Tuesday, 11 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Set Combo Omega Guard


Sedar tak sedar dah masuk 11 November hari ni.Tak lama dah nak masuk tahun baru tapi hari ni Nurul tak nak cerita pasal tahun baru tau tapi pasal promosi OMEGA GUARD yang dah masuk hari ke 11 tu.Mungkin ada yang masih lagi tak tahu untuk apa Omega Guard ni.Jadi hari ni meh Nurul senaraikan combo Omega Guard yang paling bajet sekali mengikut pilihan penyakit anda semua..

Set Bajet Omega Guard

Antara Set Combo Bajet Omega Guard :-

✔ Omega + AJHT = Sendi
✔ Omega + Alfalfa = Gout
✔ Omega + Caratomax = Kesihatan Mata
✔ Omega + Chewable Vit C = Kesihatan Anak - Anak
✔ Omega + COQ Health = Kesihatan Jantung
✔ Omega + ESP = Ibu Hamil & Menyusu
✔ Omega + Garlic = Darah Tinggi
✔ Omega + GLA Complex = Kesuburan Wanita
✔ Omega + Herblax = Detox & Bakar Lemak
✔ Omega + Lecithin = Bakar Lemak & Kolestrol
✔ Omega + Nutriferon = Imunisasi
✔ Omega + Ostematrix = Sengugut/Buasir
✔ Omega + SR Vita C = Kecantikan Kulit
✔ Omega + Vit E = Kesuburan Lelaki
✔ Omega + Zinc = Diabetes
✔ Omega + Mealshake = Asma

Ha..banyakkan pilihannya.jangan pening-pening pula nak pilih dan pastikan yang combo yang anda pilih tu sesuai dengan penyakit anda tau.


Dapatkan konsultansi exclusive dengan setiap pembelian melalui Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain-lain

Monday, 10 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Kerana Shaklee Badan Binasa


Eh macam pelik je tajuk entri Nurul hari ni..Biasa sebab mulut badan binasa hari ni kerana Shaklee badan binasa..Betul ke binasa??

Binasa la juga bila kena full kan master checklist tu, nak kene bangun pagi-pagi settlekan semua yang ada dalam tu. Kene solat tahajud la, Dhuha la, Zikir la, RCA la macam-macam lagi. Dulu masa belum join Shaklee tak terlintas pun nak buat semua tu kan.Ada masanya rasa eh banyak lagi kerja nak kena buat, dah la balik kerja penat-penat tak cukup tidur bagai nak kena bangun pagi lagi. Sakit-sakit badan pun tak habis lagi dah kena bangun.Banyaknya alasan kita nak beribadat kepada Allah kan..

Alhamdulillah sejak Nurul join Shaklee ni, Nurul biasakan badan Nurul di binasa kan di dunia supaya In Shaa Allah diakhirat nanti tubuh badan Nurul tak dibinasa kan oleh azab Allah. Nauzubillah min zalik. Sebenarnya Nurul tak pernah dengar syarikat MLM ada group yang minta banyakkan amalan rohani macam tu. Tapi dalam group Shaklee OMS yang Nurul join tu ada banyak menitik beratkan semua amalan rohani tu. Bukan senang nak jumpa leader yang nak ahli-ahlinya kaya bukan sahaja di dunia tapi juga kaya di akhirat. Nak kaya di dunia ni senang sahaja tapi kita boleh jamin ke di akhirat nanti kita boleh berjaya juga.

Nak berjaya kena la binasa kan badan kalau asyik bergolek depan tv tunggu rezeki datang menyembah depan kita sampai sudah la kita tak merasa jadi kaya dan berjaya.Betul tak? Cuba tengok berapa ramai yang dah berjaya macam mana mereka berusaha. Jadi anda rasa anda bagaimana? Sanggup tak binasa kan diri sekarang daripada binasa di masa tua nanti. Sanggup ke tengok anak-anak anda binasa merempat di mana-mana bila anda dah tiada nanti? Sanggup ke kita tengok ibu bapa kita hidup melarat sebab kita tak mampu nak mampu kaya kan ibu bapa kita?Semua jawapan tu ada dalam hati kita semua.Renung-renungkanlah.


Berminat untuk menjadi ahli Shaklee, Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com 



Pengedar Shaklee Kuantan : Makanan Bantu Kurangkan Stress


Selamat pagi pembaca sekalian..Nurul doakan anda dalam keadaan sihat-sihat sahaja semua. Hari ni Nurul nak kongsikan apa makanan yang boleh membantu kita kurangkan stress. Ha.. jangan tak tahu makan pun boleh kurangkan stress hebatkan kuasa makanan ni..Makanan apa yang boleh hilangkan stress tu?Jom teropong sikit.

Kacang
Ia mengandungi magnesium yang dapat membantu untuk mengurangkan lagi penghasilan hormon kortisol(hormon yang menjadi punca stres). Bagaimanapun anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya secara berlebihan kerana kacang mengandungi kalori yang tinggi.

Brokoli
Mengandungi asid folik yang turut membantu dalam mengurangkan stress.

Manisan
Hormon stress juga dikaitkan dengan proses penyimpanan lemak pada bahagian perut hanya dengan meletakkan sedikit manisa di bahagian lidah dapat membantu mengurangkan stress yang sedang dialami.

