaknya siapa la kan idola mami tu.
Kalau ditanya idola dalam bisnes,mami rasa master² & leaders dalam shaklee la idola mami yang paling terbaik.
Sebab apa?
Mereka ni tak lokek ilmu langsung semuanya dikongsi dengan anak-anak buah mereka. Setiap tugasan yang diberikan pada kami mereka juga turut serta buat tugasan nya bukan hanya memerintah anak-anak buah mereka.
Walaupun income ada setengahnya dah cecah 5-6 angka,(angka tau bukan ribu) tak ada sorang pun yang jenis menunjukkan harta benda yang dieorang ada hasil berbisnes shaklee. Ada setengah MLM ni yang dah jadi senior sangat ni confirm duk tayang kereta mewah bagai konon nak bagi inspirasi pada anak buah.perlu ke?😂😂
Beruntung sangat berada dalam kalangan mereka ni. Semoga 1 hari nanti saya pun akan jadi mentor terbaik untuk susur galur shaklee saya pula. InshaaAllah.
Hadiah Teristimewa untuk mereka yang paling istimewa di hati
Kalau cerita pasal impian ni semua nak kan?nak kereta besar la rumah besar la semua yang besar-besar la.tapi mami rasa mami tak nak yang besar-besar tu tapi mami cuma nak pakej umrah tajaan shaklee je (takat masa ni la akan datang tak tahu lagi..hehehe)
Nak bawak semua sekali pergi termasuk mama & papa. trip umrah shaklee ni tiap-tiap tahun ada tau cuba yang berbezanya ziarahnya macam tahun lepas mereka ke umrah & dubai,tahun ni lupa dah ke mana & yang penting tahun depan ke turki 😉😉
Jadi untuk fight tiket free dari shaklee ni mami kena kerja kuat sangat.kumpul duit bonus shaklee bulan-bulan & yang paling penting mami kena naik rank dulu 😂😂
Kalau kita boleh dapatkan yang free kenapa nak cari yang berbayar kan?yang free ni pun ikut standard 5🌟 tau bukan yang cikai-cikai punya.
Ni kira hadiah mami untuk mereka yang mami sayang la. Mereka pun dah banyak sangat berkorban untuk mami, jadi apa salahnya mami hadiahkan mereka dengan hasil usaha mami sendiri. Semoga mami tak mudah give up dan terus fokus untuk bershaklee dan capai impian mami yang 1 ni. Kawan-kawan jangan lupa doakan mami ya.
Kenapa anda anda rasa selamat dengan Shaklee
Hari ni mami nak cerita sikit la pasal basic H yang pernah kontroversi satu ketika dulu ni..hihihi
Basic H ni mami guna buat macam-macam tau,
- jerlung kepala anak mami bila demam
- basuh sayur - sayur hijau yang dah melayu tu
- lap dapur kasi berkilat
- lap lantai kasi buat cermin kat lantai
- kumur gigi masa sakit gigi
- mandi anak masa kena kudis buta & chicken pop
- sental kepala anak kena kutu jangkit dengan kawan²
- basuh baju yang kena luntur dari baju lain tu
- isi dalam air wiper kereta
- basuh motor dedi
- berus gigi
- basuh kereta
- cuci daki pada barang kemas
Ha..banyak kan,ada lagi sebenarnya kalau mami senarai semua mau sampai esok tak habis..haha
Eh kan basic H tu buat cuci lantai je?boleh ke guna untuk lain² tu..ha..ni la yang specialnya shaklee ni tau,dieorang dah kaji awal² lagi sebelum produce 1 bahan tu.kalau pencuci kat pasaraya tu hampa buat macam ni..hehehe tak tahu la mami apa akan jadi.😂😂
Untuk basic H mami memang yakin untuk guna,alhamdulillah setakat ni tak ada lagi kesan yang mudarat bila mami guna basic H ni. Basic H ni pun dari extract kelapa tau bukan chemical.
Kat botol tu pun ada tulis 1000 kegunaan kan? Jadi kenapa perlu risau shaklee dah jamin selamat,berkesan dan mesra alam.
Kenapa Anda Perlu Jadikan Saya Mentor Shaklee Anda
MENTEE WANTED URGENT!