Roti gandum beserta jem atau madu
Makanan yang kaya dengan karbohidrat dapat membantu untuk meningkatkan hormon serotonin (hormon yang membantu untuk memperbaiki mood dan juga memberikan ketenangan)

Salmon
Asid Lemak omega 3 membantu sel-sel otak berhubung dengan baik. Ia juga berkesan dalam mengurangkan stress yang dialami.

Coklat gelap
Ia mengandungi kandungan endorphin yang membantu untk meningkatkan sistem otak serta mengurangkan stress.

Susu
Khasiat susu dapat membantu untuk mengurangkan tekanan darah dan juga stress.

Minuman coklat
Air coklat panas membantu untuk meningkatkan suhu tubuh yang memberikan keselesaan dan juga meningkatkan fungsi otak.

Teh
Kajian menunjukkan seseorang yang minum teh empat kali sehari selama 6 minggu membantu mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang menjadi punca stress.

Air sejuk
Ia merangsang endorphin yang turut membantu mengurangkan stress.

B Complex Shaklee
Ia mengandungi 9 vitamin B lengkap termasuk asid folik yang membantu mengurangkan stress.

Semoga info ini dapat membantu anda mengurangkan stress ye.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com 

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain.


Saturday, 8 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Pelan Diet Yang Betul


Selamat berhujung minggu semua.Apa plan hujung minggu ni..Nurul dan anak - anak tak kemana just habiskan masa di rumah. Bila dah duduk kat rumah ni macam-macam makanan nak dimakannya..hihihi kata nak diet tapi kalau dah hentam je makanan tu memang susah sikit la..Sebenarnya kita boleh sesuaikan dan tak perlulah nak menyeksa diri semata-mata nak kurus dengan membina pelan diet yang betul dan tidak memberi keselesaan.

Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan dalam membina pelan perancangan diet :-

Masukkan elemen amalan pemakanan sihat dalam pelan diet anda. Ia merupakan salah satu komponen yang amat kritikal dalam pelan diet. Dalam pelan tersebut anda tidak perlu memaksa diri atau menahan diri dari menjamah makanan ringan atau kudapan seperti coklat, keropok, atau makanan berlemak yang lain. Yang paling penting setiap makanan diambil dalam kuantiti sedikit.

Tetapkan hari yang spesifik dalam seminggu untuk anda menikmati makanan kudapan tadi.Tapi janganlah makan secara berlebihan pula ye.Jadikan hari tersebut sebagai hari untuk anda reward diri sendiri.

Reka pelan pemakanan yang spesifik. Lakukan sedikit kajian di internet atau dapatkan buku resepi makanan sihat dan berkhasiat. Pelbagaikan resepi anda untuk setiap hari supaya anda tak rasa jemu dengan menu yang sama untuk setiap hari.

Pastikan ada jadual untuk sesi senaman berkala dalam pelan diet anda. Lakukan senaman yang berlainan mengikut hari tertentu contohnya mendaftarkan diri di gym, dapatkan DVD tutorial senaman untuk dilakukan dirumah atau menggunakan alat senaman seperti treadmill dan sebagainya.

Dapatkan rakan untuk sama-sama jalankan aktiviti diet anda. Anda boleh mengajak rakan sekerja,pasangan atau adik berandik untuk sama-sama membina pelan dan menjalankan mengikut perancangan tersebut. Ini boleh membantu untuk mengekalkan motivasi dan semangat untuk anda terus menguruskan badan.

Memastikan pelan diet anda ditulis di atas kertas. Tidak guna jjika anda hanya sekadar berkat dalam hati untuk menguruskan badan. Tulis dalam diari khas atau buku kecik untuk memudahkan anda rujuk perubahan anda dari semasa ke semasa

Bertindak mengikut seperti yang dirancangkan. Bila anda sudah selesai membina sebuah pelan diet, lakukan mengikut pelan tersebut selain memastikan ia berjaya serta mencapai matlamat.

Selamat mencuba!!


Berminat untuk mencuba produk Shaklee??
Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Whatapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain-lain

Friday, 7 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Power Pumping

Selamat hari jumaat semua..
Entri hari ni Nurul nak share tentang power pumping..Agak-agaknya  apa benda la power pumping tu ye..Sebenarnya Nurul pun tak tahu power pumping ni sebab tak pernah cuba nak buat.Lepas dah selidik - selidik jumpa la artikel tentang power pumping ni..Baca sampai habis tau.

Apakah Power Pumping
Ia merupakan teknik mengepam yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu melibatkan tenik dan setup yang mengepam seperti biasa tapi dalam cara yang lebih unik untuk meniru bayi menyusu dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping
* Ibu yang ingin menyusukan anak angkat
* Ibu yang nak menyusu semua setelah behenti menyusukan
* Ibu yang kekurangan susu

Macam mana pula dengan caranya??

✔ Untuk single pam / hand expression caranya, pam sebelah kanan terlebih dahulu selama 10 minit, kemudian kiri 10 minit dan ulang langkah tersebut selama 1 jam.

✔ Untuk double pump caranya, pump kedua-dua belah secara serentak selama 10 minit, rehat selamat 10 minit dan ulang langkah tadi berterusan selama 1 jam

✔ Amalkan buat power pumping ni sekali sehari dan seeloknya waktu malam ke subuh kerana masa ni pengeluaran hormon lebih tinggi.

✔ Untuk ibu - ibu yang lebih suka power pumping di hujung minggu, buat power pumping selama 2 hari dan kembali kepada rutin biasa di hari bekerja.


Berapa lama nak dapat tengok kesannya?
Power pumping ni perlukan masa sekurang-kurangnya seminggu.Walaupun hasilnya tidak memberansangkan teruskan misi untuk dapatkan susu sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.Jangan berputus asa, usaha, doa, dan tawakal, In Shaa Allah dipermudahkan.

Tips yang perlu ibu-ibu tahu tentang mengepam
❤ Bagi ibu yang muslim, cuba untuk tidur awal dan bangun pagi untuk power pumping.Sebelum pumping tu, bolehla mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan teruskan dengan power pumping. Dengan ketenangan hati dan minda In Shaa Allah hasilnya lumayan.

❤ Jika anda mengamalkan milk booster, pam dalam jangka masa 45 minit sehingga 1 jam selepas pengambilannya.

❤ Letakkan gambar/selimut/bayi anda di sebelah anda untuk membantu ransangan

❤ Amalkan tandem nursing dengan membiarkan bayi anda menyusu disebelah kanan dan mengepam disebelah kiri atau sebaliknya.

❤ Pam sebaik sesai menyusu kerana mengikut kajian, bayi takkan meghisap 100% susu semasa menyusu. Ini juga membantu kita untuk mengosongkan breast untuk penghasilan susu yang baru.

❤ Pump setiap 2-4 jam sekali 

❤ Jujur dengan diri sendiri. Terima apa sahaja jumlah yang diperolehi, bersyukur dan senyum. Jangan terlalu memaksa dan cuba untuk konsisten.

❤ Rajinkan rekod jumlah susu yang diperolehi bagi setiap sesi/hari supaya kita dapat monitor progress dan cuba tingkatkan jumlah dengan pelbagai strategi lain jika strategi utama tidak berhasil.


Selamat mengepam!!

Jika anda ada sebarang permasalahan @ ingin mendapatkan produk shaklee boleh hubungi Nurul di :-

Call/SMS/Whatapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku. Bukit Goh dan lain lain.

Thursday, 6 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Atasi Masalah Susu Merudum


Apa khabar semua.. Nurul harap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera semuanya.Hari ni Nurul nak kongsi sikit masalah yang sering ibu - ibu menyusu alami iaitu susu merudum atau dalam bahasa lainnya susu berkurangan.

Apa ynag penting untuk ibu menyusu untuk mengetahui punca yang menyebabkan susu tersebut merudum seperti stress,period,kurang kalori,baby beralih bulan atau di panggil growth sput (dalam waktu ni baby akan demand susu lebih banyak dari biasa) dan boleh klik entri Faktor Pengurangan Susu Ibu.
Tips atasi susu merudum
So bila dah jadi masalah susu merudum ni apa yang ibu - ibu boleh buat..takkan nak biarkan saja kan..kesian kat anak - anak kita..jom tengok cara nak atasi susu merudum :-

♦ Makan makanan yang seimbang terutama skali yang kaya dengan protein

♦ Minum air barli kalau boleh barli yang homemade tu bukan yang dibeli kat kedai makan ye..hihihi

♦ Lebihkan makan sayuran hijau

♦ Kerapkan pumping (minimum 6x sehari pam/direct feeding)

♦ Amik natural milk booster jika perlu contonhnya Alfalfa

♦ Applykan power pumping - pump dalam masa 10 - 20 minit, rehat 10 minit dan pump lagi 10 minit seterusnya, rehat 10 minit dan pump lagi untuk 10 minit. Amalkan cara ini selama 1 jam sehari sekali.Hasilnya..In Shaa Allah akan membantu pengeluaran susu dan anda boleh lihat hasilnya selepas seminggu mengamalkannya.

♦ Banyakkan berdoa untuk dicukupkan susu dan dipermudahkan pengeluaran susu untuk baby kita.

Semoga apa yang Nurul kongsikan ini dapat membantu ibu - ibu untuk mengatasi susu merudum ye..


Berminat untuk mencuba produk Shaklee, boleh hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Whatapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku & Bukit Goh.

Tuesday, 4 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Khasiat Omega Guard Shaklee


Sempena promosi Omega Guard ni, mesti ada yang tertanya - tanya apa khasiatnya kalau makan Omega Guard Shaklee ni kan, Ye la bab makanan ni semua nak kena teliti dulu bukan main makan je supaya nanti tak da la kita salahkan produk pahadal diri kita sendiri tak selidik dulu apa yang kita makan. 

Nurul amalkan Omega Guard ni untuk pecahkan lemak yang terkumpul dalam badan ni..walaupun tak berapa nak banyak tapi takkan nak biarkan je lemak tu beranak - pinak..hahaha.. Alhamdulillah selera makan pun terkawal dan kolestrol dalam badan pun berada dalam kawasan terkawal. 

Ibu - ibu juga jangan tak tahu yang Omega Guard ni pun sesuai untuk anak - anak kita yang nak membesar tu..Anak - anak juga sudah dilatih mengamalkan Omega Guard ni untuk perkembangan minda mereka.