Ha..gitu siap tanda seru mami bagi, tu tandanya mami seru sangat mereka yang berminat nak jadikan mentor bisnes uolls
Ciri-ciri yang uolls perlu ada :-
✅ Surirumah yang nak gaji tiap-tiap bulan dengan hanya bisnes dari rumah
✅ Wanita yang nak berbelanja lebih tanpa guna duit gaji sendiri & duit gaji suami
✅ Nak kesihatan yang baik untuk keluarga
✅ Rajin tanya,rajin usaha,rajin sharing pendek kata semua rajin la
Selebihnya mami continue lagi dan kenapa pulak uolls kena jadikan mami ni mentor uolls?
🙈 Mami dah berpengalaman hampir 3tahun dalam shaklee
🙈 Ada kelas bimbingan samaada personal atau group
🙈 Boleh belikan stok untuk uolls tapi dengan kiriman wang la ye
🙈 Mampu jadi leader yang baik
🙈 Bersedia semasa uolls memerlukan bantuan
Ha..macam mana?Mahu ke mahu?
Meh roger mami deh. Mami sedia menerima kedatangan uolls dalam teamsabs
Saturday, 3 September 2016
Kisah Terjebak Dengan Shaklee Sampai Taknak Stop
Meh nak story mory sikit hari ni,kira hari ni mami nak throwback semula memori 2 tahun 7bulan lepas
Mami kenal shaklee ni lepas tengok upline mami duk promote shaklee kat FB. Mami ni memang mudah terpengaruh sikit kalau bab kawan-kawan share. Adalah satu hari tu mami nampak dia post tentang set kurus bajet ni. Eh macam nak je,macam berminat je,macam nak kurus je.😂😂
So apalagi tanya la berapa harganya, macam mana makan,berkesan ke tidak,ada kesan sampingan ke tak,siap kira² bagai last-last upline pujuk untuk jadi ahli terus alang-alang dah belikan jadi la ahli terus dapat murah lagi untuk next belian. Masa tu dah gaji memang on terus la kan.
Masa ni tak tahu langsung tentang shaklee ni walaupun dah hampir 60 tahun kat Malaysia ni. Punya la tak up to date mami ni kan. Lagi satu, tak tahu pun shaklee ni MLM. Lepas tahu tu duk pikir jugak mesti kena pergi perjumpaan malam-malam pastu kena beli macam-macam pulak nak dapat itu ini. Tapi,selepas sebulan tu tak de pun kena jumpa sape² pun, superupline pun kenal dari fb je. Coaching semua thru online,wah menarik ni.Jadi mulalah kisah nak berbisnes sampai sekarang.
Berminat untuk mengetahui lsnjut tentang shaklee, boleh hubungi Nurul di 0173704725 (whatapps/sms/call). Sekiranya anda berada di sekitar kuantan dan pekan, kemudahan COD disediakan untuk anda bagi produk yang ready stok.
Tips Rancang Kewangan Supaya Tak Sesak di tengah Bulan
Nak berbelanja ni kena rancang dulu tau bukan main belanja aje. Btw bukan akauntan je kena buat bajet tapi kalau kita sorang surirumah pun patut buat
Dulu mami main belasah je nak beli apa-apa takde pun nak rancang-rancang bagai tapi satu hari bos mami cakap macam ni kat mami 'kita kalau buat akaun orang pandai sangat tapi kalau akaun kita sendiri tak balance tak guna juga'..hahaha sentap mami nasib tak quit jadi akaunteng😂😂
Mula dari tu la setiap kali gaji mami & setiap semua gaji dedi yang dedi bagi tiap bulan tu mami listkan dulu apa nak kena bayar mengikut jumlahnya
Dahulukan mana yang patut dulu selebihnya barulah boleh berjimba..eh tak berjimba sangat la biasa mami habiskan dengan beli stok shaklee kurang-kurangnya dapat juga mami buat belanja kalau ada keadaan luar jangka
Sekarang pun mami dah insaf sebab tu akan ada 2 wallet dalam handbeg,1 untuk bisnes 1 untuk guna belanja. Harap-harap mami tak gatal tangan belanja duit bisnes 🙊🙊
Sekian saja tips mami yang tak seberapa ni. Nak tips lanjut lagi jangan lupa baca entri mami akan datang ya.
Berminat untuk dapatkan shaklee dengan mami? Hubungi mami di 0173704725 (whatapps/sms/call) . Jika anda berada di sekitar Kuantan & Pekan, perkhidmatan COD disediakan untuk anda.