Antara khasiat yang boleh didapati daripada minyak ikan Omega Guard ini ialah:

- Bagus untuk perkembangan minda dan otak. DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat dinikmati oleh bayi sejak dalam kandungan (trimester 2 & 3) lagi jika ibu-ibu mengambilnya sewaktu mengandung. Ia kemudian dapat diteruskan menerusi penyusuan susu ibu jika ibu menyusu mengambilnya. Apabila mencecah umur satu tahun, Omega Guard boleh dicampurkan ke dalam susu atau makanan kanak-kanak atau sekiranya dia pandai mengunyah, dia boleh mengunyahnya.

- Baik untuk perkembangan memori dan fokus. Omega Guard adalah supplement yang sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan kita.

- Menyokong kesihatan kardiovaskular. Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Omega Guard membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke.

- Mengawal paras kolestrol. Omega Guard juga bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.

- Mengurangkan sakit sendi. Salah satu manfaat Omega Guard ialah ia juga bersifat anti-radang. Banyak kajian menunjukkan supplemen minyak ikan (EPA+DHA) amat bermanfaat dalam mengurangkan kebas dan keradangan pada sendi dan seterusnya membantu dalam merawat rheumatoid arthritis.

- Mengurangkan gejala asthma. Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.

- Menguraikan lemak. Omega Guard mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.

- Memelihara kesihatan kulit. Omega Guard dapat membantu melicinkan kulit dan membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain.


Semoga bermanfaat..

Berminat untuk mendapatkan Omega Guard Shaklee secara online di website Shaklee, klik icon di bawah :-



Untuk pembelian Set Promosi atau tawaran harga yang lebih jimat bpleh hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dll..
Penghantaran secara pos untuk ke seluruh Negeri secara PERCUMA.

Monday, 3 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Kulit cantik dengan Vitamin C

Salam semua..
Hari ni Nurul nak share sikit tentang keistimewaan Vitamin C Shaklee. Semua sedia maklum yang vitamin amat penting untuk menghasilkan kulit cantik berseri. Tubuh badan kita tak dapat menghasilkan vitamin C. jadi tugas kita la untuk mendapaatkan vitamin C melalui cara pemakanan kita. Tapi harus di ingatkan bahawa merokok adalah salah satu punca kekurangan vitamin C dalam tubuh. Sebab tu kita selalu tengok yang perokok ni mudah sangat dapat menyakit batuk..

Vitamin C Shaklee ni ada dua jenis :-
1. Sustained Release Vita C Plus 500mg
Sustained Release Vita C Plus 
2. Chewable Vita C Plus 100mg

Chewable Vita C Plus
Untuk mengetahui perbezaan antara 2 vitamin C ni boleh ke entri Nurul yang lepas.

Perbezaan Vitamin C Shaklee dengan vitamin C yang ada di pasaran sekarang..
  • vitamin C yang natural & bertindak secara pelahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam
  • satu tablet vitamin C membekalkan 500mg vitamin C bersamaan 7 biji oren
  • membekalkan Bioflavinoid dengan seimbang.Bioflavinoid ni membantu meningkatkan fungsi vitamin C
  • ada dalam bentuk tablet mudah kunyah
  • tiada pembaziran sebab vitamin C digunakan di lepaskan ke dalam tubuh secara pelahan mengikut keperluan
Fungsi
* membentuk kolagen dlm badan
* memperbaiki sistem pendarahan
* peningkatan sistem imunisasi
* memerangi kanser 
* mencantikkan kulit
* memperbaiki insomnia
* mengekalkan kolestrol sihat

Simptom kekurangan Vitamin C
- mudah stress / tertekan
- kulit bersisik, tapak kaki keras & luka lmbt sembuh
- mudah selsema / bersin
- wajah nmpk tua sebelum usia
- mudah dapat ulser
- gusi berdarah
- sakit sendi


Siapa yg perlukan Vitamin C ni..
# perokok
# mereka yang mudah stress
# ibu2 yang mengamalkan pil perancang
# mereka yang nk cantik/ada masalah kulit berjerawat
# mereka yang pentingkan kesihatan diri


Berminat untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee??
Hubungi Nurul di :-

FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 0173704725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD : Sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan dll.


Sunday, 2 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Promosi November 2014

Salam semua...
Bila dah masuk bulan baru ni apa lagi yang ditunggu lagi oleh SID macam Nurul ni dan pengguna tegar Shaklee kalau bukan promosi kan..

Bulan ni Shaklee ada buat 2 promosi untuk Omega Guard ni.Salah satunya Beli 6 PERCUMA 1 botol lagi Omega Guard dan promosi satu lagi beli 2 botol Omega Guard dengan diskaun 5%..Rugi kan kalau lepaskan peluang ni.

Apa untungnya Promosi Omega Guard ni??
Promosi beli 6 percuma 1.