Fb : sharifah_alhabsyiee
Ig : shaklee_bymami
Friday, 2 September 2016
The Power Of Rejection
Hamboi mami siap speaking bagai 😂😂
Jom mami bongkar sikit cerita dulu-dulu, masuk shaklee pun senyap-senyap je tak ada orang tau pun. Awal-awal join shaklee tak ada pun ahli family tak kira la parents ke suami ke yang support siap kutuk lagi ape la join MLM.
Pedooh je MLM ni cakap pung pang hasilnya orang atas jugak dapat. Mami explain ikut mana pun dieorang kona ikut lain. Akhirnya lantak la jalan terus je. Bila Allah dah gerakkan hati kita ke arah tu pastu ada sebabnya kan? Jadi mami yakin dengan apa yang ditentukan Allah.
Sikit² mami bangun sendiri,pergi cod dengan anak-anak,pergi kelas kena masam muka dulu,balik kelas kena marah lagi,mami telan je
Alhamdulillah sekarang mereka semua dah boleh terima hakikat yang mami adalah pengedar shaklee tegar. Dah boleh terima pendapat dan info tentang shaklee mami sampaikan.
Tak susah pun sebenarnya nak dapat kepercayaan dieorang yang penting kita sabar dan tunjukkan yang kita mampu buat dan apa yang kita buat tu bukanlah sesuatu yang sia-sia.
Berminat untuk dapatkan shaklee dengan mami? Hubungi mami di 0173704725 (whatapps/call/sms). Jika anda berada di sekitar Kuantan dan Pekan perkhidmatan COD disediakan untuk anda.
Sunday, 10 April 2016
4 Ramuan lengkap terkandung dalam Vivix

Ramuan semulajadi yang terkandung dalam Vivix :-
✅Purplecarrots
Sumber vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk caratenoids,phenolics etc. Mengandungi kandungan asid klorogenik yang tinggi,yang dapat mengurangkan diabetes. Memberi kesan kepada saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
✅Elderberry
Bukan hanya kaya dengan anti oksidan, malah kaya dengan vitamin A,B,C dan nutrien spt asid amino,caratenoid,tannin dan rutin. Dapat membantu menguatkan sistem imunisasi dan mampu memberi perlindungan terhadap penyakit cardiovascular dan jantung
✅Muscadine grape
Mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi. Mempunyai ciri untuk menghentikan kimia penyebab kanser,anti-virus dan anti-bakteria
✅Polygonumcuspidatum
Merupakan sumber komersial Resveratrol yang dapat membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol dan tekanan darah, serta mengurangkan berat badan
Hebatkan vivix ni
Nak rasai nikmat bervivix?Hubungi Nurul di 0173704725 untuk keterangan lanjut dan konsultansi terbaik.
Kenali gejala penyakit SLE atau Lupus
Ia juga menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi,buah pinggang, paru-paru, sistem saraf atau organ lain di dalam badan.
Kaum wanita dianggarkan lebih kurang 90% yang mendapat penyakit lupus ini.Rawatan lupus bergantung pada jenis dan tahap gejala yang dialaminya dan biasanya memerlukan penglihatan beberapa pakar dari beberapa displin
Pesakit juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan. Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza iaitu samaada sederhana atau serius
Gejala ini boleh datang dan pergi. Gejala lazim yang akan dialami oleh pesakit lupus adalah sendi bengkak dan sakit (arthritis), dengan yang tidak diketahui puncanya dan keletihan yang amat sangat.Terdapat juga tompok-tompokmerah dipipi dan hidung seperti bentuk 'kupu-kupu'. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada
Antara gejala lain adalah :-
✳ Demam,keletihan dan penurunan berat badan
✳ Ulser di mulut dan hidung sehingga berlarutan
✳ Rambut gugur secara bertompok-tompok atau disekeliling
✳ Risiko mendapat darah beku
✳ Darah atau protein dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
✳ Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
✳ Tompok-tompok merah dikawasan kulit yang terdedah dengan sinaran matahari
Penyakit lupus mampu membawa maut kerana ia akan menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan lupus yang terlalu aktif.
Selain daripada ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor, pesakit lupus boleh mencuba Vivix sebagai makanan tambahan bagi mencegah gejala lupus.
Vivix membantu memulihkan sel dalam badan dan juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan dapat melindungi sel dari kerosakan. Penggunaan steroid dalam jangka masa yang panjang juga boleh menyebabkan kesan sampingan menjadi lebih teruk.
Ini adalah antara testimoni pesakit lupus @ SLE yang mencuba Vivix sebagai ikhtiar kesihatan yang baik.

Berminat untuk mencuba Vivix?Dapatkannya dengan harga ahli dengan setiap pembelian twinpack vivix. Hubungi Nurul di 0173704725 (whatapps/sms) untuk keterangan lanjut dan konsultansi terbaik
Kanser Usus Sembuh Tanpa Kimoterapi
Sebahagian besar kanser bermula sebagai polip usus. Polip usus ini dapat berkembang menjadi kanser. Lebih dari 95% dari kanser usus bermula pada sel-sel yang melapisi bahagian dalam usus.
Penyebab kanser usus hingga saat ini masih belum diketahui dengan pasti. Namun ada beberapa risiko yang mungkin meningkatkan dan menyebabkan kanser usus. Antaranya :-
✖ Mereka yang berusia 50 tahun ke atas lebih berisiko
✖ Pola permakanan yang sedikit terhadap sayuran dan buah-buahan
✖ Obesiti atau pesakit diabetes
✖ Merokok atau penagih alkohol
✖ Sejarah polip usus atau penyakit usus
✖ Keturunan
Zaman sekarang ni usia bukan lagi penghalang untuk mendapat penyakit kanser usus ni. Nurul ada pengalaman tengok ada adik yang berusia 18 tahun yang menghidap kanser usus ni.
Untuk langkah pencegahan, Vivix membantu merencatkan pembiakan sel kanser dari terus merebak. Kandungan resveratrol dalam Vivix membantu dalam pemulihan sel yang rosak akibat kanser. Anggur muscadine didalam Vivix mempunyai ciri untuk menghentikan kimia penyebab kanser, antivirus dan anti bakteria.
Ini adalah testimoni pesakit kanser usus yang mencuba Vivix sebagai ikhtiar kepada penyakitnya.

Sebenarnya dalam tubuh badan kita memang mengandungi sel kanser, cara pemakanan kita seharian juga membantu pembiakan sel kanser.
Berminat untuk mencuba Vivix sebagai ikhtiar penyakit anda.Hubungi Nurul di 0173704725 (whatapps/sms) untuk keterangan lanjut dan konsultansi terbaik.
Cara menurunkan tekanan darah tinggi dengan bahan semulajadi
Tekanan darah ni ditentukan oleh jumlah darah yang dipam oleh jantung dan jumlah rintangan arteri disebabkan arteri yang semakin sempit. Semakin banyak darah dipam dan semakin sempit arteri maka tinggi lah tekanan darah seseorang itu.
Diukur dari dua bacaan iaitu ketika jantung mengepam (sistolic) bacaan atas dan bacaan bawah ditentukan ketika jantung berehat (diastolic)
Tekanan darah normal ialah bacaan atas 100-140 dan bacaan bawah 60-90, tekanan darah tinggi terjadi apabila bacaan melebihi 140/90
Penyakit darah tinggi juga boleh membahayakan kesihatan kita. Penyakit darah tinggi ini jika tidak dikawal boleh mendatangkan penyakit lain seperti :-
- Strok
- Kerosakan saraf mata
- Kebas di bahagian kaki & tangan
- Gangguan pada buah pinggang
- Serangan jantung
- Menyebabkan tubuh tidak bermaya
- Sakit kepala
- Sakit dada
- Denyutan nadi dan jantung tidak teratur
Untuk langkah pencegahan, Vivix membantu mengurangkan kadar tekanan darah seterusnya membantu mencegah strok
Bagaimana?
Dengan meningkatkan aktiviti enzim yang dipanggil oksida nitrik endothelial dan menghasilkan niktrik oksida iaitu ejen yang meluaskan saluran darah dan kawalan tekanan darah.
Ini antara testimoni pengguna vivix sebagai usaha mengurangkan tekanan darah tinggi mereka.

Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan serangan jantung tau. Sebelum keadaan bertambah parah, jom cegah bermula dari peringkat awal.
Berminat untuk mencuba Vivix sebagai ikhtiar penyakit anda?Hubungi Nurul di 0173704725(whatapps/sms) dan bagi anda yang berada disekitar kuantan,perkhidmatan cash on delivery (COD) juga disediakan untuk anda.
Aduhhh, penapis buah pinggangku bocor

Biasa kita dengar buah pinggang je yang bermasalah kan. Tapi hari ni Nurul nak share 1 lagi penyakit yang melibatkan buah pinggang. Penapis buah pinggang bocor atau nama perubatannya Nephrotic Syndrome.Penyakit ini berkait dengan buah pinggang kita tau.