- Percuma 1 botol Omega Guard bernilai RM 136
- Percuma keahlian Shaklee RM 65
- Bonus pembelian RM 33 pada 15 Disember 2014
- Jimat sehingga RM 254

Promosi Twin pack
- Diskaun 5%

Berminat untuk dapatkan Omega Guard Shaklee boleh hubungi Nurul di : -
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD : Sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain


Saturday, 1 November 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Amalan Mudah untuk Sihat


Selamat berhujung minggu untuk semua..hari ni Nurul nak share tips yang mudah untuk kekalkan kesihatan yang baik untuk diri sendiri dan juga ahli keluarga yang tersayang..Pakar juga berpendapat bahawa kesihatan yang baik dan kenikmatan hidup datangnya dari aktiviti gaya hidup.

Antara amalan mudah untuk kekalkan sihat dalam kehidupan seharian :-

Tarik nafas dalam - dalam
Buat kiraan 1 hingga 10 sebelum anda hilang sabar.Kurangkan stress dengan senaman,meditasi dan yoga.Perasaan marah yang tidak terkawal akan mengundang tekanan yang ada di minda seterusnya menjejaskan kualiti hidup anda.

Jaga gigi
Berus dan flos gigi bagi mengatasi masalah nafas berbau,mengelakkan kehadiran plak serta meningkatkan keyakinan diri.Pengambilan bakteria baik yang boleh didapati dalam yogurt,keju dan mentega pada setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau.

Minum banyak air
Banyakkan minum air untuk menahan selera makan. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang - kurangnya 2liter atau 8 gelas sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air dapat membantu membersihkan dan membuang toksik dalam badan serta mengekalkan kecantikan kulit. Air suam ye bukan air manis..hihihi

Bersarapan
Tidak bersarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka masa yang panjang.Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme meningkat di waktu pagi dan menurun di sebelah malam.

Pilih makanan yang sihat
Ambil perhatian semasa makan diluar. Pilih salad, mi sup, sayur - sayuran atau bubur ikan, buah - buahan dan teh herba.Mungkin tak menepati selera tapi ini adalah makananyan sihat untuk membantu anda mendapat gaya hidup sihat dan seterusnya bebas stress.

Gunakan tangga
Amalkan menggunakan tangga  untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskulator.Ia membantu melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selam 50 minit sehari.

Senaman semasa bekerja
Setiap sejam waktu bekerja, luangkan 5 minit untuk membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara ini meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari.Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja..B complex la tu..hihhihihi

Senaman awal pagi
Sebelum bangun dari katil, buatlah 5 kali senaman perut dan tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain itu membantu membakar lemak, otot abdomen anda juga akan menjadi padat dan cantik.

Berjalan
Berjalan adalah senaman yang terbaik untuk mengelakkan osteoarthritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan tubuh, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia akan dipakaikan pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkanjumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.

Makanan seimbang
Pemakanan yan seimbang dan senaman adalah 2 faktor yang utama untuk mencapai kesihatan yang optimum. Senaman yang berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang kepada penyakit jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat serta meningkatkan kualiti kehidupan. Kesimpulan makanlah mengikut keperluan bukan kerana nafsu ye..

Semaga bermanfaat untuk semua..

Untuk mendapatkan barangan Shaklee, hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD : Area Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh, dan sekitarnya.




Friday, 31 October 2014

Closing Oktober yang Mendebarkan


Hari ni dah hujung bulan..so apalagi Shaklee Independent Distributor (SID) ni memag dah tentu arah dah. Nak cakap kelam kabut tu tak jugak tapi rasanya macam nak jawab exam last semester yang menentukan arah hidup..hahahah

Bagi Nurul bila macam ni ada juga stress tapi stress yang menyeronokkan..lagi seronok dari kena buat closing untuk syarikat kita bekerja tu..

Masa ni la semua bertungkus lumus untuk tentukan result yang terbaik untuk diterima pada 15 hb bulan depan.Closing kali ni Nurul rasa sangat - sangat berdebar,Tuhan sahaja yang tahu perasaannya.dan belum terlambat untuk Nurul berusaha habis - habisan bulan ni..

Doakan Nurul berjaya dapat result yang terbaik untuk bulan ni ye..Untuk SID yang seangkatan, Nurul ucapkan selamt berclosing October ye semua..Chaiyok!!!

Thursday, 30 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Set Berpantang Shaklee


Salam semua...
Seronok kan bila doktor dah sahkan kita bakal jadi seorang ibu..Masa tu dah macam - macam pikir boleh ke jadi ibu terbaik untuk anak - anak dan ada juga yang dah mula memikir nak beli baju yang macam mana untuk anak yang dalam kandungan kita..hihihi sabar ye ibu - ibu..Bagi Nurul yang paling penting sekali Nurul akan pikirkan bagaimana dan apa yang nak Nurul pakai atau makan selepas bersalin supaya nanti Nurul dapat balik kembalikan badan sebelum bersalin dan dapatkan kekalkan kesihatan yang berpanjangan untuk menjaga anak - anak.

Jadi, Nurul syorkan untuk ibu - ibu yang pertama kali bersalin dan yang dah banyak kali bersalin pun boleh cuba Set Berpantang Shaklee. Set Berpantang Shaklee ni semuanya berasaskan bahan semulajadi tanpa menganggu kesihatan anak - anak semasa dalam pantang. Tapi ni tak bermakna yang tradisional tu tak di amalkan ye seperti param, pilis,berurut, mandi serung semua tu still kena buat..
Set Berpantang Shaklee terdiri daripada B Complex, Zinc Complex, ESP, Vita-lea,SR Vita-C dan juga Ostematrix. Ia juga sesuai untuk ibu yang bersalin samaada normal ataupun melalui pembedahan.