Bagi buah pinggang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang berfungsi menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar melalui air kencing kita.Tetapi, untuk pesakit Nephrotic Syndrome ni pula, glomeruli mereka tidak berfungsi dengan baik atau bocor sehingga menyebabkan lebih 3gram protein terkeluar melalui air kencing dalam masa 24 jam dan akan menyebabkan tubuh kita kehilangan banyak protein
Punca kerosakan glomeruli pada pesakit buah pinggang tak dapat dikenal pasti, tetapi ada juga kemungkinan disebabkan jangkitan kuman dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibody seperti SLE, penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease & kencing manis.
Tanda-tanda penapis buah pinggang kita bocor :-
✖ Lemah & tidak bermaya
✖ Air kencing berbuih-buih
✖ Mata dan kaki bengkak selepas bangun tidur & waktu petang apabila berdiri
✖ Perut kembung
✖ Sakit perut
✖ Cirit birit
✖ Antibodi lemah
Biasanya pesakit akan diberikan ubat steroid seperti predrisolone yang diberikan mengikut kadar berat badan sehingga tiada protein didalam air kencing dan dosnya akan berubah mengikut keadaan si pesakit tersebut. Tetapi untuk jangka masa yang panjang, steroid ni bukanlah yang terbaik kerana ianya mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit.
Ini adalah antara testimoni dari pesakit Nephrotic Syndrome yang sembuh dengan Vivix.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini,bolehlah cuba vivix. Sesungguhnya penyakit itu dari Allah dan setiap penyakit ada penawarnya.
Dapatkan vivix dengan harga ahli dengan pembelian vivix twinpack. Untuk tempahan dan konsultansi terbaik, boleh hubungi Nurul di 0173704725 (whatapps/sms).
Wednesday, 6 April 2016
Diabetes yang dihidap sejak 11 tahun lepas pulih tanpa kesan sampingan
Apa itu diabetes?
Diabetes ni atau dalam kata lain iaitu kencing manis adalah satu keadaan dimana tahap gula dalam darah lebih tinggi dari tahap gula yang normal.
Siapa yang berisiko kena diabetes ni?
- umur 35 tahun ke atas
- berat badan berlebihan atau obesiti
- keturunan
- tekanan darah & kolestrol yang tinggi
- faktor permakanan yang berlemak dan berminyak
{BAHAYA DIABETES}
Diabetes jika dibiarkan ia akan menyebabkan :-
✳ mudah mendapati serangan jantung
✳ kerosakan sistem saraf
✳ kerosakan mata
✳ cacat kaki akibat dipotong
✳ gangguan pendengaran
✳ infeksi pada kulit
✳ kegagalan fungsi buah pinggang
Bersediakah kita mengalami situasi seperti di atas?
{CEGAH DIABETES}
Tubuh pesakit diabetes biasanya tidak mampu menghasilkan insulin dan memerlukan insulin untuk mengawal paras gula dalam badan.
Untuk pesakit diabetes,nurul cadangkan untuk cuba Vivix dari shaklee.Resvestrol adalah kompaun yang terkenal dengan manfaat kesihatan yang sangat luas.Dengan resveratrol yang terkandung dalam vivix, masalah kandungan gula dalam darah dapat dikawal.Penemuan terbaru mendapati kebolehan resveratrol untuk menghalang diabetes.Kulit anggur menghasilkan resveratrol untuk mengepung dan melemahkan serangan diabetes.1 sudu kecil sehari InshaaAllah mampu mencegah diabetes anda dari parah.
Ini adalah antara testimoni pengguna vivix untuk diabetes
Untuk keterangan lebih lanjut tentang Vivix,boleh klik di sini.
Sebelum mata bertambah kabur,sebelum kaki belum dipotong & sebelum buah pinggang kita rosak akibat ubat-ubatan diabetes ni lebih baik kita cegah dari awal.Untuk dapatkan vivix anda segera,hubungi Nurul di 0173704725 (whatapps/sms).
Tuesday, 5 April 2016
Pesakit Bell's Palsy sembuh dengan Vivix
Apa Bell's Palsy ni?Tak pernah dengar pun penyakit bell's palsy ni. Hasil rujukan merata-rata maka dapat la apa itu bell's palsy
Ha..Bell's Palsy ni penyakit saraf yang berkait dengan wajah, ia menyebabkan kelumpuhan otot salah satu sisi wajah sehingga menjadi asimetris(tak centre la orang kata) kerana salah satu sisi wajah nampak melorot atau mencong dari keadaan asal dan hanya satu sisi wajah dan mata sahaja dapat berfungsi.