Set berpantang Shaklee

Berminat untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitarnya.

atau

Buat pembelian secara online di website Shaklee dengan klik icon di bawah :-




Konsultansi percuma akan diberikan dengan setiap pembelian.

Wednesday, 29 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Tips Elak Lapar Ketika Berdiet


Hari ni Nurul tergerak hati nak beli buku untuk baca sebab ada info menarik dalamnya.. Sebelum ni beli jugak tapi baca tajuk atas lepas tu simpan kat rak.hahaha..

Berbalik pada topik entri hari ni ye..Anda mesti ada masalah lapar ni kan masa tengah berdiet..nurul pun alami benda yang sama..Memang menduga keimanan betul bila lapar tu yang kadang - kadang dah langgar pantang larang masa diet..Meh Nurul share apa yang Nurul baca dalam buku tu supaya Nurul dan anda semua boleh amalkan bersama - sama.

Tips elak lapar ketika diet :-

Kerap minum air
Untuk mengelakkan rasa lapar, amalkan mengambil segelas air pada setiap jam.Dengan cara ni akan membantu membuang toksik dalam badan kita sekaligus membuatkan kita berasa kenyang.Tubuh juga akan terhidrasi dengan baik dan badan kita pun kembali sihat dan bertenaga..Air kosong ye sayang semua bukan air manis - manis..

Letakkan kayu manis dalam masakan
Mungkin ada yang belum tahu bahawa kayu manis adalah rempah yang sihat dan bermanfaat jika diletakkan dalam masakan. Ia berfungsi untuk menstabilkan darah sekaligus melambatkan percernaan. Hasilnya anda akan berasa kenyang dengan lebih lama.

Makan secara perlahan
Makan pada kadar yang cepat membuatkan makanan yang ditelan tidak mampu dicerna dengan baik. Oleh itu, makanlah secara sederhana atau lambat supaya proses pencernaan tu berlangsung dengan sempurna dan dalam masa yang sama akan membuatkan kita berasa kenyang dan selesa.

Makan buah
Kita sedia maklum yang buah - buah memang bagus untuk kesihatan. Tapi ada juga yang mengambil langkah mudah dengan meminum jusnya sahaja. Antara minum dengan mengunyah, yang terbaik adalah menyungah buah - buahan segar yang sudah dipotong.

Kurangkan gula
Ramai yang belum sedar yang gula mampu membuatkan kita lapar dan kenyang dalam tempoh masa yang singkat.So, bila tekanan darah kita turun kita akan mudah berasa lapar dan jalan terbaik adalah kurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian.

Ambil banyak serat
Serat merupakan makanan paling lama untuk dihadamkan.Disebabkan itulah kita digalakkan mengambil serat ketika sarapan, lunch dan makan malam.Kalau dalam Shaklee, Cinch adalah serat yang paling sesuai..hihihi

Minum teh atau kopi
Kopi atau teh adalah minuman yang bagus diambil bagi mengurangkan rasa lapar. Lebih elok dihidangkan bersama jumlah gula yang kurang.Selain itu, teh juga berupaya meningkatkan tahap kesihatan tubuh secara keseluruhan.Pilihan Nurul semestinya Cinch Energy Tea Mix..hihi

Makan dalam kuantiti sedikit
Nak makan banyak tu tak ada masalah tapi berkadar la dengan kuantiti yang sedikit.Pola makanan begini membantu menjaga paras gula dalam darah sekaligus menghindar kita dari merasa lapar..


Ok sekian sahaja perkongsian Nurul hari ni..semoga bermanfaat..

Untuk dapatkan produk Shaklee dengan tawaran harga yang terbaik, hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

Tuesday, 28 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Cara Penyimpanan Susu Ibu

Selamat hari selasa semua..Nurul doakan semoga pembaca semua berada dalam keadaan sihat semuanya..Hari ni Nurul nak tunjukkan cara yang betul untuk menyimpan susu ibu selepas dipam untuk dijadikan simpanan ketika ibu-ibu tiada bersama dengan bayi..Nanti tak ada masalah la kan nak tinggal anak - anak sementara ibu-ibu ada kursus atau aktiviti yang lain.
EBM

Untuk pengetahuan ibu-ibu semua, susu ibu ni mengandungi sel hidup, jadi amatlah penting untuk memastikan susu ibu ni disimpan dengan rapi supaya kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Lagi satu, susu ibu ni mempunyai bahan anti bakteria yang membolehkan ia kekal segar dan tahan lama.

Antara bekas yang sesuai untuk menyimpan susu ibu :-
✔Bekas plastik atau botol susu yang bebas BPA (Bisphenol-A)
✔Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras seperti Tupperware
✔Breast milk storage liners yang memang dikhususkn utuk menyimpan susu ibu

Jangka masa susu ibu selepas diperah :-
✔Tahan sehingga 4 jam jika diletakkan dalam suhu bilik (19 hingga 26 C)
✔Tahan sehingga 12 - 24  jam jika diletakkan didalam cooler bag/box yang bersuhu kurang dari 4 C
✔Tahan sehingga 7 hari jika diletakkan di dalam peti sejuk yang kurang dari 4 C
✔Tahan sehingga 3 hingga 5 bulan jika diletakkan di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga 20 C)

Panduan asas yang perlu untuk mengekalkan keadaan susu yang terbaik :-
✔Bekas penyimpanan susu mesti dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, kemudian bilas dengan air didih dan keringkan dengan sempurna sebelum diguna semula
✔Catatkan tarikh susu perahan pada bekas susu sebelum disimpan
✔Simpan mengikuti kuantiti yang cukup untuk sekali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya jika anak anda minum susu dengan kadar 2 - 4 oz so simpan mengikut kadar itu sahaja.
✔Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutup, bagu ruang untuk susu itu membeku apabila dibekukan
✔Susu hendaklah disimpan dibahagian sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan ke bahagian beku peti sejuk
✔Jangan simpan susu di pintu peti sejuk kerana suhu dipintu peti sejuk tidak stabil (Untuk kes anak - anak yang suka buka tutup peti tanpa tujuan..hihihi)
✔Simpan susu ditempat paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil
✔Jika menggunakan cooler bag/box pastikan icepack uyang digunakan mencukupi ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka cooler bag/box.


Sebagai maklumat tambahan :-

Jika anda seorang ibu yang bekerja dan selalu mengepam susu dipejabat, susu perahan tersebut hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dipejabat jika ada kalau tak ada pun memamdai dengan mengisi didalam cooler bag. Pastikan ice pack mencukupi untuk perjalanan pulang kerumah dalam keadaan yang kekal sejuk. Sesudah sampai di rumah pindahkan susu tersebut ke bahagian sejuk biasa ataupun bahagian sejuk beku.

Ibu - ibu tidak digalakkan membekukan susu di pejabat kerana susu yang beku sukar diuruskan kerana kita perlu memastikan susu tersebut berada dalam keaddan beku tanpa cair walaupun sedikit.

Jika susu yang beku tadi sudah cair walaupun sedikit, susu tersebut tidak boleh dibekukan lagi.Ia perlu disimpan di bahagian sejuk biasa dan pastikan susu tersebut digunakan dalam masa 24 jam selepas ia mencair.

Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Semoga tips - tips ini bermanfaat kepada semua ibu - ibu dan bakal ibu di luar sana..

Berminat untuk sertai Shaklee???Hubungi Nurul di : 
Call/SMS/Wapps :  017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

Monday, 27 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Kenali Waktu Detox


Hari ni Nurul nak share jadual badan kita mengeluarkan toksin yang berkembang biak secara berleluasa dalam badan kita..jadual ni penting untuk kita tahu agar proses mengeluarkan detox ni tak lah bertangguh atau tersekat.Kalau tersekat tu kan dah susah kene tunggu rotate semua la..

Jadual tubuh membuang racun:

1. jam 9.00 – 11.00 malam hari adalah waktu pembuangan zat-zat yang tidak berguna/beracun (detoxin) di bahagian sistem antibodi (kelenjar getah bening). Dalam lingkungan waktu ini, kita harus dalam suasana tenang atau bersenang lenang.hihihihi Jangan sibuk bekerja di waktu-waktu ini.

2. jam 11.00 – 01.00 pagi terjadi proses detox dibahagian hati 

3. jam 01.00 – 03.00 pagi proses detox dibahagian empedu, jia berlaku ketika kita dalam keadaan tidur.

4. jam 03.00 – 05.00 pagi terjadi detox dibahagian paru-paru, sebab itu akan terjadi batuk dalam waktu ini. kerana proses pembersihan (detox) telah mencapai saluran pernafasan, maka takperlu minum ubat batuk supaya tidak menghalang proses pembuangan kotoran.

5. jam 05.00 – 07.00 pagi detox dibahagian usus besar, harus buang air, jangan ditahan-tahan.

6. jam 07.00 – 09.00 waktu penyerapan gizi makanan bagi usus kecil, jadi harus makan pagi/ sarapan.

Jadi Nurul sarankan untuk mereka yang amalkan Alfalfa atau Herb-lax untuk detox,amalkan alfalfa sebelum sarapan pagi dan Herb-lax sebelum tidur untuk membantu pembuangan toksin - toksin dalam badan anda..Semoga bermanfaat..

Untuk pembelian Set Detox secara online, klik icon dbawah :-


Untuk tawaran harga yang terbaik, Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

Perkhidmatan COD juga disediakan untuk mereka yang berada di sekitar Kuantan.

Pengedar Shaklee Kuantan : Keperluan DHA untuk kanak - kanak


Seronok bercutikan so ari ni semuanya berjalan seperti biasa..Bila dah 5 hari berkepit dengan mummy ari ni liat sikit nak bangun pagi anak - anak saya..Opss tu bukan motif sebenar entri Nurul hari ni..Hari ni Nurul Nak share sikit keperluan DHA kepada anak - anak kita..Jom terjah...

Apa Itu DHA  
DHA atau Asid docosahexaenoic adalah sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3. Ia merangkumi kira-kira 97% dan 93% daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata. 

Keperluan Harian DHA
Menurut kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA), keperluan DHA kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 2 tahun ialah 100 miligram.