Bell's Palsy ni bukan strok tau.sebab strok akan melibatkan separuh badan tetapi bell's Palsy ni hanya melibatkan bahagian muka pesakit sahaja.
Agak-agaknya apa supplemen yang terbaik ye untuk penyakit bell's palsy ni. Untuk bell's palsy ni biasanya Nurul suggest customer untuk cuba Vivix dan juga B Complex.
Vivix ni sejenis liquid yang sangat hebat setanding dengan harganya. Ia diperbuat dari tumbuhan dan buah-buahan bertaraf SUPER iaitu anggur muscadine, purple carrot, European elderberry dan polyganum cuspidatum.
1 sudu kecil Vivix menyediakan 5ml resveratrol yang baik untuk membina sel baru dan memperbaiki sel lama yang rosak akibat bell's palsy dan juga sangat baik untuk saraf dan mengurangkan keradangan semasa gejala bell's palsy terjadi.
Manakala B Complex pula membantu membekalkan tenaga semasa berlakunya gejala bell's palsy dan menguatkan otot saraf kita yang rosak akibat bell's palsy.
Ni antara testimoni pesakit bell's palsy yang mencuba Vivix & B Complex
Berminat untuk mencuba Set Bell's Palsy? Untuk mereka yang berada di sekitar Kuantan,Nurul ada menyediakan COD tanpa caj penghantaran.
Nak dapatkan vivix dengan harga ahli dengan hanya pembelian twinpack vivix? Hubungi Nurul untuk tempahan vivix anda di 017-3704725.
Untuk keterangan lanjut tentang Vivix,klik sini.
Kenali tanda angin ahmar yang boleh mengancam nyawa tak kira usia
Hari ni Nurul nak share ilmu sikit tentang penyakit Angin ahmar atau strok.penyakit ni dulunya orang tua-tua je selalu kena tapi sekarang, muda-muda lagi dah dapat penyakit ni.
Angin ahmar atau strok ni ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu.Bahagian otak tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian yang dikuasai oleh otak tidak berfungsi.Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar atau strok terjadi pada setiap 45 saat dan seorang mati setiap 3 minit dan bagi 5 kematian tersebut 2 kematian adalah lelaki dan 3 wanita.
Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan merokok
Penyakit ini adalah biasanya padanan untuk serangan jantung yang juga merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu
Antara tanda dan gejala strok kecil adalah :-
✔ Gangguan atau sakit pada kepala yang datang secara tiba-tiba
✔ Pertuturan menjadi tidak jelas
✔ Binggung dan muncul rasa berat di bahagian tengkuk
✔ Penglihatan kabur
✔ Lemah fizikal dan hilang keseimbangan
✔ Lengan dan kaki tangan tidak bertenaga dan kesemutan
Kebiasaanya simptom-simptom ini berlaku tidak lama.Adakalanya hanya berlaku beberapa minit atau beberapa jam sahaja kemudian pesakit akan sembuh semula.
Jika kita tidak mendapatkan pemeriksaan sewajarnya untuk mencari punca simptom atau tidak mengamalkan ubat-ubatan yang diberikan, berhati-hatilah kerana strok sebenar mungkin akan menyerang. Bila strok sebenar menyerang, ia akan merosakkan otak dan kecacatan itu akan menjadi kekal.
Bila dah kena strok, mesti ada komplikasi yang akan kita hadapi hasil dari penyakit tadi.
Antaranya kesan akibat strok :-
❌ Lumpuh separuh badan
❌ Masalah percakapan,membaca,berfikir & mengira
❌ Sukar mengambil objek
❌ Sukar membutang baju
❌ Sukar belajar perkara baru atau mengingat info
❌ Masalah dengan short term memory
Penyakit strok ini akan berulang jika kita mengabaikan kesihatan kita. Nak sihat macam orang lain kan?kena la amalkan permakanan macam orang lain juga
Pilihan Nurul Vivix dari Shaklee, anda bagaimana?
Vivix ni membantu :-
👉 Menghalang pengoksidaan kolestrol jahat LDL
👉 Membantu mengurangkan keradangan
👉 Menjadikan platlet lebih sukar melekat bersama-sama bagi pembentukan bekuan yang membawa kepada serangan jantung
Nak tahu lagi tentang Vivix ni,boleh klik sini
Ni antara testimoni pesakit strok yang mencuba Vivix sebagai ikhtiar klik sini
Jika anda perlukan vivix untuk mencegah penyakit angin ahmar,boleh hubungi Nurul di 017-3704725(whatapps/sms).Dapatkan vivix anda dengan harga ahli selepas pembelian twinpack vivix.