Kepentingan DHA
DHA penting untuk perkembangan otak.
- DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.

DHA merupakan ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. 
- Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar. 

DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran.
- kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar. 

Sumber DHA

DHA boleh diperolehi secara semula dalam makanan seperti ikan salmon, tuna dan ikan daripada perairan laut dalam serta minyak kanola.


* Penting untuk kita tahu yang anak - anak kita perlukan DHA secara terus kerana tubuh kanak - kanak tidak mampu untuk memproses DHA dengan sempurna sekali gus akan timbul masalah kekurangan DHA bagi perkembangan otak.
Omega Guard Shaklee

Sebagai mummy yang bijak, Nurul bekalkan anak - anak Nurul dengan Omega Guard Shaklee untuk melengkapkan keperluan DHA dalam badan mereka sejak umur 1 tahun lagi..


Berminat untuk dapatkan Omega Guard Shaklee secara online, klik saja icon di bawah..




Untuk tawaran harga yang menarik dari Nurul, hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD juga disertakan bagi pembeli disekitar Kuantan..

Saturday, 25 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Keguguran Rambut selepas bersalin


Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Fakta yang perlu kita tahu :
❤  Hampir semua wanita mengalami keguguran rambut selepas bersalin..Ibu yang baru bersalin boleh hilang antara 50 - 100 urat rambut sehari.
❤  Hormon didalam darah yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
❤ Jangan panik jika anda mengalami rambut gugur di awal kelahiran kerana anda tidak akan botak sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi cecah umur 1 tahun
❤  Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
❤ Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
❤ Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
❤ Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
❤ Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
❤ Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa Anda perlu lakukan?
Anda tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan 
makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

sumber:majalah Pa&ma

Untuk rawatan alternatif, Set Keguguran Rambut dari Shaklee dapat membantu mengurangkan keguguran rambut ibu - ibu..


Berminat untuk dapatkan set Keguguran Rambut Shaklee??
Hubungi Nurul di :
FB : Sharifah Alhabsyiee
☏ Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
✉ Email : snurulkamariah@gmail.com

Friday, 24 October 2014

Hari Lahir Mama yg ke 48


Hari ni Nurul bercuti lagi sempena hari kelahiran Sultan Pahang..So negeri pahang bercuti la..banyak sangat cuti bulan 10 ni sebenarnya..dan hari ni juga hari lahir mama Nurul, Pn Rasidah Ahmad yang ke 48.


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk sama - sama menyambut hari lahir mama..Nurul doakan mama dimurahkan rezeki dan dipanjang umur. In Shaa Allah..

Dan hari ni juga, Nurul ada Health & Wellness Talk di Vistana Hotel..boleh dikatakan penuh jugak la aktiviti ari ni..(◕_◕)

Thursday, 23 October 2014

Perkembangan Terbaik Aleesha


Lambat bersiaran ari ni..maklum la ari cuti kan macam ni la..awal  awal pagi dah keluar g check up aleesha untuk umur 2 tahun..Alhamdulillah tak ada apa yang membimbangkan.Misi tak ada apa nak komen sebab perkembangan aleesha sangat bagus.

Berat masa aleesha umur 1 taun 6 bulan 9.6kg, hari ni timbang dah 10.69..ha..dah macam sekampit beras patut la lenguh tangan mummy dukung..

Memandangkan perkembangan aleesha bagus so, next check up nanti umur aleesha 2 tahun 6 bulan pula..Hari ni jugak misi bekalkan ubat cacing supaya perkembangan aleesha tak terbantut disebabkan cacing..hihihi

Nak tahu apa rahsia saya kekalkan kesihatan yang baik untuk aleesha??Semestinya Set si Manja Shaklee..hihihi xover claim kan..

Untuk dapatkan Set Si Manja Shaklee, Hubungi Nurul di :-
FB : Sharifah Alhabsyiee
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

Wednesday, 22 October 2014

Pengedar Shaklee Kuantan : Basic H 1001 Kegunaan


Selamat hari Deepavali untuk mereka yang berbangsa India..Hari ni Nurul bercuti so bila dah bercuti ni kena la kemas - kemas rumah sikit kan..Mood hari ni nak mengemop  lantai yang dah berdebu sangat dah tu dengan menggunakan Basic H..Best bila guna basic H ni, lantai pun berkilat macam cermin, dan yang penting tak melekit lepas kita mop..Basic H ni macam - macam kegunaannya antara yang selalu Nurul buat, mengemop lantai, rendam baju anak - anak yang terkena aiskrim, mandian anak sebab anak ada ekzema,rendam periuk yang berkerak dan bersihkan hasil kreatif anak - anak di dinding..pendek kata 1001 kegunaan la Basic H ni..

Ready 3 botol terus untuk 3 rumah..hihihi
Jom tengok apa lagi kita boleh buat dengan Basic H 1001 kegunaan ni.. 

KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kueh tiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus

6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

9. Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas

Boleh dikatakan Basic H ni perlu ada untuk setiap rumah.Paling penting Basic H ni TIDAK mengandungi bahan kimia 100% gurantee oleh Shaklee..Berminat?

Dapatkan Basic anda secara online dengan klik icon di bawah :-



 Atau 

Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD percuma di sekitar bandar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan sekitar






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...