Saturday, 9 January 2016
Promosi Terhebat Sepanjang Januari 2016
Assalamualaikum semua, lama dah tak bersiaran kan.maklum la terlalu banyak alasan nak mencuci sawang di blog Oh My Vitamin ini.
Tapi hari ni mumygojes tak nak citer pasal sawang-sawang semua tu tapi nak citer tentang promosi menarik yang ditawarkan oleh shaklee untuk bulan Januari 2016 ni
Ok bulan ni Shaklee umumkan Vivix, Zinc Complex & Vitalea for Children sebagai promosi.
Apa yang menarik dengan pembelian 3 barang kat atas tu?Ha jangan tak tahu,bagi mereka yang bertuah layak ditaja oleh shaklee untuk dapatkan membership percuma & cash back terus masuk ke akaun yang layak pada 15 Februari akan datang.
Jadi apa tunggu lagi?
Hubungi mumygojes di :-
FB : sharifah alhabsyiee
IG : @sharifah_alhabsyiee
FB Page : Mummy's Beauty
WA / SMS : 0173704725
Jom rebut promosi ini segera & tawaran ini sab sehingga 31 Januari 2016.Dapatkan segera 💪💪
Friday, 13 November 2015
10 Tips Mudah Untuk Latih Anak Tanpa Pampers
Alhamdulillah kedua-dua anak Nurul dah bebas dari pampers. Si kakak pada usia 3 tahun 4 bulan dan adik pada usia 2 tahun 1 bulan. Mula-mulanya susah jugak nak dapat handle kedua-duanya, tapi berkat kesabaran maminya, akhirnya berjaya juga. Pada mulanya kami suami isteri bercadang nak bebaskan kakak dahulu tapi si kakaknya terlalu obses bila dah tengok adik pakai pampers dan dia pun apa lagi nak jugak la kan, so untuk langkah berjaga-jaga kami train dua-dua sekali.
Jom amalkan 10 tips untuk latih anak bebas pampers seperti dibawah ini.Moga-moga ia bermanfaat pada kita semua :-
Pertama sekali jangan fikir sangat nak kena bersihkan apa yang anak-anak bakal buang tu, tapi fokus pada tujuan sebenar kita untuk latih mereka.Kalau awal-awal kita dah kalah dengan emosi kita, bagaimana dengan anak-anak kita yang masih kecil tu. Betul tak?
Keduanya, mula simpan lebihan pampers yang ada. Kalau boleh jangan bag 1 keping pun terlepas dari pandangan kita. Sehingga sekarang Nurul masih ada 1 bungkus pampers yang belum dibuka yang masih lagi tersorok didalam almari..kih kih kih tak pe la boleh simpan untuk adik baru nanti kan kalau ada rezeki.
Yang ketiga, amalkan selepas mandi anak dipakaikan pakai seluar dalam, supaya nanti kita takde la duk kutip sisa-sisa dia yang merata-rata tu kan.ha ha ha
Yang keempat, rajin-rajin la tanya anak kita tu, nak kencing atau tak dalam bahasa yang mereka mudah paham nanti takde la anak kita duk nganga apa benda la mak ak cakap ni. Dan nasihatkan supaya sentiasa bagitahu kita kalau-kalau ada rasa nak terkencing tu atau terus ke bilik air. Amalkan selalu dan jadikan trademark sampi anak bosan. hu hu hu
Yang ke lima, mami-mami semua jangan la duk marah kat anak tu kalau terbabas, xkira la marah ke, cubit ke, bimbang nanti anak tu fobia pula nak kencing atau membuang. Rileks-riles sudah. kesudahannya nanti kita juga yang akan cuci kan?
Yang ke enam, pastikan tandas rumah kita sentiasa kering,bersih dan selamat untuk anak-anak, ajar juga langkah-langkah bila hendak membuang air dari buka seluar hingga la “flush” tandas, serta cuci tangan dan utamakan kebersihan diri.
Yang ke tujuh, biarkan lampu bilik air sentiasa terpasang, bagi mudahkan anak ke bilik air dengan selamat dan jangan pula duk takutkan anak-anak tu dengan perkara yang merapu, memang sampai kesudah la anak tu takut nak ke tandas.
Yang ke lapan, anak-anak kita tu kadang-kadang ada yang belum berkomunikasi dengan baik, jadi buat la dengan cara yang mudah dia ikut dan jadikan rutin yang sama setiap kali nak membuang supaya mudah dia nak bezakan dan rasa bagaimana nak membuang dengan sendiri bila dah terbiasa.
Janganlah hari ni, ajar cuci dengan tangan kiri esok pula biarkan anak basuh dengan tangan kanan, hari seterusmnya duk marah anak pakai tangan kanan, kan dah bercelaru pula anak tu tangan mana nak guna sebenarnya nak mencuci ni.
Yang ke sembilan, sentiasa reward anak-anak bila dia berjaya melepasi daya tahan nak membuang dia tu. Tak perlulah hadiah besar berbagai-bagai tiap-tiap hari cukup dengan reward bintang pada sekeping kertas pun dah memadai. Tunjukkan yang betapa kita menghargai usaha mereka tu.
Yang terakhir sekali, mudah sahaja. Ulang balik semua langkah di atas, In shaa Allah dalam masa seminggu lagi anak-anak kita bebas dari pampers dah.
Alhamdulillah, selepas amalkan semua tips ni kami dah tak ada masalah untuk handle anak-anak untuk membuang terutama sekali semasa keluar berjalan-jalan.
Oh ya, sebelum terlupa, untuk rutin di waktu malam, juga sama situasinya cuma galakkan mereka kencing terlebih dahulu sebelum tidur dan kalau boleh kawal pengambilan air anak-anak pada waktu malam dan sediakan pelapik tilam yang kalis air untuk elak air kencing mereka membasahi katil. Untuk permulaan, terkencing atas katil tu dah jadi kebiasaan bagi kami, memang harum sangat baunya..ha ha ha
Ok lah, dah panjang berjela pula taipnya, selamat mencuba ye mami-mami semua. Semoga artikel ni bermanfaat pada semua. Sehingga bertemu kembali di entri akan datang.
Nak tahu pengalaman anak kami dalam proses bebas pampers ni boleh klik DISINI..
Wednesday, 21 October 2015
Tips Hidup Bebas dari Hutang
![]() |
| Add caption |
Kembali Bersiaran
Stay Tuned..
Tuesday, 10 March 2015
Cara Tambah Susu supaya Anak Tak Meragam Sebab Tak Cukup Susu
Wednesday, 25 February 2015
Ibu hamil panjat Candi Borobudur lebih pantas dari ibu tak hamil
Tuesday, 10 February 2015
Ibu Muda Serik Nak Beranak Lagi Sebab Sembelit yang teruk
Hari ni Nurul nak share sikit kisah seorang ibu muda yang serik nak beranak lagi sebab alami sembelit yang teruk selepas bersalin. Sebenarnya bukan ibu muda ni sahaja yang alaminya, Nurul pun pernah alami masa bersalinkan anak pertama.hehehe. Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan tu sampai Nurul nekad tak nak makan banyak-banyak sebab memikirkan apa akan jadi kalau sembelit nanti.Maklum la masa tu tak kenal shaklee lagi nak makan pil yang bukan-bukan nanti bimbang jadi apa-apa kat anak pula. Last-last nak tak nak kena jugak tanggung seksa sembelit.kihkihkih
Bahaya tau kalau sembelit teruk ni, silap-silap kena buasir. Mintak jauh la kan. Bukan takat buasir je bila dah tak dapat nak membuang tu perasaan lain macam je rasa. Nak marah la, nak buat tu tak kena buat ni tak kena. Last-last anak juga yang jadi mangsa amarah angin kus-kus yang tak lepas tu. :-P
Jom tengok video ni macam mana ibu muda ni atasi masalah yang dia alami selepas bersalin dengan penggunaan Set Berpantang Shaklee.
Wednesday, 4 February 2015
Promosi Mengegarkan Februari 2015
![]() |
| Vita-Lea & Ostematrix Beli 6 Percuma 1 |
![]() |
| Vita-lea & Ostematrix Beli 2 Diskaun 5% |
![]() |
| Vita-lea for children & Advance Joint Health Tablet Beli 3 Percuma 1 |
Thursday, 8 January 2015
Jom jadi Jutawan
Wednesday, 7 January 2015
Pengedar Shaklee Kuantan : 1001 Kelebihan Alfalfa
![]() |
| Alfalfa Complex |














